semalam kan syik cete abg van shuttle suruh naik dgn dia time syik nak berjalan ke ofis...
bila nak balik pulak, elok syik kuar dari ofis kebetulan abg van shuttle ke dua nampak syik terus da hon...adoi..terpaksa syik naik..tak jadi nak jln waktu balik..
tadi pagi lak nak ke ofis syik terpaksa lalu nyorok2 sambil berjalan...
takut dorg nampak lagi..hahaha...
berjaya gak ke ofis sambil berjalan..hehe
rose, pantang dgn BF mmg leh buat slim
lepas pantang ank sulung adc sl ...
akudancinta Post at 6-1-2012 09:05
supplement tu tak boleh share kat sini, nanti coach marah...usia bertambah, metabolisme pun berkurang adc...kalau tak amalkan gaya hidup sihat, alamatnya belom umo 40, mcm2 penyakit datang.
sebelum ni syik pernah paste video youtube ni. ada kat page depan. ni gist dari sususejat.com.
Penawar utama untuk segala jenis penyakit
Hari ni ada seorang pembaca yang berkongsi sebuah video yang aku rasa amat bermanfaat, dan dengan berbesar hati aku ingin menyimpulkan beberapa isi penting yang terkandung dalam video tersebut yang bertajuk “23 and 1/2 hours: What is the single best thing we can do for our health?” (23 dan 1/2 jam: Apakah satu-satunya perkara utama yang boleh kita lakukan untuk kesihatan kita?). Kalau diikutkan, entri seperti ini pernah aku tulis beberapa bulan yang lalu, tetapi tak apa, mari kita lihat apa yang Dr. Mike Evans ingin sampaikan di sini:
1. Kita semua sedia didedahkan dengan “preventive medicine” (ubat pencegahan) untuk mengurangkan risiko mendapat satu-satu penyakit. Ini termasuklah mengurangkan lebih banyak makanan berkolestrol dan lemak tepu, meningkatkan pengambilan serat, dan sebagainya. Ini masih penting dan perlu dikekalkan jika anda sudah mengamalkannya. Yang belum, anda masih belum terlambat untuk berubah.
2. Tetapi disebalik semua ini, masih ada satu lagi perkara utama yang boleh memberikan impak yang sangat besar pada kesihatan kita. Ia amat berkesan dalam menangani pelbagai jenis penyakit di sekeliling kita pada hari ini – sebagai contoh Arthritis (47%), Dementia dan Alzheimers (50%), Diabetes (58%), Anxiety (48%), Tekanan perasaan (30-47%), dan bermacam penyakit lagi.
4. Ramai yang berfikir mereka terlalu sibuk dalam aktiviti harian, tetapi mereka tidak sedar 30 minit, atau mungkin hanya 1 jam sehari untuk menjadi aktif tidaklah sebeban mana pun (faktor sibuk adalah sekadar alasan, alasan paling tak munasabah pernah aku dengar).
5. Kajian Prof. Steven Blair dari University of Carolina di Amerika Syarikat menunjukkan faktor kematian disebabkan penyakit bukanlah disumbangkan oleh obesiti, tabiat merokok, dan sebagainya. Tetapi faktor utamanya adalah disebabkan oleh “cardiac-arrest respiratory fitness” (bahasa mudahnya sakit jantung) yang mana melibatkan organ paling utama dalam sistem manusia, iaitu jantung. Hubungkait kuat untuk masalah ini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh stamina yang lemah dan rendah (LOW FITNESS).
6. Mengapa mesti ada “LOW FITNESS“? Sebab orang zaman kini malas untuk bersenam dan lebih mempercayai produk-produk yang belum tentu mendapat pengesahan dari hasil kajian pihak ketiga. Fitness (stamina) hanya dapat dibentuk menerusi senaman atau latihan fizikal sahaja.
7. Mereka yang obese tetapi masih kekal aktif dan bersenam adalah lebih baik berbanding mereka yang obese tetapi malas bersenam.
8. Jika senaman adalah satu bentuk penawar, berapa pula dos yang perlu diambil? Secara asasnya lebih kerap bersenam adalah lebih baik. 30 minit seminggu mungkin yang paling minimum.
9. Satu kajian di Jepun (menggunakan para pekerja di sektor perkilangan sebagai sampel kajian) menunjukkan berjalan kaki selama 10 minit sehari tidak memberikan apa-apa kesan pada risiko penyakit darah tinggi, namun penambahan 10 minit berikutnya mampu mengurangkan risiko penyakit darah tinggi sebanyak 12%, dan penambahan 10 minit yang seterusnya mampu mengurangkan lagi sebanyak 12% (Kalau 30 minit, dah 24% pengurangan).
10. Dr. Lennert Veermen, seorang penyelidik dari Australia merumuskan (berdasarkan kajian beliau) bahawa menonton TV 6 jam sehari mengurangkan jangka hayat seseorang sebanyak 5 tahun.
11. Dr. Evans mengakhiri video tersebut dengan soalan yang agak bernas. Memang kita amat sibuk dengan jadual kita seharian, tetapi bolehkah kita mengehadkan tempoh kita duduk dan tidur pada hanya 23 jam 30 minit sahaja? Beban sangatkah 30 minit sehari untuk sesuatu yang baik untuk kesihatan kita di hari tua? Fikirkanlah…
Ini adalah sekadar isi-isi penting yang sempat aku petik dari video tersebut. Sila tonton video tersebut untuk lebih info.
Notes: Dr. Mike Evans is founder of the Health Design Lab at the Li Ka Shing Knowledge Institute, an Associate Professor of Family Medicine and Public Health at the University of Toronto, and a staff physician at St. Michael’s Hospital.
klu dh ada dkt mekdi ssh nk tahan nafsu
akudancinta Post at 6-1-2012 08:57
mcd tu macam memanggil2...apetah lagi iklan kat tv tu tiap 15minit kuar...
lalu tervisualize lah kereta ai melalui drive thru sambil ai memesan beberapa menu...
bila dah visualize, tibe2 terliur, perut pun kata "lapar2"...
mcD dekat je tu, kejap je dapat...vroommm start enjin keteee......
dah dapat mcD, makan2, yum2...
dah kenyang, baru nyesallllll....ahhh, habis rosak dietku!
menyesal kemudian bagus juga kalau ada tindakan positif, tapi kalau lepas tu duk fikir "tak payah la diet, susah aku nak makan makanan favorite, lagipun hidup ni sekali je, nanti dah sakit tak boleh rasa dah makanan sedap2 ni..."<<< ayat tipikal nak lepaskan diri dari rasa bersalah. padahal sakit datang tu sebab apa???
pikir2kan, selamat beramal roseliz & kawan2...
err esok nak jugak makan mcd prosperity ayam , tak kira! ai janji lusa ai lebihkan senam, kurangkan kalori...
hari nie dapur tutup sebab tgh renovation...
abg syik ajak mkn luar kt kedai mamak...
s ...
Syik_Gojet Post at 6-1-2012 09:19
haha! guess what syik! lebih kurang la kita...
malam tadi kawan tu ajak gi makan chicken chop...
kesian dia, ai kata boleh pi tapi ai tak nak makan, nak teman je...tup2 dia pun tak nak pi kalo org len tak nak makan.
dia minum supplement dia je...
update: ptg semalam dia join kami senam...walaupun kejap je, kira ok la tu...hihihi...
heh...... baiklah syik... pasneh nk pastikn kalori lebey 1k tp kureng dr 1.5k kcal..cuma part na ...
cmf_death Post at 6-1-2012 09:41
macam mana la badan det ni ek? orang laki kalau makan nasi memang menimbun. yang mr det ni pulak tak makan langsung. tak dapat bayangkan orang lelaki tak makan nasi.
haha! guess what syik! lebih kurang la kita...
malam tadi kawan tu ajak gi makan chicken ch ...
rose_liz Post at 6-1-2012 10:31
sama la...syik kalau p mkn syik tak suka org tgk jer..org y teman tu kena makan sekali..hahaha....
mlm nie selamat la dari topup beribu kalori..ekeke.....
adc.. kat thread ni i letak undang2 takleh bincang pasal supplement, sbb takmo nnt jadi perang promosi lagi satu sebab saya nak tekankan rutin & tabiat sihat sbb walaupun beli supplement byk2, beli keahlian gym mahal2, beli mesin senaman mahal2, pegi slimming spa, tapi basicnya ialah diri sendiri. jika amik tu semua tapi tabiat diri sendiri takmo ubah, ia akan tak menjadi jugak..
tapi supplement mmg membantu dalam penurunan berat badan. saya pun asal berubah jadi fitness freak ni pun asalnya dari supplement. moto saya mudah je, supplement tu sama mcm amik tuisyen time belajar sekolah dulu. klu tak amik tuisyen pun boleh berjaya dalam peperiksaan jika rajin ulangkaji pelajaran & disiplin, tapi bila amik tuisyen + rajin + disiplin, result akan lebih baik. tapi jika tuisyen, tapi malas.. boleh score tak?
kalau nak consider amik supplement, pastikan ia untuk membekalkan nutrisi untuk melengkapkan diet kita. bukan supplement yg "short cut" utk kurus, mcm bagi tercirit birit, yg tahan lapar, yg buat makanan tak diserap tubuh, yg hilangkan selera makan, etc.. tu semua penurunan berat badan yg tak sihat sbb bukan sahaja time diet kita cut bekalan makan untuk tubuh, tapi kita cut nutrition yg tubuh kita patut dapat.
suka makan prosperity ye... klu nak tau apa dalam prosperity, burger, nugget or seangkatan dalam tu, tgk ni.. bukan saya kata ye, jamie oliver yg kata..
saya tak anti fast food, even saya makan sekali dua dalam masa sebulan.. cuma mcm saya kata sblm ni, klu nak turun berat, kenala BERKORBAN sekejap.. buat fast food tu sbgai hadiah peribadi, cth mcm berjaya turunkan 5kg, aku akan pegi celebrate ngan makan fast food jap..
#bulan lepas saya off diet kjp sbb byk bercuti, makan 4 kali fast food (2 drpdnya prosperity) hasilnya gain weight 2 kg... demmmm u prosperityyyyyyy!!!!
skrg ni cover balik dgn senam extra tiap2 hari, minum air 5L, protein shake 2 kali, tidur before 11pm..