Ni salah satu ceramah tentang solat Tahajjud...ada juga kisah disebaliknya...
Ada juga tips macammana nak senang bangun solat Tahajjud....
Tapi kisah yang paling menarik bagi saya tentang seseorang yang dapat merasa kemanisan solat Tahajjud ni selepas 20 tahun jadikan solat Tahajjud ni sebagai rutin... selepas 20 tahun baru dia dapat kesan.
Rasanya tulah yang ussopp maksudkan "solat Tahajjud ni bukan calang² orang boleh buat dan dapat kemanisan dia"....
ada dgr ustz hazlin bgtau...
Tuhan rindu nak dengar rintihan dan doa hambanya
sbb tu dlm area pukul 2-4 pagi tu kdg2 kita rasa nak terkencingla, kene gigit nyamuk la, dgr anjing melalak la, dengar tikus main kejar2 atas siling la, sakit tengkuk tersalah tido la, anak kat sebelah mengigau bagi flying kick kat muka kita la, mimpi bukan2 la, siling bocor air hujan jatuh atas kita la, sejuk nak tarik selimut tp selimut dah kene rembat dgn bini la...tiba2 wassap berbunyi la...heh
semua tu Tuhan yg bangunkan kita utk solat tahajud
tp aku sendiri xpernah buat...set jam bgn pagi utk tgk bola je
Sifat manusia ni bila ada sesuatu kelebihan baru dia nak, seperti kelebihan dunia ada ijazah sekian gaji, ada Phd. sekian gaji, professor sekian gaji. Berlumba2 nak dapat title terbaik walaupun susah blajar.
Untuk akhirat disediakan satu cabang ilmu namanya fadhilat amal, setiap perintah Allah swt didatangkan sekali janjinya bagi yang mahu buat. Solat tahajjud ni adalah amal yang diberi ganjaran misteri diakhirat nanti, sesuatu yang tidak terlintas dihati manusia, tidak terfikir, tidak pernah dilihat dan didengar. Apa yang Allah swt nak bagi pun tidak dapat diketahui oleh malaikat Muqarrabin(yaitu malaikat yang sangat hampir dengan Allah swt). Ini di diakhirat. Pendekkata siapa yang tak buat menyesal diakhirat nanti bila dapat tahu apa ganjarannya.
Kelebihan didunia ada diberitahukan seperti diberi kesihatan, dikuatkan jiwa, ditenangkan hati, doa dimakbulkan, dinaikan darjat kemuliaan dan sebaginya.
Kalo tanya kawan dari sudut kebiasaannya amalan tahajjud,
1. Mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka
2. Dilapangkan Allah segala urusan
3. Dilapangkan hatinya
4. Disenangi oleh ramai
5. Masin lidahnya dll....
Tapi pokok pangkalnya beribadah itu kerana Allah, bukan sebab nakkan sesuatu...
Post time 1-4-2020 04:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols pun baru buat x putus lagi Alhamdulillah dan ape yg iols bleh ckp Ya Allah kenapalah iols x buat ni dr dulu lagi benarlah janji Allah swt dan rasul..tq Allah
Solat Tahajjud ni mudah saja. Paling ringkas 2 rakaat, boleh baca mana-mana surah selepas Al-Fatihah. Yang jadi berat tu sebab susah nak bangun....
Bayangkan kalau kita kena ada di Airport pkl 6 pagi... pkl berapa kita kena bangun? Boleh bersedia bangun pukul 4 pagi pun jika ada keazaman yang kuat... begitu juga dengan Tahajjud...