|
Balas #1020 narif\ catat
owh ye ker..... xpe.. bagi je info2 ke.. pengalaman ker ape ape jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1020 narif's post
yg aku tau dedulu kat padang cobra nih ade ler bebudak main.. ade gak nampak pompuan omputeh main |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1022 muor76's post
ha ah. omputeh ada, melayu ada, india ada, cina ada. tapi banyak main touch le dedulu. skang ni ade gak yang mula main contact. dulu yang ada sue dari RSC tu je kan.
skang ni aku follow dari jauh je la, nak main tak dapek le. duk jauh skang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1023 narif's post
wah bagus dah makin ramai... dulu aku tengok tak ramai... kot nanti leh wat satu team ker.. leh main game kat luor.. cam iran tu... bagus gak team dia.. walaupon main pakai tudung... |
|
|
|
|
|
|
|
hello rakan2,
sori lamer tk masuk busy ler
right now tgh sibuk main liga selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1025 carrim7\ catat
nanti post ek... wah liga selangor.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1026 karambunai's post
perkembanga liga selangor boleh di bace kt mru.org.my
yonz selalu post result kt situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carrim7 at 11-4-2009 08:02 AM
perkembanga liga selangor boleh di bace kt mru.org.my
yonz selalu post result kt situ.
kalau post kat sini pun ok gak. bertambah2 kedit leh dapat...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
11 Mei, 2009
Skuad Wanita Kebangsaan Ke Kejohanan Ragbi Asia
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Walaupun baru ditubuhkan Februari lepas, skuad ragbi wanita kebangsaan mendapat kepercayaan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) apabila diberi peluang bertanding pada Kejohanan Ragbi Wanita Asia Tujuh Sebelah di Pataya, Thailand yang bermula 30 Mei ini.
Jurulatih Haflil Feisol berharap anak didiknya mampu menimba pengalaman daripada kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.
" Penyertaan ini adalah sebagai pendedahan awal bagi pasukan ini dan saya yakin mereka telah pun bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kejohanan itu," katanya kepada pemberita di sini isnin.
Beliau berkata mereka akan bertemu beberapa pasukan kuat di Asia dalam sukan itu seperti China.
"Sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan itu, kami telah mengadakan latihan setiap hari sejak empat minggu lepas untuk memantapkan persefahaman," katanya.
Skuad wanita kebangsaan diwakili 12 pemain dan bakal bersaing dengan 14 pasukan lain yang mengambil bahagian seperti Jepun, Uzbekistan, India dan Iran.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ragbi: Skuad negara tunggu dua tahun lagi
PEMAIN ragbi negara perlu bekerja keras jika berhasrat untuk layak
ke saingan utama Kejohanan Ragbi Asia HSBC Lima Negara. - Gambar hiasan
SKUAD ragbi negara perlu menunggu dua tahun lagi untuk layak beraksi pada peringkat utama Kejohanan Ragbi Asia HSBC Lima Negara (A5N) yang menemukan lima negara terbaik Asia.
Pengurus Besar Persatuan Ragbi Malaysia (MRU), Nabil Ahmad berkata Malaysia terlebih dahulu perlu menjuarai liga Divisyen Dua bagi melayakkan mereka dinaikkan pangkat ke Divisyen Satu pada kejohanan tersebut.
"Jadi, Malaysia memerlukan masa dua tahun lagi, setahun di Divisyen Dua dan setahun lagi di Divisyen Satu dengan syarat menjadi juara dalam kedua-dua divisyen itu sebelum layak bersaing di peringkat utama," katanya semalam.
Sehubungan itu, Nabil berkata Malaysia mesti muncul juara pada kejohanan Divisyen Dua yang akan berlangsung di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam pada 1 hingga 7 Jun depan.
Pada kejohanan tersebut, Malaysia akan bersaing dengan China, India dan Pakistan.
Nabil berkata seramai 40 pemain sedang giat berlatih di Padang Utara Petaling Jaya tetapi hanya 24 sahaja yang akan dipilih untuk mewakili negara.
"Esok (hari ini) kita akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab liga tempatan sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan itu kelak," katanya.
Kejohanan anjuran HSBC dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Asia (ARFU) itu menyaksikan empat peringkat pertandingan elit iaitu peringkat utama, Divisyen 1, Divisyen 2 dan Divisyen 3.
HSBC A5N yang diadakan sejak dua tahun lalu merupakan kejohanan bagi menggantikan Asian Rugby Football Tournament (ARTF) yang bertujuan meningkatkan tahap sukan ragbi di Asia.
Pasukan yang bersaing pada pertandingan utama HSBC A5N kali ini adalah Jepun, Korea, Hong Kong, Kazakhstan dan Singapura yang berlangsung sejak 25 April lalu sehingga 24 Mei ini.
Juara HSBC A5N tahun depan akan mewakili Asia pada Kejohanan Piala Dunia 2011.
Divisyen 1 terdiri dari Arabian Gulf, Taiwan, Sri Lanka dan Thailand manakala Divisyen 3 merangkumi Filipina, Guam, Indonesia, Iran, Brunei, Indonesia, Laos, Kemboja, Indonesia, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Qatar, Mongolia dan Macau. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
tengok ASian 5 nation tu..jepun memang bebetul kuat la..tapi bila masuk kategori world..jepun ni plak yang jauh ketinggalan..Jiran kita tu camner leh masuk 5 nation..main cam hampeh jek..pastu mat saleh jek main.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana dak dak serdang yang slalu main rugbi ni.. dah ilang ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia hampiri sasaran kejuaraan
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
[email protected]
SHAH ALAM - Malaysia semakin menghampiri sasaran untuk menjuarai Divisyen Dua Ragbi Lima Negara Asia (AFN) sekali gus cuba menaiki divisyen teratas selepas menewaskan India 43-29 di Stadium UiTM di sini, semalam.
Skuad negara bimbingan Deano Herewini yang mendahului 23-14 pada babak pertama, akan menghadapi China yang terdahulu mengetepikan Pakistan 25-19 di gelanggang sama bagi penentuan juara divisyen, Sabtu ini.
Aksi mantap itu membolehkan skuad negara beroleh sejumlah besar mata menerusi try Nacani Seniu (centre), Lee Wei Meng (scrum half), Semi Seruvakula Sovunidakua (wing), Timoci Nacokula (centre) dan ketua pasukan, Mohd. Azwan Azimi.
Turut membantu melebarkan kedudukan Malaysia, naib juara divisyen dua 2008 ialah lima conversion dan sepakan penalti yang disudahkan oleh fulbek, Mohd. Fairuz Abd. Rahman selain satu daripada Azizan Abdul.
Pasukan pelawat bagaimanapun membalas menerusi try Parvinder Singh (tightehead), Bikash Jena (centre), Nasser Hussain (centre) dan Ganesh Sawant serta penalti dan conversion Rohaan Sethna (fulbek).
Kemenangan lebih besar dan perbezaan 14 mata antara tuan rumah dengan China yang cuma mengumpul enam mata, membolehkan skuad negara menduduki tempat teratas setakat ini dan berpeluang cerah untuk muncul juara divisyen ini.
Herewini, warga New Zealand yang pernah melatih Hong Kong dari 1997 hingga 2000, berkata: "Kami mendapat mata yang tinggi dengan menampilkan permainan yang menarik sekali gus mencapai sasaran untuk menang.
"Saya gembira dengan kemenangan ini dan saya percaya pemain Malaysia memiliki bakat, kemahiran dan masa depan. Memang kami memiliki tiga import dari Fiji tetapi ragbi bukan hanya bergantung kepada segelintir pemain.
"Mengenai China, saya fikir mereka lebih mencabar tetapi peluang untuk menang ke atas mereka cerah dan kami akan mendekati lawan ini satu persatu," katanya yang turut berpengalaman melatih pelbagai kelab New Zealand, Hong Kong, Malaysia dan Indonesia.
Sementara itu, pengurus pasukan China, Zhang Yan berkata: "Malaysia bermain amat baik dan memikat kami. Saya tidak dapat meramalkan siapa bakal menang atau siapa lebih berpeluang kerana ia bergantung kepada prestasi hari perlawanan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ragbi: China sorok kekuatan jumpa skuad negara
KUALA LUMPUR - Malaysia menganggap China tidak menunjukkan kemampuan sebenar ketika berhempas pulas untuk menewaskan Pakistan 25-19 dalam perlawanan Divisyen Dua Ragbi Lima Negara Asia (AFN) di Shah Alam, Rabu lalu.
Pengurus pasukan, Mohamad Kamal Abdul Rahman berkata, keletihan dan kesuntukan masa menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan cuaca mungkin menyukarkan negara Tembok Besar tetapi ia bakal berubah hari ini.
"Mereka dikatakan sampai ke sini pukul 1.30 pagi Rabu lalu dan terpaksa pula bermain jam 3 petang sehingga tidak sempat menyesuaikan diri, justeru prestasi mereka (menentang Pakistan) memang kurang memberangsangkan.
"Namun, skuad negara tidak boleh terlalu yakin dengan kekurangan lawan itu kerana semuanya mungkin berubah setelah mereka turut mendapat rehat dua hari (sebelum menentang Malaysia di Stadium UiTM, hari ini)," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Skuad negara bimbingan Deano Herewini dari New Zealand, akan menentukan juara Divisyen Dua AFN dengan China setelah menewaskan India 43-29 malah berpeluang menaiki divisyen teratas sekali gus memperbaiki pencapaian naib juara tahun lalu.
Mohamad Kamal turut menolak andaian bahawa anak buahnya bakal memiliki kelebihan dengan kehadiran tiga pemain import dari Fiji - Nacani Seniu, Timoci Nacokula dan Semi Seruvakula Sovunidakua berbanding China yang dibarisi anak jati sepenuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia layak ke divisyen satuOleh FERZALFIE FAUZI
[email protected]
| PEMAINMalaysia, Nacani Seniu (dua dari kanan) diasak pemain-pemain China padaperlawanan divisyen 2 Ragbi Lima Negara Asia di Stadium UniversitiTeknologi Mara, Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/Roy Aziz
|
SHAH ALAM - Skuad ragbi kebangsaan mengesahkan tempat ke divisyensatu tahun depan selepas mengalahkan China 43-15 pada perlawanandivisyen dua Ragbi Lima Negara Asia (AFN) di Stadium UniversitiTeknologi Mara (UiTM), semalam.
Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama 14-15, Malaysia bangkit pada babak kedua untuk dengan melakukan empat try, tiga conversion dan satu penalti.
Seawal minit pertama skuad negara dikejutkan dengan try melalui pemain bek, Chen Zum di minit pertama dan conversion disudahkan oleh pemain scrum half, Zhou Bo untuk mendahului 7-0.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 7-7 apabila Nacani Seniu melakukan try dua minit kemudian dan Mohamad Faiz Shamsukidir tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan conversion, sebelum China kembali mendahului 10-7 hasil sepakan penalti yang diambil Zhou Bo.
Malaysia bangkit untuk mengejar kedudukan dengan memperoleh try sekali lagi melalui Seniu dan conversion disudahkan dengan mudah oleh Faiz, sebelum China memperoleh satu lagi try yang dilakukan oleh Zhu Peihou untuk menjadikan kedudukan 15-14.
Separuh masa kedua ternyata dikuasai sepenuhnya oleh skuad negara apabila menyempurnakan empat try melalui Sarizan Nasir (minit ke-60), Timoci Nacokula (68), Lee Wei Meng (76) dan Semi Seruvakula Sovunidakua (79) dan tiga conversion dari Faiz bagi kedudukan muktamad Malaysia mengalahkan China 43-15.
Menurut jurulatih negara, Deano Herewini dari New Zealand, walaupunketinggalan babak pertama, dia menasihati pemainnya agar tidak panikserta mengawal permainan sepenuhnya.
"Mereka mengikut segala saranan yang saya berikan dan saya hanyamemberi kata-kata nasihat seperti perlawanan sebelum ini," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ak gi a5n ni kat stadium shah alam.. panas terik.. tu pasai china kene tiaw huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia on form time lwn china ler.
puas ati ngk faiz jd stand off.
superb!
time lwn india die ade buat mistake but lwn china totally superb! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak gi... lupe siot.. kengkawn aku cakap best..rugi... rugi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1039 muor76's post
mmg rugi muor ko tk gi ngk.
sgt ler best..dh lamer tk ngk mesia main bagus. terharu ngk nyer ler. |
|
|
|
|
|
|
| |
|