|
[Tempatan]
Najib arah menteri letak jawatan jika tak sokong pulih 1MDB
[Copy link]
|
|
Wah senang kan order org letak jawatan...mcm diktator pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 2-6-2015 08:25 PM
kabor nya wak yiddin akan balik bercuti malam ni yek...
sambutan besar besaran sudah dirancang ka ...
Balik bercuti pn nk sambut besar-besaran? Jahanam lg duit rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
apa orang kata.... aku hanya senyum sinis..? haa macam tu lah
Laungan ‘Selamatkan Malaysia’ dan ‘Hidup Tan Seri’ menyambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Bagaimanapun, jumlah kehadiran dalam program menyatakan sokongan pada kepimpinannya itu tidak ramai seperti dispekulasikan sebelum ini.
Muhyiddin juga dilihat mengelak mengulas isu-isu tumpuan dalam negara, termasuk gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya anggota kabinet yang tidak bersetuju dengan 1MDB supaya berundur.
“No (tidak),” katanya ringkas sambil memberi isyarat enggan mengulas.
Dalam pada masa sama, sewaktu di ajukan soalan lain mengenai percutiannya ke luar negara, Muhyiddin hanya membalas ringkas, "good (baik)".
Muhyiddin tiba dari percutiannya pada jam 9.40 malam disambut sekumpulan kecil penyokongnya.
Sementara itu, seorang penyokongnya yang hadir, Jat Ghazali berkata, kedatangannya pada malam itu bagi menyambut kepulangan Muhyidin dan memberi sokongan kerana beliau berhadapan dengan “kemelut politik negara.
“(Tujuan datang) kita sambut kepulangan TPM, kita merasakan dalam keadaan kemelut politik sekarang ini boleh mengubah hala tuju.
“Jadi kita bagi sokongan untuk merubah masa depan negara ini kepada yang lebih baik lagi,” katanya.
Manakala penyokong yang lain enggan mengulas lanjut dan berkata “hanya datang sebagai rakyat yang mahu bertemu TPM”.
http://www.malaysiakini.com/news/300480 |
|
|
|
|
|
|
| |
|