|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
1011# Nazrulism
Secara ringkasnya:
1. Tuhan tentukan segala-galanya didunia ini mengikut sifat sesuatu, hukum tertentu, peraturan tertentu, sebab-akibat tertentu. (ketentuan sejak azali)
2. Manusia di bekalkan akal, naluri, nafsu (kudrat berkehendak) untuk melaksanakan perbuatannya yang tertakluk kepada ketentuan Allah mengikut sifat sesuatu perbuatan, hukum/peraturan/undang2 sesuatu perbuatan yang mengakibatkan sesuatu dari sebab melaksanakannya, mengikut pilihan berdasarkan naluri @ nafsu @ akal, sebaiknya pilihan manusia hendaklah mengikut petunjuk (wahyu) dan bimbingan Rasul.
3. Walaupun manusia telah melaksanakan ikut segala ketentuan (peraturan/hukum/undang2 sebab dan akibat)- TETAPI Akibat dari Sebab yang dilaksanakan masih tertakluk kepada kekuasaan Allah (kehendaknya) untuk menjadikan Akibat itu menurut peraturan sebab-akibat atau tidak.
cth:
1.Api (penyebab) -->terbakar (akibat); sebagai peraturan/hukum/undang2 sebab akibat.
2.Manusia pilih Api untuk membakar (bukan pilih Air untuk membakar )
3.Terpulang kepada KEHENDAK ALLAH.. api itu mengakibatkan Terbakar atau tidak.
Kerana kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Sebenarnya apa yg Tuan sampaikan xsalah kalau betui letak syuhud dan iktiqadnya..
syuhud itu memandang dengan mata hati atau mata basyiroh..tentulah tempatnya di hati.
iktiqad adalah pegangan atau kepercayaan..sebab akibat (hukum adat) adalah termasuk dlm iktiqad.
cth;
api --> terbakar --> panas --> air mendidih
iktiqad - untuk bagi air mendidih, kena ada api (pekerjaan makhluk) ..hasilnya, dpt minum kopi o panas
syuhud - Allah lah yg mendidihkan air, bukan api atau panas ..m'isbatkan sifat Kuasa Allah yg mendidihkan air , dan menafikan kuasa api dan panas (iktiqad)..
jabariah - mencampur adukkan syuhud dan iktiqad
- api dan panas tidak penting, terserah kpd Allah bagaimana Dia mahu utk mendidihkan air.
- bercampur aduk krn tidak dapat membezakan pekerjaan muhadas dan Qadim.
- hasilnya , puak ini merendah2kan atau meremehkan syariat Nabi Muhammad saw.
- hukumnya zindik
muktazilah - mengasingkan syuhud dan iktiqad (berpegang kuat dgn hukum adat, percaya 100% pd logik akal)
- untuk mendidihkan air mesti kena guna api, kalau xdak api, air xkan boleh mendidih krn Allah dah sediakan hukum peraturan alam begitu.
- mengasingkan atau menceraikan sifat panas api dan sifat Allah, bermakna api juga ada upaya membakar walaupun terhad. kalau dia mendakwa Allah ada bersamanya tetapi dia juga ada kuasa membuat pilihan, maka dia menipu krn nur cahaya Allah itu adalah bersih suci, tidak akan bercampur yg bersih dgn yg kotor (muhadas). Apabila dtg kebenaran maka binasalah yg batil. Kalau kita syuhud ianya Kuasa Allah ,maka akan fana (binasalah) kuasa makhluk.
- hasilnya , seseorg itu berpegang teguh segala usaha ikhtiarnya, cita2nya dan doanya memberi kesan dgn sendirinya, setelah Allah selesai menciptakan hukum adat, ikhtiar , usaha dan rangkaian doa kpd manusia.
- hukumnya fasik
ASWJ (Asy-Sya'ariah)- tidak bercerai dan tidak bersekutu antara syuhud dan iktiqad.
- Syuhudnya di dlm hati, Allah lah yg berkuasa mndidihkan air dan dgn kuasa Allah juga ia berupaya bergerak utk mendidihkan air dan dgn kuasa Allah juga api berupaya panas.
- iktiqadnya ialah usahanya dan ikhtiarnya bergerak mendidihkan air sesuai dgn kehendak hukum adat. Tetapi iktiqadnya itu tidak memberi bekas atau kesan sendirinya melainkan dgn Kuasa Allah. - Maka dia mengisbatkan sifat Kuasa Allah, dan memfanakan segala wujud Kuasa selain Allah termasuklah kuasa makhluk.
- sesuai dgn rukun syahadah.
- tidak bercerai krn dlm dia berusaha (iktiqad), dia tahu krn Allah lah dia mampu berusaha, bukan krn keupayaan sendiri .
- tidak bersekutu krn memfanakan keupayaannya (lenyap upaya dirinya), melainkan semuanya daya upaya Allah (syuhud).
- sesuailah dgn maksud Nabi saw, "tiada daya upaya melainkan daya upaya Allah"... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 9-2-2010 03:19
1011# Nazrulism
bukan kepada lembaran yang telah kering itu.
Mungkin lembaran yg Allah tulis tu xcomplete lagi..kalu Tuan nak buat lembaran baru, buatlah,..saya xcampur..
Kerana pemahaman segala -galanya telah ditentukan (seolah tahu apa yang Allah tentukan) atau jalan mudahnya meyerah pada Takdir, kita ketinggalan untuk mengkaji setiap kejadian yang dijadikan Allah dialam ini dengan akal anugerah Allah untuk berusaha memakmurkan dunia ini sebagai Khalifah yang diamanahkan
Itu sebab akibat bagi yg tidak faham syuhud, iktiqad, nafi, isbat dan takdir. Saya berlepas diri dr fahaman mcm tu.. ada ka saya tulis mcm tu? itu semua tohmahan Tuan..
Kita masih perlu berusaha krn kita tidak tahu apa yg telah di tulis, dan kita menuruti jln yg Nabi saw tunjukkan..walaupun semuanya telah Allah suratkan tetapi cuma Dia yg mngetahui untung nasib kita. Dan hak Allah sebagai Pencipta kita untuk melakukan sekehendakNya.
Yang jadi masalah ucapan qarun itu adalah perkataan "kerana Ilmuku semata-mata" (faham muktazilah)
Qarun pun xmengaku dia muktazilah
Yg jadi masalah bila manusia kata segala perbuatan baik/buruknya adalah perbuatan Tuhan keatas dirinya (faham Jabariah) dan akhirnya jika ia beribadat.. maknanya perbuatan Tuhan beribadat kepada Tuhan. Akhirnya menjurus kepada fahaman sufi "Yang menyembah sama seperti yang disembah" (faham wahdatul-wujud)
Ada saya cakap mcm tu?..puak sufi sesat la tu..
mengenali yg sesat itu bagus tapi kena kenal yg benar dulu..
Tak payahlah kopipes Terjemahan Al Hikam kat sini.... Elok kamu baca syarah Al-Hikam untuk memahami lebih lanjut apa yang dikatakan oleh Ibn Atho'illah itu.
Bukankah syarahan tu terbit dari terjemahan? Tetapi tengok jugak sapa yg syarah tu, Al-Quran pun org salah syarah....
INGAT : berserah diri dan menerima qada' dan qadar Allah |
|
|
|
|
|
|
|
adakah mohdmus dah tak minat dengan nick mohdmus? sekarang dia guna nick lain... haha... cuba teka nick baru dia.
ibnur Post at 8-2-2010 21:02
ya ka? Tuan memang hebat, cepat hidu penyamaran dia..jemput la dia balik rumah..:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 9-2-2010 09:26
#1023 baghal
Mungkin lembaran yg Allah tulis tu xcomplete lagi..kalu Tuan nak buat lembaran baru, buatlah,..saya xcampur..
complete @ tidak bukan urusan saya, dan tiada siapa(manusia) pernah melihatnya.
yang pastinya.. Allah tidak terikat dan tertakluk kepada apa-apa juapun, termasuk lembaran yg telah kering itu!
walaupun semuanya telah Allah suratkan tetapi cuma Dia yg mngetahui untung nasib kita. Dan hak Allah sebagai Pencipta kita untuk melakukan sekehendakNya.
Jadi apa masalahnya jika Allah(hak Allah melakukan sekehendaknya) memberi kebebasan memilih dan berkehendak kepada manusia, dengan itu dipertanggung-jawabkan kepada manusia apa yang menjadi pilihan/kehendak mereka (dosa/pahala), mendapat balasan diakhirat (syurga/neraka).
yang lain2- kerana tuan nafikan itu maksud tuan, sayapun tak berhajat nak memanjangkannya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
1024# Nazrulism
complete @ tidak bukan urusan saya, dan tiada siapa(manusia) pernah melihatnya.
yang pastinya.. Allah tidak terikat dan tertakluk kepada apa-apa juapun, termasuk lembaran yg telah kering itu!
Tapi banyak hadis dan firman Allah pasal lauh mahfuzh ni..maka kita wajib beriman dengannya...
Jadi apa masalahnya jika Allah(hak Allah melakukan sekehendaknya) memberi kebebasan memilih dan berkehendak kepada manusia, dengan itu dipertanggung-jawabkan kepada manusia apa yang menjadi pilihan/kehendak mereka (dosa/pahala), mendapat balasan diakhirat (syurga/neraka).
Kalau Tuan nak bicara pasal keupayaan Allah, letih Nabi berdakwah sebab tanpa dakwah Nabi, seluruh makhlukNya boleh beriman kalau Allah berkehendak..Allah Maha Berkuasa!
yang lain2- kerana tuan nafikan itu maksud tuan, sayapun tak berhajat nak memanjangkannya lagi.
Mudah2an kita mendapat kefahaman yg banyak...amin |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 10-2-2010 22:54
1025# baghal
Tapi banyak hadis dan firman Allah pasal lauh mahfuzh ni..maka kita wajib beriman dengannya...
Ya, betul, memang banyak hadith dan Firman Allah tentang Luh-Mahfuz.
Tapi aku tak jumpa lagi dalil yang mengartikan "pemaksaan' yang dilaksanakan Allah terhadap hambaNya Melainkan kepada pengertian bahawa ia adalah 'suatu pemberitahuan mengenai telah diketahui oleh Allah s.w.t. tentang apa yang ada dalam perbuatan setiap makhluk yang berupa apapun' - KECUALI perkara2 yg diluar pilihan manusia seperti bila mati, bencana alam dll.
Ringkasnya.. Takdir itu adalah sebagai sesuatu yang timbul dari perbuatan/Dzat Allah. Yang semuanya dalam Pengetahuan Allah s.w.t.
Kalau Tuan nak bicara pasal keupayaan Allah, letih Nabi berdakwah sebab tanpa dakwah Nabi, seluruh makhlukNya boleh beriman kalau Allah berkehendak..Allah Maha Berkuasa!
Ya... itulah maksud aku, Seluruh manusia boleh beriman tanpa perlu ada dakwah Rasul s.a.w jika Allah berkehendak begitu.
TAPI.. Allah berkehendakkan manusia itu beriman dengan pilihan mereka sendiri (dan tentunya ada balasan atas pilihan mereka itu).. kerana itu Rasul berdakwah memberitahu berita gembira dan ancaman kepada yang patuh atau ingkar.
Tuan juga boleh fikirkan, kenapa Allah menyuruh Raqib dan Atid mencatatkan setiap amal perbuatan manusia sedangkan semuanya telah ada dalam pengetahuan Allah.
Surah Qaf
16 Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
17 Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
Mudah2an kita mendapat kefahaman yg banyak...amin
Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
1026# Nazrulism
Ya, betul, memang banyak hadith dan Firman Allah tentang Luh-Mahfuz.
Tapi aku tak jumpa lagi dalil yang mengartikan "pemaksaan' yang dilaksanakan Allah terhadap hambaNya Melainkan kepada pengertian bahawa ia adalah 'suatu pemberitahuan mengenai telah diketahui oleh Allah s.w.t. tentang apa yang ada dalam perbuatan setiap makhluk yang berupa apapun' - KECUALI perkara2 yg diluar pilihan manusia seperti bila mati, bencana alam dll.
Sebab tu dlm Islam, perkara pertama yg perlu kita tahu adalah tentang Allah. Kenal akan DiriNya (ZatNya), SifatNya, NamaNya dan Af'alNya (makrifatullah). Orang yg makrifatullah ialah orang yg dapat membezakan antara Qadim dan Muhaddas. Dia mengEsakan Allah dgn segala Sifat2Nya..Bila kita mengEsakan Sifat Kudrat (kuasa) Allah maka kita menafikan wujud kuasa lain selain Allah. Kalau ada wujud kuasa samada pd makhluk itu sendiri, maka kita telah mensyirikkan Allah dgn syirik yg halus.
Kata Ibnu Abbas ra, “syirik itu umpama semut yang hitam, yang berjalan di atas permukaan batu yang hitam, dan batu itu di dalam gua yang gelap gelita”
Ertinya sukar dilihat atau disedari. Itulah dia kedirian, iaitu merasa diri ada kudrat, iradat, ilmu dll.
Firman Allah;
Ertinya:" Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mu'min, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-Anfaal : 17)
Begitulah hakikatnya, bila kita melakukan sesuatu, hakikatnya Allah lah yg menggerakkan kita.
Kenapa wujud 'pemaksaan'? Faham betui2..
Apabila Tuan ingin melakukan sesuatu, Tuan sandarkan pd akal untuk memilih yg baik sesuai dgn syariat Islam, betui?
Semasa Tuan membuat pilihan itu, Tuan tidak merasa dipaksa..dan Tuan mendapat hasil dr pilihan Tuan itu..betui?
Dan diakhirat, Tuan akan dipertanggungjawabkan tentang pilihan Tuan... Syurga atau neraka...betui?
Hakikatnya, kecenderungan hati Tuan untuk membuat pilihan adalah juga sudah tertulis dlm kitab Lauh Mahfuzh. Tuan perlu tahu, ketika Qalam menulis di lembaran Lauh Mahfuzh, belum lagi wujud 'jaringan masa'. Dan Allah tidak terikat dgn 'masa' seperti makhlukNya. Hanya krn kita tidak tahu tentang apa yg telah ditulis utk kita, maka kita berusaha bersungguh2 ke arah kebaikan sebagai rangkaian doa ,krn Allah sudah sediakn kesudahan yg baik utk org yg melakukan kebaikan. Usaha kita itu hanyalah sebagai tanda2 kpd kesudahan kita, semoga kita sentiasa bermuhasabah. Bukanlah usaha kita dapat mengubah ketentuan Allah.
Org yg berkata, "untuk apa kita perlu beramal, semuanya telah di tetapkan Allah..", itu adalah dr kata2 org yg tidak kenal akan dirinya dan Tuhannya serta menurut hawa nafsu semata2.
Jika kita tidak menyerah diri secara mutlak kpd Allah, maka wujudlah spekulasi ajal maut, bencana alam, nikah, hukum adat adalah takdir yg tidak dapat diubah, usaha ikhtiar adalah boleh diubah...cuba senaraikan takdir yg boleh diubah dan tidak boleh? benarkah begitu? benarkah bencana alam tidak dpt diubah kalau rasa diri ada upaya mengubah? benarkah mati tidak dapat diubah kalau diri ada upaya mengubah? benarkah kita yg merancang bilangan anak yg kita nak (family planning)?
Ringkasnya.. Takdir itu adalah sebagai sesuatu yang timbul dari perbuatan/Dzat Allah. Yang semuanya dalam Pengetahuan Allah s.w.t.
Adakah maknanya pilihan yg akan kita buat, Allah taktau lagi?
Tuan juga boleh fikirkan, kenapa Allah menyuruh Raqib dan Atid mencatatkan setiap amal perbuatan manusia sedangkan semuanya telah ada dalam pengetahuan Allah.
Adakah Allah tidak tahu apa pilihan kita?
Surah Qaf
16 Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
17 Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
Sebenarnya bukan setakat pengetahuan, malahan Allah sangat dekat dengan kita , lebih dekat dari urat leher kita sendiri..(bagaimana tu?)
Boleh Tuan buktikan Allah sangat dekat dengan Tuan? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 11-2-2010 17:39
Nampaknya sedara dah berpusing2 kepada perkara yang telah aku jelaskan .. malas aku nak terangkan benda yang sama berulang kali.
Hakikatnya, kecenderungan hati Tuan untuk membuat pilihan adalah juga sudah tertulis dlm kitab Lauh Mahfuzh.
Ya.. dalam erti kata lain.. telah ada dalam Pengetahuan Allah.
Tuan perlu tahu, ketika Qalam menulis di lembaran Lauh Mahfuzh, belum lagi wujud 'jaringan masa'. Dan Allah tidak terikat dgn 'masa' seperti makhlukNya
Kerana itu saya katakan Allah tidak terikat dengan 'Lembaran' sebab lembaran itu sendiri tiada kaitan dengan masa (diluar dimensi masa).
krn Allah sudah sediakn kesudahan yg baik utk org yg melakukan kebaikan.
Melakukan kebaikan -> kesudahan yg baik
Melakukan keburukan -> Kesudahan yg buruk
Jika manusia tidak terlibat (bukan pilihan/kehendak mereka) dalam melakukan perkara itu ... wajarkah dengan kesudahan itu ?
Org yg berkata, "untuk apa kita perlu beramal, semuanya telah di tetapkan Allah..", itu adalah dr kata2 org yg tidak kenal akan dirinya dan Tuhannya serta menurut hawa nafsu semata2.
Malangnya Sahabat yang bertanyakan soalan begitu pada Rasul s.a.w.
Jika kita tidak menyerah diri secara mutlak kpd Allah, maka wujudlah spekulasi ajal maut, bencana alam, nikah, hukum adat adalah takdir yg tidak dapat diubah, usaha ikhtiar adalah boleh diubah...cuba senaraikan takdir yg boleh diubah dan tidak boleh? benarkah begitu? benarkah bencana alam tidak dpt diubah kalau rasa diri ada upaya mengubah? benarkah mati tidak dapat diubah kalau diri ada upaya mengubah? benarkah kita yg merancang bilangan anak yg kita nak (family planning)?
Takdir yg tidak melibatkan pilihan manusia seperti bencana alam tsunami dan sebagainya melibatkan takdir kepada ramai manusia tidak kira samada dia memilih utk taat atau ingkar... manusia cuma boleh mengkaji sebab-sebabnya mengikut hukum peraturan yang telah Allah tetapkan sebagai ikhtiar manusia.. bagaimanapun, takdir akhirnya adalah mengikut kehendak Allah.
Adakah maknanya pilihan yg akan kita buat, Allah taktau lagi?
Allah Maha mengetahui, walau apapun pilihan yang kita buat!
Adakah Allah tidak tahu apa pilihan kita?
Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam hati walaupun sebesar zarah sekalipun.
Sebab itu diutuskan Rasul2 dan kitab untuk membimbing agar pilihan dibuat dengan betul.
Sebenarnya bukan setakat pengetahuan, malahan Allah sangat dekat dengan kita , lebih dekat dari urat leher kita sendiri..(bagaimana tu?)
Boleh Tuan buktikan Allah sangat dekat dengan Tuan?
Pada saya.. pengertiannya bermakna kekuasaan Allah yang meliputi semua makhluknya.
tuan yg bangkitkan "Allah sangat dekat" dan minta bukti .. tuanlah yang buktikan tentang itu sebagaimana fahaman sufi boleh nampak Allah bila hijab dihapuskan atas mereka.... Saya tidak mahu memandai-mandai tentang Dzat Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
1028# Nazrulism
Kerana itu saya katakan Allah tidak terikat dengan 'Lembaran' sebab lembaran itu sendiri tiada kaitan dengan masa (diluar dimensi masa).
Memang lah sebab takdir di lembaran tu takdir makhluk..makhluk yg terikat dgn ketentuan Allah..Takkan Allah terikat dgn ketentuan Dia.
Jika manusia tidak terlibat (bukan pilihan/kehendak mereka) dalam melakukan perkara itu ... wajarkah dengan kesudahan itu ?
Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(al-Insaan:30)
Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.(At-Takwiir :29)
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).(Surah Al-Qashash :68)
Malangnya Sahabat yang bertanyakan soalan begitu pada Rasul s.a.w.
Kerana sahabat juga berasa ragu seperti Tuan dengan sabda Nabi . Jadi Nabi jawab;
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagaiorang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatanorang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukansebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatanorang-orang yang sengsara.
Takdir yg tidak melibatkan pilihan manusia seperti bencana alam tsunami dan sebagainya melibatkan takdir kepada ramai manusia tidak kira samada dia memilih utk taat atau ingkar... manusia cuma boleh mengkaji sebab-sebabnya mengikut hukum peraturan yang telah Allah tetapkan sebagai ikhtiar manusia.. bagaimanapun, takdir akhirnya adalah mengikut kehendak Allah.
Ada 2 buku takdir? untuk ramai dan untuk individu?
Akhirnya Tuan mengaku juga..
Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam hati walaupun sebesar zarah sekalipun.
Sebab itu diutuskan Rasul2 dan kitab untuk membimbing agar pilihan dibuat dengan betul.
"Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan."(Surah Al-Qashash :70)
Pada saya.. pengertiannya bermakna kekuasaan Allah yang meliputi semua makhluknya.
" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Surah Al-Baqarah: 186)
Itu yg Allah jawab bila ditanya tentang Dia..
tuan yg bangkitkan "Allah sangat dekat" dan minta bukti .. tuanlah yang buktikan tentang itu sebagaimana fahaman sufi boleh nampak Allah bila hijab dihapuskan atas mereka.... Saya tidak mahu memandai-mandai tentang Dzat Allah.
Saya saja nak tengok kefahaman Tuan tentang Allah, nampaknya hanya orang sufi yg makrifatullah..namun saya tak kata orang sufi boleh nampak Diri Allah..Maha Suci Allah dr segala perumpamaan melainkan menghampiri faham. |
|
|
|
|
|
|
|
1029# baghal
Memang lah sebab takdir di lembaran tu takdir makhluk..makhluk yg terikat dgn ketentuan Allah..Takkan Allah terikat dgn ketentuan Dia.
Ya.. sedara dah faham sikit
Ketentuan Allah pada sisi manusia sahaja ada pengertian 'telah' atau 'belum' kerana terikat dengan masa... sedangkan disisi Allah masa itu tidak mengikatNya. Bermakna Allah berkuasa menentukan apa2 kandungan Luh-Mahfuz tapi masih lagi sebagai "yg telah di tetapkan' pada dimensi masa manusia.
Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(al-Insaan:30)
Benar.. Kamu tidak mampu (menempuh jalan yg kamu pilih), kecuali bila dikehendaki Allah (membenarkan kamu menempuh jalan yg dipilih).
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui (akan pilihan kamu) lagi Maha Bijaksana (mengatur sesuatu dengan adil).
At-Takwir:29
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Kerana manusia tidak dapat menentukan ia dapat apa yg diusahakan dari pilihannya sendiri menurut kemahuan mereka. Terserah pada kehendak Allah yg menentukannya.
Kerana sahabat juga berasa ragu seperti Tuan dengan sabda Nabi
.. Keimanan 'Sahabat' lebih kukuh dari sedara.. pertanyaan itu kerana sahabat tidak mahu beriman dengan sesuatu yg mereka tidak faham dan bertaklid buta macam murid guru mursid sufi.
[quoteBarang siapa yang telah ditentukan sebagaiorang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatanorang-orang yang berbahagia][/quote]
hmm.. aku dah terangkan dalil tentang "siapakah yg ditentukan sebagai orang yg bahagia/celaka" sebelum ini, dan sedara berkata.. "benarlah Firman Allah"
Ada 2 buku takdir? untuk ramai dan untuk individu?
Akhirnya Tuan mengaku juga..
"Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam hati walaupun sebesar zarah sekalipun.
Sebab itu diutuskan Rasul2 dan kitab untuk membimbing agar pilihan dibuat dengan betul."
.. tuan ingat buku takdir tu macam buku atas meja kita ker?.. nak dikira 1..2 .. 3
Memanglah aku mengakui 'Allah mengetahui apa yang ada dalam hati'.. termasuklah pilihan jalan walaupun masih didalam hati.
Sebab itu Niat yg baik diberi Pahala walau belum diusahakan.
dan niat jahat tidak dikira dosa selagi tidak dilakukan.
TAPI INGAT.. Apa-apa yg terlintas dihati (niat) adalah merupakan kecenderungan arah hatinya yg akan dipermudahkan oleh Allah kearah kecenderungan hatinya.
"Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan."(Surah Al-Qashash :70)
BagiNyalah segala penentuan; - Kuasa Mutlak Allah s.w.t. terlaksana@ tidak sesuatu itu.
Surah Ar-Rad: 38-39
........ Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali". Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
Saya saja nak tengok kefahaman Tuan tentang Allah, nampaknya hanya orang sufi yg makrifatullah..namun saya tak kata orang sufi boleh nampak Diri Allah..Maha Suci Allah dr segala perumpamaan melainkan menghampiri faham.
Sesungguhnya dzat Allah jauh lebih besar dari apa yang dapat dicapai/di makrifati oleh akal atau mana-mana pemikiran termasuk orang sufi.. sia-sia pekerjaan itu, kerana mustahil untuk menemukan dzat Allah;
" Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. "
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #103)
Sabda Nabi s.a.w.
.. berfikirlah kamu semua perihal makhluk Allah dan janganlah kamu sekalian berfikir mengenai Dzat Allah, sebab sesungguhnya kamu semua sudah tentu tidak dapat mencapai keadaan hakikatNya.
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #36) |
|
|
|
|
|
|
|
1030# Nazrulism
Ketentuan Allah pada sisi manusia sahaja ada pengertian 'telah' atau 'belum' kerana terikat dengan masa... sedangkan disisi Allah masa itu tidak mengikatNya. Bermakna Allah berkuasa menentukan apa2 kandungan Luh-Mahfuz tapi masih lagi sebagai "yg telah di tetapkan' pada dimensi masa manusia.
Kerana manusia tidak dapat menentukan ia dapat apa yg diusahakan dari pilihannya sendiri menurut kemahuan mereka. Terserah pada kehendak Allah yg menentukannya.
BagiNyalah segala penentuan; - Kuasa Mutlak Allah s.w.t. terlaksana@ tidak sesuatu itu.
Surah Ar-Rad: 38-39
........ Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali". Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
Alhamdulillah..Inilah dia mengEsakan Allah iaitu menyerahkan seluruh ketentuan secara total, mutlak kepada Allah. Keupayaan makhluk hanyalah iktiqad yg tidak dapat mengubah hakikat kejadian. Jadi, jgn Tuan kotorkan lagi akidah Tuan dgn mengatakan makhluk ada keupayaannya sendiri..
Keimanan 'Sahabat' lebih kukuh dari sedara.. pertanyaan itu kerana sahabat tidak mahu beriman dengan sesuatu yg mereka tidak faham dan bertaklid buta macam murid guru mursid sufi.
Apa taqlid buta saya tu?
tuan ingat buku takdir tu macam buku atas meja kita ker?.. nak dikira 1..2 .. 3 Takdir yg tidak melibatkan pilihan manusia seperti bencana alam tsunami dan sebagainya melibatkan takdir kepada ramai manusia tidak kira samada dia memilih utk taat atau ingkar...
Saya cuma nak pastikan sebab pd Tuan ada takdir untuk org ramai dan utk individu?
TAPI INGAT.. Apa-apa yg terlintas dihati (niat) adalah merupakan kecenderungan arah hatinya yg akan dipermudahkan oleh Allah kearah kecenderungan hatinya.
Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendakiAllah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi MahaBijaksana.(al-Insaan:30)
Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.(At-Takwiir :29)
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya.Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan MahaTinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).(Surah Al-Qashash:68)
BagiNyalah segala penentuan; - Kuasa Mutlak Allah s.w.t. terlaksana@ tidak sesuatu itu.
Surah Ar-Rad: 38-39
........ Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali". Allahmenghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apajua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segalasuratan".
[quote]Sesungguhnya dzat Allah jauh lebih besar dari apa yang dapat dicapai/di makrifati oleh akal atau mana-mana pemikiran termasuk orang sufi.. sia-sia pekerjaan itu, kerana mustahil untuk menemukan dzat Allah;
" Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. "
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #103)
Sabda Nabi s.a.w.
.. berfikirlah kamu semua perihal makhluk Allah dan janganlah kamu sekalian berfikir mengenai Dzat Allah, sebab sesungguhnya kamu semua sudah tentu tidak dapat mencapai keadaan hakikatNya.
[/quote]
Ada saya cakap org sufi nampak Diri Allah? Bahkan saya cakap Maha Suci Allah dr segala perumpamaan..itu termasuklah sangkaan, lintasan hati, ilmu pengetahuan..cuma apa yg sufi pelajari hanyalah menghampiri faham..lebih baik drpd tidak faham langsung.
Sebab tu ASWJ rumuskan sifat 20 sbg kaedah untuk mengenal Allah...ilmu mengenal Allah adalah wajib krn ianya adalah rukun syahadah. Tetapi mengenal atau makrifah tidak sama dgn melihat DiriNya..harap Tuan faham, jgn tuduh melulu terhadap sufi.
Kata Saidina Ali kwh, "selemah-lemah pendapat , adalah pendapat tentang Tuhan".
Nabi melarang berfikir tentang Zat bukan Sifat, Asma dan Af'al Allah..Adakah Tuan fikir ahli sufi mengkaji Zat Allah? Ada saya cakap mcm tu? Ahli sufi hanya mampu mengenal Allah melalui SifatNya, AsmaNya dan KelakuanNya, tetapi tidak sampai melihat ZatNya..
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #36)
Jadi, sekiranya Tuan tidak ada pengetahuan tentang Tuhan, jgn Tuan bertaqlid buta menyalahkan ahli sufi, ..sesungguhnya Tuan akan ditanya nanti..
Rukun Syahadah
1. Mengisbatkan Zat Allah
2. Mengisbatkan Sifat Allah
3. Mengisbatkan Af'al Allah
4. Mengisbatkan kebesaran Nabi Muhammad saw
Syarat Sah Syahadah
1. Ada ilmu tentang Zat ,Sifat, Af'al Allah dan Nabi Muhammad saw
2. Ikrar atau tunjukkan atau pamerkan yg kita mengisbatkan Allah dan Rasul
3. Tasydiq, merasai hasil dr ilmu dan ikrar dan sentiasa bermusyahadah dan bermujahadah mengisbatkan Allah dan Rasul
4. Amalkan semuanya supaya kita sentiasa terpelihara dr syirik jali dan syirik khafi, sentiasa dalam iman dan taat. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 13-2-2010 21:43
1031# baghal
[quoteAlhamdulillah..Inilah dia mengEsakan Allah iaitu menyerahkan seluruh ketentuan secara total, mutlak kepada Allah. Keupayaan makhluk hanyalah iktiqad yg tidak dapat mengubah hakikat kejadian. Jadi, jgn Tuan kotorkan lagi akidah Tuan dgn mengatakan makhluk ada keupayaannya sendiri..][/quote]
Saya tetap dengan fahaman.. "manusia berkeupayaan memilih/ kebebasan memilih" sebagai sebahagian dari kehendak Allah juga. Yang menjadi titik pertemuan antara Takdir dan Perintah Allah serta usaha ikhtiar manusia.
Dan tidak mahu mengotorkan Aqidah saya dengan mengatakan segala keburukan perbuatan saya telah ditetapkan oleh Allah sepertimana ucapan kaum musyrik. Cuba lihat Firman Allah dimana menyatakan bagaimana orang2 yg diberi kitab memilih kesesatan.
"Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan petunjuk Tuhan) dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan."
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #44)
Bertaqlid dengan pendapat manusia dihukum kerana telah ditakdirkan.. kerana manusia tiada upaya melakukan apa-apa.
cth: si A dicipta dan ditakdirkan ke neraka
si B dicipta dan ditakdirkan ke syurga.
Saya cuma nak pastikan sebab pd Tuan ada takdir untuk org ramai dan utk individu?
Jika begitu.. bolehlah tuan mula mengira buku takdir, termasuk buku catatan amalan yg dicatatkan oleh Malaikat dikiri dan kanan itu.. yang hanya merupakan kopipes sahaja dari buku takdir induk (kerana faham tuan, setiap perlakuan telah ditetapkan) untuk menjawab soalan tuan sendiri.
Nabi melarang berfikir tentang Zat bukan Sifat, Asma dan Af'al Allah..
Maka fahamilah Dzat, Sifat, Af'al, penciptaanNya, kecintaan dan kerahmatanNya, Keagungannya, IlmuNya serta kekuasaanNya dari Asma Allah.
Tak perlu lagi tercari-cari bagaimana hendak memahami dan mengenal Allah melalui amalan mendapatkan Ilmu laduni/kasyaf seperti yg disyari'atkan oleh guru sufi, yang mana fahaman yg terhasil adalah semata-mata dari persangkaan fikiran mereka sahaja tapi mendakwa menerima ilmu langsung dari Allah
Jadi, sekiranya Tuan tidak ada pengetahuan tentang Tuhan, jgn Tuan bertaqlid buta menyalahkan ahli sufi, ..sesungguhnya Tuan akan ditanya nanti..
Jgn tuan bertaqlid buta dengan pengetahuan tentang Tuhan pada mereka (guru sufi).. Nabi s.a.w sendiri pun hanya mendapat pengetahuan tentang Tuhan melalui Wahyu yang bersesuaian dengan tugas baginda sebagai Rasul. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 16-2-2010 00:16
1032# Nazrulism
Saya tetap dengan fahaman.. "manusia berkeupayaan memilih/ kebebasan memilih" sebagai sebahagian dari kehendak Allah juga. Yang menjadi titik pertemuan antara Takdir dan Perintah Allah serta usaha ikhtiar manusia.
Kereta yg mendakwa memilih jalannya sendiri dgn keupayaan kuasa enjin dan ketepatan GPS...mungkin krn kereta itu xkenal pemandunya atau xsedar dia dipandu. Tak perlulah kereta itu sebut "dengan nama pemandu ku.."sebelum bergerak, sekiranya dia sendiri yg tentukan destinasinya...mungkin pengaruh 'knight rider'..
Tak hairanlah ulama telah membezakan fahaman aqidah seseorang kpd muktazilah , jabariah dan Asy-Sya'ariah (ASWJ).
Firman Allah;
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata."(Surah Al-Ahzab : 36)
"Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui".(Surah Al-An'am:18)
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".(Surah Al-An'am: 162-163)
"Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah".(Surah Yunus: 49)
"..Dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak seorangpun pemberi petunjuk baginya."(Surah Az-Zumar:36)
"Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."(Surah Ath-Thalaaq:3)
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."(Surah Al-Baqarah:255)
"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."(Surah Ali Imran: 26)
Dan tidak mahu mengotorkan Aqidah saya dengan mengatakan segala keburukan perbuatan saya telah ditetapkan oleh Allah sepertimana ucapan kaum musyrik
Saya juga
Bertaqlid dengan pendapat manusia dihukum kerana telah ditakdirkan.. kerana manusia tiada upaya melakukan apa-apa.
cth: si A dicipta dan ditakdirkan ke neraka
si B dicipta dan ditakdirkan ke syurga.
BagiNyalah segala penentuan; - Kuasa Mutlak Allah s.w.t. terlaksana@ tidak sesuatu itu.
Surah Ar-Rad: 38-39
........ Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali". Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apajua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
Sabda Nabi saw;" Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia"
taqlid saya xbuta, ada sandaran saya..
Jika begitu.. bolehlah tuan mula mengira buku takdir, termasuk buku catatan amalan yg dicatatkan oleh Malaikat dikiri dan kanan itu.. yang hanya merupakan kopipes sahaja dari buku takdir induk (kerana faham tuan, setiap perlakuan telah ditetapkan) untuk menjawab soalan tuan sendiri.
Buku takdir saya dah siap (Lauh Mahfuzh), xpayah tambah2 lagi..Malaikat tu kena tulis pun pasal tugas dia (dah ditakdirkan tugas dia) dan malaikat itu sendiri xtau tentang kesudahan takdir Tuhan ke atas kita.
Takdir Tuan yg belum siap sebab byk pilihan Tuan belum pilih lagi, jd hati2, pastikan yg mana yg boleh di ubah dan yg tidak boleh di ubah...mana nak tau, tersilap tentukan..
Maka fahamilah Dzat, Sifat, Af'al, penciptaanNya, kecintaan dan kerahmatanNya, Keagungannya, IlmuNya serta kekuasaanNya dari Asma Allah.
OOooo kenal Dzat dr Asma Allah..
" Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan),lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. "
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #103)
Sabda Nabi s.a.w.
.. berfikirlah kamu semua perihal makhluk Allah dan janganlah kamu sekalian berfikir mengenai Dzat Allah, sebab sesungguhnya kamu semua sudah tentu tidak dapat mencapai keadaan hakikatNya.
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan sertahati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #36)
Tak perlu lagi tercari-cari bagaimana hendak memahami dan mengenal Allah melalui amalan mendapatkan Ilmu laduni/kasyaf seperti yg disyari'atkan oleh guru sufi, yang mana fahaman yg terhasil adalah semata-mata dari persangkaan fikiran mereka sahaja tapi mendakwa menerima ilmu langsung dari Allah
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."(Surah Al-Baqarah:269)
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus , yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."(Surah An-Nuur:35)
Jgn tuan bertaqlid buta dengan pengetahuan tentang Tuhan pada mereka (guru sufi).. Nabi s.a.w sendiri pun hanya mendapat pengetahuan tentang Tuhan melalui Wahyu yang bersesuaian dengan tugas baginda sebagai Rasul.
Musuh kpd kebenaran, kawan kpd syirik adalah JAHIL. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Allah berfirman: "Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka." (QS. al-Mukmin: 44 dan 45)
2. Dari Abu Hurairah ra, dari nabi SAW beliau bersabda, "Allah berfirman, "Aku menurut persangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku senantiasa bersamanya selama ia mengingat-Ku. Demi Allah, Allah lebih senang menerima taubat hamba-Nya melebihi senangnya seseorang diantara kalian yang menemukan kembali barangnya yg hilang di tengah padang pasir. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta, siapa saja yg mendekat kepda-Ku sehasta maka Aku mendekat kepada-Nya sedepa dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari." (HR. Bukhari-Muslim)
3. Dari Jabir bin Abdullah ra. ia berkata, "saya mendengar nabi SAW bersabda, "sebelum tiga hari menjelang kematiannya, janganlah sekali2 diantara kamu meninggal kecuali ia berbaik sangka kepada Allah swt." (HR. Muslim)
4. Dari Annas ra. ia berkata, "saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah berfirman , `Hai anak adam, selama kamu berdoa dan menggantungkan harapan kepada-Ku pasti Aku ampuni semua dosa yang telah kamu perbuat dan Aku tidak perduli betapapun banyaknya. Hai anak adam, andaikan dosa-dosamu bagaikan awan dilangit kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku pasti Aku mengampunimu dan Aku tidak perduli berapapun banyaknya. Hai anak adam andaikan kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa sebanyak isi bumi kemudian kamu menghadap-Ku sedangkan kamu tidak menyekutukan Aku maka Aku akan menghampirimu sebanyak isi bumi pula." (HR. Tirmidzi, Hadist Hasan)
--------------
Diambil dari Kitab Riyadus Shalihin |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta yg mendakwa memilih jalannya sendiri dgn keupayaan kuasa enjin dan ketepatan GPS...mungkin krn kereta itu xkenal pemandunya atau xsedar dia dipandu. Tak perlulah kereta itu sebut "dengan nama pemandu ku.."sebelum bergerak, sekiranya dia sendiri yg tentukan destinasinya...mungkin pengaruh 'knight rider'..
Inilah.. cuba memahamkan kuasa ciptaan Allah dengan membandingkan benda2 manusia... takper layannn.
kenapa nak jadi macam robot berGPS bawa kereta yg arah perjalanannya tidak diketahui? Dah lah kereta memang takder otak.. yg memandu juga tak berotak.
Bila eksiden atau tak sampai destinasi.. PEMBUAT kereta salahkan robot dan humban kereta tu dalam gaung.
Jadilah pemandu (akal) yg membawa kereta (anggota tubuh) yang telah dikeluarkan oleh Pembuat (Tuhan) yang cukup lengkap segala keperluan untuk satu perjalanan ke satu destinasi. pemandu juga dibekalkan petunjuk arah (Rasul), peta (Sunnah), manual kereta dan undang2 jalan raya (Al-Quran), Serta arahan lengkap kemana harus dituju (akhirat). Pemandu diberi pilihan samada ikut highways atau jalan lama.
Dan tentunya pembuat kereta yg mengamanahkan kepada pemandu akan beri AMARAN:
"Bila sampai destinasi.. kereta jika rosak, Pemandu dengan keretanya akan dicampakkan kedalam gaung (neraka) ... jika baik, pemandu dengan keratanya akan diupgrade.
Tapi dalam ramai2 pemandu ni.. ada yg memandai-mandai, konon nak cepat jumpa Pembuat terikut cara memandu pemandu lain yg mendakwa kereta mereka telah diupgradekan.. boleh potong ikut kiri... yg kesudahannya, Pembuat kena hantar towing-truck untuk campakkan kereta mereka dalam gaung.. semua dah jahanam.
Musuh kpd kebenaran, saudara kpd syirik adalah JAHIL.
Pada saya.. Kebenaran itu yang Terang dari Rasul s.a.w, BUKAN yang samar-samar dari guru sufi. |
|
|
|
|
|
|
|
1035# Nazrulism
kenapa nak jadi macam robot berGPS bawa kereta yg arah perjalanannya tidak diketahui? Dah lah kereta memang takder otak.. yg memandu juga tak berotak.
Bila eksiden atau tak sampai destinasi.. PEMBUAT kereta salahkan robot dan humban kereta tu dalam gaung.
Jadilah pemandu (akal) yg membawa kereta (anggota tubuh) yang telah dikeluarkan oleh Pembuat (Tuhan) yang cukup lengkap segala keperluan untuk satu perjalanan ke satu destinasi. pemandu juga dibekalkan petunjuk arah (Rasul), peta (Sunnah), manual kereta dan undang2 jalan raya (Al-Quran), Serta arahan lengkap kemana harus dituju (akhirat). Pemandu diberi pilihan samada ikut highways atau jalan lama.
Dan tentunya pembuat kereta yg mengamanahkan kepada pemandu akan beri AMARAN:
"Bila sampai destinasi.. kereta jika rosak, Pemandu dengan keretanya akan dicampakkan kedalam gaung (neraka) ... jika baik, pemandu dengan keratanya akan diupgrade.
Tapi dalam ramai2 pemandu ni.. ada yg memandai-mandai, konon nak cepat jumpa Pembuat terikut cara memandu pemandu lain yg mendakwa kereta mereka telah diupgradekan.. boleh potong ikut kiri... yg kesudahannya, Pembuat kena hantar towing-truck untuk campakkan kereta mereka dalam gaung.. semua dah jahanam.
Kalau kita rasa ada keupayaan sendiri, memang sedap kita merekacipta cereka..org yg mengaku ada upaya, konsep penyerahan diri pasti tidak 100%...
Muktazilah : Golongan ini mengiktiqadkan bhw yg melakukan segalaperbuatan itu adalah drpd hamba dan kudrat hamba itu memberi bekas ataukesan pada semua perbuatannya.
Jadi apakah Tuan muktazilah?
Sabda Nabi saw;" Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka
jadi Tuan xsetujulah dgn hadis ni?
Pada saya.. Kebenaran itu yang Terang dari Rasul s.a.w, BUKAN yang samar-samar dari guru sufi.
Bahkan sanad perguruan saya sampai kepada Saidina Ali kwh dan Rasulullah saw...bukan hanya dakwaan spt Tuan yg mengikut Rasulullah tp samar sebab tiada sandaran guru...
siapa yg lebih kuat sandaran ilmu dan amal? yg ada guru sanad yg sampai atau ngaji dlm internet? |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Pernah Adam dan Musa saling berdebat. Kata Musa: Wahai Adam, kamu adalah nenek moyang kami, kamu telah mengecewakan harapan kami dan mengeluarkan kami dari surga. Adam menjawab: Kamu Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicara dengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tangan-Nya. Apakah kamu akan menyalahkan aku karena suatu perkara yang telah Allah tentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku? Nabi saw. bersabda: Akhirnya Adam menang berdebat dengan Musa, akhirnya Adam menang berdebat dengan Musa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4793
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5036 |
|
|
|
|
|
|
|
Berserah dirilah secara mutlak kepada Allah
Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.
Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”? Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
1039# baghal
Ni cerita dalam Al-Hikam kan,.. sumbernya dari mana, siapa manusia bertuah tu yg telah berdialog dengan Allah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|