|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
salam.. pebenda yg korang bincang eh.. malas aa nak belek page2 blakang... |
|
|
|
|
|
|
|
Syeikh baghal...
Kita ni dah jauh dari tajuk asal... saya dah ikut kehentak tuan berbincang tentang Takdir.
Bila tuan nak jelaskan persoalan saya "Adakah fahaman sufi boleh/ sesuai dijadikan Aqidah" ?
(fahaman dari contoh pelopor2 fahaman sufi)
P/s.. mintak mahap ler tuan GTO, saya pun malas nak selak... line lembab |
|
|
|
|
|
|
|
Tareqat bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang. Apabila dinisbahkan kepada golongan sufi, ianya merujuk kepada suatu penggunaan khas yang bermaksud, manhaj sesuatu golongan sufi dalam tarbiah.
Satu tareqat merujuk kepada seorang mursyid, dengan bilangan anak murid yang ramai, dengan manhaj tarbiah yang tertentu, seperti himpunan zikir-zikir dan sebagainya. Ini dikenali dengan tasawuf amali (rujuk buku Tasawuf Amali karangan Sheikhuna Ust Rahimuddin An-Nawawi Al-Banteni).
Ianya dikenali pada awal kurun kelapan hijrah. Dikatakan, orang yang pertama mengasaskan suatu bentuk manhaj tarbiah yang sistematik ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.. Manhaj tarbiah ini dikenali dengan Tarikat Sufiyah.
Walaupun tidak dapat dinafikan, sebelum Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. lagi, sudah wujud tarikat-tarikat sufiyah, seperti tarikat Al-Junaidiyah (yang dinisbahkan kepada Imam Junaid r.a.) dan sebagainya, namun tarikat-tarikat sebelum Sheikh Al-Jailani r.a. tidaklah dalam bentuk sistematik dan tersusun. (rujuk buku Tasawuf Amali).
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. mengasaskan gagasan baru dalam lembaran sejarah sufi apabila membuat suatu madarasah secara terbuka dan mengambil anak murid yang ramai dalam satu masa, dan menyusun manhaj tarbiah yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Hal ini menyebabkan beliau juga merupakan mujaddid dalam dunia sufi yang menunjukkan kepentingan Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiyah sufiyah, di samping menegaskan bahawa, Hakikat tidak terpisah dengan Syariat. Idea asal islah dan tajdid dalam dunia sufi ini sebenarnya diambil dari Imam Al-Ghazali r.a. melalui karangan-karangan beliau seperti Ihya' Ulumiddin, yang membahaskan mengenai tajdid ini secara teori, dan diterjermahkan ke dalam realiti oleh Syed Sheikh Adul Qadir Al-Jailani r.a..
Setelah itu, para murid Sheikh Al-Jailani r.a. menisbahkan manhaj tarbiah mereka kepada mursyid mereka iaitu, Syed Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., dengan nama tarikat Qadiriyah. Setelah itu, muncullah ulama'-ulama' sufi lain yang melakukan metodologi tarbiah secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., seperti Sheikh Abul Hasan As-Syazuli, Imam Ar-Rifa'i r.a, Sheikh Ahmad Badawi dan sebagainya. (rujuk buku Tasawuf Amali).
Manhaj tarbiah mereka yang tersusun tersebut dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dari sini, jelaslah bahawa, tarikat sufiyah tidak lain melainkan suatu madrasah tarbiah penyucian jiwa, hasil ijtihad para ulama' sufi, dalam mentarbiah manusia. Sepertimana dalam bidang fiqh, ada mazhab tertentu, begitu juga dalam bidang penyucian jiwa, ada pelbagai manhaj tarbiah yang berbeza, sesuai dengan keadaan manusia dan sejajar dengan ijtihad para mursyid sufi yang jujur tersebut.
Adapun pertuduhan-pertuduhan ke atas tarikat sufiyah sebenarnya merupakn pertuduhan yang tidak berasas. Walaupun terdapat di kalangan para sufi yang bercanggah dengan ajaran Islam, namun ianya turut dikritik dan ditegur oleh para ulama' sufi itu sendiri. Namun, sikap mengkafirkan sesetengah golongan sewenang-wewenagnya yang dibawa oleh aliran salafiyah wahhabiyah tidak pernah mebaiki keadaan bahkan lebih mengeruhkan keadaan.
Para ulama' sufi turut menegur kesalahan-kesalahan para murid yang melampaui batasan Islam. Ini juga merupakan intipati ajaran sufi, yang membetulkan setiap kesalahan murid hatta kesalahan mereka yang berlebih-lebihan dalam sesetengah perkara, seperti kepercayaan penuh terhadap ilham, keinginan mendapatkan karamah dll.
Kalau kita lihat, ramai di kalangan para ulama' Islam yang menegur kesalahan-kesalahan sesetengah golongan sufi itu sendiri, merupakan dari kalangan sufi juga, seperti Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid Al-Baghdadi r.a., Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., Imam Ar-Rifa'i r.a., Imam As-Syazuli r.a. dan sebagainya. Ini kerana, di sisi golongan sufi, ada mutiara yang lebih berharga dari debu-debu yang melingkari kulitnya, hasil kejahilan sebahagian dari golongan sufi sendiri.
Kebanyakkan Para Ulama' Memilih Jalan Sufi
Jika kita singkapi sejarah umat Islam, kita dapati bahawa, ramai di kalangan ulama'-ulama' besar Islam yang mengambil jalan sufi atau bersahabat dengan para sufi yang muhaqqiq. Antara mereka adalah, Al-Imam As-Syafi'e r.a. (rujuk buku Kasyfu Khafa' m/s 341 karangan Imam Al-‘Ajluni), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. (ghuza'ul albab m/s 1/120 dan tanwir Al-Qulub karangan Imam Al-Kurdi, m/s 405), Imam Abu Hanifah (Ad-Dur Al-Mukhtar 1/43), Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid r.a., Imam Ar-Razi r.a., Imam ‘Izzuddin bin Abdul Salam r.a. dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 yg tersesat dalam bab sufi(13 puak)
1. Kaum Marjiah
Kepercayaan yg menjadi iktiqad dan pegangan kaum ini ialah apabila mrk beramal dan telah sampai ke tahap mrk telah menjadi kekasih Allah, iaitu apabila mrk telah sampai ke tahap tiada lagi benda lain yg mrk kasihi selain drpd Allah, maka pada tahap ini semua kewajipan syarak dan ibadah ke atas mrk telah digugurkan oleh Allah. Dalam keadaan ini segala yg haram telah menjadi halal bg mrk. Segala kewajipan yg difardhukan spt solat, puasa, haji ,zakat dsb boleh dibuat dan boleh juga di tinggalkan mengikut sesuka hati mrk.
Kumpulan ini, sesetengahnya sangat suka bertelanjang dan tidak menutup aurat. Pada pegangan mrk semua harta dan dunia ini adalah kepunyaan datuk mrk iaitu Nabi Adam, maka semua harta tersebut adalah halal bagi mrk sbg cucu-cicit keturunan Nabi Adam, maka semua harta tersebut adalah halal bg mrk mengambil dan menggunakannya walau tanpa kebenaran walaupun tanpa kebenaran dan meminta izin dari Tuannya yg sah terlebih.
2. Kaum Auliya'iyah
Iktiqad dan pegangan puak2 Auliya'iyah ini ialah apabila mrk telah sampai ke tahap dan martabat wali, maka terangkatlah semua kewajipan syarak ke atas mrk. Pada tahap ini apa yg terjadi kewajipan ke atas diri mrk sbg hamba Allah spt solat , puasa dan sbgnya. Tidak perlu lg ditunaikan manakala apa2 yg telah diharamkan oleh Allah ke atas manusia telah menjadi halal bg mrk, spt berzina , mencuri dsb. Martabat mrk sebagai wali pula adalah lebih besar dan mulia drpd martabat Nabi. |
|
|
|
|
|
|
|
981# Nazrulism
Allah menerangkan "jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya." - iaitu semua manusia mendapat hidayat petunjuk (realitinya... ada yang beriman dan ada yang kufur)
TAPI Allah menghendaki manusia memilih untuk mendapat hidayat petunjuk atau sebaliknya.
Jangan lupa ayat "jika"...bermakna Allah berkuasa utk buat dan tetapi Dia tidak jadikan semuanya mdpt hidayah petunjuk..
Firman Allah : Ertinya:
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."(Surah Al-Qamar : 49)
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. "(Surah Al-Furqaan :2 )
"Dan dia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri" (Surah Yusuf : 67)
"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. "(Surah Yusuf : 24)
"Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya."(Surah Al-An'aam : 18)
Berdasarkan firman Allah di atas, jelas takdir itu telah ditetapkan Allah mengikut kehendakNya..barulah Ia dikatakan berkuasa Mutlak, tiada berkongsi kuasa memilih dengan makhlukNya.
Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata:
Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya.
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4789
Telah tertulis (pemahaman saya).......
Jika buat begini.... akhirnya begini!
Jika buat beditu... akhirnya begitu!
Dah kerap diterangkan tentang ini...
Ini bukan takdir Tuan, ini hukum adat namanya...hukum adat ni pun terbahagi kpd wajib, mustahil dan harus..
Al-Araf:188
Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki (izin) Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.
Menjelaskan lagi semuanya ditentukan Allah...
Tak tahulak pulak... jika orang sufi yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib nih
Memang banyak perkara ghaib bagi orang lain, tetapi org sufi tahu...
Firman Allah;
Ertinya:“Barangsiapa yang buta di dunia ini (tidak melihat Allah) maka ia juga buta di akhirat nanti, bahkan lebih sesat lagi.” ( Surah al Hajj: 46)
“Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.”
Berimanlah kita dengan untung baik dan untung buruk dari Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syeikh baghal...
Kita ni dah jauh dari tajuk asal... saya dah ikut kehentak tuan berbincang tentang Takdir.
Bila tuan nak jelaskan persoalan saya "Adakah fahaman sufi boleh/ sesuai dijadikan Aqidah" ...
Nazrulism Post at 13-1-2010 01:09
Siapa kata kita lari tajuk...soalan saya bagi Tuan adalah untuk melihat iktiqad dan syuhud , nafi dan isbat Tuan.
Sebab inilah yg menjadi sudut pandangan dan pegangan aqidah masing2..
Muktazilah : Golongan ini mengiktiqadkan bhw yg melakukan segala perbuatan itu adalah drpd hamba dan kudrat hamba itu memberi bekas atau kesan pada semua perbuatannya (sebab akibat di tentukan sendiri). Golongan ini adalah fasik. (mengasingkan syuhud dan iktiqad)
Jabariah : Golongan ini mengetahui semua terbit drpd Allah Taala sendiri. Mrk tetap berpendapat dan memandang segala perbuatan itu terbit drpd Allah Taala. Malangnya, mrk tidak sampai utk menyandarkan semua perbuatan tersebut kpd hamba. Oleh itu, mrk telah tersalah mengikut jalan syariat oleh sebab tidak menyandarkan semua perbuatan hamba itu kpd diri sendiri. Iktiqad golongan ini juga adalah zindik.(bercampur aduk syuhud dan iktiqad)
As-Sya'ariyah (ASWJ) : Golongan ini mengetahui semua perbuatan itu terbit drpd Allah Taala (syuhud), tetapi ada pada hamba itu usaha dan ikhtiar (iktiqad). Tetapi usaha ikhtiarnya tidak dapat memberi bekas atau kesan (sebab akibat) kpd perbuatan baharu(makhluk) dan yg dapat memberi bekas hanyalah Allah Taala. (syuhud dan iktiqad tidak berpisah dan tidak bersekutu).
Safa itu adalah bersih, iaitu membersihkan hati, lidah dan anggota dari mensyirikkan Allah.
Ahli sufi adalah orang yg membersihkan hati ,lidah dan anggota dr mensyirikkan Allah.
"Tiada daya upaya melainkan daya upaya Allah"...
Sering kita cakap mcm tu, tetapi masih mengaku diri ada upaya untuk mengubah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Safa itu adalah bersih, iaitu membersihkan hati, lidah dan anggota dari mensyirikkan Allah.
baghal Post at 14-1-2010 02:56
SAFA/SOFA/SUFI iaitu membersihkan hati, lidah dan anggota di setiap waktu, masa dan saat dari mensyirikkan Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
986# baghal
Tak tahulak pulak... jika orang sufi yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib nih
Memang banyak perkara ghaib bagi orang lain, tetapi org sufi tahu...
Firman Allah;
Ertinya:“Barangsiapa yang buta di dunia ini (tidak melihat Allah) maka ia juga buta di akhirat nanti, bahkan lebih sesat lagi.” ( Surah al Hajj: 46)
“Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.”
Ada juga manusia yang nak melebihi Para Rasul....
Al-Jin
38 Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun;
39 Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
Berkaitan Al-Hajj:46 ; “Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.”
- Telah dijelaskankan oleh ayat itu, bukan mata yang buta (mata celik dan dapat melihat) tapi hati yang buta kerana tidak dapat memahami apa yang dilihat untuk membuktikan KeEsaan Allah (bukti dan keterangan) - lihat kaitan mata yang melihat dengan hati yang buta.
-Tapi orang sufi mencari supaya hati dapat melihat dengan memaksa hati/jiwa untuk 'melihat' sedangkan fungsi hati/jiwa adalah untuk memahami!
Al-Hajj :46
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. |
|
|
|
|
|
|
|
Muktazilah : Golongan ini mengiktiqadkan bhw yg melakukan segala perbuatan itu adalah drpd hamba dan kudrat hamba itu memberi bekas atau kesan pada semua perbuatannya (sebab akibat di tentukan sendiri). Golongan ini adalah fasik. (mengasingkan syuhud dan iktiqad)
-Memisahkan Iktiqad daripada Syuhud
Jabariah : Golongan ini mengetahui semua terbit drpd Allah Taala sendiri. Mrk tetap berpendapat dan memandang segala perbuatan itu terbit drpd Allah Taala. Malangnya, mrk tidak sampai utk menyandarkan semua perbuatan tersebut kpd hamba. Oleh itu, mrk telah tersalah mengikut jalan syariat oleh sebab tidak menyandarkan semua perbuatan hamba itu kpd diri sendiri. Iktiqad golongan ini juga adalah zindik.(bercampur aduk syuhud dan iktiqad)
- Mempersekutukan Iktiqad dengan Syuhud
As-Sya'ariyah (ASWJ) : Golongan ini mengetahui semua perbuatan itu terbit drpd Allah Taala (syuhud), tetapi ada pada hamba itu usaha dan ikhtiar (iktiqad). Tetapi usaha ikhtiarnya tidak dapat memberi bekas atau kesan (sebab akibat) kpd perbuatan baharu(makhluk) dan yg dapat memberi bekas hanyalah Allah Taala. (syuhud dan iktiqad tidak berpisah dan tidak bersekutu).
"Tetapi usaha ikhtiarnya tidak dapat memberi bekas atau kesan"....(semuanya telah ditetapkan-usaha dan iktiar hanya sia-sia), jadi apa bezanya dengan Jabariah yang mempersekutukan Iktiqad dengan Syuhud.
"syuhud dan iktiqad tidak berpisah dan tidak bersekutu" - Ini masuk Akal kerana menunjukkan 'kaitan' antara Syuhud dan Iktiqad. |
|
|
|
|
|
|
|
986# baghal
Ada juga manusia yang nak melebihi Para Rasul....
Al-Jin
38 Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu ke ...
Nazrulism Post at 16-1-2010 14:36
Xpayah la nak bukak banyak2 topik...selesaikan masalah persamaan diantara kehendak Allah yg telah ditetapkan sebelum kita lahir, dengan usaha ikhtiar makhluk yg dapat mengubah kehendak Allah dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
-Memisahkan Iktiqad daripada Syuhud
- Mempersekutukan Iktiqad dengan Syuhud
"Tetapi usaha ikhtiarnya tidak dapat memberi bekas atau kesan"....(semuanya telah ditetapkan-usaha dan iktiar ...
Nazrulism Post at 16-1-2010 15:12
Kenapa perlu tulis perkara yg sama yg saya dah tulis..? Tuan ada masalah bahasa ka atau species ular air yg suka belit2 bahasa nih...
"Tetapi usaha ikhtiarnya tidak dapat memberi bekas atau kesan"....(semuanya telah ditetapkan-usaha dan iktiar hanya sia-sia), jadi apa bezanya dengan Jabariah yang mempersekutukan Iktiqad dengan Syuhud.
Muktazilah : Golongan ini mengiktiqadkan bhw yg melakukan segalaperbuatan itu adalah drpd hamba dan kudrat hamba itu memberi bekas ataukesan pada semua perbuatannya (sebab akibat di tentukan sendiri).Golongan ini adalah fasik. (mengasingkan syuhud dan iktiqad)
Faham ka syuhud iktiqad tu apa? Kalu Tuan cakap usaha ikhtiar Tuan boleh bagi bekas, Tuan species Muktazilah la..jadi Tuan dah kenal la Tuan species apa skrg..itu lebih baik dr sebelum ni xkenai diri..skurang2nya sempat lagi betobat dan ngaji lagi..
"syuhud dan iktiqad tidak berpisah dan tidak bersekutu" - Ini masuk Akal
Masuk akal tapi xreti nak amal, buat apa...cari la guru (bukan guru nanak) |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu tulis perkara yg sama yg saya dah tulis..? Tuan ada masalah bahasa ka atau species ular air yg suka belit2 bahasa nih...
Aku quotekan apa yang kamu tulis (kopipes) supaya kamu jelaskan apa yang kamu tulis/kopipes ... atau kamu tak tahu apa yang kamu tempek kat sini
selesaikan masalah persamaan diantara kehendak Allah yg telah ditetapkan sebelum kita lahir, dengan usaha ikhtiar makhluk
Takdir Allah sebelum kita lahir adalah berkehendakkan kita memilih (membezakan dengan Jabariah) jalan berpandukan petunjuk (Al-Qur'an dan Sunnah Rasul) .. kerana itulah petunjuk diturunkan.
Walau apa pilihan kita.. kesemua perbuatan kita adalah dengan izin/kebenaran kuasa Allah (membezakan dengan muktazilah) .. kerana tiap sesuatu, penggeraknya adalah Allah.
986# baghal
Ada juga manusia yang nak melebihi Para Rasul....
Al-Jin
38 Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu ke ...
Nazrulism Post at 16-1-2010 14:36
Xpayah la nak bukak banyak2 topik....
Takderpun bukak topik baru!... saya berbalik topik asal tentang fahaman sufi, salah satunya mengetahui perkara ghaib.. ada masalah ker nak bincang? |
|
|
|
|
|
|
|
993# Nazrulism
Aku quotekan apa yang kamu tulis (kopipes) supaya kamu jelaskan apa yang kamu tulis/kopipes ... atau kamu tak tahu apa yang kamu tempek kat sini
Ya ka? Xnampak mcm nak tanya soalan pun...sebagai orang berilmu, apa salahnya Tuan huraikan satu persatu..
Takdir Allah sebelum kita lahir adalah berkehendakkan kita memilih (membezakan dengan Jabariah) jalan berpandukan petunjuk (Al-Qur'an dan Sunnah Rasul) .. kerana itulah petunjuk diturunkan.
Walau apa pilihan kita.. kesemua perbuatan kita adalah dengan izin/kebenaran kuasa Allah (membezakan dengan muktazilah) .. kerana tiap sesuatu, penggeraknya adalah Allah.
Cuba bandingkan huraian Tuan dengan Firman Allah Taala, sama ka?
Ertinya;"Dan dia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (kebandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapabuah pintu yang berlainan. Dan aku (dengannasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yangtelah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab danmusabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri,dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri" (Surah Yusuf : 67)
Cuba bandingkan huraian Tuan dengan maksud hadis, sama ka?
Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata:
Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orangyang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghunineraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi:Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab:Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjaditakdirnya.
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4789
kerana tiap sesuatu, penggeraknya adalah Allah
Ini betui...bermakna bermula dari gerak hati (kehendak hati) sehinggalah gerak laku..semuanya di gerakkan Allah, maka dimana yg dikatakan hamba mempunyai kuasa memilih?
Untuk memudahkan faham, di dalam sebuah filem, andaikata setiap pelakon di beri kebebasan untuk memilih watak, skrip dan aksi, adakah kesudahan filem itu seperti yg pengarahnya mahukan? Apa guna ada pengarah? Cuba Tuan ambik iktibar sikit dari apa yg Allah jadikan di dunia ini..
Firman Allah Taala;
"wamaa alhayaatu alddunyaa illaa la'ibun walahwun walalddaaru al-aakhirati khayrun lilladziina yattaquuna afalaa ta'qiluuna".
Ertinya;" Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"(Surah Al-An'am:32)
Sebenarnya saya dah bagi clue yg jelas lagi nyata...jawapan yg tepat hanya dapat di rungkai dengan iktiqad dan syuhud..bukan dengan nafsu atau akal yg cetek..ini bukan perkara main2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 21-1-2010 18:09
994# baghal
Cuba bandingkan huraian Tuan dengan Firman Allah Taala, sama ka?
Ertinya;"Dan dia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (kebandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapabuah pintu yang berlainan. Dan aku (dengannasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yangtelah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab danmusabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri,dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri" (Surah Yusuf : 67)
Telah diterangkan... "jangan masuk dari satu pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan.".... Ini menunjukkan adanya pilihan dan Ikhtiar. dan satelah itu harus berserah. Jika ikut fahaman saudara, apa perlunya memasuki pintu2 yang berlainan.. masuk saja melalui satu pintu kerana takdir telah ditetapkan disitu samada selamat atau tidak.
Cuba bandingkan huraian Tuan dengan maksud hadis, sama ka?
Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata:
Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orangyang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghunineraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi:Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab:Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjaditakdirnya.
Tidak menjadi masalah, masih sama.
Rasul s.a.w menjelaskan.. Kecenderungan hati seseorang akan mempengaruhi amalannya dan seterusnya berakhir dengan takdir ke syurga atau neraka. seperti yang telah saya jelaskan dulu.. kecenderungan hati/jiwa adalah mengikut pilihannya sendiri sebagai alat (disamping akal/ nafsu) yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk ditetapkan hala tujunya kepada taat atau ingkar. Kerana itulah amal perbuatan akan dipertanggung-jawabkan kepada manusia dan di berikan balasan yang baik atau buruk.
Untuk memudahkan faham, di dalam sebuah filem, andaikata setiap pelakon di beri kebebasan untuk memilih watak, skrip dan aksi, adakah kesudahan filem itu seperti yg pengarahnya mahukan? Apa guna ada pengarah? Cuba Tuan ambik iktibar sikit dari apa yg Allah jadikan di dunia ini..
Tuan pernah dengar ker ada pelakon yang memegang watak jahat.. bila habis berlakon, pengarah akan masukkan dia dalam jel kerana kejahatan yang dilakonkan dalam filem tu ?
Ingat.. kita bukan pelakon / boneka / robot.. kita ada tanggungjawab!
"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. "
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #182)
Inilah masalah fahaman sufi... menyamakan kemahuan Allah dengan fahaman dari 'rasa' mereka. perlu disedari, segala perintah dan larangan kepada manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, Iman kamu tidak akan menambah kekuasaan Allah dan jika kufur, tidak akan mengurangkan kekuasaanNya sedikitpun.
Ertinya;" Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"(Surah Al-An'am:32)
Tuan kena fahamkan kehidupan dunia yang manakah yang berbentuk main2 dan senda gurauan.. adakah diutuskan Nabi kedunia ini main2, adakah perintah dan larangan Allah juga main2, adakah jihad Rasul dan sahabat juga main2 dan senda gurauan?
Renungkan ayat ini;
"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main."
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #16)
fahamkan apa yang dimaksudkan main2 dan senda gurauan;
"Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! "
( سورة المعارج , Al-Maarij, Chapter #70, Verse #42)
"Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: Satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya "
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #2) |
|
|
|
|
|
|
|
995# Nazrulism
Ertinya;"Dan dia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri,dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri" (Surah Yusuf : 67)
"Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan"-iktiqad
"Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu darisesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkansesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalahaku berserah diri,dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yangmahu berserah diri"- syuhud
teranglah dengan iktiqad dan syuhud yg betui...
Jika ikut fahaman saudara, apa perlunya memasuki pintu2 yang berlainan.. masuk saja melalui satu pintu kerana takdir telah ditetapkan disitu samada selamat atau tidak.
Saya xcakap mcm tu pun..saya xnafikan makhluk ada usaha ikhtiar. Saya cuma cakap, macamana usaha ikhtiar makhluk merubah ketetapan Allah Taala...
Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya
Rasul s.a.w menjelaskan.. Kecenderungan hati seseorang akan mempengaruhi amalannya dan seterusnya berakhir dengan takdir ke syurga atau neraka
Itu kata Tuan atau maksud Rasulullah saw..
Rasulullah saw bersabda;
Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukanamal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya darineraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.Tbelaka.” (Riwayat Muslim)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidakseorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amalperbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahaiRasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allahmelimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusahaberbuat dan berkata yang benar .
Tuan pernah dengar ker ada pelakon yang memegang watak jahat.. bila habis berlakon, pengarah akan masukkan dia dalam jel kerana kejahatan yang dilakonkan dalam filem tu ?
Ingat.. kita bukan pelakon / boneka / robot.. kita ada tanggungjawab!
Dunia ni tempat tontonan watak lakonan Tuan untuk menerima 'upah' di akhirat kelak..
Adakah kehidupan di akhirat nanti terlepas dari takdir Tuhan..takdir utk hidup di dunia saja ka?
"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. "
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #182)
Perlakuan yg telah ditakdirkan Allah pada kita, di buat dengan tangan kita atau tangan Allah?..tentulah tangan kita. Dan kita yg merasa akibat dari perbuatan yg terzahir oleh tangan kita. Bila buat maksiat, kita yg rasa seronok..jadi zalim dak kalu Allah seksa? Bila Allah takdirkan kita bersabar, kita rasa pedih..Allah ganti rasa pedih tu dgn nikmat syurga, zalim ka?
Inilah masalah fahaman sufi... menyamakan kemahuan Allah dengan fahaman dari 'rasa' mereka. perlu disedari, segala perintah dan larangan kepada manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, Iman kamu tidak akan menambah kekuasaan Allah dan jika kufur, tidak akan mengurangkan kekuasaanNya sedikitpun.
Siapa yg sebenarnya menyamakan?
Sufi- berserah diri kpd Allah, meletakkan usaha ikhtiarnya juga dalam ketentuan kehendak Allah Taala.
Naz..lism- mendakwa usaha ikhtiarnya memberi bekas atau kesan, sedangkan Allah lah yg mampu memberi bekas. (muktazilah)
Ertinya;" Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"(Surah Al-An'am:32)
"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main."
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #16)
fahamkan apa yang dimaksudkan main2 dan senda gurauan;
"Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! "
( سورة المعارج , Al-Maarij, Chapter #70, Verse #42)
"Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: Satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya "
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #2)
Benarlah kata2 Allah Yang Maha Agung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi semuanya berbalik kepada asal (amalan Salaf Soleh) dan Allah mengurniakan kefahaman kepada yang lebih taqwa.
Sudah tentu, tapi sekiranya tidak ada bukti wasilah atau sanad, mana kita tahu salafi salih ikutan kita tu benar? Setiap 73 puak, semua ada ulama masing2 dan semuanya menganggap ulama mrk salafi soleh..
Dan guru2 mursyid yg mewarisi Iman, Islam dan Ihsan itu dipilh oleh guru kpd mrk berdasarkan kemiripan, persamaan, kemahiran, kepimpinan mrk menyerupai Rasulullah saw samada dr segi aqidah, syariat dan akhlak..sebagaimana Rasulullah saw memilih sahabatnya yg tertentu untuk berdakwah atau berperang berdasarkan kelayakkan masing2. Selepas zaman Rasulullah saw, para sahabat pula memilih tabien yg layak, seterusnya sehingga ke hari ini..tidak terputus sanad itu.
Kita mengambil sempena dari perawi-perawi hadis yang mengikut golongan tabiin amat menekankan masalah sanad bagi mengelakkan pendustaan.
ففي مقدمة الإمام مسلم عن مجاهد قال جاء بشير العدوي إلى ابن عباس فجعل يحدث ويقول : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ، قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ، فجعل ابن عباس لا يأذن لحديثه - أي لا يستمع - ولا ينظر إليه ، فقال : " يا ابن عباس مالي لا أراك تسمع لحديثي، أُحدثك عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ولا تسمع ، فقال ابن عباس : " إنا كنا مرة إذا سمعنا رجلاً يقول : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ابتدرته أبصارنا ، وأصغينا إليه بآذاننا ، فلما ركب الناس الصعب والذلول لم نأخذ من الناس إلا ما نعرف " .
Dalam Muqoddimah Sahih Muslim, dari Mujahid bahawa beliau berkata: telah datang Basyir Al-'Adawi kepada Ibn Abbas r.a. lalu dia sering mengucapkan: telah berkata Rasulullah s.a.w., telah berkata Rasulullah s.a.w.". Lalu Ibn Abbas r.a. tidak mengizinkan untuk meriwayatkan hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya). Maka, dia berkata: "Wahai Ibn Abbas. Kenapa engkau tidak mahu mendengar perkataanku (hadith yang ku riwayatkan). Aku menyebut hadith daripada Rasulullah s.a.w. namun kamu tidak mahu mendengarnya?" Ibn Abbas r.a. menjawab: "Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda Rasulullah s.a.w…" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya. Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan dari kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja".
Maksudnya ulama ini akan menyampaikan kpd siapa yg menjadi kepercayaan mrk dan diteruskan sehingga hari ini..
"Ulama adalah Pewaris Kepada Anbia"
Harap Tuan faham maksud 'pewaris'..
Maka segala ilmu kasyaf yang didakwa diterima oleh kaum sufi itu yang tidak dibuktikan dengan Dalil adalah pembohongan semata-mata seperti kandungan 'Fusyuh' Ibn Arabi yang menjadi dasar fahaman kaum sufi.
Bila masa lak saya berhujah tentang kasyaf? Kita selesaikan satu2 dulu...
Saya juga berharap saudara dapat berlapang dada dalam masalah Taqlid dan ijtihad.. kerana itu saya berikan pesanan Imam mazhab tentang apa yang mereka sampaikan kerana mereka menyedari tentang adanya penyusupan pelbagai falsafah manusia (juga hadith palsu / riwayat palsu) dalam Agama. Mereka tidak menutup pintu Ijtihad untuk Ulama terkemudian..
Adakah Tuan layak menilai ulama terkemudian yg mampu berijtihad? Tuan mengikut ijtihad siapa sekarang? Adakah Tuan yg mencampuradukkan semua aliran dlm ibadah Tuan krn ijtihad Tuan sendiri?
berbanding pesanan 'ulama' sufi - tarekat aku saja yang betul!
Siapa ulama sufi yg cakap mcm tu? boleh bgtau saya..lgpun dah banyak kali saya cakap, saya tidak ikut tariqat, jadi Tuan xperlu buka cerita tariqat di sini..
apa yang saya persoalkan adalah orang yang terpesona dengan falsafah sufi ini mencari-cari guru mursyid yang disangka wali sedangkan wali itu hanya diketahui oleh Allah.
Tuan tersalah faham tentang guru mursyid yg ahli sufi maksudkan.
Imam Malik pernah berkata: “Barangsiapa yang tidak mempunyai guru mursyid maka syaitanlah yang akan menjadi gurunya.”
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar dalam bidang jasmaniah dan kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani dan jasmani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur untuk kepada iman dan taat, dan keluar dari kufur dan maksiat. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan batin (hakikat). Mereka juga dr segi aqidah, syariat dan akhlak, menyerupai Rasulullah saw. Ilmu dan amal mrk di warisi melalui sanad perguruan yg sampai kepada Rasulullah saw.
Tidak ada dalam istilah guru mursyid itu mestilah seorang wali Allah...Hanya Allah yg mengenal wali-Nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
997# Nazrulism
Hadis riwayat Ali ra., ia berkata:
Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempatpemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami.Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yangketika itu memegang sebatang tongkat kecil. Beliau menundukkankepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengantongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun darikamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telahAllah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam nerakaserta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorangyang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah!Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdirkita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka diaakan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barangsiapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akanmengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliaumelanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah!Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, makamereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia.Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka merekajuga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara.Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini: Adapun orang yangmemberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanyapahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginyajalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinyacukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akanmenyiapkan baginya jalan yang sukar
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4786 |
|
|
|
|
|
|
| |
|