Hong Kong - Pengarah terkenal Michael Bay dan kru produksinya mengalami detik mencemaskan apabila diserang oleh sekumpulan penjaja warung semasa penggambaran filem "Transformer 4: The Age of Extinction" di Hong Kong baru-baru ini.
Satu kumpulan penjaja warung berkenaan cuba memeras ugutnya dengan meminta wang tambahan tetapi apabila beliau enggan berbuat demikian, kumpulan terbabit mula bertindak ganas. "Setiap tempat yang kami lakukan penggambaran akan mendapat bayaran di atas ketidakselesaan dari pihak kami, tetapi mereka mahu meminta bayaran 4 kali ganda dari jumlah sebenar," ujar Bay. "Selepas setengah jam, mereka telah menyerang kami dengan cuba menampar dan memukul saya dan kru produksi, tetapi nasib baik anggota keselamatan menyedari dan berjaya mengawal keadaan dan suasana ketika itu seolah-olah seperti dalam filem "World War Z". Menurut sumber yang dipetik daripada China Post, lelaki yang menyerang pengarah itu disyaki kumpulan kongsi gelap Hong Kong dan juga dilaporkan Bay dan kru produksi telah mengalami kecederaan.
http://berita.rtm.gov.my
|