MACAU - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan bahawa skuad negara akan benar- benar mantap menjelang kejohanan badminton Piala Thomas 2016.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Dr. Al-Amin Majid berkata, badan induk sukan badminton negara itu bakal melaksana- kan program khas bagi membentuk sebuah pasukan yang benar-benar boleh disandarkan harapan dalam misi membawa kembali trofi Piala Thomas ke Malaysia pada edisi 2016 kelak.
Katanya, program itu akan dijalankan sebaik tamat temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos depan.
"Sebaik sahaja tamat Sukan Olimpik, BAM akan membuat satu program baharu untuk mempersiapkan skuad Piala Thomas. Kita jangka skuad negara benar-benar bersedia sepenuhnya pada 2016.
"Dengan tempoh yang singkat, memang sukar untuk kita mele- takkan sasaran pada Piala Thomas 2014 kerana ada lebih kurang setahun lebih sahaja lagi untuk membuat persediaan. Sebab itu, 2016 adalah lebih realistik buat skuad negara bagi melakukan persiapan," kata Al-Amin.
Mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap BAM ekoran dilihat lebih mementingkan Sukan Olimpik 2012 berbanding Piala Thomas, Al-Amin menafikan perkara tersebut.
"BAM tidak pernah cakap Piala Thomas tidak penting, cuma kami lebih memberi keutamaan kepada Sukan Olimpik.
"Semua perlu tahu, kita tidak pernah memenangi pingat Sukan Olimpik dan sebab itu kami (BAM) mahu merealisasikannya pada tahun ini. Piala Thomas juga penting, namun, BAM mengambil pendekatan berbeza bagi melaku- kan persiapan menghadapi Sukan Olimpik dan Piala Thomas," jelas Al-Amin lagi.
Kelmarin, skuad negara membuktikan bahawa tanggapan sege- lintir pihak yang meragui kemampuan mereka tidak tepat apabila mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei depan.
Kejayaan itu hadir selepas Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir kempen kelayakan, sekaligus menempah slot automatik apabila menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik.
"Kita memang tahu skuad negara kali ini memang tidak kuat. Namun, kita telah membuktikan sebaliknya bahawa kita juga masih boleh layak ke pusingan akhir," ujar Al-Amin.
Sementara itu, beliau memuji persembahan dua pasangan bere- gu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah.
"Beregu kita beraksi dengan baik dan mereka antara watak utama terhadap kejayaan skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Thomas. Prestasi mereka telah banyak meningkat," katanya.
aku harap BAM buat program nih betul-betul dan bersungguh-sungguh