CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Luziza

Masalah dengan family suami

[Copy link]
Post time 15-8-2013 12:40 PM | Show all posts
aku_tetap_aku posted on 15-8-2013 12:30 PM
ya btul

aku setuju ngan ko

aku suka kerak nasi, tp kerak nasi lemaklah...  sedap...

   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 01:27 PM | Show all posts
esyuefeei posted on 15-8-2013 12:40 PM
aku suka kerak nasi, tp kerak nasi lemaklah...  sedap...

kerak nasi lemak pun aku tak suka...!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:28 AM | Show all posts
aku_tetap_aku posted on 15-8-2013 01:27 PM
kerak nasi lemak pun aku tak suka...!!!!

kalau me kena camni.... me tak makan dah... me ajak hubby makan kat luar jer.... makan sodap2 kat luar.... puas hati aku.... !!!

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:33 AM | Show all posts
Sayamama posted on 16-8-2013 11:28 AM
kalau me kena camni.... me tak makan dah... me ajak hubby makan kat luar jer.... makan sodap2 kat  ...

Tapi me suka makan kerak.. nak nak yg baru masak tu..... rangup ko....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:08 PM | Show all posts
to TT... bersabar.. ALLAH tgh menduga korang sekuarga..dia tahu korang mampu hadapi dugaan ni...sila p jbtn bankurap tu...try discuss ngan pegawai dia...ko ada tgk iklan pompuan tu bg payung kt laki tu...mesti ada penyelesaian... bab kuarga MIL tu doa dengan ALLAH semoga diorg dilembutkan hati..idup ni roda...tak selamanya di atas...sian kat anak2 tu...ko kena kuat tuk masa depan diorg....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 04:34 PM | Show all posts
Kasihannya TT...
Zalimnya mereka yang bersenang lenang di atas kepayahan orang lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2013 11:03 PM | Show all posts
silica_SiO2 posted on 14-8-2013 01:37 PM
aku pon pikir camni jgk
org tak sudi aku pon tak hengen
kenapa terhegeh-hegeh sgt nak mintak ban ...



Agak2 kalau saya mintak derma kilat ada tak yg sudi bantu? Kalau 150k org bagi seringgit..bolehlah saya selesaikan hutang ni..
Huhuhuhu...ok2 jgn take serious ...saya gurau jerk...



da point is...Sebab sebenar saya mintak derang selesaikan menda nih ( hutang buat rumah derang ni )

Perjanjian is tetap perjanjian...pergi lubang kubur mana pun tetap d cari ... Even family sendiri...
Dah anak ( suami saya ) tu percaya cakap ibu sendiri knp tak pegang pada janji...

Bila mertua saya buat macam nih...

Suami saya kena strok.... - harap faham yerk...strok...tensen yg amat suami... D berhentikan kerja lagi... ( now dah kerja balik )
Dah mmg family suami tgh senang sekarang nih... Takkan saya nak mintak tolong ngan org bergaji rm2-3k...sedangkan ...pendapatan derang anak beranak more than RM15k...without any comittment...( rumah pun dah besar ...free plak tuh )

Satu lagi...kalau tak kerna saya mintak mcm ni..mertua tuh takder belas kasihan..takder malunya ...mintak mcm2 lagi n lagi.... Suami mmg dah stop lama dah bg muka... Pastu duk canang plak sayA nih QUEEN CONTROL...PISAU CUKUR...kat korge derang... - ni saya tahu bila tiap kali balik ada jer org perli2 ( berapa kali ulang dah citer ni..maaf yer )

Kalau anda d tmpt saya tahan ker?tak bagi duit cakap bukan2 lak kat saya...kalau anda tahan..alhamdulillah...knplah tuhan nak duga saya yg lemah ni...knp tidak org lain ?
Berbalik dari tadi... So mertua dah stop call..mintak macam2... Saya pun tak perlu balik hadap muka derang..sbb saya cakap...mmg takder duit..sbb bayar hutang kat bank RM1k dah...harap tolonglah hulir sikit2... Agaknya termalu kot....

Surat hutang pun sampai rumah derang..so mmg dah zero lah nak cari suami saya tuk mintak lg...
.

Oh yerk...now derang mmg dah takleh contact suami...no dah tukar...kalau derang tahan malu kena datang jumpa saya dulu kat rumah...baru leh tgk cucu ( which is mungkin derang tak heran pun ngan cucu2 ni )


Ini jerk tmpt saya mengadu cerita supaya boleh jd tauladan kt org lain..
Dan saya mmg mengharap komen2 yg memberi kata2 semangat...memberi tunjuk ajar dgn siapa kita boleh mintak tolong .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 11:09 PM | Show all posts
pu3_krizalid posted on 16-8-2013 05:08 PM
to TT... bersabar.. ALLAH tgh menduga korang sekuarga..dia tahu korang mampu hadapi dugaan ni...sila ...

Thanks puteri...
Saya mmg dah pergi...
Derang mmg bagi solution...tp simpanan ..kereta...semua kena rampas..

Mungkin ada yang confuse..saya bukan lari dari bayar loan nih...korge suami yg tak bayar ...surat bankrupt sampai kat derang...derang tak maklum..bila kereta saya bank amik n gaji beku hari tuh...baru saya tau status suami dah bankrupt...
Saya mmg ralat lah...sbb ini semua terjadi dek korge mertua yg punya kerja...kalau derang bagitahu awal2 ... Adalah solution kami leh buat... G bank merayu ker..apa ker kan...

Now mmg sakit sungguh nak g kerja payah... Nak beli motor ..pun susah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersabar dan berdoa selalu moga Allah beri jalan penyelesaian. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
quattrosen posted on 8-8-2013 07:26 AM
Blh try lah rayu..bgtau/citer semua masalah dan komitmen bulanan awak..mungkin blh dpt jugak..tp k ...

Dah try buat rayuan ke sis? Apa outcome?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 08:52 PM | Show all posts
Sayamama posted on 16-8-2013 11:28 AM
kalau me kena camni.... me tak makan dah... me ajak hubby makan kat luar jer.... makan sodap2 kat  ...

laki aku takde time mkn tuh

klu tak, takdenya MIL aku bg aku mkn kerak nasi
kena ceramah ngan anak dia tang tuh jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:01 AM | Show all posts
ni nak komen sikit. sebenarnye memg betul tanggung jwb penuhi keperluan ibu pada suami, tapi kehendak tidak wajib
so kene bezakan mane keperluan mane kehendak,
kengkadang mak mertua ni melampau
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:10 AM | Show all posts
Syurga di kaki Mertua, neraka di hati….
September 22nd, 2011  admin
Syurga di kaki Mertua, neraka di hati….

Oleh :- Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)



Hubungan kurang mesra antara menantu dan mertua seolah-olah menjadi rempah ratus yang menyedapkan adat berkeluarga. Selagimana tidak sampai memutuskan silaturahim, konflik-konflik kecil dianggap sebagai lumrah hidup yang mesti dilalui dengan tenang, banyak bersabar dan tak perlu merungut untuk hal-hal remeh-temeh yang tak penting.

Tetapi, wanita sekarang pantang dikongkong. Jangan sekali masuk campur hal rumahtangganya walau ibu bapa mertua sendiri. Apakah hal ini sesuai dengan ajaran agama?

Islam meletakkan ‘kuasa mengurus rumahtangga’ di tangan isteri, bukan ibu atau ibu mertua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Akan tetapi, tidaklah dia boleh berbuat sesuka hati hingga memutuskan hubungan silaturahim. Ramai yang menyangka kewajipan terhadap mertua tidak sama dengan kewajipan terhadap ibu bapa sendiri. Pandangan sebegini nyata tidak tepat. Hakikatnya kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu bapa mertua adalah sama di sisi Islam. Hal ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Antara dosa-dosa besar adalah seorang anak yang menghina kedua orang tuanya.” Para sahabat bertanya: Apakah ada orang yang mencela ibu bapanya sendiri? Baginda bersabda: Ya, apabila seseorang menghina ayah orang lain maka sama seperti dia menghina ayahnya sendiri. Dan seseorang yang menghina ibu orang lain sama seperti dia menghina ibunya sendiri.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Islam meletakkan keadilan bagi semua, bukan untuk menantu saja tetapi juga kepada mertua dan ibu bapa kandung mereka. Masing-masing mempunyai tugas dan peranan, tidak boleh menceroboh wilayah yang bukan wilayahnya. Ibu bapa dan mertua hanya berperanan menjadi penasihat, jika memang tercetus konflik tanpa memihak dengan berat sebelah. Apa-apa keputusan berada di tangan suami dan isteri tanpa campur tangan pihak lain yang tidak sejalan dengan mereka.

Ibu bapa yang beriman, tidak akan membebankan anak-anaknya dengan kerenah yang menguji kesabaran mereka. Jika ada seorang ibu yang suka membakar api permusuhan, selalu bertegang leher dengan anak dan menantunya, maka seolah-olah dia telah membuka pintu neraka untuk mereka. Hal ini pernah terjadi kepada diri seorang sahabat Rasulullah SAW. Dia bertanya kepada NAbi SAW: “Wahai Rasulullah, saya memiliki hubungan kekerabatan, saya selalu berusaha menyambungkannya namun mereka selalu memutuskannya. Saya selalu berusaha berbuat baik kepada mereka, mereka pula membalas dengan berbuat jahat kepada saya. Saya sentiasa santun kepada mereka, tetapi mereka tidak mempedulikan saya. Nabi SAW bersabda: Seandainya benar apa yang kamu ucapkan itu, maka seolah-olah kamu menyuapkan abu panas kepada mereka (mereka berdosa). Allah SWT sentiasa berada di belakangmu, sepanjang mereka melakukan perbuatan itu kepadamu” (Hadis riwayat Muslim)

Boleh jadi yang mahu memutuskan silaturrahim itu ibu bapa atau mertua ataupun anak menantu sendiri, terpulanglah kepada niat mereka masing-masing. Yang penting ialah belajar bersabar dan reda menerima satu sama lain dengan harapan mendapat pertolongan Allah SWT. Kadang-kadang setelah bertahun-tahun pintu hati ibu bapa mertua tidak juga terbuka kepada menantu. Atau pun sebaliknya kedegilan menantu tidak juga berubah walaupun mertua berusaha meluruskan salah faham di antara mereka.

Mengapa hati mereka tidak boleh bersatu? Adakah resepi yang mujarab untuk memperbaiki hubungan ini?

1. Menziarahi kerana Allah SWT.

Rasululah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ada seorang lelaki yang mahu menziarahi saudaranya di desa lain. Maka Allah SWT mengutus malaikat untuk mengujinya. Ketika malaikat berjumpa dengannya, malaikat itu bertanya: Hendak ke manakah kamu? Dia menjawab: Aku akan menziarahi saudaraku.yang berada di desa itu. Malaikat bertanya lagi: Apakah engkau menziarahinya kerana berasa berhutang budi kepadanya? Dia menjawab: Sesungguhnya aku tidak menziarahinya kecuali kerana cinta kepadanya semata-mata kerana Allah SWT. Malaikat berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu. Dan sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Walaupun ada unsur-unsur penolakan yang ketara ketika menjejakkan kaki di rumah mertua, sebaiknya menantu tetap mengikhlaskan niat kerana mahukan keredaan Allah SWT. Walaupun cinta dan kasih sayang tidak bersambut tetapi anda mesti yakin Allah SWT menyambut cinta orang yang ikhlas.

2. Selesaikan konflik dengan musyawarah

Suatu hari terjadi perselisihan di antara Nabi SAW dengan Aisyah RA sehingga Abu Bakar (bapa mertua NAbi SAW) turut campur tangan mahu memulihkannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah: Kamu yang bercakap atau aku dahulu? Kemudian Aisyah berkata: Kamu yang bercakap dan jangan kamu bercakap kecuali yang benar.! Mendengar jawapan itu, Abu Bakar lalu menampar muka Aisyah (sehingga mulutnya berdarah) kemudian berkata kepada Aisyah: Apakah Rasulullah SAW bercakap selain kebenaran, wahai musuh dirinya sendiri? Kemudian Aisyah berlindung di belakang Rasulullah. Kemudian Nabi SAW bersabda: Kami tidak memanggilmu untuk melakukan ini atau mengharapkanmu melakukan seperti ini.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Rasulullah SAW mempercayai mertuanya dan mahu berbincang untuk menyelesaikan masalah rumahtangganya, mertuanya pula tidak mengambil kesempatan unuk menyusahkan menantu semata-mata mahu membela anak sendiri. Teladan yang semakin susah untuk dipraktikkan. Tetapi inilah bentuk kasih sayang dan keindahan Islam.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:27 AM | Show all posts
kesian nya pada TT dan suami..lebih kesian pada anak2 TT. Bersabarlah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 02:23 PM | Show all posts
aku rasa better rujuk insolvensi. depa akan mintak kita bayar ikut kemampuan.
hang cerai ke or not hang tetap kena bayar (setakat yang aku faham cerita hang kat page 1) sebab hat buat loan tu suami hang. xkisah la untuk tujuan apa dan sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:03 AM | Show all posts
sebagai menantu hantu, aku hanya mampu membaca apa tt tulis... sbb kalo aku nasihat bab inlaw ni lain kang jadiknyer

mcm ada org dh sebut, tt boleh mula work from home... cuba buat apa2 yg boleh menjana income. kalo ada skill mcm menjahit etc, skrang kan musim open house, kalo reti masak memasak amik order pun bagus. at least uols anak beranak xder la sampai ikat perut

ko boleh cuba dropship yg k lid kat porem ni offer.... just promote barangan dia, yg lain dia nnt settlekan.

calling2 k lid @sayawifenikmie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2013 12:13 AM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 20-8-2013 12:03 AM
sebagai menantu hantu, aku hanya mampu membaca apa tt tulis... sbb kalo aku nasihat bab inlaw ni lai ...


.... ROGER ROGER ... kalau dia ada kemahuan... jalansudah tersedia kekdahnya .............
SELAMATHARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN soda .. ko ni kat US ke kat Msia?

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:21 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 20-8-2013 12:13 AM
.... ROGER ROGER ... kalau dia ada kemahuan... jalansudah tersedia kekdahnya .............
SELA ...

selamat hari raya k lid.. tok laki ajer di sana, iols masih di sini

sila2kan nasihat bab jana income ni.. k lid kan ratu online business gituh kalo tau bab insolvensi pun bleh mencurah ilmu.. iols bab tu mmg fail
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:26 AM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 20-8-2013 12:21 AM
selamat hari raya k lid.. tok laki ajer di sana, iols masih di sini

sila2kan nasihat bab jan ...



owhhhhhhhhhhh gitu .... kalau mung kat US .. boleh lah cari barang utk kaka  .... watpertak gi getek?

nantie sokkak lid baca apa permasalahan TT ni... aci tengokkat mana yang kak lid boleh membantu ... now ninak tidoq dah .. cik abang dah cuit cuit  
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:07 PM | Show all posts
Luziza posted on 17-8-2013 03:03 PM
Agak2 kalau saya mintak derma kilat ada tak yg sudi bantu? Kalau 150k org bagi seringgit..bole ...

jgn fikir lah org nak kata you queen control or pisau cukur..

yg you cukur duit suami you,bukan scandal you..

dah kalau you queen control and pisau cukur pun kenapa?ada masalah?

kena belajar jd firm dgn org keliling yg punya sifat suka menyindir ni..

jgn bubuh dlm kepala apa org nak ckp..habis..mak dgn adik beradik husband you tu kategori apa klu bukan pisau cukur 5 blades?

tarah licin lincau smpi sakit husband you dikerjakan dorang..

mulai hari ini,jgn peduli pon klu ada mulut yg berbunyi memperlu you..tu sume ajakan nak bergaduh..you have to act smart..

since husband pun dah sedar,dan dah mula bekerja,its time you dgn husband rangka perbelanjaan keluarga tanpa melibatkan campur tangan dr in laws..benda ni kena firm dgn husband ye,kena ingatkan dia selalu ttg apa yg dah jadi..minta dia fikir dan renung muka anak2 sebelum nak cari masalah!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.048404 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list