CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Kerajaan PP dah pun berkuasa mutlak selama ni , tak sedar lagi ke ?

[Copy link]
 Author| Post time 6-9-2014 07:31 AM | Show all posts
Kalau Sultan Kedah nak Penang berada under kerajaan dia tapi still remain sebagai penang namanya cuma dah tak di pajak aje  , boleh jugak .

Kalau Sultan Kedah nak di wujudkan jawatan MB menggantikan jawatan CM macam negeri2 lain yang berada bawah perintah sultan tu semua , boleh jugak .

Rasanya tak perlu di ubah semua segala-galanya. Ubah mana yang perlu aje yang menurut budi bicara sultan sendiri



Last edited by blastoff on 6-9-2014 07:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2014 07:41 AM | Show all posts
            

                        Jika Pulau Pinang dikembalikan semula kepada Kedah
            Date: Wednesday, December 08 @ 09:21:00 MYT
Topic: Penulis Tamu

                                    
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA



Fakta yang tidak dapat ditolak sama sekali oleh sesiapa pun ialah, setiap inci tanah Negeri Pulau Pinang sekarang ini asalnya adalah hak milik Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemerintahan Sultan Kedah yang berkuasa pada suatu masa dahulu.
Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah membangkitkan isu kadar pajakan Pulau Pinang, dengan menuntut dinaikkan daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun.
            
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak pula berharap isu tuntutan kadar pajakan Pulau Pinang dibuat peniaian semula dan diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Bukan setakat nilai pajakan yang tidak munasabah,
Pulau Pinang juga telah mendapat manfaat besar secara percuma dari Kedah iaitu sumber air. Kedah berkorban untuk tidak menebang hutan tadahan demi untuk menjaga sumber air yang sungainya mengalir ke sempadan kedua negeri. Pulau Pinang menyedut air mentah tanpa menghulur satu sen pun kepada Kedah, sehingga mereka mampu mengenakan caj air yang paling rendah di negara ini.
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menganggap tuntutan menaikkan kadar pajakan dari RM10 ribu bukan isu pokok. Yang Dipertua PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof menegaskan bahawa tuntutan yang sewajarnya dibuat adalah terhadap tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai (Province Wellesley) itu sendiri. Ianya milik mutlak Kedah.
“Sultan Kedah masih berhak ke atas Pulau Pinang memandangkan bayaran pajakan yang dibuat setiap tahun membuktikan ia masih dimiliki oleh Kedah,” ujar Wan Shamsudin.
Sepatutnya selepas negara mencapai kemerdekaan, Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah seperti mana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada British oleh Sultan Kedah dibuat pada tahun 1786. Berdasarkan perjanjian itu kadar pajakan untuk Pulau Pinang ialah RM6 ribu manakala RM4 ribu bagi Seberang Perai. Masyhur tercatat dalam sejarah bahawa perjanjian itu berkuatkuasa selagi ada matahari dan bulan.
Nilai pajakan sebenarnya bukan menggunakan Ringgit atau RM. Ia menggunakan ‘Spanish Gold Coin’ yang nilainya lebih besar berbanding Ringgit pada masa itu. Wang Sepanyol digunakan kerana mereka kuasa ekonomi dunia ketika itu. Macamlah orang menggunakan Dollar USA sekarang ini.
Pengambilan Pulau Pinang dan Seberang Perai oleh British tidak dibuat secara sah mengikut undang-undang antarabangsa. Perjanjian 1786 dibuat dengan Inggeris adalah atas faktor keperluan ekonomi dan pertahanan kerana Kedah ketika itu menerima ancaman Siam.
Dalam perjanjian lisan itu Kaptain Francis Light tidak menyerahkan surat permohonan Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-20 yang memohon bantuan ketenteraan kepada pihak Syarikat Hindia Timur di Benggala India. Francis Light dikatakan menipu.
Sebaliknya jawapannya secara lisan ialah pihak Inggeris hanya akan timbangkan permohonan itu. Namun Sultan Abdullah bermurah hati membenarkan Light duduk sementara di Pulau Pinang, berlanjutan sehingga beliau meninggal dunia.
Dari aspek sejarah, tuntutan kedaulatan Pulau Pinang sebagai milik Kedah adalah jelas. Aspek perundangan juga mungkin kuat menyokong. Tetapi hari ini kuasa yang lebih kuat dari sejarah dan undang-undang ialah politik. Kuasa politik lebih kuat dari ‘ketuanan Melayu’.
Maksudnya begini. Tuan asal bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai ialah Sultan Kedah pada masa itu. Baginda adalah orang Melayu. Namun warisan kesultanan Melayu Kedah hari ini belum tentu dapat mengambil balik Pulau Pinang dan Seberang Perai dengan ‘begitu mudah’ tanpa peranan kuasa politik Kerajaan Pusat. ‘Hendak mengambil kembali atau tidak’ adalah satu isu lain, tetapi perlu atau tidak diambil balik lebih ditentukan oleh penguasa politik yang ada. Tidak semua yang boleh dibuat, wajar pula untuk dibuat.
Ada individu mendakwa pewaris kesultanan Melaka. Dia mengemukakan bukti-bukti yang ada. Tiada siapa peduli, bukan kerana buktinya palsu tetapi kerana penguasa yang ada tidak rasa perlu untuk kesultanan Melaka disambung semula.
Tuntutan untuk mengembalikan Pulau Pinang ke tangan Kedah juga begitu. Sifirnya lebih kurang sama dengan Singapura yang disingkir dari Malaysia. Tunku Abdul Rahman tidak menyatakan dengan jelas sebab musababnya, tetapi semua tahu bahawa ia lebih kepada tindakan (kononnya) untuk menyelamatkan kuasa politik orang Melayu. Ada unsur perkauman tersulam di situ.
Jika Kedah serius mahu mengambil balik Pulau Pinang, maka sentimen perkauman akan menenggelamkan konsep 1 Malaysia atau ketuanan rakyat. Sementara rakyat berada dalam aman sejahtera, rasanya tiada pemimpin politik yang tidak semena-mena mahu mengambil tindakan songsang mencetuskan huru hara.
Dewan Undangan Negeri Kedah mempunyai 36 kerusi manakala Pulau Pinang memiliki 40 kerusi. Katakan Kedah dan Pulau Pinang bergabung membentuk sebuah negeri khayalan. Kerusinya menjadi 76. Komposisi yang ada berdasarkan keputusan pilihanraya umum ke 12 lalu ialah: Umno – 23, DAP – 20, PAS – 17, PKR – 14, MCA – 1 dan Gerakan - 1.
Oleh kerana kerusi majoriti Melayu merupakan sektor terbesar, maka jika BN atau PR yang berkuasa di negeri ini, maka menteri besarnya tentulah dari kalangan orang Melayu. Adakah bukan Melayu akan menyetujuinya? Pastinya tidak, kerana sekurang-kurangnya sewaktu Pulau Pinang dan Kedah menjadi dua negeri yang terpisah, bukan Melayu dapat merasai Ketua Menteri dari kalangan mereka. Maka oleh kerana aspek kaum terus yang menjadi penentu lanskap kuasa maka tidak ada pihak (baik BN atau PR) akan mengorbankan undi Cina demi memenuhi tuntutan sejarah.
Usaha PSMCK adalah serius kerana mereka adalah manusia yang prihatin dengan sejarah. Tetapi scenario politik yang ada hari ini akan menjadikan usaha PSMCK untuk mengembalikan Pulau Pinang dan Seberang Perai ke tangan Kedah, akan menjadi satu bahan sejarah juga.


http://www.detikdaily.net/v6/mod ... ile=print&sid=10965


            
Last edited by blastoff on 6-9-2014 07:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 07:45 AM | Show all posts
Dulu MB kedah dari PAS pun membangkitkan isu ni . Takkan kalau kerajaan M'sia decide nak agar penang di kembalikan semula kepada Sultan Kedah maka PR nak meroyan kot , PAS pasti sokong kan kan kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 07:48 AM | Show all posts
http://www.malaysiakini.com/news/246969


11:53AM - 19 Nov 2013

Kedah mahu kaji semula kadar pajakan P Pinang




Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri bercadang untuk mengkaji semula kadar pajakan RM10,000 yang dikenakan ke atas kerajaan Pulau Pinang.
Mukhriz dalam laporan Berita Harian menyebut, kadar berkenaan adalah berdasarkan kadar 10,000 Spanish Crown, yang ditukar kepada RM10,000 selepas kemerdekaan 1957.

Jumlah itu pastinya lebih besar jika dinilaikan pada kadar semasa, kata Mukhriz yang mahu perkara itu dibincangkan dan diberi pertimbangan oleh kerajaan persekutuan.

“Bagi saya jumlah dibayar Pulau Pinang ketika ini perlu dikaji semula mengikut penilaian semasa kerana RM10,000 terlalu kecil, kita tak pasti, namun selepas merdeka, jumlah itu tak berubah, jadi perlu dikaji semula.

“Saya harap kita boleh bincang hal ini kerana ia pajakan yang besar membabitkan sebuah pulau dan tanah yang besar,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.


Pajakan itu merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Kedah, susulan perjanjian antara British dan Sultan Kedah pada awal kurun ke-18.

Menurut Mukhriz, kerajaan negeri juga bercadang untuk mengenakan bayaran kepada Pulau Pinang bagi air yang dibekalkan dari kawasan tadahannya.

“Bagi kes air dengan Pulau Pinang ini, walaupun potensinya ada, ia belum diputuskan dan belum jelas sama ada akan diperoleh atau tidak.

“Kita berkorban untuk mengekalkan kawasan tadahan bagi menjamin puinca air tidak terjejas. Jadi bagi kami tuntutan dibuat kerajaan Kedah adalah wajar,” katanya lagi.


Last edited by blastoff on 6-9-2014 07:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 07:51 AM | Show all posts
Mukhriz ,

Bukan stakat nilai pajakan perlu di kaji semula, tapi pajakan tu sendiri perlu di kaji semula agar keputusan dari pemilik sebenar tanah tu dapat di utamakan .

Nak pajak atau tak mau adalah solely decision Sultan Kedah dan perlu di beri semula kuasa membuat keputusan tu pada Sultan Kedah sekarang dan bukannya bersandarkan pada kuasa dan keputusan sultan kedah dulu kala .

Last edited by blastoff on 6-9-2014 07:53 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 07:57 AM | Show all posts
Come on kerajaan M'sia,

Do the right thing and give back Penang to its rightful owner , Sultan Kedah yang wujud sekarang ni perlu di beri haknya kembali  .


Last edited by blastoff on 6-9-2014 08:17 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2014 07:59 AM | Show all posts
Dan wujudkan jawatan MB di penang yang boleh di pegang oleh orang Islam semata-mata.  


Last edited by blastoff on 6-9-2014 08:18 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 08:06 AM | Show all posts
Sabtu, 6 September 2014 @ 12:28 AM          Polis hormati kuasa kerajaan negeri selagi tidak langgar undang-undang                                    

GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, polis menghormati kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat mengikut sistem demokrasi tetapi tindakan tetap akan diambil sekiranya kerajaan Pulau Pinang  melanggar undang-undang negara.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah meminta Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya jangan mengambil tindakan terpilih dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Saya sudah nyatakan bahawa dalam bidang keselamatan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Memang kita perlu bantuan NGO (badan bukan kerajaan), persatuan orang ramai tapi jangan buat persatuan, pasukan tanpa merujuk kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya merujuk kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

http://www.bharian.com.my/node/4785






Last edited by blastoff on 6-9-2014 08:09 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2014 08:25 AM | Show all posts






Last edited by blastoff on 6-9-2014 08:32 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 08:35 AM | Show all posts
~anya~ posted on 6-9-2014 02:20 AM
Ada gambar kucing baring guling... anya suka... anya suka... ^_^

Macam2 gambar ada ,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 08:39 AM | Show all posts
PongKang posted on 6-9-2014 02:28 AM
Takutnya aku kalo dah xde perpaduan kesefahaman last2 satu negara berpecah. Cmna nasib anak2 cucu ci ...

Itu la , kerajaan perlu bertindak sekarang , persefahaman boleh wujud apabila decision di buat oleh Sultan Kedah sendiri apa yang dia nak berlaku pada penang yang merupakan tanahnya tu.

Kerajaan M'sia kalau decide pasti akan dibangkang itu ini oleh PR , tapi kalau Sultan yang decide sapa berani bangkang ? Depa sanggup derhaka kat Sultan ke ? Memasing suka tak suka akan diam je , so wujudlah persefahaman Last edited by blastoff on 6-9-2014 08:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 08:46 AM | Show all posts
munchkin posted on 6-9-2014 03:11 AM
Nilah terbaik. Pftt

macai akan sokong no matter what walau perangai pemimpin macam lanun  






Last edited by blastoff on 6-9-2014 08:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 09:30 AM | Show all posts
blastoff posted on 5-9-2014 06:23 PM
Kalau apa yang wujud sebelum merdeka lagi seperti tentera johor tak wajar di kekalkan dan perlu me ...

bagi aku tentera johor tu tiada salahnya, begitu juga PPS..kalau tentera johor yg siap bersenjata boleh dibenarkan, apa lg PPS yang lsg tidak bersenjata..kadang2 kita ni terlalu dimomokkan dengan perkara yang tak wujud..disebabkan DAP tu pembangkang, maka segala tindakan mereka diragui & prejudis..kena ingat yg majoriti rakyat PP mengundi mereka dan kerajaan patut hormat dgn pilihan rakyat PP...kalau PPS ni tidak elok utk rakyat PP nescaya mereka akan menolak DAP pada PRU akan dtg...juz my 2 cents....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 09:41 AM | Show all posts
pendeta posted on 6-9-2014 09:30 AM
bagi aku tentera johor tu tiada salahnya, begitu juga PPS..kalau tentera johor yg siap bersenjata  ...


Bagi pendapat aku plak , tentera johor wujud atas kebenaran dari kerajaan Federal yang punya kuasa untuk decide bab2 keselamatan negeri dan negara, so tentera johor dah ada kebenaran lah untuk wujud . Kena dapat kebenaran dari federal dulu baru boleh wujud itu faktor yang penting .

Yang PPS ni mana ada kebenaran, mana ada pendaftaran dan dah terbukti ahli gangster pun ada, pemeras ugut, malah penjenayah yang terlibat dengan kes cubaan membunuh pun jadi ahli jugak . So tarak sebab untuk federal membenarkan kewujudan PPS ni .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 09:45 AM | Show all posts
Banyak yang tak faham apabila kuasa keselamatan dan pertahanan negeri dan negara ada pada kerajaan Pusat,  itu bermakna kena dapat kebenaran dulu dari kerajaan Pusat untuk wujudkan apa-apa gerakan yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan.

Dan terpulang pada kerajaan Pusat untuk luluskan atau tidak . Kalau lulus maka buat lah, kalau tak lulus maka kena hentikanlah, tentera johor dah di luluskan dah kewujudannya maka ia boleh beroperasi lah . Its up to the Federal Gov to decide nak lulus ke tak.



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 09:48 AM | Show all posts
blastoff posted on 6-9-2014 09:41 AM
Bagi pendapat aku plak , tentera johor wujud atas kebenaran dari kerajaan Federal yang punya kuasa ...

setahu aku PPS ni dibawah kjaan negeri..tak perlu didaftar under ROS atau dpt kebenaran federal..sama macam JKKK dan rukun tetangga..cukup dgn maklumkan pada pihak polis ttg penubuhan mereka..dan pihak polis pun menerima kewujudan PPS semasa ia mula2 ditubuhkan dulu..tak nafikan ada anggota PPS ni yang terlibat jenayah..tapi kalau yg terlibat tu hanya 10%, tak masuk akal utk terus diharamkan..anggota sukarela lain pun ada yg terlibat jenayah tapi tak la sampai nak diharamkan terus..pape pun kita tgg je laa keputusan mahkamah nnt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2014 09:52 AM | Show all posts
LGE dah membuktikan dia tak peduli undang2 dan tak mahu ikut undang2 malah siap cabar dan tentang undang2 secara publicly , so buat pe plak kerajaan Pusat nak kena luluskan satu pertubuhan yang di wujudkan oleh pemimpin yang melawan undang2 macam LGE tu ?

Tak logik untuk kerajaan pusat membenarkan PPS di wujudkan malah tak adil kalau ia wujud kerana pelanggar undang2 tak boleh di benarkan untuk handle gerakan yang sah di anggotai oleh pelanggar undang2 jugak tu .
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 09:53 AM | Show all posts
ni komen peguam ttg PPS

Lawyers: PPS arrests wrongful, cops liable to be sued
KUALA LUMPUR, August 31 — The arrests of 154 Penang volunteer patrol unit (PPS) members including senior citizens and women were unlawful as the organisation has not been banned and could leave police open to lawsuits for illegal detention, several lawyers said today.
Executive director at Lawyers for Liberty Eric Paulsen pointed out that the authorities must go through the necessary process of gazetting the PPS as an illegal organisation — as they did with Hindraf in 2008 — before action could be taken against the organisation.
Paulsen said until this was done, arresting PPS members for participating in an unregistered society was contentious.
“The arrests are extremely doubtful because being a member of an unregistered organisation is not an offence,” he said.
Paulsen acknowledged that those arrested may be charged under the Societies Act were the PPS gazetted as illegal. “As for now, it looks like politically-motivated arrests and detention,” he told Malay Mail Online when contacted.
Civil liberties lawyer Syahredzan Johan similarly questioned the arrests, pointing out that the PPS being unregistered did not automatically render it unlawful.
“Unless an application has been made to Registrar of Societies and it has been rejected, then a society only becomes unlawful by an order of the (home) minister.
“Here, it does not seem that any of these circumstances apply to PPS. So they are not an unlawful society,” he said.
Syahredzan added that the police may also only arrest members of the PPS if they have personally been involved in crimes, rather than simply for being associated with the PPS.
He added that arresting PPS members merely for association, as he said it currently appears, would be beyond the powers of the police and leaves the law enforcement agency vulnerable to being sued.
Former Bar Council president Ragunath Kesavan meanwhile called the arrests this morning “unnecessary and unwarranted use of police power”.
“No need to be confrontational with a state government ruled by Pakatan (Rakyat).
“Would only confirm public perception of state instruments serving political interest of BN,” he said in a text message.
He also said the arrests may be challenged in court.



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
samalah macam kat Johor dulu. penduduk buat pagar demi keselamatan, polis runtuhkan dan buat tangkapan.

jawabnya, terima sajalah kalau dicerob penyamun. jangan sesekali malukan pihak berkuasa dgn membina pagar bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 09:57 AM | Show all posts
pendeta posted on 6-9-2014 09:48 AM
setahu aku PPS ni dibawah kjaan negeri..tak perlu didaftar under ROS atau dpt kebenaran federal..s ...

Dah ada video yang memperlihatkan LGE menghasut PPS untuk lawan KPN, malah PPS buat kerja parti DAP , so tujuan penubuhan PPS dan terpesong jauh andai asalnya nak kawal keselamatan negeri.

Lanun seperti LGE tak boleh di benarkan wujudkan askar peribadi nya sendiri , period. Dalam bab kuasa federal yang undang2 sendiri peruntukan tu, mahkamah pun tak boleh decide untuk langgar undang2 negara bagi membenarkan kerajaan negeri wujudkan PPS .

Mahkamah tugasnya menegakkan undang2 negara , bukan membelakangkan so LGE bawak pi mahkamah pun takkan menang lah .

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046353 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list