CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Dr Mahathir tidak keseorangan tegakkan kebenaran, kata Muhyiddin

[Copy link]
Post time 20-4-2015 08:49 AM | Show all posts
ikhlas ke statement muhyidin ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2015 09:13 AM | Show all posts
Tun M tidak berjuang bersendirian, kata Muhyiddin

CONNIE S MONICAL
19 April 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... -muhyiddin-1.381290




KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Tun Dr Mahathir Mohamed kerana sentiasa berani untuk  menegakkan kebenaran.

Beliau berkata prinsip diri bekas Perdana Menteri itu  tidak pernah berubah  terutama di dalam menyatakan kebenaran.

"Sikap Tun (Tun Mahathir) tetap serupa sejak beliau menjadi seorang doktor muda dan ahli Umno dahulu lagi.

"Hari ini saya ingin meyakinkan bahawa Tun M tidak bersendirian di dalam usaha untuk menceritakan kebenaran," kata Muhyiddin ketika berucap dalam forum anti pepeperangan di Pusat Dagangan Dunia Putr (PWTC),di sini, hari ini.

Menurutnya, Dr Mahathir merupakan individu yang begitu aktif di dalam pergerakan memperjuangkan anti jenayah dan peperangan.

Kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin itu seolah-olah merujuk kepada keluhan Dr Mahathir bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Mahathir yang ditemui selepas majlis itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin  itu  merujuk kepada tindakannya di dalam memerangi jenayah peperangan.

"Apa yang dia (Muhyiddin) maksudkan adalah kepada peperangan. Saya rasa dia menyokong saya di dalam usaha menyuarakan kebenaran di dalam jenayah peperangan," katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 09:33 AM | Show all posts
Sokongan untuk Najib tak mampu tanding pengaruh Dr Mahathir, kata pemimpin Umno

OLEH MD IZWAN Published: 20 April 2015 7:00 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... hir-kata-ahli-parti

Sokongan tidak henti-henti diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak ketika berdepan serangan paling hebat, namun ahli Umno berpendapat, seterunya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh dalam parti itu. Mereka berkata, sokongan dalam parti tidak memadai untuk mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri, dan yang lebih membimbangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) bakal kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata, walaupun majoriti dilihat menyokong Najib selaku presiden parti, tapi tidak dinafikan masih ada ahli Umno yang berbelah bahagi untuk menyokong sama ada Najib atau Dr Mahathir.

"Saya melihat, sokongan Umno terhadap Najib bukan melibatkan pemimpin atasan sahaja, ia juga mewakili suara di akar umbi. Bagaimanapun, memang ada sebahagian orang Umno yang berbelah bahagi dalam pendapat mereka.

"Ini kerana, hakikatnya, Dr Mahathir masih ada pengaruh di kalangan orang Umno," kata Bung kepada The Malaysian Insider. Pada Sabtu, Dr Mahathir secara terang-terangan meminta Umno menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan Umno dan BN daripada mengalami kerugian yang lebih besar dalam pilihan raya umum ke-14.

Beliau berkata, Najib tidak cekap untuk memimpin negara sebagai perdana menteri kerana beliau gagal menjelaskan mengenai dana milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Walaupun ramai pemimpin Umno lain rancak membela Najib, corak politik dan sejarah parti Melayu itu menunjukkan, tidak mustahil mereka tiba-tiba akan berubah angin.

"Sekarang ini orang Umno masih menghitung, siapa menang, siapa kalah. Sebab itu belum ada yang agresif," kata seorang aktivis parti dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli Yunus kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Dr Mahathir berkata, ramai yang berjumpa dengannya menyatakan sokongan terhadapnya dalam mengkritik Najib, tetapi mereka tidak berani menyatakannya secara terbuka kerana bimbang ditangkap.

"Saya memahami kebimbangan mereka. Orang ditangkap dan kemudian dibebaskan, perkara macam itu. Orang ramai sekarang takut polis datang dan ambil mereka," katanya.

"Jadi, mereka bersetuju dengan saya, tapi mereka tidak akan tunjuk," katanya kepada wartawan selepas forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir, bagaimanapun menegaskan bukan beliau seorang saja yang mahu Najib meletak jawatan, sambil menambah yang ia demi kebaikan Umno dan negara.

"Saya rasa ramai yang mahu beliau letak jawatan untuk kebaikan Umno dan negara."

Seorang ahli Umno berkata, serangan beberapa pemimpin Umno terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB, sebenarnya satu petanda penolakan terhadap Najib memandangkan sudah menjadi pengetahuan umum siapa di belakang ahli perniagaan tersebut.

Bung menyedari persepsi buruk yang berpunca daripada kontroversi menyelubungi Low, atau dikenali sebagai Jho Low tersebut, khususnya terhadap imej Najib sendiri.

"Saya tidak kenal Jho Low ini, personalitinya jauh berbeza, tapi ada orang hubung kait beliau dengan anak Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor).

"Bila dikaitkan dengan Rosmah, persepsi orang ramai akan ingat dia (Low) ada apa-apa. Kalau tidak ada apa-apa, Jho Low perlu menjelaskan peranannya dalam 1MDB ini," katanya.

Pemerhati menyifatkan, sementara Najib mungkin dilihat meraih sokongan kuat dari partinya, Dr Mahathir yang dikenali dengan kepintarannya, sedang menyusun langkah seterusnya.

Apabila Dr Mahathir baru-baru ini berkata beliau keseorangan, ia merupakan senjata paling kuat kerana ia serta-merta menarik simpati dan sokongan orang ramai.

Bekas menteri kabinet, Tan Sri Zainudin Maidin yang ditemui The Malaysian Insider juga berkongsi serba sedikit pengalaman tentang corak politik Dr Mahathir.

Katanya, sukar untuk meramal sejauh mana Dr Mahathir akan terus menyerang dan bila beliau akan berhenti.

"Sukar untuk hentikan kritikan Dr Mahathir. Beliau semakin jauh mengkritik dan semakin jelas sokongan rakyat ditunjukkan kepadanya, meskipun beliau kata beliau keseorangan," katanya.

Kesilapan Najib, menurut pemerhati, ialah apabila melancarkan serangan terbuka terhadap Dr Mahathir, dibantu pengikut setianya yang cuba melaga-lagakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz dengan bapanya itu.

Pemimpin Umno Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mencabar Mukhriz meletak jawatan diketahui berkawan rapat dengan bekas penasihat Najib, maka tidak hairan mengapa beliau begitu lantang.

Seorang lagi sumber yang rapat dengan salah seorang naib presiden Umno juga memberitahu, ketiga-tiga naib presiden parti itu juga sedang mencongak peluang masing-masing.

Cuma Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib, dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan Najib, tapi tidak dua lagi naib presiden – Datuk  Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Bos senyap sahaja, beliau pun pening juga dengan keadaan sekarang," kata salah seorang sumber terdekat kepada dua naib presiden tersebut.

Blogger Umno, Shahbudin Husin berkata, serangan Dr Mahathir tidak akan berhenti, malah beliau sedang mengatur langkah seterusnya.

"Kalau lihat gayanya, Dr Mahathir tidak akan berhenti," katanya semasa ditemui The Malaysian Insider baru-baru ini.

Difahamkan, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa kumpulan pendesak Melayu yang berpengaruh tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia bertujuan melobi sokongan atau mempunyai rancangan lain.

Pemimpin Umno ketika ini bimbang dengan akar umbi kerana, walaupun Najib mungkin menerima sokongan kuat ketua bahagian, sokongan dari akar umbi yang menganggap Dr Mahathir "ayahanda" tidak dapat dipastikan.

Bagi penganalisis daripada Merdeka Center, Ibrahim Suffian, serangan Dr Mahathir jika tidak ditangkis bakal merosakkan parti pemerintah tersebut.

Malah, beliau meramalkan perkara lebih buruk bakal menimpa, sebagai contoh, tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika Najib terus bertahan, mungkin Dr Mahathir dilihat tidak berjaya, tapi penjenamaan kepercayaan pengundi kepada BN itu sendiri akan rosak dan susah untuk dipulihkan.

"Bila terus menyerang, serangan ini akan menjadi punca utama kekalahan parti," katanya.

Oleh itu, Ibrahim berkata, Umno perlu mencari jalan perdamaian secepat mungkin kerana banyak isu yang harus mereka jawab dalam mengendalikan rakyat yang masih tidak berpuas hati.

"Isu ini untuk Umno dan BN. Perkara ini perlu diselesaikan segera supaya selepas ini parti dapat mengukuhkan kedudukan mereka, kerana isu yang banyak perlu dihadapi," katanya.

Pemerhati menyifatkan kritikan dan kecaman terbuka terhadap pentadbiran Najib daripada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu menyamai episod semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi tersungkur pada 2009.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyedari kemampuan Dr Mahathir yang memaksa bapa mertuanya berundur, oleh itu, kali ini beliau dilihat berhati-hati dalam memberi reaksi balas terhadap negarawan tersebut. – 20 April, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:40 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 19-4-2015 02:51 PM
Saya sokong Mahyiddin jadi PM.
Dia tahu what is priority.
I am sure, kalau dia jadi PM jambatan be ...

nat, i pun sokong....

lagipun skrg kene tgk faktor bini jugak kalo nak jadi PM...bini pak yidin ni low profile org nya..mcm Tun Hasmah lagaknya

kalo bini lagi menonjol dr laki, ssh la nak buat keputusan..sebab nanti bini pulak berangan nak jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:51 AM | Show all posts
wak_parjo replied at 19-4-2015 11:36 PM
untuk menyelamatkan BN, BN kena kalah next PRU.
tapi pakatan pon haru hara

Betul cakap you... harap nanti  bila kalah baru ada orang yg betul betul ikhlas untuk membangun negara... kita perlu halatuju...skrg ni haywire...malangnya PR pun pemimpin taraf sampah as pemimpin umno yg dok belakang najib...semua mendongak nak mencari kekayaan dari politik. I hope Dato Mustafa jd PM tp personaliti dia tak sesuai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:55 AM | Show all posts
memang betul..anda tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran...semua org mahu yg benar....tapi soalan nya...mana satu yg benar? anda pasti?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2015 10:00 AM | Show all posts
sambil muhydin menyanyi lagu mekel jeksen penuh syahdu..."you were not alone..i am here with you"
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiki sistem pendidikan dlu la wak ooi:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 10:09 AM | Show all posts
EJALTI posted on 19-4-2015 11:30 AM
Pakcik sakai pencacai bijan IQ loji taik, sediakan popcorn bebanyak yerk...

jangan x tahu, nanti klau Bijan jatuh lalu naik Pak Muhdin, maka segeralah bergayutan pencacai , ankel pun setamerta dh x kenal Bijan, hanya Pak Muhdin dihatiku

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:11 AM | Show all posts
aku rasa najib pun sedar pasal tekanan kat dia ni, cuma mungkin aku rasa dia nak bersihkan nama dia sebelum dia step down. Cara nya adalah menunggu outcome audit dari jabatan audit negara dan PAC (bipartisan). aku rasa ini lah yang najib nak buat. cuma kuatnya tekanan luar suruh dia step down dan dan ni jugak sebelum dia dapat bersihkan nama dia. Kalau aku, aku akan lakukan benda yang sama jugak iaitu bersihkan nama sundri dulu sebelum aku turun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:11 AM | Show all posts
aku rasa Muhyiddin tak sesuai sangat jadi PM sebab faktor usia dia.. walaupun dia antara yang tak banyak cerita belakang2..
aku nampak Tok Pa boleh jadi PM.. antara calon yang baik bagi aku..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:16 AM | Show all posts
Berasap rambut kak mah, tak lama g mesti yidin kena tendang, baidewei yidin ni layak ker memimpin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:36 AM | Show all posts
diet is no.1 , eat clean. #indeed
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:38 AM | Show all posts
terharuuuuuuu  nye iolzzzzzz   



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:46 AM | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 20-4-2015 10:50 AM
lkick2113 replied at 20-4-2015 10:11 AM
aku rasa najib pun sedar pasal tekanan kat dia ni, cuma mungkin aku rasa dia nak bersihkan nama dia  ...

http://chedet.cc/?p=1669

THE CROOKED BRIDGE AND ME




1. Some people believe that I am so angry over not building the crooked bridge that I want Najib to resign.
2. I am not so frivolous. Yes, I am disappointed, especially as Najib appealed to the Singapore PM to build a bridge and the latter rejected it. It is shameful that we dare not build a bridge in our own land without approval by Singapore.
3. This shameful episode is not enough for me to ask Najib to step down. Najib is the son of Tun Razak, the man responsible for my elevation to Prime Ministership. Partly for that reason and partly because Najib showed good performance when I was PM, I wanted Najib to be PM. And people know I worked hard at it pressuring Abdullah to appoint him as DPM, so that he would become PM, when Abdullah leaves.
4. But Najib failed in many areas after becoming PM. Apart from the bridge he did not go ahead with the double tracking and electrification of the railway line from J.B. to Padang Besar which had been agreed upon but was dropped by Abdullah. For 14 billion Ringgit we would have this project completed by 2010. Instead, forced by the demand, he sanctioned the continuation of the track from Ipoh to Padang Besar for 12 billion Ringgit. We lost a lot of money.

5. Then he began to recruit his own 4th floor boys plus a number of British personnel to advise him on how to run the country. They, also used foreign consultants costing more than 7 billion ringgit. We had achieved independence in 1957 and we got rid of British advisers. We did better without them. Najib did not seem to believe in the Malaysian capacity to develop the country.
6. Ignoring the EPU and other Government departments he set up a new agency to plan the development of the country. This agency was headed by a non-civil servant and the salaries of these personnel far exceed that paid to civil servants.
7. The civil servants were very unhappy. In the past they on their own transformed this country from a developing country to a middle-income nation. Now their services, their expertise and experience are no longer needed.
8. They had always been loyal to the BN Government. Now many no longer support the Government. Some even join the opposition after retirement and stood as candidates in elections.
9. As a result of the role given to this new agency the policies of the Government were changed. Najib was told that the rejection of Abdullah in 2008 was due to Chinese dislike for the New Economic Policy. To win them back Najib must ignore affirmative action and should be seen to be more supportive of the Chinese and Indians.
10. He reduced places for bumis in the Government Universities even though in the numerous private universities and twinned colleges, bumis make up less than 10%. Bumiputra contactors and small business no longer had government favour. Most had to stop their businesses.
11. Without saying so in so many words he had adopted the Malaysian Malaysia slogan of the opposition, only calling it One Malaysia instead.
12. Responding to opposition demand he abolished the ISA and freed all those under restricted residence. Crime rates went up.
13. Then he started giving money to people, not just to individuals who earn less than RM3000/- per month but to the associations and the corporate sector as well. Billions were spent on this.
14. Then rallies were organised on every occasions. The organisers were instructed to gather 10,000 people. They were given food and allowances and were transported to the sites, where they were given placards to hold up with “I love PM” written on them. A song 1M4U was composed and sung even at the national day parade.
15. Despite all these the Chinese refused to support Najib. They flocked to the opposition and he performed worse than Abdullah in the 13th General Election.
16. The Malays too did not support Najib. Selangor after he headed UMNO did worse than 2008. Malays only voted for BN because they feared Anwar would appoint Kit Siang as DPM.
17. Through all these I continued to support Najib. On the few occasions I met him, I told him his strategy was wrong but my views were ignored. I said before the 2013 elections that if he did worse than Abdullah he should resign. I had fully expected him to do better than Abdullah.
18. When he failed I told people that they should continue to support him. I was prepared, despite everything to see him lead the BN in the 14th GE.
19. But now with the controversies dogging him I am sure BN would lose if he leads it in the 14th GE.
20. There are many things about his personal behavior that I thought were not right. But I was prepared to overlook them, including he and his wife’s lavish lifestyle.
21. But when he cannot explain where billions of Ringgits have gone to and his involvement with questionable people in the management of 1MDB, I felt that he is not fit to be the Prime Minister of this country.
22. I will explain about how he lost billions of Ringgit in my next blog.


Bertubi tubi Najib kena tembak.... lagi depa ugut dia dgn POTA lagi hebat dia question Najib punya leadership...

Jom tunggu orang tua hampir 90 tahun ajar kita....


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:53 AM | Show all posts
iol kesian kak mah plak   semoga tabah menghadapi musuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 10:56 AM | Show all posts
amik hati..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:57 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 20-4-2015 10:46 AM
http://chedet.cc/?p=1669

THE CROOKED BRIDGE AND ME

aku dah baca....dan najib pun sedor keadaan ni, aku yakin.....cuma najib perlukan masa untuk bersihkan nama dia sebelum step down. ni pandangan aku la. aku tak memihak pada sapa2 sekarang cuma harap lepas tau keputusan siasatan akaun 1mdb tu sekiranya didapati ada penyelewengan najib step down aje la.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 11:02 AM | Show all posts
game of throne.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 11:06 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 20-4-2015 10:57 AM
aku dah baca....dan najib pun sedor keadaan ni, aku yakin.....cuma najib perlukan masa untuk bersi ...

Hopefully mcm tu jugaklah...esp bila dah ada link antara anak rosmah yg beli rumah J Low  beratus juta ringgit dan buat film bersama and ditambah lagi   J Low yg di kata terlibat dgn 1MDB....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.444235 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list