CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cekenit

PROGRAM REALITI : BINTANG MENCARI BINTANG [MUSIM 2]

[Copy link]
Post time 16-4-2013 12:16 PM | Show all posts
ok..thanks korang...
harus tengok nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 03:33 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 15-4-2013 11:09 PM
tak suka sgt achehh tuh...tak lawak pun
lagi suka group FBI tuh..tapaw...lawak selamba

betul..
suka lg tgk anak didik fbi..
persembahan fbi dgn anak didknya nya boleh katakan ngam & serasi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:19 AM | Show all posts
benang ni sendu ke? Persembahan kumpulan B malam ni menarik juga. Terutamanya anak didik Afdlin. Lawak selamba dan menghiburkan. Memang patut pun diorang menang. Markah 77.5 kalau tak silap. 2nd protege harun salim bachik, lawak gwiyomi. Ok laa, tak sehazab minggu pertama. Protege FBI pun best. sempoi. TITAN minggu ni agak kurang la, diorang ni macam lebih kepada teater tapi tak menekankan sangat lawak yang santai/sempoi. Walaupun iols suka group TITAN sebab satu Univ, iols rasa diorang macam terlalu nak buat lawak bijak jer. Boring tau. Cuba tengok protege afdlin yang kurus tu, rilek je.

Protege kak ungku & senario boring. Perlu ke kak ungku bebuat marah2 kat protege masa sesi latihan? Sangat drama yang nan hadoo ok. Iols dapat rasakan kedua2 protege kak ungku sangat stress dengan dia lebih2 lagi group yang laki2 tu. Dah la boring giler. Senario pulak..ermmm...iols tak rasa senario ni layak jadi mentor. Diorang bukannya lawak pon. Masa awal2 kemunculan dulu ok la. Sekarang dah sendu yer. Ada harapan untuk tersingkir awal. Yang lawak pon si lan pet pet jer. Tu pun asik dok ulang lawak trumpet dia + terjerit2 dengan slang utara dia tu...sampah sangat... Last edited by hyie on 22-4-2013 12:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:26 AM | Show all posts
komen2 juri sangat telus + jujur dan membina. Kak ogy pon dah tak over macam masa jadi juri AF dulu. Tapi perlu ke juri vokal/nyanyian bertukar ganti setiap minggu? Bongok sangat. Plak tu amik yang muda2 baru setahun dua jadi artis. Kot ye pon ambik la guru vokal macam cikgu Hajar ke, hazami ke, syafinaz ke...kata markah nyanyian pn diambil kira, kan? Macam tak wujud jer pemarkahan untuk vokal tu. Iols macam rasa rancangan ni diadakan secara tergesa2 je.

Dah la tadi mikrofon tak berfungsi dengan baik. Kesian group Awok, Titan, Gegau...for sure emosi sedikit terganggu. What the hell?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 01:21 AM | Show all posts
sapa markah tinggi group B tadi???
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 01:22 AM | Show all posts
hyie posted on 22-4-2013 12:19 AM
benang ni sendu ke?  Persembahan kumpulan B malam ni menarik juga. Terutamanya anak didik Afdlin.  ...

protege kak engku awok tuh langsung tak lawak....tak faham pun apa mesej...kaku je pentas pu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2013 08:22 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 22-4-2013 01:21 AM
sapa markah tinggi group B tadi???

bocik - protege afdlin shauki
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 08:42 AM | Show all posts
hyie posted on 22-4-2013 12:19 AM
benang ni sendu ke?  Persembahan kumpulan B malam ni menarik juga. Terutamanya anak didik Afdlin.  ...

sendu... bmb ni mana lawak banding rl7??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 09:24 AM | Show all posts
tdpp2006 posted on 22-4-2013 08:42 AM
sendu... bmb ni mana lawak banding rl7??

Aku tak tengok raja lawak so tatau la. Tapi ofkos la rancangan astro lebih eksklusif kan. Sekurang-kurangnya ada la juga alternatif lain bagi mereka yang tak melanggan astro sebab tak dapat tengok raja lawak. Ada juga peserta2 BMB yang berkualiti...tak kurang juga yang poyo bajet lawak tapi tak lawak pon.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:28 AM | Show all posts
serious malu gila tengok persembahan RA dan ank didik dari awal kemunculan smpai skrg...tah apa2..yg pompuan dok terkinja kinja menjerit tak tau hapa yg dorg dok melalut..yg lelaki pun tak faham apa jenis lawak pun entah lah..reaksi aku mendatar je..rasa nak senyum pun takda..apatah lg ketawa..jauh lah nak gelak kan..makin stress ada....buat masa ni sokong achey,tapaw ngan ajo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 10:39 AM | Show all posts
mlm td punya aku sokong bochik best ..yg fbi tu mentornya lg kelakar..., titan tu dr minggu lps lg aku x phm tang mana lawak dorg..mgkn aku ni x phm lawak2 cam gitu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:10 PM | Show all posts
alisya78 posted on 22-4-2013 10:39 AM
mlm td punya aku sokong bochik best ..yg fbi tu mentornya lg kelakar..., titan tu dr ming ...

betul..bochik mmg the best..then misz suka FBI (bkn ajo yer) FBI mmg lawakla..komen kak ogy membina semlm..paling x best RA (awok) dgn senario (xtau ape nama group tu)
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 06:15 PM | Show all posts
Pentas Bintang Mencari Bintang terus digegar
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
22 April 2013

KONSERT Bintang Mencari Bintang (BMB) Kumpulan B yang berlangsung malam tadi menyaksikan persembahan hebat antara Bocik, XOXO, Ajo serta Titan.

Masing-masing tampil dengan persembahan yang segar dan menghiburkan. Minggu ini, setiap peserta diberi peluang beraksi bersama sifu masing-masing.

Anak didik Harun Salim Bachik, XOXO mengejutkan penonton dan juri apabila persembahan mereka bersama sifu itu lebih menghiburkan berbanding minggu sebelumnya.

Menggunakan idea rekaan telefon bimbit canggih, XOXO yang dianggotai Hazmeer dan Mohd Hazwan serta dibantu Harun itu berjaya menggeletek penonton.

"Satu lonjakan yang memberi sinar kepada anda. Saya dapat lihat keserasian antara kamu berdua berbanding minggu lalu. Bukan hanya anda berdua, tapi juga dengan sifu anda," kata Fauziah Ahmad Daud selaku juri profesional.

Seperti minggu lalu, Afdlin Shauki tidak mengecewakan di mana pada minggu ini, dia tampil bersama anak didiknya dari kumpulan B, Bocik.

Perbezaan bentuk fizikal ahli Bocik, Muhammad Fadzlie dan Syed Umar Mokhtar masih menjadi bahan utama persembahan mereka namun dibawa dengan cara yang berlainan.

Sementara Titan yang dibimbing Sabri Yunus tetap tampil dengan persembahan yang sarat dengan mesej.

Menurut juri profesional, A.R Badul, lawak Titan tetap membawa budaya.

"Lawak anda tetap membawa budaya, tak tinggal budaya itu," katanya.

Sementara, Fauziah atau Ogy memuji Sabri Yunus yang menyampaikan mesej mendalam pada setiap persembahannya.

"Tak boleh dinafikan, Sabri Yunus memang seorang pemikir. Jadi, apa yang saya lihat, setiap 'props' yang muncul dipentas, bukan kosong.

"Apa pun, mesej yang nak disampaikan memang mendalam," katanya.

Persembahan anak didik Faizal Ismail atau FBI, Ajo turut dipuji.

FBI dan Ajo menjadikan suasana menuntut insurans sebagai bahan lawak malah FBI mengubah suara seakan-akan watak Detektif Conan.

"Secara keseluruhan, ia persembahan yang menarik. Saya dapat lihat sisi lain FBI. Tak sangka FBI berbakat besar," kata Ogy.

Namun, lain pula nasib yang menimpa peserta dari kumpulan Awok dan Gegau.

Kedua-duanya menerima kritikan daripada juri.

Anak didik Raja Azura, Awok yang dianggotai Filzah dan Nurul Ain gagal menyampaikan bahan yang dipersembahnkan dengan baik.

"Saya tak nampak di mana lawaknya. Anda kata ini perisik. Ia sepatutnya intelektual dan ada aksi tubuh yang tak manis untuk ditonton," kata Ogy.

Gegau yang dibimbing kumpulan Senario dikatakan berada di zon bahaya jika terus berada pada tahap itu.

"Terus terang, kalau anda berada di tahap ini, anda berada dalam zon bahaya. Azlee (Senario), anda tidak membantu," kata Ogy.

Sementara A.R Badul berkata, "kalau mama Gegau, kena 'gegaukan', jangan mengigau."

Peserta BMB masih mempunyai dua konsert untuk mengumpul markah sebelum tiga peserta dengan markah terendah akan disingkirkan.

Markah bagi Kumpulan B, Bocik (77.6), XOXO (65.1), Ajo (64.2), Titan (61), Gegau (45.3) dan Awok (41.8).

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pentas-bintang-mencari-bintang-terus-digegar-1.152559
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 07:03 PM | Show all posts
Hafiz tu bukan baru setahun dua dlm industri.....dah 4 tahun....nak masuk tahun ke 5....dia pun dah menang mcm2 anugerah....kalo setakat nak komen BMB ni xdak hal la.........lagi pun bukan penting sgt pun teknik vokal utk program ni......sesapa pun boleh komen.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:56 PM | Show all posts
Along_XX posted on 22-4-2013 07:03 PM
Hafiz tu bukan baru setahun dua dlm industri.....dah 4 tahun....nak masuk tahun ke 5....dia pun dah  ...

Ialah baca Article ada Hafiz last Sunday ye? Ok, Nanti nak tengok kat Tonton. I rasa kerusi utk vocal hanya lebih kepada 'memberi komen' tentang keupayaan penghibur/pelawak itu...supaya mereka in-tune dan mampu lontarkan dgn baik. Rasanya x salah kalau Hafiz ada di kerusi itu.

#Even Vince pun pernah berada di kerusi vocal sebagai Pengkritik Jemputan dalam Konsert AF
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 09:46 PM | Show all posts
diana007 posted on 24-4-2013 08:56 PM
Ialah baca Article ada Hafiz last Sunday ye? Ok, Nanti nak tengok kat Tonton. I rasa kerusi utk vo ...

Hafiz bagi komen play safe je....sumer menghiburkan....xdak negatif komen pun.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 02:09 AM | Show all posts
ari ahad lepas nak tengok live, tapi tertengok ada group yg buat gwiyomi, terus cancel. tak suka gwiyomi.

hari jumaat lepas tengok yg ulangan, sempat la tengok yg group FBI, Afdlin ngan Sabri Yunus. Yg FBI tu rasanya FBI lagi lawak daripada protege dia. Team Sabri ok tapi tah nape rasa tak best. Lagi suka masa diorg buat tema kerusi dulu. Yg Afdlin kelakar. pandai afdlin ajar diorg ni. Dua2 team dia menang.

Vokal diorg bukannye best mana pun, setakat nyanyi jangan sumbang je. dah ok dah.. sbb tu juri vokal tu amik mana2 penyanyi pun boleh. asal sedap didengar je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 11:59 PM | Show all posts
rasa macam ada kesilapan teknikal la dalam penjumlahan markah keseluruhan. Patutnye protege FBI, Tapaw ditambah 62.9 untuk minggu ke-3, tapi diorang letak kat group kelawak. So kedudukan tadi macam tak berapa tepat la. Mohon tv3 semak balik ye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 12:04 AM | Show all posts
Achey cemerlang sangat malam ni dengan adik Balqis! Ada harapan jadi juara keseluruhan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:31 AM | Show all posts
hyie posted on 29-4-2013 12:04 AM
Achey cemerlang sangat malam ni dengan adik Balqis!  Ada harapan jadi juara keseluruhan. ...

suka tgk achey & adik aqish tu...
sanggup tggu nak tgk persembahan diorg padahal dh ngantok tu..
tnggi gak achey dpt markah 81 ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068561 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list