CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: separuh_gila

Kakak Mengandung Luar Nikah.. Gugur/Kawin?

[Copy link]
Post time 29-11-2011 11:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by aiva at 29-11-2011 12:01

memula aku nak tanya ko,
kenapa dan mengapa family ko against kakak ko kawan dengan balak dia?
situasi kakak ko ni ialah dia duduk jauh dari family, dia fikir dah besar, dia dah jatuh cinta
adat org bercinta dik oi, bila dilarang itu yang semakin kuat cinta mereka, orang kata cinta itu buta dan mereka mereka yg jatuh cinta ni biasanya dah jatuh tahap bodoh dah sorry to say laa..

kalau tak takkan laa orang orang dewasa yg kita tak sangka sangka(laki orang, bini orang), orang orang alim boleh wat dosa semua tuh, hanya kerana cinta dari situ setan dok pakai jarum dia..
so silap family adik laa melarang, tapi nak buet macam mano nasik dah jadik bubur..
kena harungi jugaklaa masalah ni..

pada aku, ko tak yah laa stress dek kerana dosa akak ko tuh, hanya kerana dia sedarah sedaging keluar dari rahim yg sama maka ko pun turut sedih, dalam hal ni, family ko kena fikir kes kakak ko, orang luar dah kurang ajar dengan family ko (bf kakak ko)..
family ko kena pertahankan kakak ko, aku tak tahu situasi mamat yg buntingkan kakak ko ni
adakah dia bersedia nak tanggung kakak dan anak dia dalam perut kakak ko..
sepatutnya itu yang ko fikirkan dulu,

perkara seterusnya, bapak ko kena settle jantan dengan jantan antara dia dan mamat tuh..
nak tanggungjawab ker tak, kalau tak mahu bertanggungjawab maka mamat tuh kena tinggalkan kakak ko (report polis jgn biar jantan tuh lari macam tuh jek),lepas tuh,  kakak ko beranak kat kl bagi elak orang kampung mengata, mak bapak ko kena dok kl satu rumah dengan kakak ko, supaya mamat jahat tuh tak datang kacau kakak ko (buaya mesti datang jumpa bangkai balik), parents ko kena bela kakak ko sewaktu mengandung, dalam pantang, anak tuh terpulang kat kakak ko nak bela ke tak, pastikan kakak ko tak meroyan.. ini kalau mamat tuh tak mo bertanggungjawab laa

tapi katalah mamat tuh MAHU bertanggungjawab, nikah kan terus, dik oi, zaman sekarang sijil nikah penting, nanti kakak ko nak daftar klinik untuk checkup bulan bulan, nak beranak di hospital semuanya memerlukan sijil nikah, bole tak ko jgn fikir pasai kenduri kendara tuh, pengantin dah basi dah wey.. wat aperlaa nak kenduri kendara, padan laa muko kakak ko sapa suruh tak sabor sabor.. itulaa belajar tinggi tapi ermmm, biar laa dia tak merasa bersanding, dah nikah pun itu dah cukup bagus,

bapak ko kena mainkan peranan sekarang jugak laa.. apa lagi laa dok meratap tuh yang oii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2011 01:58 PM | Show all posts
Yup.. tu lah pasal.. dulu anak bercouple tak mau kasi kahwin.. nak yg berharta,hensem, keturunan baik.. standard ah.. lepas tu.. anak berzina.. sekarang nak nangis meraung-raung mak bapak..

apa yg halal itu mudah di buat.. yg haram juga dibukakan jalanl..

mudah kan aje institusi perkahwinan.. tak lah berlaku mcm ni.. bukan kakak ko sorang aje pregnant.. melambak lagi anak melayu sekrg pregnant anak haram!..

sebelum nak malu kat org kampung.. malu dulu dekat Tuhan.. dosa kakak ko dosa kat Tuhan.. bukan dosa kat org kampung.. kalo bapak ko stok alim sgt.. takkan benda mcm ni pun tak bole nak pikir..

kakak ko tu tak insaf pun lah... anak manja... kahwin kan dia pun takde guna kalo kawin express... kawin pastu cerai.. dia kena ubah dulu sikap.. ubah perangai.. ubah luar dalam.. maklumlah tak lama lagi dah nak jadi ibu.. tak kira anak tu halal ke haram status dia.. sama aje.. dalam kata lain.. kakak kau kena TAUBAT.. baru perkahwinan dia boleh berjaya.. baru dia bole didik anak haram dia tak jadi perangai setan mcm dia..

bapak ko kena pukul kakak ko.. dia tak reti beza mana betul dan mana salah.. bila buat salah kita dimarahi, baru kita tau tu benda salah.. bila buat betul kita dipuji, baru manusia tak perbezaan betul dan salah.. sedap jelah kakak ko dpt dok satu rumah dgn bf..akhirnya bapak ko ckp lemah lembut.. takdela kakak ko lemah lutut takut menggigil lain kali.. so what.. next time she can do it again.. dari situ kitorang bole paham nape kakak ko jadi mcm tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 02:11 PM | Show all posts
bukan salah mak bapak aku, okey!!!
jangan la nak bagi aku makin tensen, buat sakit kepala otak baca komen kau ni darkcloud!!
orang dah dalam masalah, kau makin menambah berat nya rasa masalah tu

kakak aku ni mmg x dengar cakap orang tua
pagi raya kitorang semua dididik pakai tudung dari kecik
tetiba dia je pakai tudung kuar jambul
ngamuk bapak aku, x nak salam pagi raya
gadoh2 satu rumah, ayah aku just suruh dia pakai tudung betul2
nak tangkap gambar
sampai rosak lah raya kitorang tahun tu
x dapat mintak maaf, cium tangan mak ayah
x dapat nak tangkap gambar pagi raya
memang menyakitkan hati kakak aku ni
satu rumah gadoh pagi raya semata2 pasal dia x nak pakai tudung btol2

kau jangan skali2 nak salahkan mak bapak aku
mak bapak aku dah didik kitorang sebaik2nya, dah bagi didikan agama yang cukup
boleh kawal ke kalau dia yang x nak semayang, x nak puasa, tapi dia cakap dia buat semayang ngan puasa tu??
salah kitorang ke???

kau x berada kat tempat aku kau jangan nak tunjuk sangat lah mulut puaka kau tu
nanti kalau Allah uji kau ngan keluarga kau dengan benda yang sama baru kau tau!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 02:14 PM | Show all posts
kitorang bukan x nak bagi dia kawen dengan laki tu
dah laki tu xde keje
samseng pulak tu
pakai rantai apa semua
duda yang dah bpe kali cerai sbb bini x tahan kena belasah hari2
mak bapak aku kalau boleh, nak lah yang boleh jaga kakak aku
kitorang satu family x pandang pun lah rupa ke harta ke
yang penting nak orang yang baik

kalau dah bpe kali duda sebab pukul bini, orang camtu ke nak terima jadik menantu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:18 PM | Show all posts
Life is twisted n complicated....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 02:19 PM | Show all posts
camne lah boleh bagi suggestion suruh pukul
kakak aku tu ngandung, uri kat bawah
asyik bleeding je, kalau pukul mau mati terus

nak marah dia pon x boleh skang ni, masa ngandung ni darah tinggi dia naik
kang klu terkeluar terus janin tu saper salah
kitorang ni ibarat nak tarik rambut dalam tepung, rambutnya dapat, tepung x bersepah
kalau boleh nak selamatkan nyawa dua2
beby tu ngan kakak aku
kalau x, aku rasa mmg dah nahas kakak aku tu

mak bapak aku bukan x nak tegur
kalau boleh nampak teguran ke marah ke, ntah dah bpe lori kontena panjang treler 28 kaki dah agaknya
sampai aku yg mendengar je pun dah rasa nak naik sawan
aku x tau lah dia ni ada hati dan perasaan ke tak
sbb xde effect langsung pun sme marah ngan nasihat tu kat dia

jgn lah sedap2 je nak judge keluarga aku..
ini bukan masa untuk menilai, aku x mintak korang nilai keluarga aku
aku mintak korang hulurkan tangan, bantu aku
kalau rasa x nak bantu, berlalu pergi je
x payah nak usha slack ke hape
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2011 02:23 PM | Show all posts
memula aku nak tanya ko,
kenapa dan mengapa family ko against kakak ko kawan dengan balak dia?
sit ...
aiva Post at 29-11-2011 11:57


tu lah.. aku pun rasa skang bukan masa untuk meratap, tapi masa untuk bertindak.. sebab masa tetap berjalan jugak. nangis camne pon x guna
skang ni kalau aku sedih nangis2, aku g beli makanan banyak2 pastu makan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by secretmama at 29-11-2011 14:26

Aku suggest, jangan kahwin kan kakak kau ngan jantan x guna tu.
hantar je kakak kau kat kewaja. At least dia dapat bimbingan. aku takut kalau kahwin ngan jantan x guna cam tu, hidup kakak kau ngan anak yang bakal lahir nanti x bahagia.

Why not, family kau amik je baby tu lepas lahir nanti n bela dia. Kalau orang kampung tanya nanti, cakaplah korang amik anak angkat. kesian kat baby tu anak yatim. Peduli lah diaorang nak percaya ke x. Yang penting nasib baby tu terbela.

Kakak kau, suruh dia bina hidup baru. lepas hidup dia dah sempurna or maybe nanti dia dapat lak cari lelaki yang mampu jaga dia n terima dia, baru dia boleh amik baby tu bela. Selagi dia x berubah, jangan bagi. takut hidup budak tu tak sempurna lak karang. Bukan salah dia lahir dalam keadaan cam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2011 02:27 PM | Show all posts
sis tak pandai nak advise camna nak settle problem cuma nak bgtau pasal uri bawah tu. cam kata kawan ...
MMISS Post at 29-11-2011 10:47


insyaAllah, saya akan sampaikan..
tapi saya x boleh lah cakap saya tanya kat forum..
mungkin saya akan cakap, saya google and baca2 sikit...
kalau cakap tanya kat forum, nanti saya kena marah pulak dgn mak..

thanx sis, for sharing ur experience..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 02:33 PM | Show all posts
...rite now…stop thinking of what other pple would say and think…yang penting skarang nie is to fi ...
blackmore Post at 29-11-2011 02:34



thanx blackmore..
nasihat ni banyak membantu aku dalam bertenang menghadapi ni..
bila aku rasa cam teringat benda ni, hati aku terluka, aku akan cakap diri aku
'la... bukan aku yg ngandung. so x perlu lah aku emosi sgt'
pastu aku pun rasa cam ok sket..
sbb aku pk klu aku emosi, mmg x dapat nak cari jalan kuar untuk kakak aku
kalau aku tenang, bru boleh pk dgn waras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 02:36 PM | Show all posts
terima kasih pada semua yang bagi nasihat dan cadangan...
dan jugak pada mereka yang berkongsi pengalaman

saya rasa tenang sikit.. skarang ni cuma nak kumpulkan cadangan2 korang, timbang2kan buruk baiknya, dan amek cadangan yang paling bagus

teruskan lah bagi cadangan kalau korang ada cadangan lagi..
timer kasih banyak2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:42 PM | Show all posts
cadangan secretmama boleh di pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:49 PM | Show all posts
problem? musti ada penyelesaiannya. x yah nk giler bagai
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 10# tarabas1976


    hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 03:02 PM | Show all posts
pada ai, kakak TT ni culture shock.. biasa duduk dgn mak ayah tetiba dapat lepas.. mau tak seronok.

ai pun setuju dengan secretmama.. kalau dah kaki pukul, buat apa nak bagi kawin. kita nak selesaikan masalah bukan tambah masalah. TT boleh jamin dengan kawinkan dorang masalah boleh selesai? cari and hantar kakak TT kat mana-mana pusat bimbingan. sekurang-kurangnya kakak TT dapat pedoman and kembali ke pangkal jalan. kalau baby tu tak nak bela sendiri, pusat tu boleh carikan foster parent untuk dia. janji kehidupan dan masa depan dia terjamin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 03:07 PM | Show all posts
byk2 bersabar dan beristighfar TT. Berdoa adalah sebaik2 jalan sekarang ni kerana segala yg berlaku bersebab. Dalam hal2 dan keadaan begini adalah lebih baik mencari jalan selari dengan kemampuan hati dan perasaan sendiri. Janganlah difikirkan sgt org ni kata cam ni...org tu kata cam tu.. sbb sibuk memikir2 nnt masalah lain pula yg timbul.... buatlah istikharah memohon jalan yg sebaik2nya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 91# separuh_gila


    ex-calssmate i pun kena ngandung luar nikah .. lagi teruk ..laki tu lari masa dia 7 bulan .. so x jadi kahwin la..
kalau sebelum cukup 3 bukan sempat kahwin so anak dapat isi nama bapak dia kat surat beranak tu .. ni dah 4 bulan kalau kahwin sekarang kena anak lahir 6 bulan lagi .. so macam x logik dah ..

apa member i buat tu adalah rahsiakan dari adik adik dia dan keluarga yang lain lain  .. mak dia hantar dia pi sabah rumah makcit dia bersalin sana lepas 6 bulan baru balik sini .. sekarang anak dia dah 3 tahun ..certain orang saja tau status anak dia .. yang lain semua x tau ..

slow slow la..masa diperlukan untuk semua settle .. nak x nak pun kena terima hakikat ini .. salah sekali ini bukan maksud dia dah x ada jalan nak patah balik dah ..


what u all can do is care of her..
orang ngandung ni banyak masalah .. dan sensetif perasaanya .. sampai la dia selamat lahirkan baby pun kena jaga juga ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply 91# separuh_gila


    sebenarnya u kena gembira sebab u bakal dapat anak buah baru .. sure baby yang comel ..  anak tu x salah .. so x usah nak fikir banyak banyak pasal anak tu .. jaga baik baik kakak u ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 03:47 PM | Show all posts
oo barulaa aku tahu asal family TT tak bagi kawinkan kakak TT dengan mamat kurang ajar tuh

kurang asam bf kakak ko tuh, patutlaa berani buntingkan anak dara orang, DAH pernah kawin bahaya tau laki orang ni.. (ini mak aku cakap)..
  
dalam hal macam ni tak payahla kawinkan kakak ko dengan mamat jahat tuh
masalah menjadi berat kerana termengandung .. kenapa korang tak pantau anak perempuan ni, dah tahu dia jenis macam ni.. lain macam budaknyer.. dalam adik beradik bukan semua family laa, pasti ada sorang yng lain sket perangai dia..

aku stuju jer kakak ko tuh dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak masalahnyer kakak ko ni umur berapa? sebab pertama bila dia masuk sana, baby dalam perut tuh dapat diperiksa setiap bulan, aku pernah nampak budak budak pemulihan akhlak yng mengandung dibawa oleh Pusat tersebut untuk buat pemeriksaan baby dalam perut di klinik kesihatan, pakaian dorang pun seragam dan pakai tudung.. jadik tak payahlaa klinik mintak sijil nikah semua tuh dah tak perlu sebab special case..

pasai mamat tuh kan, buat jer laporan polis n jawi ker jais ker sebab dia melakukan kesalahan antaranya berkhalwat sehingga mengandung..
jgn belas kasihan besok lusa dia rosakkan anak orang lain pula, kasik pengajaran sket..
kurang ajar betul

kawan aku pernah kena tangkap khalwat dengan bf dia (bf dia ni pun jenis bf kakak ko jugak, kaki minum), dorang kena masuk lokap selagi tiada sapa jamin, pihak JAIS tak galakkan kawan aku kawin dengan bf dia sebab jenis tak leh pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:28 PM | Show all posts
Kalau dah nama bfnya kaki pukul
mmg patut pon mak ayah x bg kakak dia x kawen dgn dia TT
apsal x story mory awal2
but siyesly ai x salahkan ur parents..ini mmg salah kakak awak
apa kata ikut cdgn secretmama tuh
hntr your kakak ke kewaja..pusat pemulihan akhlak tuh
dr serahkan jd bini si lelaki duda yg berperangai kalahkan naga itu..
apa pon TT
jgn stress sgt ok..
ingat Allah byk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.088104 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list