CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sincewhen

berkawan dengan kekasih / skandal suami

[Copy link]
 Author| Post time 8-8-2011 02:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by ParinAmat at 8-8-2011 14:35


                  

                                       

Petua Pengikat Kasih Sayang      


Bagi anda yang mengalami masalah suami liar, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini.


“Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu.”  [Surah Al-Ghaafir: ayat 60]
Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”


Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar. Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[Surah Al-Ahzab: ayat 21]



credit to:http://www.epetua.com/petua-pengikat-kasih-sayang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 09:15 AM | Show all posts
Reply 80# sincewhen


    entahlah puan sincewhen..

izinkan saya memetik kata2 the Architect dlm Matrix Reloaded (2003)

"Hope, it is the quintessential human delusion, simultaneously the source of your greatest strength, and your greatest weakness."

moga Allah terus mberi kekuatan dalaman pada puan sincewhen.. pastikan segala tindakan puan adalah dipandu oleh Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:55 AM | Show all posts
wah subhanallah, speechless..

akak sangat tabah, semoga allah berkati hidup akak dunia & akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 11:09 AM | Show all posts
tt, tahniah kerana sanggup berdepan dgn mslh tt sendiri.. namun sya kurang berkenan dgn B yg sudah mempunyai suami tetapi menjalinkan hubungannya dgn suami TT.. mcmana maslh nak selesai kalau curang dibelakang suami? ermm.. x fhm sya dgn org cam ni.. apalah yg dia nak cari lg? suami dah ada.. nauzubillah..

"kecantikan diluar hanya sementara, lama kelamaan ia akan pudar jua..tetapi kecantikan iman didalam diri akan sentiasa terpancar kecantikannya utk selama-lamanya"....

Ubahlah suami tt utk menjadi insan yg baik, suh la dia bertaubat..sesungguhnya azab dineraka amat perit sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 12:01 PM | Show all posts
Salam TT.

Mengubah sang suami mengambil masa....ALLAH MAHA MENGETAHUI...selain kepada NYA kita berserah...kita juga harus melakukan sesuatu...baiki diri kita kearah kesenangan suami...saya tak tahu TT macammana ... saya dulu pernah di tempat TT....saya kecewa meratap menangis di fitnah macam macam tohmahan lagi tapi kita PASRAH...ALLAH MENGUJI KETABAHAN KITA dan keyakinan diri juga bertambah...saya bangkit...demi rumahtangga yang dibina hampir 30 tahun...saya bangkit...saya mengubah penampilan saya, layanan saya terhadap dia...keperihatinan saya...saya buktikan saya yang terbaik dan memang telah ketentuan ILLAHI suami saya adalah jodoh terbaik begitu juga saya terbaik untuk dia...

Saya tidak lah cantik...bertubuh besar tapi TUHAN beri saya kelebihan...pemikiran/pelajaran/keyakinan diri dengan berkat ILLAH , saya pantau segalanya...walaupun sakit/perit tapi akhirnya memihak kepada kita....

Alhamdullillah saya dapat suami saya kembali...dan orang ketiga yang cuba musnahkan kami...masih mencuba dan mungkin akan terus mencuba namun saya yakin suami saya dah insaf....sekarang ni ALLAH memihak kepada saya...dimana suami saya pula yang bimbang akan kehilangan saya....saya harap TT akan memenangi kembali hak dan suami TT...INSYA'ALLAH saya doakan yang terbaik....

Wasalam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 02:11 PM | Show all posts
TT ni lahir bulan brapa ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 10:40 AM | Show all posts
sangat gigih dgn ketabahan akak nie..tapi apa punyg UNTUNG A gak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 05:52 PM | Show all posts
Salam 1 ramadhan, maaf lambat update, maklumlah banyak kerja yang perlu diuruskan, walau tak berkerj ...
sincewhen Post at 1-8-2011 17:07



   salam tt...saya ni muda lagi..belum pun kawen tapi entahla...bila baca kisah tt saya rasa yang husband tt tu sebenarnya belum jumpa cinta mati dia...husband tt seolah2 keliru antara cinta dan suka...saya ada sorang kawan yang dah kawen...tapi masih mempunyai scandal luar...lepas sorang sorang2..bini dia tak tahu...dia macam tak pernah puas...sampai lah satu masa dia jumpa dengan sorang perempuan ni...perempuan ni baik sangat lemah lembut...dia tak tahu yang kawan saya ni dah kawen...sejak kawan dengan perempuan tu kawan saya ni selalu solat, perangai berubah...dia dah tak mata keranjang...dulu kalau tengok perempuan cantik mula lah nak mengusik tapi sekarang dia hanya sekadar tengok je...bila di tanya katanya aku pun tak tahu, sejak kenal gf dia tu dia rasa dia macam sedar yang cinta dia adalah pada gf dia sebenarnya...yang lain2 tu hanyalah suka...so selama ni dia cakap dia keliru antara suka dan cinta sebenarnya....


kalau dulu bila ditanya kau pilih bini kau ke awek kau kalau kantoi..dia akan mati2 cakap bini dia tapi sejak dengan gf barunya ni, bila di tanya dia seolah2 serba salah...dia cakap kalau tanya hati aku pilih gf aku sekarang sebab aku cintakan dia tapi kalau boleh aku tak nak lepaskan bini aku sebab anak2..tapi terus terang dia cakap dia dah jumpa cinta mati dia...so mayb husband tt tu masih tak jumpa cinta yang sebenar2nya sebab memang wujud orang macam tu...kalau pikir logik pun, sanggup ke kita nak sakiti dan curangi orang yang kita betul2 cinta dan sayang...tentu kita tak sanggup nak tengok air mata orang yang kita cinta kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 06:00 PM | Show all posts
pelik...apasal lak D masuk daun...dia tak de life ke?
zztop63 Post at 4-8-2011 17:52



   dalam sedih2 bc citer tt bila bc citer ko terus tergelak sorang2...hehhehe..syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:04 PM | Show all posts
saya rasa kalo puan sincewhen tambahkan watak D tentunya watak A,B dan C boleh dikembngkan lagi.. ni ...
ParinAmat Post at 5-8-2011 12:13



   kenapa aku rasa nk gelak bila baca komen ko...sakit usus weh lijahhhh!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 88# farahanafarah


terima kasih dek... tersentuh jugak ati akak...mungkin ada benarnya kata adik...dia belum jumpa cinta mati dia...atau omputih kata soulmate kan... jdnya kalo adik di tempat akak, dan adik tau yg somi adik belum jumpa cinta mati adik...adakah adik akan mengundur diri...

akak pun sebenarnya redho kalo dia nak lepaskan akak, sbb akak rasa lebih baik akak fikirkan diri akak, masa depan akak dan anak2, serta cita2 akak... tp akak tunggu saja Allah putuskan... semuanya akak serahkan pada dia... sesungguhnya dia maha mengetahui... akak juga tidak mahu membuang masa terlalu memikirkan apa yg dia nak lakukan seterusnya dengan hidupnya... mungkin satu hari nnt ada kebahagiaan untuk akak disana.  insyaallah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by sincewhen at 11-8-2011 10:32

kredit to http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/

DIA BUKAN CINTA NOMBOR 1                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana.

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 10:37 AM | Show all posts
kengkawan...baca sambungan kat blog tuh yer...very informative...

kredit to http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:07 PM | Show all posts
Alhamdulillah.... TT dapat hidayah dari Allah s.w.t...... Sy doakan kehidupan TT sentiasa dalam ketenangan....... Sy pernah melalui kehidupan yg sukar sperti TT.... Hanya Allah s.w.t saja yg kekal......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply 94# naufal2705


    salam... nk kongsi tips atau cerita tentangnya disini... manatau boleh saya jdkan panduan juga...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:18 PM | Show all posts
Reply 95# sincewhen


    Since... just PM i..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 05:15 PM | Show all posts
salam tt...saya ni muda lagi..belum pun kawen tapi entahla...bila baca kisah tt saya rasa y ...
farahanafarah Post at 10-8-2011 17:52


somi yg mampu, biarkanlah dia kawin..
tuduh rampas laki orang la, walhal poligami tu benda yg halal.. tapi diharamkan karna tak suka dgn pelakunya yg tak adil..

dalam al-Quran pon Allah berfirman.. takkan adapon manusia yg mampu berlaku adil secara total.. biarlah dia mencari, yg penting jangan menganiayai smp tinggal teros nafkah anak bini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:21 AM | Show all posts
Saya kagum dengan sincewhen dalam menghadapi kemelut rumahtangga. Seorang yang begitu tabah dan tidak bertindak membabi-buta dalam menyelesaikan permasalahan yang bial akan berjumpa penamatnya.

Memang suami ni lambat untuk menyedari kesilapannya dah susah untuk diluruskan jalannya semula. Bertahun-tahun masa diambil pun belum tentu dia akan berubah. Setiap orang ada masalah dan tidak semua masalah itu sama. Saya harap ketabahan sincewhen akan tetap teguh menempuh onak badai ragam suami.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:42 PM | Show all posts
saya pun nak bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by syams8178 at 26-8-2011 09:43

cerita saya, lebih kurang cerita pn since juga. saya juga menggunakan cara reverse psychology..

..suami saya tu perangai lebih kurang suami pn since, ada hobi yang tak boleh disekat (sukan), kurang nak menambah knowledge pasal nak mendidik anak2, marah anak2, suka keluar malam.. tak lekat kat rumah. kecuali pada  saya dia bukan playboy. suka memuji kecantikan perempuan, tapi mungkin tak curanglah. itu dulu.. sekarang saya baru tau dia pun capable of curang2 ni. tunggu ada peluang dan ada yang melayan je. sekarang saya fahami kelemahan lelaki itu 2 perkara; duit dan perempuan. mana2 lelaki pun, hanya peluang dan keimanan yang akan menentukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.110757 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list