CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Rakyat Malaysia perlu bersedia hadapi cuaca lebih panas

[Copy link]
Post time 4-7-2015 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tightcherry at 4-7-2015 02:37 AM

Tmpt I da bbrp hari hujan.. Syukur.. Sejuk je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2015 03:37 PM | Show all posts
MetMalaysia sedia panduan hadapi cuaca panas

1:39PM - 10 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/304718



Garis panduan rasmi bagi menghadapi cuaca panas di negara ini kini dalam proses perbincangan yang melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata pihaknya kini dalam proses mengumpul maklumat untuk diserahkan kepada KKM bagi membantu mereka mengeluarkan garis panduan untuk rakyat Malaysia menghadapi cuaca panas yang tidak menentu ini.

"Pihak kami diminta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berkongsi maklumat tentang suhu dan kelembapan udara.

"Perbincangan kami ini masih di peringkat awal dan dalam perbincangan ini kami cuma bertindak sebagai badan agensi sokongan," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengeluarkan garis panduan menghadapi cuaca panas yang bertajuk (Heat Waves and Health: Guidance on Warning) bertujuan untuk menangani risiko kesihatan yang disebabkan oleh cuaca panas.

Garis panduan itu dikeluarkan berikutan ancaman cuaca panas yang berlaku di Eropah sekarang dan juga berikutan suhu yang melambung tinggi telah mengorbankan beratus-ratus orang di India dan Pakistan.

Mohd Hisham berkata fenomena cuaca panas yang berlaku di Eropah sekarang ini terjadi setiap tahun disebabkan oleh pergerakan matahari.

"Sekarang ini matahari sedang bergerak ke utara, sebelum ini kita lihat ia melalui India dan Pakistan, kini ia telah sampai ke Eropah.

"Fenomena ini kita panggil sebagai fenomena Solstice di mana kedudukan matahari berada pada latitud 23.5 darjah utara. Ini perkara yang berlaku setiap tahun, cuma tahun ini ia lebih panas," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC)  Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata Malaysia sudah pun mempunyai panduan menghadapi cuaca panas, tetapi ia bukan garis panduan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau mana-mana badan bertanggungjawab.

"Sekiranya ada cadangan untuk mengeluarkan satu garis panduan rasmi, itu sememangnya lebih baik," katanya.

Azizan juga berkata cuaca panas boleh mendorong kepada peningkatan suhu dan rakyat di negara ini berpotensi mendapat strok haba.

"Pelbagai nasihat telah dikeluarkan oleh pihak berwajib yang tidak menggalakkan kita melakukan aktiviti luar kerana bimbang terjadinya heat stroke seperti yang berlaku di Pakistan.

"Cuma nasihat saya pada mereka ialah perbanyakkan minum air dan duduk di tempat yang teduh," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 03:40 PM | Show all posts
kat tempat aku hujan sendu2 sejak 17 ramadhon.boleh laa... buat sejukkan muka bumi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan cuaca ja panas....hati pon
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 03:51 PM | Show all posts
mlm2 panas dan rasa kering
angin dr luar berbau asap
sakit rasa di dada ini




Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 1-7-2015 09:21 AM
dulu penah bawak kawan pegi jumpa doc sebab demam, doc nasihat utk hidratkan badan, jangan minum air ...

I suka kalo hari panas makan tembikai..terasa nikmatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045059 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list