|
Originally posted by dexa at 28-11-2008 06:46 AM ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
indonesia pun hadapi masalah pelapis --
yang nak ganti taufik pun.. macam tak ada -
dulu depa - lepas rudy ada swie king
pastu ada icuk.. pastu ada... sapa ntah ala lupa pula
tapi maksudnya - depa sokmo ada pelapis -
bergu depa dulu sokmo #1 - dari christian hadinata-ade chandra
sampai ke rexy mainaky -- tapi sekarang ada sikit2 macam
malaysia juga masalah nya -
kat malaysia - ramai berbakat - cuma tak dapat
expose yang besar -- kena hantar juga ke kejohanan
international - bagi dapat experiment main dan tengok
pemain2 yang taraf dunia tu terutama dari china -
orang rasa, yg kat indonesia tu bukan je takde masalah pelapis,
tapi mungkin ada masalah kewangan gak ..
bila pikir balik, cam pelik aa pulok .. sbb indonesia tu penduduk antara yg paling ramai kat dunia
takkan aa tak bleh cari pelapis kot? takde langsung?
lagi satu masalah yg rasanya bukan kat malaysia jek ni :
terlalu berharap kepada sorang pemain (single) atau satu pair (double) je
sampai kadang2 tu 'terlupa' kat yg lain & 'terlupa' langsung nak carik yg baru
terlalu over-exposed pon yer, terlalu pressure pon yer jugak ..
mungkin ada yg baru - tapi cam bese aa kan ..
yg akan difikirkan ialah 'glory' & 'pulangan'
kenapa tak berani nak hantar player baru kat major tournament?
takut malu sebab kalah? takut rugi duit (yuran, tiket, dll ntok player tu) kalau kalah?
sudahnya pelapis2 dihantar kat tournament kecik2 dalam malaysia je
jadik aa jaguh kampung .. tu pun kalau menang aa kan ..
kalau menang pun, yg dihantar ke major tournament tetap orang yg lama2 .. yg tu jugak ..
sampai pemain yoyo pun dihantar join tournament badminton - haperciter?
cuba ambik contoh korea ngan china .. deme berani hantar orang2 baru
malaysia? arghhh .. balik2 muka tu jugek .. cuma bebaru ni jek naik nama2 lain ..
ngan lee chong wei tu - jangan aa pressure dia sangat ngan datukship or ranking #1 tu
dia bukannya robot .. kena aa kasi dia rehat gak .. apa guna jadik #1 kalau tak perform?
kalau bebtol nak berjaya membentuk & yg dibentuk tu berjaya, kena aa berkorban skit
jangan sampai lee chong wei dah umur patut bersara pun dipaksa2 main lagik
sbb kononnye malaysia tadak wakil yg bagus .. tapi btol ke takde pelapis yg bagus?
cemana nak ada wakil yg bagus? yg muda tu pun dok main sesama sendiri jek
ataupun jadik belasahan kat tempat sendirik |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by hazlyn at 27-11-2008 09:02 AM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Choong Wei said that he would be wiser in facing Lin Dan after suffering two humiliating defeats to the Chinese superstar, the other being in the final of the Beijing Olympics last August.
揂t the Olympics, the pressure got to me. This time, I did not play well. But I have learnt a lot from both defeats. My coach and I will work to come up with better strategy to get the better of Lin Dan, |
|
|
|
|
|
|
|
xtau la nk bg semangt ke nk hentam lcw nih. dia nih kalo dpt title no 1, mcm tu la, kklaha kalah kalah kalah kalah kalah kalah kalah kalah kalah n terus kalahhhhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
RESULTS QF HK OPEN
MD : FZ bt Cho/Yoo (Kor) 21-16 12-21 21-15
WD : Pei Tty/Eei Hui bt Kamilla/Lena (Den) 21-14 21-15
kat semi nnt FZ lawan either Markis/Hendra or KKK/TBH
Pei Tty/Eei Hui lawan Zhang Yawen/Zhao Tingting |
|
|
|
|
|
|
|
yesss...
kkk-tbh mng lawan mk-hs straight set...
well done abg2 ikan...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #990 azalea_girl's post
aa'ah ... aku baru tengok result ...
kkk/tbh menang ....congrats :pompom:
lama tak lama la ... baru 2 kali dorang kalah ngan kido/setiawan tu ...
olimpik n french open ...
aku rasa kido/setiawan ada problem kot ..tengok le 1st round ari tu hampir nak kalah ....
takpelah la lawan FZ kat semi esok ...
at least kita dah confirm ada wakil kat final ....
menang atau tak kat final tu nanti (most probably lawan yong dae oppa) ...lain cite ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by naen at 28-11-2008 11:54 AM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
orang rasa, yg kat indonesia tu bukan je takde masalah pelapis,
tapi mungkin ada masalah kewangan gak ..
bila pikir balik, cam pelik aa pulok .. sbb indonesia tu penduduk antara yg paling r ...
setuju ngan ko ...
aku rasa indon ada banyak bakat tapi takde duit ...
aku baru tengok draw tuk vietnam open ..taraf GP je ...
aku pelik apasal BAM tak antar pemain ...
yg aku nampak ada MD 1 n WD 1 n XD 1 ...
MS ada seketul ..pei wee chung ..rasanye bukan under BAM ...
MD 2 lagi bukan under BAM gak ..otai tan fook/wan wah & choong ming/chew eng ...
aku rasa GP camni le BAM patut hantar budak2 pelapis tu ...
adakah sbb tarikhnye hampir ngan national GP??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazlyn at 28-11-2008 08:57 AM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
MD yg lawan oppa kalah straight set
chong ming/choon eng menang 2nd & 3rd set
next round lawan pair england anthony/nathan
ada 3 MD lepas ke QF
tine rasmussen asik kalah awal je ...
sib baik menang smlm tu ...skrg ni chong ming/chew eng tengah lawan pair england tu ..
menang 1st set 26-24 ... ...
congrats kat pei tty /eei hui .... esok lawan winner of china open ... harap kali ni pei tty/eei hui lak menang ... |
|
|
|
|
|
|
|
ader ker tayang kat channel astro separuh akhir dgn akhir nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Jom main badminton esok ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak wakil KH open kan..
so leh la tgk esok....
nak sgt ada yg menang psl china open dua fin alis..dua2 kalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by _19788 at 28-11-2008 11:12 PM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
ader ker tayang kat channel astro separuh akhir dgn akhir nanti?
hai osama ...lama tak nampak ...
esok ada live kat astro 811 pukul 1pm - 6pm ..final pun ada gak ...
jadual esok .... sayang nye tak dpt tengok lindan vs taufik ...astro tak tunjuk yg start kul 6.30pm
1. Starting at 1:00 PM WD Yawen ZHANG [5]/Tingting ZHAO [CHN] - [MAS] Eei Hui CHIN [2]/Pei Tty WONG
~ ulangan final china open last week? hopefully kali ni pei tty/eei hui lak menang ...
2. Followed by MS Boonsak PONSANA [THA] - [CHN] Jin CHEN [3]
3. Followed by WS Lin ZHU [5] [CHN] - [CHN] Xingfang XIE [4]
4. Followed by XD Thomas LAYBOURN [6]/Kamilla RYTTER JUHL [DEN] - [KOR] Yong Dae LEE [5]/Hyo Jung LEE
5. Followed by MD Kien Keat KOO [5]/Boon Heong TAN [MAS] - [MAS] Mohd Zakry ABDUL LATIF [4]/Mohd Fairuzizuan MOHD TAZARI
~ tak kisah lah yg mana satu menang .... pair yg mana ada harapan nak menang ngan yong dae oppa lebih sikit rasanye?
6. Starting at 6:30 PM XD Zhongbo XIE [7]/Yawen ZHANG [CHN] - [CHN] Bo ZHENG/Jin MA
7. Followed by WS Chen WANG [HKG] - [HKG] Mi ZHOU [2]
8. Followed by MS Taufik HIDAYAT [7] [INA] - [CHN] Dan LIN [2]
9. Followed by WD Shu CHENG [8]/Yunlei ZHAO [CHN] - [KOR] Jung Eun HA [7]/Min Jung KIM
10. Followed by MD Jae Sung JUNG [3]/Yong Dae LEE [KOR] - [ENG] Anthony CLARK/Nathan ROBERTSON |
|
|
|
|
|
|
|
al Fatihah ..
Rebah ketika bermain badminton
BENTONG 28 Nov. - Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa beliau sakit malah kelihatan sihat dan cergas.
Seorang saksi, Azmi Arifin, 46, ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, Allahyarham yang beria-ia hendak bermain badminton dengan kakitangan Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, dekat sini.
"Datuk yang beria-ia hendak main badminton, semasa kami sedang bermain, Allahyarham nampak sihat dan cergas, tak pula menunjukkan tanda-tanda yang beliau dalam kesakitan," katanya ketika ditemui di Hospital Bentong di sini hari ini.
Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di institut tersebut ketika sedang bermain badminton kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Allahyarham berada di institut tersebut kerana menghadiri Konvensyen Nasional ke-8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Bagaimanapun, Azmi yang bertugas sebagai pembantu am di IAB memberitahu, Razali tidak banyak bercakap ketika sedang bermain dan apabila permainan berlanjutan sehingga ke set kedua, Allahyarham semakin menjadi pendiam.
"Kami bermain badminton secara beregu, saya dan rakan bermain menentang datuk dan pasangannya.
"Masa tengah main dalam set kedua ketika kedudukan mata 9-11, datuk yang cuba mengambil bola kelihatan tercungap-cungap dan jatuh terlentang.
"Semasa arwah jatuh terlentang, Allahyarham sempat menyebut kalimah Allahuakbar, kami yang berada di situ agak panik dan bergegas telefon ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan," jelasnya lagi.
Azmi berkata, kira-kira 15 orang berada di gelanggang yang menyaksikan kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan IAB, Ebaris Abu Bakti yang berpasangan dengan Razali berkata, permainan terhenti ketika mereka mendahului lawan pada kedudukan mata 11-9.
"Arwah cuba ambil bola tetapi beliau tiba-tiba tercungap-cungap sebelum jatuh terlentang," katanya.
Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abu Karim pula memberitahu, dia sempat menyaksikan Allahyarham jatuh terlentang serta belakang kepalanya terhentak di lantai dan mengakibatkan luka sepanjang dua inci.
Dalam pada itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 9.50 malam.
+ source : utusan malaysia, 29 november 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
- kosmo -
Aksi akhir sudah pasti
PRESTASI beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak ubah seperti 'air pasang surut'.
Ketika harapan menggunung diletakkan di bahu mereka, prestasi dua pemain ini sangat mengecewakan. Sebaliknya, bila tiada sasaran disandarkan, gergasi dunia pun mereka belasah dengan mudah.
Semalam, pada pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong aksi beregu emas negara itu berada pada tahap yang agak luar biasa.
Pasangan No. 1 dunia dari Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan dibelasah mudah dalam masa 21 minit dengan kemenangan 21-11, 21-17.
Apa yang pasti, satu slot ke perlawanan akhir sudah berada dalam genggaman kerana mereka akan bertembung dengan rakan senegara, Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari pada pusingan separuh akhir hari ini.
Kemenangan ke atas beregu Indonesia itu amat bermakna buat Kien Keat-Boon Heong selepas tewas dua kali berturut-turut tahun ini.
Pertamanya, mereka tewas pada pusingan suku akhir Sukan Olimpik di Beijing Ogos lalu selain pada pusingan separuh akhir Terbuka Perancis awal bulan ini.
Sementara itu, Zakry-Fairuzizuan pula mara selepas mengetepikan beregu Korea Selatan, Cho Gun Woo-Yoo Yeon Seong 21-16, 12-21, 21-15.
Beregu wanita No. 1 negara, Wong Pei Tty-Chin eei Hui melangkah setapak lagi untuk mara ke perlawanan akhir keempat berturut-turut selepas Terbuka Denmark, Perancis dan China.
Pei Tty-Eei Hui mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan beregu pilihan keenam dari Denmark, Lena Frier Kristiansen-Kamilla Rytter Juhl 21-14, 21-15.
Pada pusingan separuh akhir hari ini, Pei Tty-Eei Hui akan menentang beregu pilihan kelima dari China, Zhang Yawen-Zhao Tingting yang menyingkir beregu kedua Malaysia, Haw Chiou Hwee-Lim Pek Siah 21-12, 21-10.
***************************************************************************
all the best -- |
|
|
|
|
|
|
| |
|