~~ MY LOVE FROM THE STAR ~~ p(^-^q)
Untuk tahun 2014 ni, nak tanam azam baru untuk every kdrama yang dah selesai aku royan, akan berusaha untuk submit review. Ini adalah salah satu cara aku nak tambah credit aku di mana lepas je masuk keje syif,kelapangan diri aku nak meroyan dalam CARI ni dah berkurangan! Tanpa meletihkan jari2 aku menaip, better aku mula buat review kan. Korang pun bukan rajin bebenor nak membaca setiap bebelan aku ni… kekekekeke
- Bagi aku, citer ni agak fresh dan berlainan bag iaku. Di mana seorang (kire boleh la anggap Do Minjoon tu orang kan) alien yang dah stranded kat Korea selama 400 tahun! Seingat aku la, aku tak pernah lagi latgk kdrama jenis2 yg mcm ni tapi tak tau la kalo aku ada terlepas pandang kan! Jalan cerita untuk setiap plot, bagi aku agak menarik dan smooth. Ada certain2 plot yang membuatkan keinginan aku membuak2 untuk tahu plot yang seterusnyer!!
- Bagaimana setiap watak itu dikaitkan menarik, mcmaner dari satu plot ke satu plot itu digabungkan jugak agak berkesan yang membuatkan aku teruja untuk menanti setiap episode! Scene epilog di mana Cheon Songyi & Do Minjoon ala2 di interview pada akhir setiap episode tu, adalah satu cara yang sangat menarik dan unik! Dan bagaimana dorg tunjukkan/menceritakan kebolehan Do Minjoon menghentikan masa tu, sangat menarik. Kire nyer takde la dorg direct bgtau utk certain2 scene tu Do Minjoon gunakan kuasa dia yg itu ke tidak. So dari situ mendatangkan keinginan untuk kiter tahu sama ada babak tu, dia guna ke tidak kelebihan dia yang satu tu!!
- Ending dia pun aku boleh la terima even boleh dikatakan agak open ending untuk citer ni! Agak happy ending, sbb si alien tu tak lenyap or mati tapi tang dia kejap ada kejap takde (ala2 chipsmore) tu yang stress. Nak2 untuk epi 21 tu, kejap sgt inche alien ensem tu muncul. Huhuhu. Dan spekuan drpd spoiler gmbr masa ending tu adalah tidak benar la kan, di mana k-netizen speku yang sebenarnyer citer ni adalah ceriter dalam ceriter. Di mana semua pun adalah lakonan semata2. Well, ending yang real much better la kan drpd ending spekuan tu!! And writer tak jelaskan mcmaner ending utk watak lain,seperti Semi/Hwikyung dengan lebih mendalam. Well, even tau la Hwikyung stilllg support Songyi secara senyap2 (kononnyer la) and Semi still lagi berlakon,tapi actually nak tgk Hwikyung end up dgn Semi!! Dan sebenarnyer nak jugak Semi tau yang mcmaner Songyi layan Semi sebelum ni, yg Songyi ni bukan la kawan yg tak menjaga kebajikan kawan. Patut nye writer boleh je selitkan utk Semi tau psl perangai Songyi yg satu tu, supaya dorg berdua betul2 dah baik lepas kesalahpahaman sebelum ni.
- Keberkesanan Lakonan ( 8.9/10 )
Aku suka dengan pemilihan setiap watak, memang memenuhi criteria aku sebagai penonton! Hatta untuk cameo pun aku suka!! Dalam dua tiga minggu lepas kalo tak silap, baru aku tahu yang pada mulanyer watak Jaekyung tu ditawarkan kepada Park Haejin and watak Hwikyung tu pulak ditawarkan kepada Yunho. Aku tak dapat bayangkan mcmaner PHJ tu nak lakonkan watak seorgyg psiko sbb sblm2 ni dia kan dah biasa dgn watak2 hero yg baik. Part Yunho plak, mcm tak sesuai je untuk dia digandingkan dgn JJH!! HAHA
- Kim Soohyun sebagai Do Minjoon [BEST ACTOR]; seorang alien yang menjawat jawatan seorang Pensyarah yang dah terkandas di bumi selama 400 tahun mmg adalah sangat awesome!! Dia betul2 menjiwai watak seorang yang tidak mempunyai kawan/rakan (selain daripada Lawyer Jang), kerana dia tak nak terlalu attached dengan sesuatu/seseorang yang bagi dia akan menyusahkan diri dia di kemudian hari. Keadaan dia yang tidak mempunyai kawan/rakan membuatkan dia seorang yang cold (sejuk), suka menyendiri dan susah nak senyum (sekali dia senyum, jantung aku pulak yang jatuh bertimpa2) tapi lama kelamaan dia bukak jugak hati dia kat song-yi dalam pada dia hanya ada 3 bulan shj lagi sebelum dia meninggalkan bumi! Perubahan watak Do Minjoon secara mendadak tu, mmg sangat menarik utk ditonton. Maner tak nyer, dari seorg yang sgt perahsia, dengan cara sedikit demi sedikit dia sanggup mendedahkan kelebihan/identiti dia semata2 demi Chun Songyi.
- Jun Jihyun sebagai Chun Songyi [BEST ACTRESS]; seorang pelakon yang perasan bagus dan agak keanak2an. Setelah lama tidak nampak JJH berlakon di layar putih, boleh nampak kehebatan beliau berlakon masih lagi wujud! Well, dia dah lama tak berlakon drama pun, movie2 dia still lagi meletopkan. Hehe. Walaupun dia perasan bagus, tapi boleh nampak dia menjaga kebajikan Yoo Semi secara halus, di mana dia buat deal dgn producer utk setiap movie/drama yang dia bintangi, kena amik jugak Semi sebagai pelakon. Kire pakej la kan, nak Chun Songyi, kena amik sekali Yoo Semi. Dan JJH mmg berjaya membawa watak seorang yang senget!! Part dia meroyan lepas ditolak den inche alien adalah sangat lawak!!
- Shin Songruk sebagai Lee Jaekyung [BESTSUPPORTING ACTOR]; seorang 2nd generation chaebol yang sgt psiko. Masa memula watak dia diperkenalkan, takde la nmpk sgt psiko nyer. Tapi selepas kes kematian Han Yura (Yoo Inyoung), memang satu2 kesalahan yang dia buat terbongkar. Yang paling tak sangka sekali, sanggup dia bunuh abang kandung dia sendiri semata2 nak kan harta!
- Ahn Jaehyun sebagai Chun Yoonjae [BEST ROOKIEACTOR]; adik yang senget mcm kakak dia jugak! Yang pada awal nyer menunjukkan sikap yang agak diam dan tak amik tahu keadaan sekeliling, last2 dia tnjk keprihatinan dia kat family dia. Yang tak boleh tahan, biler dia senang2 je nak rapat dengan inche alien gara2 inche alien ada telescopes and share interest yang sama – suka tgk bintang and dan2 la panggil inche alien tu Minjoon hyung. Tak sangka giler kot yang sebenarnyer Jaehyun ni tua setahun daripada Soohyun!! huhuhu... Yoonjae + Minjoon = OTP Bromance!!!!
- Oh Sangjin sebagai Yoo Seok [BEST ROOKIE ACTOR]; watak dia sebagai pendakwa raya memang menjadik even boleh dikatakan baru dalam bidang lakonan. Walaupun seorang yang tegas, tapi dia sanggup je tolong inche alien even dia still was-was dengan identity sebenar Do Minjoon tu demi menegakkan kebenaran! Dia team up dgn detektif tu mmg best!
- Kim Hyunsoo sebagai Yihwa/Chun Songyi remaja[BEST CHILD ACTRESS]; bagi aku, dia bakal jadik perintis pelakon2 korea yangsedia ada skg. Ala2 mcm Kim Yoojung & Kim Sohyun!
Dari segi teknikal ni, aku tak reti sgt nak komen lebih2. Yang boleh dikatakan di sini, aku berpuas hati la dengan sinematografi yang digunakan. Walaupun boleh dikatakan seluruh drama di shooting sepanjang musim sejuk, tapi dorg bijak memilih kawasan/area yang menarik dan bersesuaian untuk setiap scene! CGI yang digunakan pun boleh diterima pakai dari segi drama,takde la nmpk sgt pelik nyer! Paham2 sendiri la kan, bajet utk drama bukan labesar mcm movie!! Dan untuk franchise drama reply (Reply 1997 & Reply 1994) dorg gunakan suara kambing untuk satu2 adegan yang awkward, tapi untuk citer ni dorg gunakan suara gagak pulak! Haha…
Secara keseluruhan, bagi aku skor muzik untuk drama ni memuaskan! Tapi motip sgt lagu K.Will tu agak tak kena dengan jiwa aku padahal lagu2 dia utk setiap drama sblm2 ni mmg berhantu! Maybe sbb lagu dia agak pop, tidak terlalu ballad… hehe. Lagu evergreen untuk drama ni; Lyn – My Destiny
- Kebarangkalian Untuk Tontonan Semula ( 4/5 )
Last edited by rukiaichigo on 1-3-2014 11:16 PM
|