|
Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)
[Copy link]
|
|
Bukan italy..kat middle east jugak ni..aku agak je..yg ada petra iteeww..betul ke |
|
|
|
|
|
|
|
...teka yg sama
Urdun
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun rasa kat middle east...
dugaan tt amat berat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 01:48 PM
Huhu takpelah korang. Tak penting pun kat mana aku belajar.
Tapi aku appreciate pertanyaan korang so aku belanja gambar
er~ sori aku takleh upload gambar besar2. takbest la tengok gambar kekecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks bro.
Tapi asal aku takut ngan ko ni? hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
jinnya nanti kat blakang citer. skarang aku citer yang huru-hara dulu. sori buat ko tunggu.
btw tq sudi follow. nah ambek
|
|
|
|
|
|
|
|
ok, aku tetap menunggu sambungannya.. kikiki..
mana gambornyer tt..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak nampak pun gambo nyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
sementara aku nak blaja upload gambar tadi tetiba kuota pun abes.
so esok la aku upload. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 05:36 PM
Sorilah kat opis aku takleh nak nulih. Aku beli broadband ha semata2 nak online kat umah
Ada satu kisah mistik berlaku kat member tarikat aku. Dia ni orang tempatan uganda. Panggil dia Ahmad. Satu masa tu, lama kitorang tak nampak dia masuk kelas pengajian. Pastu imam yang lead grup tarikat ni pulak asyik kensel kelas. Heran la kitorang.
Pastu bila semua dah selesai, baru kitorang tau citer...
Si Ahmad ni dapat amalan zikir tah dari mana. Dia beramal sampai jatuh sakit. Keadaan dia masa tu, ruh dia keluar dan direbut oleh syaitan, citer member uganda yang tau hal. Yang Imam ni pulak selalu kensel kelas sebab tolong ubatkan Ahmad yang macam dah nak mati nih.
Pelik aku. Ade ke hal camtu? Bukan ke malaikat maut je yang dapat tarik kuar nyawa manusia? Tu pun atas izin Allah.
Entah la. Aku dengar dalam bod ni ramai tok pawang. Mungkin diorang boleh jawab kot.
Hal aku pulak... Bila dah habis study dan balik Msia, barulah aku betul2 berada dalam pangkuan keluarga. Sejak kecik aku dibesarkan oleh nenek, masa sekolah rendah pun mak sibuk keje, pastu masuk asrama, pastu umah sewa, pastu sampai oversea.
Sejujurnya hubungan keluarga aku renggang dan pelik. Dari mak aku kawen sampai tua, rumah sentiasa panas, ayah aku sentiasa mengamuk, yang aku pun gi tambah perisa, tapi ikatan masih tetap utuh. Bezanya lepas balik dari uganda perangai aku dah baik sikit takde baran2 cam dulu. Belajar tasauf dalam tarikat tu betul2 membantu aku ubah sikap. Alhamdulillah.
Tapi ayah aku ni takleh tengok muka kitorang kat rumah. Sentiasa ada yang tak kena kat mata dia. Baran dan ego ayah sangatlah tinggi. Dia boleh komplen apesal mazhab Syafi'e kata batal wuduk sentuh isteri. Yalah... dia rajin gi masjid ngan mak aku. Sekali-sekala bila berlaga tangan dalam kete, batal la wuduk kan. Mula la dia memaki sampai masjid.
Belum lagi tengok dia ngamuk pasal benda kecik. Tersedak time makan ke, kahak degil takmo keluar ke, barang terlepas dari tangan ke, sumer dia maki. memang buat kitorang ketawa sambil nangis. Kelakar tapi sakit hati dengar ayah memaki hamun.
Macam-macam la baran pelik ayah aku ni. Aku bukan nak cite sangat buruk dia. Tapi nanti ada kaitannya dengan ending citer aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 05:40 PM
Bahananya umah aku ni ade internet. Bila dah melepak takde watpe mulalah 'gila pop corn' aku datang balik.
Tapi kalini aneh sangat aku rasa. Lagi gila dorongannya. Cemana aku berjaya avoid di alam realiti sekalipun, dalam mimpi 'hantu pop corn tu' datang. Aku ni, waktu bangun tido la yang otak aku paling fragile. Bila aku dah nampak benda tak senonoh dalam mimpi, bukak je mata tak sempat baca doa aku dah buat maksiat dulu. Even aku tido baca doa pun benda yang sama berlaku. Gitu juga nak tido pun payah sebab berangan 'makan pop corn' dulu.
Sampai satu tahap, aku dah takleh baring terlentang. Meniarap pun takleh. Tengok katil pun takleh. Aku terpaksa tido duduk dulu kat sofa, atau tengok TV sampai tido pastu baru bangun masuk bilik. Dah separuh mamai camtu takdela nak mikir benda lain lagi kan. Dapat bantal terus lenyap la.
Walaupun aku jadi camtu, tapi hati kecik aku takut sangat dengan Allah. Aku paling takut kalau Allah hukum dengan hantar perogol rosakkan aku. Yelah, dah nak sangat kan...
Aku tak nak. Sape kata aku nak. Segila2 aku, syukur tak sampai lagi nak rosakkan diri sniri. Aku masih ingat senior aku cakap tubuh badan ni bukan untuk aku jer, tapi untuk bakal suami aku jugak. (masa tu dia cakap dalam konteks kesihatan. aku terjemahkan pulak dalam konteks ******* ni pulak.)
Bila time aku tak gila, aku usaha buat banyak benda2 baik supaya balance ngan maksiat aku. Tu pun kalau Allah terima la. Apa benda yang aku download masa aku gila pop corn tu, semua aku buang dan tak tinggalkan kesan pun. Biarlah berulang banyak kali, download dan buang, download dan buang, aku tak peduli. Aku takmo ada kesan tu dalam hidup aku. Kalau dia nak datang biar datang dari luar, bukan sebab aku sengaja simpan dan ulang2 tengok. Even dalam diari pun aku tak pernah tulis.
Dahtu apehal aku tulis kat sini? Nak riyak eh?
Sbenarnya aku caye semua benda dalam hidup ni Allah tak bagi sia-sia. Kita yang pilih nak jadikan hidup kita berguna atau tak. So aku harap pengalaman aku jatuh banyak kali ni dapat bantu orang yang bermasalah cam aku jugak. Jangan give up. Benda ni boleh baik.
Susah sangat. Tapi boleh.
Kau pilih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cerita ko kak. Leh jadi sumber inspirasi. I like.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 7-12-2015 12:58 AM
Masa tu aku pnyer kecewa ngan diri sniri toksah cakap la. Aku dah bosan hidup camni. Fine, semua manusia sentiasa buat dosa tapi ni dosa besar kot. Allah kata jangan hampiri zina tapi aku dok main2 kat pintu zina tu.
Dahlah aku belajar agama. Dalam Quran ada ayat kata "Wahai hambaKu yang menzalimi diri sendiri, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa"
Jalan la. Aku dah putus asa. Memang aku ni ditakdirkan jadi jahat. Dah la dari kecik pun jahat. Sume orang benci. Lantak la masuk neraka pun. Tahan je la panas.
Tu kata hati aku bila dah fedap. Nasib baik Allah tak matikan aku masa tu. Kalau tak, memang setan menang dapat sekor geng.
Bila dah cool down aku istighfar balik, minta maaf pada Allah sebab putus asa. Start balik kemaskan ibadah aku dari bawah. Camtu la berpusing-pusing. Sampai atas, tersembam lagi. Naik lagi. Jatuh lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 09:30 PM
Serabut sungguh hidup aku masa tu. Dengan problem ketagihan lagi, ngan ayah hari2 membising lagi... Akhirnya aku dapat kerja idaman kat sebuah syarikat akhbar. Aku sandarkan modal dengan bakat menulis je, dapat jugak aku kerja selain mengajar.
Aku penat ngan pandangan manusia yang kata orang agama ni perfek, ustazah ni cam bidadari. Takyah la semua tu, biar aku jadi manusia biasa je. Lagipun selama ni aku terlalu selesa membesar dalam lingkungan agama. Kalini biar aku terjun masuk lingkungan orang biasa yang tak belajar agama pulak.
Daripada pakai burka kat uganda, aku jadi pempuan lincah ngan suar jeans. Lantak. Begitupun, baju aku masih labuh tutup peha. Tudung aku masih tutup dada. Takdelah pulak aku nak jadi ikan masuk kandang kucing.
Niat aku, moga kesibukan bekerja dapat bantu aku atasi ketagihan pop corn ni. Dah kuar pagi, balik malam, mana sempat nak mikir benda lain kan...
Rupanya masa kerja nilah Allah nak bukak hal sebenar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 09:31 PM
tima kasih. nah belanja
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 10:02 PM
Dipendekkan citer, dalam setahun kerja tu prestasi aku teruk sangat. puncanya sebab aku pelupa tahap nyanyuk. aku lupa apa job yang kena buat, aku lupa skill dan prosedur yang baru belajar, sampai ke nama orang pun aku lupa.
mula2 aku fikir sebab stres. fine. aku pun kurangkan bawak balik kerja ke rumah.
tak jadi.
pastu aku fikir sebab otak aku dah damaged akibat banyak sangat 'makan pop corn'. aku pun cuba repair balik ngan makan benda2 berkhasiat untuk otak. pegaga yang aku tak makan tu pun tetiba jadi layan. sampai orang tegur muka aku awet muda. padahal aku makan ulam sebab nak repair otak rosak.
makan telur separuh masak. minum air soya. makan scott emulsion. makan ikan bebanyak. makan madu, kismis. semua benda yang buat aku pandai masa kecik dulu, aku makan balik.
tak jadi.
melarat2 lupa dia sampai tengah drive pun aku lupa gear mana nak tukar, lupa nak tekan brek. bape kali kunci tertinggal dalam kete toksah cakap la. sampai aku dah mahir teknik nak bukak kunci dari luar. satu kali tu, aku isi air radiator seblum gi keje. pastu aku terus tutup bonet dan gerak gi pejabat. dekat nak sampai ofis, kete aku jem sebab overheat. rupanya aku lupa nak tutup radiator!
membaca pun lembab. baru masuk baris kedua, aku dah lupa baris pertama tadi citer apa. ulang balik baca dari awal. kengkadang mata aku gerak sniri langkah2 ayat sampai aku jadi takleh fokus apa yang aku baca. citer mata bergerak sniri ni aku memang takut... sebab aku tengah drive pun berlaku jugak. bayangkan cemana nak bawak kete kalau biji mata takleh fokus pandang depan? itulah yang aku alami.
otot badan aku pun bergerak2 sniri. kengkadang rasa otot muka aku berat sebelah macam nak jatuh. selalunya belah kiri. batang hidung aku pun gerak2... aku ingat nak mati sangat dah aku ni. sebab baca tanda kematian tu muka bergerak2.
badan aku selalu rasa sakit mencucuk. baik kat daging, baik kat tulang. kalau kat tulang siku tu paling sakit, sampai nak terlepas apape barang yang aku tengah pegang. mencucuk kat tengah dada pun perit. selalu aku adjust baju dalam sebab ingat besi tercucuk ke apa. tapi jadi jugak.
masa ni aku kuat sangat menguap time solat. angkat je takbir aku menguap tak berenti, dan kepala aku menerawang tah mana2. duduk tahiyat baru masuk balik. setiap waktu jadi camni. kengkadang aku ulang solat 2-3 kali sebab yang awal tu rasa cam tak solat. belum kira yang lupa rakaat, lupa qunut, lupa tahiyat awal.
nak buat keputusan pun payah. selalu aku drive berpusing2 kat tempat yang sama sebab takleh decide nak pergi mana.
memang haru-biru hidup aku. dengan ketagihan pun belum hilang2. aku fikir saraf aku dah rosak sebab banyak sangat rangsangan endorfin masa aku layan 'pop corn'. aku sedih sangat dan taktau nak wat cemana lagi dah. aku muda lagi. dah dapat kerja idaman. tapi jadi camni pulak.
aku bebetul fikir otak aku sedang mengecut macam Aya dalam 1 Liter Of Tears tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 10:14 PM
Ditakdirkan, waktu tu masuk bulan Ramadhan. Aku cemas gila takut terbabas masa puasa. Alhamdulillah tak. Masa tu pun aku dah lama tak layan 'pop corn'.
Time nilah aku ambik peluang sangat2 mintak Allah sembuhkan ketagihan aku. Aku dah tak sanggup lagi dah hidup macam personality disorder, kejap jadi aku, kejap jadi bitch. Rasanya dah tak tau apa lagi yang aku mampu buat selain doa. Semualah aku minta Allah sembuhkan, dengan pelupa dan sakit badan aku yang pelik ni sekali.
Mudah2an Allah terima doa aku. Berkat bulan puasa.
Dan....lepas raya tu rahsia terbongkar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|