Ketika Kedah menjulang Piala Malaysia 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2, kapten Kedah Khairul Helmi Johari baru bergraduasi daripada skuad Piala Presiden Kedah.
Kapten Selangor, Shahrom Kalam pula sedang menimba pengalaman di kelab Shahzan Muda FC selepas bergraduasi daripada Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur.
7 tahun kemudian pada tahun 2015, kedua-dua pemain ini bakal melangkah ke final Piala Malaysia pertama dalam karier mereka sebagai kapten pasukan. Dan mereka bakal menggalas tugas berat.
Shahrol Kalam akan memimpin barisan Selangor yang kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 10 tahun lepas, iaitu pada tahun 2005. Sumber gambar: Mohd Safwan / www.asiana.my
Semboyan misi 33 sudah lama dibunyikan tetapi hanya pada tahun ini, barulah mereka mempunyai peluang untuk menyempurnakan misi tersebut.
Khairul Helmi pula akan memimpin generasi baru pemain Kedah yang sedang melalui era kebangkitan. Sumber gambar: www.asiana.my
Sehingga kini, Kedah sentiasa dibayangi kejayaan era double treble mereka pada 2007 dan 2008.
Ia sejarah yang unik dan sukar dilupakan dalam bola sepak Malaysia. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab Khairul Helmi untuk menulis sejarah baru untuk Kedah.
Ulangan final Piala Malaysia 2008
Perlawanan Sabtu ini bukanlah kali pertama Kedah dan Selangor bertemu di pentas final Piala Malaysia. Mereka pernah bermain di pentas final Piala Malaysia 2008.
Ketika itu, Kedah sedang berada di puncak kejayaan mereka. Mereka baru sahaja memenangi 5 piala dalam masa kurang 2 tahun.
Kejayaan menewaskan Selangor dalam final Piala Malaysia 2008 bererti mereka akan muncul satu-satunya pasukan tempatan yang berjaya memenangi kejuaraan treble – juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Malaysia – buat dua kali berturut-turut.
Selangor pula pada ketika itu hanya merupakan bayang-bayang pasukan Selangor yang pernah menjulang 32 trofi Piala Malaysia. Mereka masih pasukan yang kuat tetapi bukan lagi pasukan dominan di Malaysia.
Kedah menang pertarungan taktikal
Di bawah kendalian Dollah Salleh, Selangor muncul sebagai pasukan yang gemar menyerang. Mentaliti menyerang mereka sangat tinggi sehinggakan Indra Putra Mahyudin bermain sebagai pemain tengah dalam sistem 4-4-2 Dollah Salleh.
Ketika itu jentera serangan Selangor diketuai oleh duo penyerang berbisa, Frank Seator dan Safee Sali. Sumber gambar: www.photomalaysia.com
Turut membantu mereka berdua adalah Elie Aiboy di sayap kanan dan Amri Yahyah di sayap kiri.
Kedah yang dilatih oleh Azraai Khor Abdullah tampil dengan pelan permainan yang ringkas tetapi efektif untuk menangani bahaya jentera serangan Selangor – serap tekanan dan lancarkan serangan balas.
Rancangan Azraai Khor berjaya.
Ketika Selangor sedang sibuk menyerang jentera pertahanan Kedah yang diketuai oleh Victor Andrag dan Cornelius ‘Outlaw’ Huggins, jentera tengah dan serangan Kedah sentiasa bersedia melancarkan serangan balas.
Nelson Sam Martin mempunyai ruang yang besar di tengah untuk merancang serangan balas. Skil gelecekan dan kelajuan Khyril Muhymeen merupakan mimpi ngeri kepada Razman Roslan dan Evans Chisulo.
Fizikaliti dan kebolehan Marlon Alex James menghubungkan jentera serangan dengan tengah sentiasa memberi masalah kepada Selangor.
Meskipun Selangor mendahului 1-0 melalui jaringan jarak dekat Frank Seator, pelan taktikal Kedah yang bijak memberi 3 gol pantas untuk Kedah menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 3-1.
Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Fadly Baharom mencatat nama sebagai penjaring gol Kedah. Meskipun tidak menjaringkan gol, Khyril Muhymeen memberikan servis cemerlang sebagai pasangan serangan Marlon.
Selangor bangkit pada separuh masa kedua melalui gol ke-2 jaringan Safee Sali, tetapi takdir seakan sudah menentukan malam itu adalah malam untuk pemain dan penyokong Kedah.
Kedah berjaya mempertahankan trofi Piala Malaysia mereka dengan menewaskan Selangor 3-2.
Kedah – kilang penghasil pemain muda berkualiti Dominasi Kedah terhadap bola sepak Malaysia sangat kuat sehinggakan ia mendorong FAM untuk mengharamkan polisi pengambilan pemain import.
Kedah mungkin terkesan dengan polisi FAM tersebut. Tanpa pemain import berwibawa, mereka hilang daripada radar bola sepak Liga Super. Tetapi itu tidak bermakna Kedah kekeringan pemain muda yang berbakat.
Kedah merupakan negeri paling prolifik dalam aspek penghasilan pemain muda yang berkualiti. 4 pemain mereka yang bermain dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia berusia 22 tahun ke bawah.
Sumber gambar: www.asiana.my
Cuma untuk berjaya, pemain muda Kedah memerlukan kekayaan pengalaman yang ditawarkan pemain import mereka.
Sebab itulah, apabila FAM membenarkan semula polisi pengambilan pemain import, bola sepak Kedah menikmati era kebangkitan mereka semula.
Selangor – gergasi yang sedang membina legasi
Selangor pula mungkin bukan ‘gergasi’ seperti dulu. Tetapi kekayaan sejarah bola sepak Selangor merupakan aset mereka paling berharga.
Setiap pemain yang menyarung jersi Selangor tahu apa erti kemenangan kepada penyokong Selangor.
Sumber gambar: Kamarul Akhir / www.asiana.my
Mereka mungkin bukan pemain yang menikmati gaji tinggi di Malaysia, tetapi semangat mereka untuk meraih kemenangan adalah antara yang tertinggi.
Dengan barisan pemain yang kurang terkenal, Selangor masih mampu menduduki tangga ke-2 Liga Super dan layak ke final Piala Malaysia 2015.
Menentang Kedah pada Sabtu ini, Selangor tahu status mereka sebagai pasukan elit Liga Super tidak membawa apa-apa makna.
Tetapi sekurang-kurangnya, status mereka sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia akan membakar semangat untuk melengkapkan misi 33 mereka.
Saksikan siaran langsung perlawanan akhir, Selangor menentang Kedah pada 12 Disember, 8.40 malam, di TV3. Anda juga boleh menonton melalui Global Live Streaming di Tonton dan menerusi Geng Radio HotFM. Sumber :
Kedah goalie feeling the jitters ahead of Malaysia Cup final
by loganath velloo
Kedah goalkeeper Mohd Firdaus Muhamad (in black) celebrates with his team-mates and team officials after they qualified for the Malaysia Cup final on Sunday. - BERNAMA
Kedah goalkeeper Mohd Firdaus Muhamad (in black) celebrates with his team-mates and team officials after they qualified for the Malaysia Cup final on Sunday. - BERNAMA
ALOR SETAR: Young Kedah goalkeeper Mohd Firdaus Muhamad believes there is no substitute to the experience of playing in an actual Cup final.
The 21-year-old former Harimau Muda custodian’s biggest worry ahead of Saturday’s Malaysia Cup title match against Selangor is the pressure of performing in a final.
“I admit that I’m feeling a little nervous ahead of my first senior Cup final. I don’t want to be the player who costs my team the title.
“I will try my best and play my normal game. I believe my previous experience of representing the Malaysian Under-23 side will help me deal with the pressure,” said Firdaus just before a morning workout at the Darulaman Stadium on Tuesday.
Firdaus, who was released by Harimau Muda to his home state Kedah this season, was elevated as the first choice goalkeeper following an injury to experienced regular Abdul Hadi Hamid during the tailend of the Premier League campaign.
After a shaky start in the league, Firdaus has grown in confidence as he helped the Red Eagles win the Premier League title and promotion to the Super League.
“We cannot take anything for granted in the final because Selangor are a strong team.
“I pick Selangor midfielder Mohd Nazmi Faiz as their most dangerous player. He starts most of Selangor’s dangerous moves. If we can prevent him from supplying dangerous passes, then our work to win the Malaysia Cup will be made easier. The Selangor import players are also dangerous,” said Firdaus.
The Red Giants’ foreign legion comprises Australian Robert Cornthwaite, Brazilians Leandro dos Santos and Guilherme de Paula Lucrecio and Indonesian Andik Vermansyah.
The last time Kedah and Selangor met in the Malaysia Cup final was back in 2008, with Kedah winning 3-2 to capture their fourth title.
Tgk gol2 STRG masa menang dgn Pahang mmg berkualiti btol, sumer luar kotak penalty mmg nightmare la utk Firdaus nnt.......harap BB7 main deep utk prevent strikeforce STRG dpt peluang utk try dari luar box........
Edisi final nih gak bleh tgk jiwa2 kelajuan cam Faan dan Andik berentap, selain kreativiti Hazwan melawan ketenangan dan keligatan Wan Kapet
Tq bro, harap misi juara berganda berjaya laaa, mana bleh bagi team ko jer juara berganda 2015......tp level juara berganda team aku xder laa gah cam team ko, tapau Liga Super dgn AFC Cup terus.......
Berlari 435 kilometer ke Alor Setar
50
2 0 Google +0
Alor Setar: Seorang warga emas mahu berlari dari Stadium Shah Alam hingga Stadium Darul Aman sebagai tanda sokongan kepada skuad Helang Merah.
Nasir Abas, 60, dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah akan berlari balik sehari selepas perlawanan akhir Piala Malaysia - Ahad ini dengan meletak sasaran tempoh larian selama 10 hari.
Beliau akan membuat larian tidak kira sama ada Kedah menang atau kalah pada final itu.
"Saya yakin pemain Kedah mampu memberi komitmen tinggi untuk menang pada perlawanan Sabtu ini," katanya bertugas sebagai Imam Masjid Lama di Kuala Kedah, di sini.
Beliau merupakan bekas anggota tentera berkata sebuah kereta akan turut mengiringi lariannya.
Nasir pernah mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Records selama dua tahun berturut-turut bermula 2002 kerana berjaya berlari sejauh 1,754 kilometer selama 30 hari di seluruh Semenanjung bermula dari Kelantan hingga Perlis.
Pada 2003 beliau berlari sejauh 2,068 kilometer dari Tawau hingga Kuching selama 53 hari.
Jarak larian akan dilalui oleh Nasir dari Shah Alam ke Alor Setar adalah sejauh 435 kilometer. Jika memandu perjalanan akan memakan masa selama 4 jam setengah.
Shah Alam: Mungkin kelibatnya hanya sekadar pemain gantian, namun jika dibiarkan bergerak bebas pasti mengundang padah buat barisan pertahanan lawan.
Itulah dia penyerang Selangor Mohd Afiq Azmi yang dilabel antara ‘senjata rahsia’ dimiliki Mehmet Durakovic selain tiga penyerang utamanya - Abdul Hadi Yahya, Ahmad Hazwan Bakri dan ayam tambatan import dari Brazil, Guilherme de Paula.
Bagi Afiq, dia tidak kisah andai dirinya diletakkan pemain gantian kerana percaya jurulatihnya mempunyai perancangan tersendiri buat menjamin kemenangan pasukan.
“Saya tidak kisah siapa diturunkan kelak kerana selama ini saya juga sering dimasukkan pada babak kedua bagi menghidupkan jentera serangan.
“Memang ada terfikir mahu bermain dari minit pertama dan kekal hingga ke penghujung aksi, tapi saya sedar jurulatih mempunyai strategi sendiri demi kebaikan untuk pasukan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Afiq antara nadi utama skuad Red Giants musim ini terutama dalam saingan Liga Super apabila muncul penjaring terbanyak pasukan dengan lapan gol liga dan dua gol Piala Malaysia.
Jelas pemain kelahiran Perlis itu, pentas final esok adalah keduanya selepas pernah merasai saingan sama pada musim 2012 ketika menyarung jersi Kelantan sebelum ini.
“Saya harap penampilan kali ini akan berakhir dengan mendakap Piala Malaysia walaupun tidak tahu sama ada diturunkan atau sebaliknya.
“Bagi saya, perkara paling penting adalah menamatkan Misi 33 tercapai. Itu cabaran buat kami semua untuk merealisasikan impian penyokong Merah Kuning,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 8:51 AM
Shah Alam: Meskipun beraksi di posisi sayap kanan, pemain import bertubuh kecil dari Indonesia Andik Vermansyah tetap dilabel antara kunci kejayaan Selangor musim ini apabila kerap mencemaskan benteng pertahanan lawan menerusi gerakan lincahnya.
Sudah pasti bagi aksi final Piala Malaysia bertemu Kedah, kelicikannya sekali lagi dituntut bagi memburu jaringan sekali gus memastikan Selangor mengakhiri penantian 10 tahun selepas kali terakhir mendakapnya pada 2005.
Bagi Andik, sekiranya pengendali pasukan Mehmet Durakovic menurunkannya pada aksi itu nanti, dia berjanji akan beraksi sebaik mungkin dengan mengikut perancangan taktikal yang diatur.
“Ini peluang keemasan untuk saya mendapatkan piala di sini selepas gagal dalam saingan Liga Super apabila sekadar muncul naib juara dua kali pada musim ini dan lalu.
“Saya perlu berkerja keras dan mempertingkatkan persembahan andai mahu dipilih dalam kesebelasan utama nanti. Persaingan dalam pasukan amat sengit tapi baik untuk pasukan.
“Tidak kira apa cara sekali pun, saya berazam membantu pasukan memenangi piala ini, ” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Ketika ditanya mengenai peluang pasukannya di final itu nanti, Andik percaya rakan sepasukannya memiliki sedikit kelebihan selepas Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan lokasi aksi final itu di halaman sendiri.
“Kalau diikutkan kami mempunyai sedikit kelebihan kerana akan bermain di tempat sendiri. Memang kami sudah biasa beraksi di Shah Alam dan saya yakin itu kelebihan buat kami.
“Cuma saya tidak mahu rakan sepasukan terlalu yakin kerananya boleh memerangkap kami sendiri. Saya percaya peluang tetap ada tapi mesti fokus sepenuhnya sepanjang aksi,” katanya.
Shah Alam: "Saya mahukan kejayaan Piala Malaysia sebagai hadiah terbaik harijadi saya," kata pemain lincah pasukan Kedah, Muhammad Farhan Roslan.
Bagi Muhammad Farhan hanya kemenangan yang mampu melengkapkan sambutan ulang tahun ke-19 yang disambutnya pada 3 Dis lepas walaupun menyedari lawan mereka, Selangor di final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini turut mempunyai misi tersendiri.
Pemain yang mendapat gelaran 'Messi Kedah' kerana mempunyai kepantasan ketika menggelecek bola seperti penyerang Barcelona, Lionel Messi turut mengidam untuk 'merobek' gawang Selangor pada aksi final nanti.
"Sekiranya saya dapat jaringkan gol pada final nanti, saya ingin mendedikasikannya kepada ibu bapa, rakan sepasukan dan juga penyokong Kedah.
"Saya harap kami dapat meraih kemenangan bagi menebus kekecewaan musim lalu apabila kalah kepada Pahang dengan agregat 3-6 di separuh akhir," kata Muhammad Farhan ketika ditemui pada sesi latihan Kedah di Stadium UiTM, di sini, hari ini.
Sementara itu, kehadiran semula ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menyuntik semangat tambahan untuk Kedah menjelang perlawanan akhir tersebut.
Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari mengakui kehadiran Cheng Hoe yang pulang sementara ke tanah air menyemarakkan semangat pemain skuad Helang Merah untuk memburu kemenangan pada aksi final berkenaan.
Cheng Hoe yang menjalani kursus kejurulatihan lanjutan Lesen A di China sejak akhir November sehingga 19 Disember dijangka pulang esok.
Menyentuh mengenai taktikal dan corak latihan di antara Cheng Hoe dan pengendali sementara pasukan, Ramon Marcote dari Sepanyol, Khairul Helmi yang lebih dikenali dengan panggilan 'Keon' di kalangan rakan sepasukan, menegaskan tiada perbezaan ketara di antara kedua-dua individu berkenaan.
"Kedua-dua jurulatih menggunakan pendekatan yang sama pada sesi latihan cuma Cheng Hoe kadang-kala akan memberi arahan kepada Marcote walaupun beliau berada di China," katanya.
Pada masa sama, Khairul Helmi turut mengingatkan rakan sepasukan untuk memberikan perhatian khusus kepada jentera serangan Selangor diketuai pemain import dari Brazil, Guilherme de Paula dan Ahmad Hazwan Bakri.
"Kalau ikutkan kesemua pemain Selangor mampu memberikan ancaman tapi saya lihat jentera serangan mereka yang perlu diberi tumpuan khusus," katanya. - Bernama
Alor Setar: Baddrol Bakhtiar mahu mengulangi kenangan manis semasa Kedah menewaskan Selangor dalam final Piala Malaysia pada tahun 2008.
Peluang ini bakal dikecapi oleh pemain tengah itu apabila skuad Helang Merah bertemu The Red Giants di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.
Baddrol, 27, masih merupakan pemain junior ketika pertemuan 2008 itu.
"Saya akan manfaatkan pengalaman pada 2008 sepenuhnya untuk membantu pasukan Kedah dalam memburu kejuaraan kali ini. Ia mungkin permulaan untuk mengulangi semula kejayaan Kedah era 2007 dan 2008," katanya.
Beliau berkata Kedah musim ini menampilkan corak permainan berbeza di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dan kini diambil alih pemangku jurulatih Ramon Marcote. - Bernama
Shah Alam: Pengendali Selangor Mehmet Durakovic (gambar) mengakui masih belum ada bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan pada aksi final Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam, malam esok.
Durakovic ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan hari ketiga bersama pemainnya semalam, juga tidak memberi sebarang petunjuk sama ada akan mengekalkan barisan sama ketika menundukkan Pahang pada separuh akhir apabila beliau dilihat mencuba beberapa pemain pada posisi tertentu.
Mungkin tindakannya itu disebabkan masalah kecederaan dialami tonggak pertahanan kiri Mohd Raimi Mohd Nor kelmarin dan semalam giliran Mohd Azrif Nasrulhaq pula sekadar duduk menyaksikan sesi latihan pasukannya.
Menurut Durakovic, Azrif mengalami demam selepas pulang daripada latihan kelmarin dan situasi terbaru itu benar-benar menguji dirinya yang kini dalam fasa terakhir latihan.
“Saya masih belum memikirkan lagi barisan utama untuk final, malah langsung tiada bayangan. Semalam (kelmarin) Raimi tidak berlatih akibat kecederaan, pagi ini pula (semalam) Azrif kerana demam.
“Jadi saya tidak boleh fikirkan lagi siapa yang bakal bermain, mungkin esok (hari ini) atau lusa (esok) baru ada bayangan pemain yang akan mengalas tugas nanti.
“Dalam bola sepak kita tidak boleh tentukan apa-apa terlalu awal, sebab semuanya boleh berubah pada saat akhir kerana bakal diputuskan mengikut situasi semasa pasukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Mini Shah Alam, di sini, semalam.
Jelas bekas ketua pasukan Selangor itu, walaupun waktu menjalani latihan singkat namun beliau melihat pemainnya rata-rata sudah mencapai tahap 80 peratus bersedia dan enggan menjadikan kekangan masa itu sebagai alasan kepada tahap prestasi pemain.
Kuala Lumpur: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yakin pasukan Kedah akan mampu menjulang Piala Malaysia dalam perlawanan menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
"Saya mengakui rasa terkejut sejauh mana kami mampu pergi - Momentum sudah ada, semangat juang dalam kalangan pemain dan penyokong juga tinggi masa ini. Saya merasa begitu yakin kami akan melakukannya dengan baik Sabtu ini.
Apa yang dianggap sebagai mustahil sebelum ini sekarang terbukti mengenai pasukan Kedah dan ianya tidak mustahil, kita telah menjulang Piala Liga Perdana hari itu dan kemungkinan untuk menjulang Piala Malaysia amat tinggi," katanya, hari ini.
Mukhriz berkata walaupun kemampuan Juara Liga Perdana itu dari segi kewangan tidak setanding dengan pasukan Malaysia yang lain namun perkara itu tidak menghalang pasukan Kedah untuk terus menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Pertemuan antara skuad Hijau Kuning dan skuad The Red Giants mengulangi sejarah pertemuan kedua-dua pasukan itu pada 2008 menyaksikan Kedah muncul juara Piala Malaysia selepas menang tipis 3-2 ke atas Selangor. -Bernama