|
salam mnm77,
Setelah jelas kekuasaan Allah, maka berkenaan HUKUM-HAKAM, kita tidak diperintah untuk berfikir, sebaliknya diterangkan supaya kita memahaminya: Apabila kita diperintahkan Allah dalam syari'at beragama, dalam bab HUKUM-HAKAM, kita kena akur tanpa memikirkan lagi (dengar dan taat):
[quote][Apa akan terjadi bila kita guna akal untuk menilai perintah Allah dan Rasul? Tidakkah Allah itu sendiri Maha Mengetahui segala-galanya? Patutkah dinilai dengan akal fikiran? Layakkah kita/quote]
Kamu ni salah faham kot.........
Sy tak pernah mempertikaikkan hukum Allah yg terkandung didalam Al-Quran. Apa yg sy sarankan adalah untok tidak menerima bulat2 apa2 hukum yg datang dari luar Al-Quran tanpa usul pereksa dahulu.
“Mengikut pendapat dan pandangan guru2/ustaz2 dengan tidak mengesahkannya terlebih dahulu bolih membawa kita ke penghujung yang trajik. “ (lihat Q14:21 dan Q67:10)
Kita diberi daya untok berfikir dan akal untok membezakan yg mana betul dan yg mana salah, jadi gunakan lah pemberian tuhan itu untok mencari kebenaran. Sama ada hukum2 yg disampaikan (yg dari luar Al-Quran) itu adalah seperti yg dituntut olih Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kamu ni salah faham kot.........
Sy tak pernah mempertikaikkan hukum Allah yg terkandung didalam Al-Quran. Apa yg sy sarankan adalah untok tidak menerima bulat2 apa2 hukum yg datang dari luar Al-Quran tanpa usul pereksa dahulu.
ramsys Post at 15-10-2010 11:05
Saya bukan kata kamu mempertikaikan hukum Allah....
Saya membawakan sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita berfikir (menilai hebatnya) tentang kekuasaan Allah, juga ayat-ayat yang memerintahkan kita dengar dan taat tanpa memikirkan (menilai) HUKUM Allah.
Yang mana yang tak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran dijelaskan menerusi Sunnah. Contohnya cara menunaikan Solat dan bilangan Raka'at dalam Solat. Ayat Al-Quran memerintahkan kita ruku' bersama-sama orang yang ruku'.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
"Walau pandangan jauh berbeza, tidak bermakna ada salah ada benar, kerana akhirnya kita semua sujud ke arah satu kiblat yang sama.." |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Yang mana yang tak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran dijelaskan menerusi Sunnah
Bolih terangkan macam mana sdr bolih buat kesimpulan bahawa Quran belum cukup sempurna lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Bolih terangkan macam mana sdr bolih buat kesimpulan bahawa Quran belum cukup sempurna ...
ramsys Post at 17-10-2010 18:15
Salam....
Salah tuu.... saya bukan kata Al-Quran belum sempurna.... saya kata:
Yang mana yang tak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran dijelaskan menerusi Sunnah
Menunjukkan kesempurnaan Al-Quran melalui ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya
Al-Quran menerangkan hukum bagi banyak perkara, akan tetapi tidak menerangkan hukum terperinci bagi semua perkara. Jika dijelaskan terperinci bagi semua perkara saya rasa kitab Al-Quran tu akan jadi satu kitab yang terlalu besar yang mana semua orang tak mampu menghabiskannya.
Al-Quran menjelaskan hukum yang dipraktikkan atau diperintahkan kepada Rasul-Nya. Contohnya:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ
Dan dirikanlah Solat, tunaikanlah Zakat dan Ruku’lah beserta orang-orang yang Ruku’. (Al-Baqarah, 43)
Raka'at dan Ruku' adalah dari kata akar yang sama. Untuk melaksanakan perintah Solat, Al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana cara Solat patut dilaksanakan. Sebaliknya diperintahkan Ruku' bersama-sama orang yang Ruku'. Ini perintah Allah supaya kita mengikut cara perbuatan orang yang Ruku'.
Bagaimana kita Ruku' dan bagaimana kita nak tahu bilangan Raka'at Solat? Mestilah ikut cara Nabi kan? Maka Al-Quran itu sudah lengkap dengan cara terperinci yang ditunjukkan oleh Nabi.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)
Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli Az-Zikr tu?
Silakanlah siapa-siapa memberi jawapannya......
mnm77 Post at 14-10-2010 09:10
Sdr mnm77 nak maksud Al-Quran atau maksud dari ulama ASWJ? |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Salah tuu.... saya bukan kata Al-Quran belum sempurna.... saya kata:
Yang mana yang tak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran dijelaskan menerusi Sunnah
mnm77 Post at 18-10-2010 10:26
sesuatu benda/perkara yg perlu ditokok tambah bererti ianya masih tidak cukup sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 18-10-2010 14:07
salam,
Sdr mnm77 nak maksud Al-Quran atau maksud dari ulama ASWJ?
ramsys Post at 18-10-2010 12:57
Mana mungkin boleh tanya Al-Quran? Yang boleh adalah baca dan fahamkan kandungan Al-Quran. Bila tak faham nak tanya siapa?
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)
Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli Az-Zikr? Jika anda sensitif dengan istilah ASWJ, abaikan istilah ASWJ tu.
sesuatu benda/perkara yg perlu ditokok tambah bererti ianya masih tidak cukup sempurna.
Mungkin saudara nak maksudkan dengan riwayat Hadith As-Sunnah itu sebagai tokok tambah? Sila lihat sekali lagi post#85 jika anda masih tidak memberi respon anda:
Bagaimana kita Ruku' dan bagaimana kita nak tahu bilangan Raka'at Solat? Mestilah ikut cara Nabi kan walaupun tidak dijelaskan terperinci dalam Al-Quran.
Adakah saudara menafikan perintah yang terdapat dalam Al-Quran supaya TAAT ALLAH dan RASUL serta Ruku' bersama-sama orang yang Ruku'?
Dalam Al-Quran banyak kali kita diperintahkan TAAT ALLAH dan TAAT RASUL:
An-Nisa, ayat 59
Al-Maaidah, ayat 92
An-Nuur, ayat 5
Muhammad, ayat 33
At-Taghaabun, ayat 12
Maka dengan itu sendirinya Al-Quran itu sudah lengkap sebagaimana yang diperincikan dan ditunjukkan oleh Nabi.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Mana mungkin boleh tanya Al-Quran? Yang boleh adalah baca dan fahamkan kandungan Al-Quran. Bila tak faham nak tanya siapa?
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)
Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli Az-Zikr? Jika anda sensitif dengan istilah ASWJ, abaikan istilah ASWJ tu.
Ini bukan pasal sensitive ataupun tidak. Apa yg sy katakan ialah diantara maksud Quran 16:43 dengan maksud ASWJ ada perbezaan pengertiannya.
Maksud ayat Q16:43 mengikut ASWJ adalah seperti mnm77 sertakan:-
“Maka bertanyalah kepada ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui.”
Mengikut ASWJ, yang dimaksudkan dengan kalimah ‘ahli Zikr’ dalam ayat ini ialah ‘orang2 yg mendalami ilmu agama Allah dan syariatnya.’
Untok lebih senang lagi maksudnya ialah: “kamu tanyalah kepada orang2 alim jika kamu tidak mengetahui.”
Maksud sebenar :-
Q16:43 Wama arsalna min qablika illa rijalan noohee ilayhim faisaloo ahla alththikri in kuntum la taAAlamoona
Q16:43 "Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (ya Muhammad), melainkan beberapa laki2, yang Kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada orang2 ahli kitab (Taurat dan Injil) jika kamu tidak tahu,” (Terjemahan AlQuran olih Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)
Q16:43 (Asad) AND [even] before thy time, [O Muhammad,] We never sent [as Our apostles] any but [mortal] men, whom We inspired: and if you have not [yet] realized this, ask the followers of [earlier] revelation,"
Ayat ini menjawab bantahan yg sering dibawa olih puak kafir qurish bahawa Muhammad itu tidak mungkin seorang Rasul kerana dia adalah seorang manusia biasa. Mereka beranggapan seorang Rasul itu mesti mempunyai kuasa yg luar biasa. (Lihat Q6:50 dan Q7:188)
Zikr bererti ingat/mengingati. Kita berzikir kerana untok mengingati Allah.
Ahli Az-Zikr bererti orang2 yg diberi peringatan. “Peringatan” disini bermaksud kitab suci. Orang2 yg diberi kitab suci sebelum Muhammad adalah Orang2 Yahudi dan Nasarani.
Kesimpulan ayat Q16:43, Tuhan menyuruh puak kafir Qurish untok bertanya kepada kaum Yahudi dan Nasarani sama ada rasul2 mereka dahulu adalah orang2 biasa atau pun tidak.
Disini kita bolih lihat perbezaan maksud diantara ASWJ dan Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Salah tuu.... saya bukan kata Al-Quran belum sempurna.... saya kata:
Yang mana yang tak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran dijelaskan menerusi Su
Jika benar Hadis2 ini tersangat mustahak bagi kita sehingga ianya menjadi sumber hukum akidah/syariah orang2 Islam maka sudah pasti Tuhan yg Maha Mengetahui, yang Maha Adil dan yg Maha Penyayang akan menyebutnya dengan TERANG dan JELAS didalam Qurannya supaya hamba2nya mengikuti Hadis2 ini. Tetapi tidak ada satu ayat pun dengan TERANG dan JELAS yg menyuruh kita mengikut Hadis2.
Ayat "Taat Allah taat Rasul" adalah terlalu subjective dan bolih dimaksudkan dengan berbagai perkara yg lain.
Yang mana yang tak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran
mnm77 mengatakan Quran tidak terperinci sebab "cara nak sembahyang" tak diperjelaskan didalam Quran. Tapi Allah mengatakan Qurannya terperinci (fully detailed)
Q6:114 Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Qur'an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu.
6:114 (Y. Ali) Say: "Shall I seek for judge other than Allah. - when He it is Who hath sent unto you the Book, explained in detail." They know full well, to whom We have given the Book, that it hath been sent down from thy Lord in truth. Never be then of those who doubt.
Sekarang siapa kita nak percaya?
Tuhan ataupun orang2 yg mengatakan Quran Allah itu tidak terperinci.
Masaalah timbul apa bila kita telah mengada2kan cara sembahyang mengikut kehendak kita. Lepas itu kita kata apa yg tuhan berikan kepada kita tidak mencukupi/terperinci. Jadi kita perlukan sebuah kitab yg lain yg kita dapati dalamnya terperinci. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 89# ramsys
saudara, macamana saudara boleh tahu sebab2 penururunan ayat tersebut, tanpa merujuk asbabun nuzul? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 19-10-2010 09:43
Maksud sebenar :-
Q16:43 Wama arsalna min qablika illa rijalan noohee ilayhim faisaloo ahla alththikri in kuntum la taAAlamoona
Q16:43 "Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (ya Muhammad), melainkan beberapa laki2, yang Kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada orang2 ahli kitab (Taurat dan Injil) jika kamu tidak tahu,” (Terjemahan AlQuran olih Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)
ramsys Post at 18-10-2010 20:57
Salam...
Kalau maksud Ahlazzikri tu Ahli Kitab, kenapa Allah tak sebut saja Ahli Kitab? Dalam Al-Quran banyak kali Allah sebut Ahli Kitab. Contohnya:
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَلَا ٱلۡمُشۡرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيۡڪُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ
Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. (Al-Baqarah, 105)
Kenapa Allah tak sebut Ahli Kitab, sedangkan banyak ayat dalam Al-Quran Allah sebut kalimah Ahli Kitab?
Ahli Az-Zikr tu bukannya spesifik untuk Ahli Kitab sahaja. Al-Quran, Taurat dan Injil secara umum semuanya adalah Az-Zikr.
Secara spesifiknya, Al-Quran menjelaskan bahawa Az-Zikr itu terkandung dalam Al-Quran:
وَٱلۡقُرۡءَانِ ذِى ٱلذِّكۡرِ
Demi al-Qur'an yang mempunyai Az-Zikr (Sad, 1)
Ahli pidato adalah mereka yang mendalami seni pidato. Ahli silat mereka mendalami seni silat. Ahli astronomi mereka mendalami ilmu astronomi. Maka Ahli Az-Zikr itu mereka yang mendalami ilmu berkaitan Az-Zikr.
Justeru Ahli Az-Zikr itu adalah orang yang ahli dalam ilmu Al-Quran, memahami makna secara mendalam, kisah-kisah teladan, hukum-hakam serta syari'at yang disampaikan menerusi Al-Quran.
Ahli Az-Zikr bererti orang2 yg diberi peringatan. “Peringatan” disini bermaksud kitab suci. Orang2 yg diberi kitab suci sebelum Muhammad adalah Orang2 Yahudi dan Nasarani.
Bagi orang terdahulu yang diberi Taurat dan Injil, mereka diperintahkan bertanya kepada Ahli Az-Zikr yakni Ahli Taurat dan Ahli Injil. Kita yang diberi Al-Quran sebagai ummat Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk tanya siapa? Tanya Ahli Kitab kah? Atau tanya orang yang ahli dalam ilmu Al-Quran?
Disini kita bolih lihat perbezaan maksud diantara ASWJ dan Quran.
Saya lihat pemahaman anda yang berbeza dari Al-Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 mengatakan Quran tidak terperinci sebab "cara nak sembahyang" tak diperjelaskan didalam Quran. Tapi Allah mengatakan Qurannya terperinci (fully detailed)
Q6:114 Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Qur'an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu.
ramsys Post at 18-10-2010 21:51
Salam...
Saudara, nampaknya ada perkara yang saudara tidak dapat bezakan. Antara HUKUM dan CARA PERLAKSANAAN, kedua-duanya MESTILAH selaras dengan Al-Quran.
Dari segi Hukum Allah, memang jelas Al-Quran itu sudah terperinci. Saya tak pertikai pun.
أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡتَغِى حَكَمً۬ا وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ إِلَيۡڪُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ مُفَصَّلاً۬
Mari kita lihat ayat seterusnya:
Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu, sebagai kalimat yang benar dan adil.... (Al-An'Am, 115).
Kalimat Allah itu sudah cukup sempurna menunjukkan kesempurnaan Hukum Allah. Allah Perintahkan kita Solat, itu sebahagian dari HUKUM ALLAH yang sempurna. Jangan ragu-ragu perintah Solat itu.
Bagaimana nak Solat? Bagaimana nak Ruku'? Allah Perintah kita Ruku' bersama-sama orang yang Ruku'
HUKUM ALLAH itu terperinci sehinggakan PERLAKSAANNYA dijelaskan menerusi:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ
Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul, dan ulil amri di antara kamu (An-Nisa, 59)
Hukum itu termasuk dalam Perintah. Apabila ada perintah, maka ada perlaksanaan. Di sinilah timbulnya perincian perlaksanaan HUKUM ALLAH melalui As-Sunnah.
Sekarang siapa kita nak percaya?
Tuhan ataupun orang2 yg mengatakan Quran Allah itu tidak terperinci.
Tentulah Percaya Allah dan Rasul-Nya. Perlaksaan HUKUM ALLAH itu mengikut cara Rasul. Kalau anda kata perlaksanaan itu sudah terperinci tanpa melihat kepada Sunnah, bagaimana anda Ruku' bersama-sama orang yang Ruku'. Cuba jelaskan?
Masaalah timbul apa bila kita telah mengada2kan cara sembahyang mengikut kehendak kita. Lepas itu kita kata apa yg tuhan berikan kepada kita tidak mencukupi/terperinci. Jadi kita perlukan sebuah kitab yg lain yg kita dapati dalamnya terperinci.
Maka dengan itu sampailah masanya anda menerangkan bagaimana anda Ruku' sepertimana perintah Al-Quran.
Silakan.....
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Bagi orang terdahulu yang diberi Taurat dan Injil, mereka diperintahkan bertanya kepada Ahli Az-Zikr yakni Ahli Taurat dan Ahli Injil. Kita yang diberi Al-Quran sebagai ummat Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk tanya siapa? Tanya Ahli Kitab kah? Atau tanya orang yang ahli dalam ilmu Al-Quran?
Perbincangan ini adalah perpandukan ayat Q16:43 jadi penjelasan sy adalah dalam kontek
ayat itu sendiri.
Jika masih tak faham sila rujuk:- "The Message of the Quran" : Translation & Explaination olih Muhammad Asad. Dan juga Tafsir Tabari & Zamakhshari. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul,
Ini lah ayat yg disalah gunakan untok menyuruh kita mengikut Hadis. Seperti yg sy katakan tidak ada satu ayat pun didalam Quran yg menunjukkan "taat Rasul" bererti taat Hadis.
Sy pasti ia nya tidak susah bagi Allah untok menyebutnya didalam Quran jika itu maksudnya.
Kalimah "Hadis" ada disebut didalam Quran sebanyak 28 kali, dan tidak satu pun merujuk kepada Hadis Nabi. Sebaliknya bila Allah mengunakan kalimah "Hadis" ianya merujuk kepada Quran. (Lihat Q18:6, Q39:23, Q53:59, Q7:185)
Didalam Quran erti "Taat Allah dan Taat Rasul" tidak bermaksud taat kepada Hadis.
Q5:92 Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul (Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Q24:54 "Katakanlah: ""Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang."""
Q64:12 Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Ayat2 diatas hanya merujuk kepada Mesage Tuhan yg disampaikan olih Rasul dan mesti dipatuhi dan kita tidak disuruh mengikut yg lain selain Quran.
Taat kepada Rasul bererti taat kepada message Tuhan yg disampaikannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 20-10-2010 09:51
Perbincangan ini adalah perpandukan ayat Q16:43 jadi penjelasan sy adalah dalam kontek
ayat itu sendiri.
Jika masih tak faham sila rujuk:- "The Message of the Quran" : Translation & Explaination olih Muhammad Asad. Dan juga Tafsir Tabari & Zamakhshari.
Saya boleh terima tafsir dalam kontek ayat tersebut bahawa ahl Az-Zikr bermaksud Ahli Kitab. Kitab Tafsir menerangkan ahl az-zikr menurut Asbabun nuzul ayat tersebut merujuk kepada ahli kitab. Di sini sahaja kita melihat peranan tafsir dan asbabun nuzul dalam memahami ayat Al-Quran. Namun Ahl Az-Zikr itu bukannya bermaksud khusus Ahli Kitab sahaja, bagi ummat terdahulu ya benar, tetapi untuk ummat sekarang Al-Quran itu sendiri dijelaskan sebagai Az-Zikr.
Ini lah ayat yg disalah gunakan untok menyuruh kita mengikut Hadis. Seperti yg sy katakan tidak ada satu ayat pun didalam Quran yg menunjukkan "taat Rasul" bererti taat Hadis.
Sy pasti ia nya tidak susah bagi Allah untok menyebutnya didalam Quran jika itu maksudnya.
Hadith Nabi merujuk kepada perintah, perbuatan, percakapan dan lain-lain merujuk kepada Nabi. Bila Allah perintah Taat Rasul, adakah bagi anda Allah kena sebut TAAT HADITH? Sedangkan istilah hadith secara umumnya adalah perkataan boleh dirujuk kepada Hadith Allah, Hadith Rasul, dan hadith para pendusta.
Taat Rasul tu merangkumi aspek yang luas, dari segi perintah termasuklah juga ittiba' dari segi perbuatan. Hadith Nabi pula adalah sumber yang direkodkan merujuk kepada Nabi itu sendiri, supaya kita boleh jadikan panduan dalam mentaati ALLAH dan RASUL
Memahami istilah Taat Rasul, maka kita kena tahu apa yang Rasul sarankan dalam menjalankan Hukum Allah.
مَّن يُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدۡ أَطَاعَ ٱللَّهَ‌ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ عَلَيۡهِمۡ حَفِيظً۬ا
Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal bagi mereka (An-Nisaa, 80)
Taat kepada Rasul bererti taat kepada message Tuhan yg disampaikannya.
ramsys Post at 19-10-2010 11:47
Kenapa Allah sebut Taat Rasul jika ia bererti taat mesej Tuhan yang disampaikan? Jika begitu cukuplah Allah sebut Taat Allah.
Bukankah Rasul itu sentiasa Taat Allah?
Dalam perlakasaan hukum Allah, Rasul-lah manusia yang paling faham. Selain Rasul, masing-masing mempunyai tahap kefahaman yang berbeza-beza. Panduan kita adalah Rasul. Sebab itulah kena Taat Rasul dalam mentaati Allah.
Anda masih tidak menjelaskan bagaimana anda ikut perintah Allah yang ini:
Maka dengan itu sampailah masanya anda menerangkan bagaimana anda Ruku' sepertimana perintah Al-Quran
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal bagi mereka (An-Nisaa, 80)
Ayat ini tiada bezanya dengan ayat Q5:92, Q24:54 & Q64:12. Cuma yg penting ayat2 ini menerangkan bahawa Rasul hanya menyampaikan satu message sahaja iaitu Al-Quran. Rasul tidak sampaikan Hadis atau apa2 pun selain Quran.
Q6:19 "Katakanlah: ""Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?"" Katakanlah: ""Allah. Dia menjadi saksi antara aku dan kamu. Dan Al Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya dengannya aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang sampai Al Qur'an (kepadanya).
Ayat ini dengan TERANG dan JELAS sekali menunjukkan bahawa Nabi disuruh memberi peringatan hanya dengan Quran sahaja dan bukan dengan ‘Hadis’ Nabi.
Sy masih menunggu sekiranya mnm77 dapat tunjukkan satu ayat Al-Quran yg mana Allah menyuruh kita ikut ‘Hadis Nabi’.
Kenapa Allah sebut Taat Rasul jika ia bererti taat mesej Tuhan yang disampaikan? Jika begitu cukuplah Allah sebut Taat Allah.
Siapa kamu untok menyuruh Allah mengikut kehendak kamu?
Diantara makna “Rasul” ialah “Utusan/Pesanan/Risalah”. Rasul bolih diertikan sebagai Utusan yg membawa Pesanan/Risalah iaitu wahyu tuhan. Sebagai seorang Rasul wahyu yg dibawa itu bukan miliknya, tetapi milik yg mengwahyukannya ia itu Allah. Rasul hanya menyampaikan wahyu. Dia tidak berhak untok mengubahnya dari segi teks maupun maknanya.
Q18:27 Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (Al Qur'an). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya.
Q6:115 Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al Qur'an), sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Allah juga menjelaskan siapa Rasulnya supaya tidak terjadi keraguan bila dia menyampaikan wahyu Allah.
Q48:29 "Muhammad itu adalah utusan Allah….”.
Allah juga dengan jelasnya memberitahu bahawa Muhammad itu hanya seorang Rasul.
Q3:144 "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul,…”.
Tugas seorang Rasul hanya untok menyampaikan wahyu. Dia tidak mempunyai kuasa untok mengubah firman tuhan.
Q3:20 ………..maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah)………
Q16:82 ……….. sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Allah dengan segala kesempurnaan ayat2nya didalam Quran tidak mengatakan “Taat Muhammad” ataupun “Taat Nabi” tetapi memilih untok mengunakan kalimah “Taat Rasul”.
“Taat Rasul” bererti taat kepada Utusannya yg membawa wahyu daripada Tuhan.
Tuhan berinteraksi dengan kita melalui Quran yg disampaikan melalui Rasulnya. Ayat2 Quran yg dibacakan olih Rasul mengandungi perintah dan petunjuk dan memerlukan kepatuhan sepenuhnya olih orang2 yg beriman.
Kesimpulannya “Taat Allah” bererti taat kepada Quran dan “Taat Rasul” bererti taat kepada ayat2 Quran yg disampaikannya.
Dalam perlakasaan hukum Allah, Rasul-lah manusia yang paling faham. Panduan kita adalah Rasul. Sebab itulah kena Taat Rasul dalam mentaati Allah.
Ini sy sangat setuju. Memang tepat sekali dengan apa yg sy tulis diatas
mnm77 kata Quran tak cukup terperinci tapi Tuhan kata Qurannya terperinci (fully detailed).(Q6:114)
Mnm77 kata “taat Rasul” bererti taat kepada perintah Nabi yg terkandung didalam Buku2 Hadis. Tuhan kata ‘taat Rasul’ bererti taat kepada ayat2 Quran yg disampaikan olih Rasul.(Q5:92)
Allah hanya menurunkan Al-Quran kepada kita. Dan Rasul hanya menyampaikan apa yg diwahyukan kepadanya iaitu Quran. Rasul tidak sampaikan Hadis Nabi.
Anda masih tidak menjelaskan bagaimana anda ikut perintah Allah yang ini:
Maka dengan itu sampailah masanya anda menerangkan bagaimana anda Ruku' sepertimana perintah Al-Quran
Ini adalah soalan lazim kalau berbincang tentang Quran. mnm77 tidak percaya Quran itu sempurna dan terperinci jadi tak payah lah sy jelaskan. Dalam kefahaman kamu sembahyang Subuh 2 rakaat, Zohor 4 rakaat, A’sar 4 rakaat, Magrib 3 rakaat dan I’shak 4 rakaat. Jika ini yg dicari memang tak ada didalam Quran. Sebabnya kamu telah mengadakan kefahaman ini terdahulu sebelum kamu meneliti Al-Quran. Jadi bila Al-Quran tidak menepati kemahuan kamu, kamu kata Quran itu tidak terperinci dan kamu perlu buku2 Hadis yg menepati kemahuan kamu.
Tuhan diwakili olih kitabnya, Al-Quran. Buku2 Hadis ditulis olih orang2 yg memerlukan petunjuk daripada Tuhan.Yg mana mesti kita ikut; Quran ataupun Hadis? mnm77 mungkin akan kata keduanya. Tapi kita tidak bolih ikut keduanya jika berlaku percanggahan diantara kedua itu.
Sebagai contoh Allah berfirman:-
Q17:110 “………….janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu"
Nabi berkata:-
Q10:15 ……………..Aku tidak mengikut kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.
Orang2 beriman berkata:-
Q5:7 …………………"Kami dengar dan kami taati"
Hadis menyuruh kita sembahyang Zohor dan A’sar secara senyap dan mnm77 lebih suka mengikut Hadis dan mengenepikan perintah Allah. mnm77 mendengar tapi tidak mentaati.
Peringatan tegas daripada Tuhan.
Q5:44 ………Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
Q5:45 ……..Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Q5:47 ……..Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 20-10-2010 17:36
Sy masih menunggu sekiranya mnm77 dapat tunjukkan satu ayat Al-Quran yg mana Allah menyuruh kita ikut ‘Hadis Nabi’.
ramsys Post at 20-10-2010 14:38
Salam...
Telah diberikan dalilnya:
Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal bagi mereka (An-Nisaa, 80)
Ayat ini tiada bezanya dengan ayat Q5:92, Q24:54 & Q64:12. Cuma yg penting ayat2 ini menerangkan bahawa Rasul hanya menyampaikan satu message sahaja iaitu Al-Quran. Rasul tidak sampaikan Hadis atau apa2 pun selain Quran.
Contoh Nabi menyampaikan selain dari Al-Quran:
وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوَٲجِهِۦ حَدِيثً۬ا
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)
Contoh ayat di atas adalah Nabi menyampaikan perkara yang bukan terkandung dalam Al-Quran
Siapa kamu untok menyuruh Allah mengikut kehendak kamu?
Tidak sesekali saya menyuruh Allah mengikut kehendak saya. Anda yang telah membuat penerangan seolah-olah peranan Rasul itu terlalu sempit hanya sekadar pembawa risalah.
Tugas seorang Rasul hanya untok menyampaikan wahyu. Dia tidak mempunyai kuasa untok mengubah firman tuhan.
Siapa yang tuduh Rasul mempunyai kuasa mengubah firman Allah? TUGAS RASUL tu setakat penyampai risalah saja, macam posmen?
Diantara makna “Rasul” ialah “Utusan/Pesanan/Risalah”. Rasul bolih diertikan sebagai Utusan yg membawa Pesanan/Risalah iaitu wahyu tuhan. Sebagai seorang Rasul wahyu yg dibawa itu bukan miliknya, tetapi milik yg mengwahyukannya ia itu Allah. Rasul hanya menyampaikan wahyu. Dia tidak berhak untok mengubahnya dari segi teks maupun maknanya.
Siapa kata Rasul berhak mengubah Hukum Allah? Peranan Rasul adalah sebagai utusan pembawa risalah Wahyu DAN Rasul juga menjalankan Syariat yang diperintahkan Allah. Sebab itu kita diperintahkan supaya TAAT RASUL. Jika sekadar pembawa risalah, mana perlu taat pun. Macam posmen, kita tak perlu taat perintah posmen sebab tugas dia sampaikan. TUGAS RASUL BUKAN SEKADAR SAMPAIKAN SEMATA-MATA. SEBAB ITU KENA TAAT RASUL
Kesimpulannya “Taat Allah” bererti taat kepada Quran dan “Taat Rasul” bererti taat kepada ayat2 Quran yg disampaikannya.
Apa beza Quran dan ayat-ayat Quran yang disampaikan?
mnm77 kata Quran tak cukup terperinci tapi Tuhan kata Qurannya terperinci (fully detailed).(Q6:114)
Membuat tuduhan terhadap saya, tetapi anda tidak menjawab soalan saya yang lepas.
Saya quote balik dan sila rujuk post #93 dan jangan buat tuduhan tanpa melihat penerangan:
Saudara, nampaknya ada perkara yang saudara tidak dapat bezakan. Antara HUKUM dan CARA PERLAKSANAAN, kedua-duanya MESTILAH selaras dengan Al-Quran. Dari segi Hukum Allah, memang jelas Al-Quran itu sudah terperinci. Saya tak pertikai pun.
Allah hanya menurunkan Al-Quran kepada kita. Dan Rasul hanya menyampaikan apa yg diwahyukan kepadanya iaitu Quran. Rasul tidak sampaikan Hadis Nabi.
TELAH DISANGGAH
وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوَٲجِهِۦ حَدِيثً۬ا
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)
Hadis menyuruh kita sembahyang Zohor dan A’sar secara senyap dan mnm77 lebih suka mengikut Hadis dan mengenepikan perintah Allah. mnm77 mendengar tapi tidak mentaati.
TUDUHAN lagii?
Maka dengan itu sampailah masanya anda menerangkan bagaimana anda Ruku' sepertimana perintah Al-Quran
Sampai sekarang anda masih belum menjawab, sebaliknya membuat TUDUHAN-TUDUHAN untuk menolak hadith.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Bila Tuhan melantik Muhammad sebagai Nabi dan Rasul, Dia juga telah menetapkan tugas2 Nabi dan Rasul.
Tugas seorang Rasul:-
Q16:8 ……….. sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Dan tugas utama seorang Nabi:-
Q33:45 Hai Nabi sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan,
Disini Tuhan telah menetapkan bahawa tugas menyampaikan wahyu adalah tugas seorang Rasul dan tugas duniawi adalah tugas seorang Nabi.
Contoh Nabi menyampaikan selain dari Al-Quran:
وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوَٲجِهِۦ حَدِيثً۬ا
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)
Contoh ayat di atas adalah Nabi menyampaikan perkara yang bukan terkandung dalam Al-Quran
Berbalik kepada persoalan ayat diatas, cuba kita lihat ganti nama yg digunakan olih Allah didalam ayat tersebut. Allah tidak mengunakan ganti nama “Rasul” sebaliknya mengunakan ganti nama “Nabi”. Berpandukan kepada penjelasan Allah didalam ayat Q16:8 dan Q33:45 maka apa yg disampaikan olih Nabi didalam ayat Q66:3 itu adalah bukan dari Tuhan.
Lagipun sekiranya benar apa yg disampaikan adalah dari Tuhan mengapa perlu diberitahu secara rahsia dan kepada seorang isteri Nabi sahaja. Bukankan ianya perlu dihebahkan kepada semua.
Kalimah “Hadith” itu bukanlah sesuatu yg “divine” atau bersangkut dengan Tuhan. “Hadith” bererti statement/kenyataan/kata-kata/bicara.
Jika nabi bercakap dengan isteri2nya ia dikatakan “Hadith Nabi”, percakapan Nabi.
Dan jika nabi berkata2 dengan para sahabatnya ia dikatakan “Hadith Nabi”, kata2 Nabi.
Untok lebih memahami maksud ayat Q66:3, kita perlu melihat ayat tersebut secara total dan barulah kita bolih membuat kesimpulan.
Q66:3 Waith asarra alnnabiyyu ila baAAdi azwajihi hadeethan falamma nabbaat bihi waathharahu Allahu AAalayhi AAarrafa baAAdahu waaAArada AAan baAAdin falamma nabbaaha bihi qalat man anbaaka hatha qala nabbaaniya alAAaleemu alkhabeeru
Q66:3 "Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari istri-istrinya (Hafshah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (semua pembicaraan antara Hafshah dengan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafshah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu Hafshah bertanya: ""Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?"" Nabi menjawab: ""Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal""."
Ayat ini menceritakan permasaalahan keluarga Nabi. Itu saja.
Tak ada pun cerita Nabi terima sesuatu selain Quran dari Tuhan
Jika sekadar pembawa risalah, mana perlu taat pun. Macam posmen, kita tak perlu taat perintah posmen sebab tugas dia sampaikan. TUGAS RASUL BUKAN SEKADAR SAMPAIKAN SEMATA-MATA. SEBAB ITU KENA TAAT RASUL
Mana bolih samakan Rasul dengan posmen. Itu satu penghinaan.
Posmen tak terima surat dari tuhan dan posmen tak tahu apa isi kandungannya.
Sebaliknya Rasul terima wahyu direct dari tuhan dan diajar membaca kandungannya
Bezakan tugas Rasul dan Nabi barulah kita bolih nampak peranan yg dimainkan olih Rasul dan Nabi.
Sebagai seorang Nabi, Muhammad menjadi ketua kommunitinya.
Dia mengajar pengikut2nya. Dia dirujuk untok pelbagai perkara termasuk
menjadi hakim jika berlaku perbalahan dan keputusannya mesti dipatuhi.
Kesemua keputasan yg Nabi buat berpandukan Al-Quran.
Q5:49 dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah,….
Nabi juga memimpin tentera Islam didalam peperangan.
Q8:65 Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang.
Sebagai Nabi, Muhammad diberi peringatan.
Q33:1 Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik…..
Sebagai Nabi, Muhammad melakukan dosa dan memerlukan petunjuk dari Allah..
Q48:2 supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,
Saudara, nampaknya ada perkara yang saudara tidak dapat bezakan. Antara HUKUM dan CARA PERLAKSANAAN, kedua-duanya MESTILAH selaras dengan Al-Quran. Dari segi Hukum Allah, memang jelas Al-Quran itu sudah terperinci. Saya tak pertikai pun.
Bagi sy Al-Quran itu sudah cukup untok beribadat.
Q12:111 ……….dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
Sy dah katakan tak perlulah sy menerangkan cara sy beribadat kerana kamu tak percaya Quran itu terperinci dan lengkap.
Kamu lebih percaya kepada Hadith2 buatan manusia.
Tuhan suruh sembahyang dengan nada suara yg sederhana (Q17:110) tapi kamu sembahyang senyap2.
Q5:6 "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki,
Tuhan suruh berwudu pada 4 anggota tapi ASWJ kata tak cukup kena tambah cuci telingga. Kerana Quran tak sempurna.
Ingatlah amaran tuhan kepada yg tidak mengikut Quran:-
Q5:44 ………Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
TELAH DISANGGAH
Contoh Nabi menyampaikan selain dari Al-Quran: وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوَٲجِهِۦ حَدِيثً۬ا
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)
Contoh ayat di atas adalah Nabi menyampaikan perkara yang bukan terkandung dalam Al-Quran
TELAH DISANGGAH ATAUPUN BERCANGGAH!
Mengikut mnm77 Nabi ada menerima sesuatu dari Tuhan selain Al-Quran dan mengunakan ayat Q66:3 diatas sebagai bukti (Selain ini dimaksudkan sebagai Hadith).
Mengikut Al-Quran pula tugas Rasul hanyalah menerima dan menyampaikan wahyu Tuhan sahaja (Al-Quran).
Q64:12 Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Dan tugas utama seorang Nabi:- Q33:45 Hai Nabi sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan
Disini sy ingin menunjukkan kesilapan mnm77 sehingga menyebabkan percanggahan ayat2 Al-Quran itu sendiri.
Didalam ayat Q66:3 Tuhan memilih ganti nama “Nabi” dan bukan “Rasul”. Sekiranya kita mengunakan kritiria yg diberi tuhan @Q64:12 dan Q33:45 maka Nabi tidak menerima apa2 pun dari Tuhan kecuali Quran. Jika benar Nabi ada menerima selain Al-Quran (iaitu Hadith) untok disampaikan maka ayat Q64:12 sudah bercanggah dengan ayat Q33:45. Ini tidak mungkin terjadi.
mnm77 menterjemahkan ayat Q66:3 kebahasa melayu tetapi dengan sengaja meninggalkan kalimah “Hadith” (dalam bahasa Arab) bagi mengelirukan pembaca. Perkataan “Hadith” jika diterjemahkan kepada bahasa melayu bererti; kenyataan, menceritakan, perkataan, kata2, bicara dan apa2 yg bersangkutan dengan percakapan. Dan sekarang cuba kita gantikan perkataan “Hadith” itu dengan mana2 terjemahan bahasa melayu yg sy berikan. Adakah ianya akan memberi sebarang erti yg logik didalam kontek ayat Q66:3 itu sendiri?
mnm77 sengaja menunjukkan sebahagian dari ayat Q66:3 kerana jika ditunjukkan keseluruhan ayat tersebut maka kita akan dapati bahawa ayat Q66:3 tidak pun bersangkut paut dengan Nabi menerima sesuatu dari tuhan. Sebaliknya ayat tersebut menceritakan permasaalahan didalam keluarga nabi.
Sekiranya benar nabi ada menerima sesuatu (Hadith) dari Tuhan mengapa perlu ianya dirahsiakan? Juga mengapa hanya diberitahu kepada salah saorang isteri2nya? Bukan kah ianya sepatut dihebahkan kepada semua?
Ini membuktikan bahawa Tuhan hanya menurukkan Al-Quran (dan tidak ada yg lain) sebagai panduan dan petunjuk bagi kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|