CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tora bora

Gambar Tuhan menurut kepercayaan..

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-2-2011 10:37 AM | Show all posts
Kami percaya al kitab telah diturunkan kepada Musa dan Isa, tetapi isi kandungannya skrng telah bercampur aduk dan banyak di rubah.

Bukti ? Fakta sejarah telah menyatakan, dari kajian para tokoh sejarah kristian sendiri mengaku injil yang ada skrng dipersoalkan ketulenannya.

Sebab itulah kalau kita baca bible skrng kita dapati, adakalanya dikatakan Jesus itu nabi, adakalanya disebut manusia, adakalanya dikaitkan sbg Tuhan ( adakah ayat dlm bible yng Jesus kata , Sayalah Tuhan kamu.. sembahlah saya .. tiada kan..).. dan yang banyak Jesus ajak kita sembah Allah yang di Syurga...

Semua ajaran para nabi yang diutus Allah, adalah sama dari segi 'tauhid' iaitu menyembah Allah yang satu, Allah Maha Kuasa dan tidak berbentuk macam patung atau manusia.. Cuma berbeza dari sudut 'syariaat' iaitu undang-undang dlm urusan agama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2011 10:40 AM | Show all posts
Taurah dan Injil yang asli merupakan Kalam Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi Musa dan Isa a.s, sedangkan himpunan kitab di dalam Bible kebanyakannya hanyalah kisah, cerita, kata-kata dan perbuatan para Nabi yang ditulis oleh pihak ketiga seperti sejarawan dan bukannya oleh para Nabi itu sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 10:41 AM | Show all posts
Walaupun sebahagian daripada isinya menyamai kitab Injil yang asal, tetapi tidak ada satu pun yang merupakan Injil Nabi Isa a.s, kerana:

· Keempat-empat kitab mengandungi terlalu banyak kesalahan dan perselisihan, sedangkan Injil Nabi Isa merupakan wahyu Allah s.w.t. yang bebas daripada sebarang kesalahan dan perselisihan.

· Kitab-kitab tersebut menyebut tentang perjalanan hidup Nabi Isa a.s seperti kelahirannya, penyalibannya dan kematiannya yang tidak sepatutnya diwahyukan kepadanya ketika berjalannya misi dakwah Baginda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 10:56 AM | Show all posts
Injil (Bible) adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Isa AS sebagai pedoman untuk mengajarkan perihal agama kepada kaum Haawary, akan tetapi sejarah tidak pernah mencatat bahwa Injil yang dibawa nabi Isa AS pernah dibukukan baik oleh nabi Isa AS sendiri atau oleh para pengikutnya. Dengan demikian sangat memungkinkan sekali bahwa kitab Injil yang sekarang ini beredar adalah bukan dari nabi Isa AS tapi karangan pemuka-pemuka umat Kresten sehingga menyebabkan berbagai macam kitab Injil yang di dalamnya terdapat banyak sekali pertentangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 11:00 AM | Show all posts
Pandangan tokoh Kristen tentang Bible
Bukan hanya kita orang islam yang mengatakan bahwa Bible sekarang bukanlah firman tuhan melainkan karangan manusia, tapi pemuka kresten sendiri di sengaja atau tidak telah mengakui kesalahan dalam Bible, seperti yang diutarakan oleh

Dr. W. Graham Scroggie dari The Moody Bible Institut Chicago sebuah lembaga penginjilan yang paling berpengaruh di Dunia dalam menjawab pertanyaan : Apakah Bible itu firman tuhan ? pada bukunya yang berjudul : It is Human, Yet Divine ( Bible bersifat manusiawi, sekaligus Ilahiyah) halaman 17 mengatakan :

Ya, Bible bersifat manusiawi, walaupun beberapa orang menyangkalnya,karena kebutaan mereka pengetahuannya. Kitab-kitab tersebut telah berkembang melalui alam pikiran manusia, ditulis oleh tangan manusia dan dalam bahasa manusia, serta menurut gaya yang khas manusiawi.

Begitu juga dengan apa yang diungkapkan oleh Kenneth Cragg seorang uskup gereja Anglikan di Yerusalem dalam bukunya The Call of Minaret halaman 277 :

Tidak demikian halnya dengan perjanjian baru … pada kitab ini terdapat pemenggalan-pemenggalan, editing, penyeleksian dan reproduksi serta kesaksian. Dengan demikian ajaran Injil muncul dalam alam pikiran gereja melalui para pengarangnya. Mereka menulis pengalaman dan sejarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2011 11:12 AM | Show all posts
Walaupun sebahagian daripada isinya menyamai kitab Injil yang asal, tetapi tidak ada satu pun yang merupakan Injil Nabi Isa a.s


Haiyoooo, kami tahu lah cik abang. Gospels yang Canon tu yang dah di-revise oleh Gereja, yang lain-lain dibakarkan dan setengah disimpan untuk rujukan macam Apocryphal. Contoh yang apocryphal macam Infancy gospel of saint Thomas, Sky dah baca cerita pasal kisah Jesus semasa kanak-kanak macam cerita Muhammad masa kecil-kecil dibelah dada semua tu. Benda-benda tu kalau untuk Muhammad tak ada dalam catatan hadis ke apa2 cuma diceritakan orang dan dipindah kepada orang lain sampai jadi catatan. Dalam yang Canon tak ada lah benda tu tu sebab tak principle, tak utama dalam ajaran Jesus.  

Semua benda-benda yang dirujuk sebagai gospel tu adalah catatan dari percakapan Jesus. Kat dalam New Testament yang ada sekarang ni mereka akan bold dan merahkan mana kata2 Jesus dan yang bukan kata2 Jesus tu tak dibold dan dimerahkan.

Contoh lah kalau ada peristiwa macam peristiwa high priest orang Yahudi tanya Jesus (nabi orang Yahudi) pasal doktrin dan anak muridnya, the high priest then asked Jesus of his disciples and his doctrine 19 Jesus answered: "I spake openly to the world; I ever taught in the synagogue, and in the temple, whither the jews always resort; and in secret I have said nothing" 20

Yang bold tu baru catitan kata-kata Jesus. Yang tak bold bukan lah. Awak catitkan tak ustaz awak cakap masa forum perdana hal ehwal Islam? Kadang-kadang awak tak sempat nak tulis siapa nama ustaz penceramah, tapi awak tahu kan catitan awak tu ada kata-kata ustaz? Awak pun tak tulis nama awak dalam catitan sebab kat depan awak mungkin dah catat nama awak, kat buku tulis kan ada catitan nama, subjek, etc. Dah tentu lah tak begitu sama 100% dengan skrip ustaz yang beri ceramah tu sebab awak cuma catat aje.

Awak ada beli tak satu copy terjemahan Bible dalam bahasa Inggeris KJV atau Bible bahasa Arab atau awak takut membantu mengkayakan orang kafir? Kalau fikir macam tu sampai bila pun awak cuma dengar satu sumber sahaja lah sebab Ahmad Deedat pun beli Bible bercopy-copy. Sky still respect kat dia, tapi orang yang just quote dia I'm sorry to say no offence, har.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 11:19 AM | Show all posts
Injil (Bible) adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Isa AS sebagai pedoman untuk mengajarkan perihal agama kepada kaum Haawary, akan tetapi sejarah tidak pernah mencatat bahwa Injil yang dibawa nabi Isa AS pernah dibukukan baik oleh nabi Isa AS sendiri atau oleh para pengikutnya. Dengan demikian sangat memungkinkan sekali bahwa kitab Injil yang sekarang ini beredar adalah bukan dari nabi Isa AS tapi karangan pemuka-pemuka umat Kresten sehingga menyebabkan berbagai macam kitab Injil yang di dalamnya terdapat banyak sekali pertentangan


Kenapa pulak Jesus tak buku kan? Jesus bukan buta huruf macam Muhammad. Jesus tahu menulis dan membaca. Kalau ada catitan tangan Jesus sendiri mesti ada orang Nasrani yang simpannya macam simpanan janggut Muhammad, capal Muhammad, sebagainya sebagai replika keagamaan. Dari statement awak, berdasarkan sangkaan semata-mata. Memungkinkan, ia tak meyakinkan pun. Kalau awak ada simpan Injil tulisan tangan Jesus nanti awak beritahu saya. Saya nak bawa buat pemeriksaan supaya boleh pakai bersama-sama catitan lain dan harapnya lepas ni orang Islam tak payah lah susah2 lagi sebab kami.   

Contoh pemuka menulis? Pemuka tu dari era mana? Kitab Quran tak ada pencatat kah? Bible pun tak ada pencatat? Yang dengarnya Jesus tengah cakap masa buat halakah tu langsung tak catatkan awak rasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 11:22 AM | Show all posts
Jesus kata , Sayalah Tuhan kamu.. sembahlah saya .. tiada kan..).. dan yang banyak Jesus ajak kita sembah Allah yang di Syurga


Ish, rimas lah saya, awak main hentam saja. Bila saya menyembah ke Jesus? Awak mari ikut saya ke Gereja saya nak tunjuk kepada awak dan terangkan saya sembahyang kepada siapa. Awak boleh dengar saya baca doa sebut kepada siapa. Kalau awak pandang bayangan imej Jesus sambil berdoa dan berselawat, allahumma salli 'ala Isa wa'ala ahli wa sahbihi wa ahlih maksudnya saya sedang sembah Jesus kah? Kalau saya tak pandang pada imej Jesus pun doa saya sama jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 11:33 AM | Show all posts
Keempat-empat kitab mengandungi terlalu banyak kesalahan dan perselisihan, sedangkan Injil Nabi Isa merupakan wahyu Allah s.w.t. yang bebas daripada sebarang kesalahan dan perselisihan.


Kalau baca surah al-Taubah tak ikut turutan ayat dan catatan peristiwa penurunan (nuzul ayat), bukak2 terus Quran je terus nampak ayat ke-9, nanti keluar lah komen-komen bahawa Islam contradict lah kata suruh sebar kedamaian keamanan tapi surah tu suruh orang bunuh orang tak Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:28 PM | Show all posts
Kenapa pulak Jesus tak buku kan? Jesus bukan buta huruf macam Muhammad. Jesus tahu menulis dan membaca. Kalau ada catitan tangan Jesus sendiri mesti ada orang Nasrani yang simpannya macam ...


Memanglah kamu ni main hentam saja, tak baca kitab sendiri, dalam kitab perjanjian baru yang saya beli lebih 10 tahun lalu (Perjanjian baharu, berita baik untuk manusia moden, terbitan : The Bible Society Of Singapore, Malaysia & Brunei, tahun1987) menyatakan di bhgn pendahuluannya :

" 27 kitab didalam Perjanjian Baharu ini ditulis oleh beberapa orang dalam jangka kira-kira 50 tahun, meskipun kandungan kitab-kitab ini berlainan, tetapi di seluruh kitab iini pokok fikirannya satu.."

Begitu juga tulisan-tulisan "MR PAUL" kamu tu, ianya ditulis setelah kematian Jesus, jadi bagaimana pula orang yang dah mati, boleh memeriksa ajaran dan tulisan 'Paul' itu benar atau tidak.

Malah awak kamu menentang kajian para sejarawan yang mengatakan Injil ditulis setelah berpuluh tahun kematian Jesus. Awak tokoh sejarah kah ?

Ikutilah 'tokoh priest ini' yang telah menyedari kesilapan ajaran Kristian :

http://www.youtube.com/watch?v=ETeEBILYu1Y&feature=related
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:46 PM | Show all posts
Memanglah kamu ni main hentam saja, tak baca kitab sendiri, dalam kitab perjanjian baru yang saya beli lebih 10 tahun lalu (Perjanjian baharu, berita baik untuk manusia moden, terbitan : The Bible Society Of Singapore, Malaysia & Brunei, tahun1987) menyatakan di bhgn pendahuluannya :

" 27 kitab didalam Perjanjian Baharu ini ditulis oleh beberapa orang dalam jangka kira-kira 50 tahun, meskipun kandungan kitab-kitab ini berlainan, tetapi di seluruh kitab iini pokok fikirannya satu.."


Saya baca kitab agama saya, macam mana awak boleh nampak saya tengah baca Bible di tengah malam ke tak sambil melutut? Even saya buat kajian bahasa Hebrew dan Aramaic sekali dengan cross check Latin and Greek. Awak dah habis kajian agama awak dah ke sampai awak boleh buat kesimpulan di atas iman seorang Nasrani?

Begitu juga tulisan-tulisan "MR PAUL" kamu tu, ianya ditulis setelah kematian Jesus, jadi bagaimana pula orang yang dah mati, boleh memeriksa ajaran dan tulisan 'Paul' itu benar atau tidak.


Awak tahu mana ia ditulis oleh Saint Paul? Saint Paul memang mengarangkan beberapa epistles atau surat kiriman seperti surat kiriman kepada Colossians, Hebrews, dan sebagainya. Awak boleh beza pulak catatan gospels dan catatan surat kiriman yang mengandungi pentafsiran ulamak Christian serta komentari terhadap hukum-hukum dari Kitab Perjanjian Lama menurut Syariat Perjanjian Baru?

Malah awak kamu menentang kajian para sejarawan yang mengatakan Injil ditulis setelah berpuluh tahun kematian Jesus. Awak tokoh sejarah kah?


Contoh sejarawan? Sejarawan macam Ahmad Deedat atau Zakir Naik? Atau macam Ibnu Katsir? Saya tahu lah Perjanjian Baru dicatatkan selepas kehilangan Jesus, awak tak ceritakan sebelum ni pun saya memang dah tahu tapi awak sedar tak awak pula membenarkan peristiwa penyaliban dengan sebut kematian Jesus, hahahaa

Awak tak pernah dengar ke pasal teks-teks Masokratik? Awak perlu lebih banyak membaca sarjana Nusantara punya buku seperti tafsir al-Azhar lah, abang Tora Awak jangan terkejut kalau saya kata, saya dah kattam tafsir al-Azhar
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 04:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 10-2-2011 16:22

Reply 76# tora bora

Ok..menurut tora..ISO yg dibuat oelh uthman utk tujuan penyelarasn diaelek...ada yg ckp dialek kedah...kelantan..Johor..Perlis etc etc.. So Uthman ISO kan jadi bahasa standart...Cuma aku ttanya...kat table di surga sana quran guna dialek mana erk...?But Tora ckp..benda tu ghaib...ok aku paham, sebab sama juga sperti konsep 3 person dlm 1 being dlm konsep Holy Trinity...ia tetap misteri...walaupun ada org Islam yg nakal nak minta penjelasan guna akal logik manusia..

ok...tentang ISO versi quran ini, ada satu kajian kes bkenaan surah 2:238. Berdasarkan sumber Islam, surah tsebut adalah bbunyi sperti berikut:

Yahya related to me from Malik from Zayd ibn Aslam from al-Qaqa ibn Hakim   that Abu Yunus, the mawla of A'isha, umm al-muminin said, "A'isha ordered   me to write out a Qur'an for her. She said, 'When you reach this ayat,   let me know, "Guard the prayers carefully and the middle prayer and   stand obedient to Allah."' When I reached it I told her, and she dictated   to me, 'Guard the prayers carefully and the middle prayer and the asr   prayer and stand obedient to Allah.' A'isha said, 'I heard it from   the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace.'"

juga;


Yahya related to me from Malik from Zayd ibn Aslam that Amr ibn Rafi said,   "I was writing a Qur'an for Hafsa, umm al-muminin, and she said,   'When you reach this ayat, let me know, "Guard the prayers carefully   and the middle prayer and stand obedient to Allah."' When I reached it   I told her and she dictated to me, 'Guard the prayers carefully and    the middle prayer and the asr prayer and stand obedient to Allah.'"

Sumber

http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/muwatta/008.mmt.html#008.8.8.26

Perhatian yang dibold tu...and the asr prayer...naper dlm naskah moden xde erk:

Abdul Daryabadi : Guard the prayers, and the middle prayer, and stand up to Allah truly devout.
Dr. Mohsin : Guard strictly (five obligatory) As¬Salawât (the prayers) especially the middle Salât (i.e. the best prayer ¬ 'Asr).[] And stand before Allâh with obedience [and do not speak to others during the Salât (prayers)].
Pickthal : Be guardians of your prayers, and of the midmost prayer, and stand up with devotion to Allah.
Yusuf Ali : Guard strictly your (habit of) prayers Especially the middle prayer, and stand before Allah in a devout (frame of mind).

Sumber:
http://quranexplorer.com/index/Sura_002_Al_Baqara_THE_COW.aspx

Naper dlm naskah Quran skrg ayat yg diboldxkan xde...cuma dlm terjemahan Dr. Mohsin dia letak dlm kurungan..tetapi apabila diletakkan dlm kurungan adalah penjelasan..bukannya ayt dlm quran. Kemana hilang ayat tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 05:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 11-2-2011 07:17

Reply 92# sky_ephemeris


Sky tau x..ada sarjana/ahli tafsir Quran x percaya bahawa Injil telah korup...ada juga sejarahwan Islam ckp St. Paul adalah murid yg baik dan bukannya jahat...

Maksudnya, dlm Islam sendiri pun...belum ada kesepakatan dlm isu korup2 agama Kristian...cuma utk tujuan polemik Kristian-Islam kita akan dihidangkan dengan hipotesis agama Kristian telah dikorupkan oleh St. Paul....

Org Islam selalu bckp mereka beriman bahawa Taurat n Injil diturunkan....@ beriman kpd kitab2 terdahulu....tetapi aku rasa patut ditambah juga ler bahawa mereka beriman kitab2 tu dah dikorup...

Maha suci bagi TUHAN mmbenarkan kitab2nya dikorup oleh manusia...fitnah tbesar tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 10:07 AM | Show all posts
Naper dlm naskah Quran skrg ayat yg diboldxkan xde...cuma dlm terjemahan Dr. Mohsin dia letak dlm kurungan..tetapi apabila diletakkan dlm kurungan adalah penjelasan..bukannya ayt dlm quran. Kemana hilang ayat tersebut?


Shalom.. oh shalom, tak sangka kamu 'pandai sangat', fikirkan sudah faham, rupanya belum lagi... tak pe lah.. saya ulang lagi..

1. Al-Quran diturunkan dlm bahasa arab, maka ayat quran dlm bahasa arab diseluruh dunia dlm kitab Qur'an adalah sama, pergilah mengaji quran..

2. Apa yang 'berlainan' tu, memanglah dlm 'alih bahasa' saja.. lain penterjemah, lainlah terjemahannya.. Jangan samakan Qur'an dgn Bible kamu.. kamu merujuk kpd bible yang banyak versi. Versi kami satu sahaja, yang dlm arabnya..

3. Ayat diatas adalah merujuk kpd ayat al-Baqarah : 238, :

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana
Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk"

3. Dlam arab disebut " ...wassolaa til wus too..."  semuanya sama dlm bahasa arab Al-Qur'an, tapi bila diterjemah, ada yang tulis 'asar', 'middle prayer' dll. Tetapi wusta itu merujuk kepada solat Asar, berdasarkan sabda Nabi semasa peperangan ahzab, dimana nabi mengatakan solat asar sbg solat wusta...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 10:15 AM | Show all posts
Org Islam selalu bckp mereka beriman bahawa Taurat n Injil diturunkan....@ beriman kpd kitab2 terdahulu....tetapi aku rasa patut ditambah juga ler bahawa mereka beriman kitab2 tu dah dikorup


Shalom tak faham apa yng saya tuliskan sebelum ini :

Kami percya Allah telah menurunkan kitab itu, tetapi kitab yang ada skrng bukan lagi 'original' sebab fakta sejarah dan Allah sendiri beritahu kami dlm Al-Qur'an.

Allah menjelaskan bahawa al-kitab telah diubah, rujuk Al-Baqarah ayat 79:

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Alkitab dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 04:53 PM | Show all posts
1. Al-Quran diturunkan dlm bahasa arab, maka ayat quran dlm bahasa arab diseluruh dunia dlm kitab Qur'an adalah sama, pergilah mengaji quran..


Al-Quran berada dalam bahasa Arab apabila keluar dari mulut Muhammad. Sebelum tu Gabriel dengar atau baca dalam bahasa apa dari Zat Yang Maha Tinggi? Dalam Bible tak disebut pulak bahawa sesungguhnya Kami turunkan Torah ke Zabur ke Injil ke dalam bahasa Ibrani atau Suryani. Kalau dalam Quran disebutkan maksudnya benda ni tak apply to Torah, Kitab Para Nabi, Kitab-kitab Bertulis serta New Testament. Awak tak sebutkan pasal bahasa Arab pun Sky tahu dari surah Ta-Ha ayat 113. Awak dah baca belum surah ni? Saya dah hampir nak boleh hafal surah tu dan surah Maryam dalam bahasa Arab sebelum saya tersyahadah lagi.

Awak nak dengar trenskripsion ke sebagai bukti bahawa apa yang saya pernah baca ni? wa kazalika anzalnaahu qur'aanaa 'arabiyyan wa sarrafna fiihi minal wa'iidi la'allakum yattaquuna au yudithu lahum zikraa (sesungguhnya Kami turunkan kepadanya Quran (dalam bahasa) Arab dan kami ulang berkali-kali janji moga-moga kamu nanti bertakwa atau bercerita bagi mereka pengajaran). Saya tak ada terjemahan Quran dan saya tak copy paste sebab saya suruh kawan Muslim saya bacakan tu pun lepas mereka cerca saya sebagai najis, kalah Brahmin racist lagi. Awak pergi buat cross check sendiri dengan ustaz awak betul tak terjemahan sendiri saya dan trenskription apa yang saya ingat ni?   

2. Apa yang 'berlainan' tu, memanglah dlm 'alih bahasa' saja.. lain penterjemah, lainlah terjemahannya.. Jangan samakan Qur'an dgn Bible kamu.


Awak maksudkan Gospels yang empat tu ke? Awak nampak tak awak suruh kami jangan samakan benda-benda kekristianan dengan ajaran Islam tapi awak sendiri nak impose fahaman awak kepada kami yang bukan Islam ni termasuk ajar kami macam mana nak beriman kepada Allah, nabi Isa iaitu nabi dan rasul yang diutuskan untuk kami turuti sunnahnya, dan juga Roh Kuddus?

Gospels are like Hadis Qudsi. Orang yang beriman dengan hadis Qudsi iaitu anti-Hadis tu bagi awak orang macam mana? Awak nak suruh kami beriman dengan Gospel Barnabas ke? Awak boleh jadi Pope atau sekurang2nya Metropolitan dan buat kajian teologi ajaran agama kami dahulu lepas tu awak boleh propose kepada kami orang2 awam ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 11-2-2011 19:06

Reply 95# tora bora

Anda x faham yang yg saya cuba katakan. Isu ini bukan berkenaan terjemahan. Berdasarkan text standart surah 2:238 berbunyi:

Guard strictly your (habit of) prayers, especially the Middle Prayer and stand before Allah in a devout(Frame of mind)

Hafithoo AAalaalssalawati waalssalatialwusta waqoomoo lillahi qaniteena

http://www.muslimaccess.com/quraan/arabic/002.asp

Berdasarkan ayat tersebut hanya menyebut the middle prayer.

Akan tetapi, berdasarkan kesaksian Aisah..surah 2:238 yanng LENGKAP adalah SEPATUTNYA seperti berikut:

'Guard the prayers carefully and the middle prayer and the asr   prayer and stand obedient to Allah

Dalam versi standart Uthman, ayat and the asr tidak ada..sedangkan berdasarkan pengakuan Aisah sepatutnya ada.

Faham x, apa yg cuba saya sampaikan? maksudnya...versi Quran bahasa arab skrg, yg Tora selalu baca  bagi surah 2:238, telah kehilangan ayat and the asr prayer.

Menurut anda,  solat asar adalah sama dengan solat wushu..aku x kisah sebenarnya, sama solat wushu itu sama dengan solat asr atau tidak TETAPI persoalan utama aku, bdasarkan kesaksian Aisah, ayat tersebut SEBENARNYA ada menyebut ayat and the asr prayer...tetapi dlm versi standart,...ayat tersembut hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:41 PM | Show all posts
Memang lah perkara ghaib tapi awak kan boleh guna common sense untuk ketuk alam ghaib macam awak ...
sky_ephemeris Post at 10-2-2011 10:16


Harap2 lepas ni xde org islam paksa org Kristian guna akal logik manusia utk menjelaskan konsep KETUHANAN Kristian...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:00 PM | Show all posts
ada sarjana/ahli tafsir Quran x percaya bahawa Injil telah korup


Menarik tu, Sky baru tahu je, thanks abang Shalom. Ade source tak yang SKy boleh baca kat mana-mana? Sky nak bawak g konsult orang2 alim beragama Islam atau kalau yang pentafsir kontemporari Sky nak tanya mereka sendiri adakah mereka akan masuk neraka nanti sebab mereka tak tuduh St. Paul sebagai pengkorup Injil?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059591 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list