CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: winamp05

Sultan Abdul Samad Dan Sejarah Selangor.

  [Copy link]
Post time 27-9-2012 05:07 PM | Show all posts
so sultan selangor sekarang dari keturunan raja sebetulnya atau tidak??

errr..sowy kalo salah tanyee...hehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 03:15 PM | Show all posts
Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?




Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.  Oleh sebab makan
itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu
budaya.  Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana
mereka makan.  Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan
orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang
rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.  Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?  Soalan ini
dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.  Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat
di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off"
oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.  Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...
......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  "Kenapa anda makan dengan
tangan ?  Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan
lebih
sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh
orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga
sebab:

    Pertama:  Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu
sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain.  Sudu dan garfu
itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

    Kedua:     Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya
hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

    Ketiga:     Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak
pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!




Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut.

Moralnya :  Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan
orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada
rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..






Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 12:06 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 4-10-2012 03:15 PM
Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Tengku Kudin ni sepatutnya dah lama kena dihalau balik Kedah...dia ni musuh ketat orang Mandailing...

Tengku Kudin ni jugak la yg melaga2kan orang Bugis dgn Mandailing..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 11:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 06:35 PM | Show all posts
BUMP....................
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 10:00 AM | Show all posts
Kota (Fort of) Raja Mahadi



















Sources : http://artmelayu.blogspot.com




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2013 12:04 PM | Show all posts
Asal nama Bukit Nanas




Perang di Kuala Lumpur meletus antara Raja Mahadi yang disokong oleh Raja Asal, Sutan Puasa dan orang Cina yang dipimpin oleh Chong-Chong dengan Tengku Kudin yang bersekutu dengan Sultan Abdul Samad, iaitu Sultan Selangor yang bersekutu dengan Yap Ah Loy, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada 1871-75.

Pada akhir 1871, Sultan Puasa, iaitu ketua masyarakat orang Melayu keturunan Mendahiling mengumpul orangnya di Tanjung Dua Belas (Hulu Langat).

Di situ pasukan Sutan Puasa bersatu dengan pasukan orang Mendahiling dari Hulu Slim yang dipimpin oleh Raja Berumun atau dikenali juga Datuk Imam Perang Jabarungun di Tanjung Dua Belas.

Mereka berkumpul untuk menyerang Kuala Lumpur yang dikuasai oleh Kapitan Yap Ah Loy yang disokong oleh Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad.

Pengikut Sutan Puasa yang bersatu dengan pengikut Raja Berumun tidak sempat menyerang Kuala Lumpur kerana dengan tiba-tiba pasukan mereka diserang oleh pasukan Yap Ah Loy seramai 200 orang dan dibantu oleh orang Melayu daripada pasukan Kapitan Syers yang berjumlah kira-kira 100 orang.

Sutan Puasa sempat melepaskan diri ke Klang dan menubuhkan satu lagi pasukan. Namun tidak lama kemudian, Sutan Puasa dapat ditangkap oleh pasukan Inggeris yang dipimpin oleh Residen Davidson, Residen British di Selangor. Lalu Sutan Puasa dipenjarakan di Selangor.

Bukit Nanas yang ketika itu belum lagi dikenali dengan nama itu masih menjadi pusat pertahanan Raja Asal, iaitu sekutu Sutan Puasa. Raja Asal membina kubu pertahanan di Bukit Nanas dengan menanam pokok nanas di sekeliling kubu tersebut. Tujuannya supaya musuhnya sukar menembusi kubunya yang dikeliling oleh pokok nanas. Pokok nanas itu boleh menjadi penghalang kepada musuh yang berkaki ayam.

Akhirnya kubu Raja Asal dapat juga ditembusi oleh pasukan Yap Ah Loy yang disokong oleh Tengku Kudin dan dibantu oleh Inggeris yang telah berkuasa di Selangor.

Raja Asal sempat berundur ke Hulu Slim. Tetapi isterinya, Wan Putih, adik kepada Bendahara Tun Mutahir Pahang, menyerah diri. Beliau kemudiannya dibebaskan.

Bukit tempat kubu terakhir Raja Asal yang ditanam dengan pokok nanas itu akhirnya dikenali Bukit Nanas, mengambil sempena pokok nanas yang ditanam di sekeliling kubu.

Raja Asal yang dianggap ketua oleh masyarakat Melayu keturunan Mendahiling akhirnya berpindah ke Changkat Piatu di Kinta, Perak. Pada masa Inggeris mencari Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor, kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch pada 1875, Raja Asal diminta oleh Inggeris untuk menolong mencari pahlawan Melayu Perak itu.

Waktu itu Raja Asal tidak berjaya menangkap penentang Inggeris itu. Tetapi kerana sangat menghargai jasanya, Inggeris melantik anak angkat yang juga anak saudaranya bernama Raja Bilah, menjadi Penghulu Mukim Belanja yang berpusat di Pekan Papar pada 1882-1909.

Pada 1877, Raja Asal meninggal dunia dan dimakamkan di atas sebuah bukit di Changkat Piatu dekat Batu Gajah.

Saya pernah melawat makamnya pada 1977, iaitu ketika sedang menyiapkan buku yang bertajuk Tempat-tempat Bersejarah di Negeri Perak.

Menurut Allahyarham Haji Waad juga, sekutu Raja Asal, iaitu Syed Mashur, berkubur di Hulu Kelang.

Beliau juga dikalahkan oleh angkatan perang Inggeris dengan sekutu angkatan perang Yap Ah Loy dan Tengku Kudin. Syed Mashur lari ke Perak dan terlibat pula menolong Inggeris mencari pahlawan Melayu yang membunuh Birch.

Syed Mashur akhirnya dilantik oleh kerajaan Selangor yang dikuasai oleh Inggeris menjadi Penghulu di Daerah Kerling.

Pada 1975 saya mengunjungi makam Syed Mashur yang terletak di Kerling. Saudara mara Syed Mashur masih ramai tinggal di Kerling hingga sekarang. Sultan Puasa selepas keluar dari penjara di Kelang, terus menetap di Sungai Mulia, Gombak.

Di situ, beliau memiliki sebuah rumah dan sebuah tasik kecil yang dikenali Tobek Sutan Puasa. Letak tasik itu betul-betul di belakang Masjid Sungai Mulia. Tobek Sutan Puasa masih ada hingga ke hari ini.

Haji Waad telah dilantik menjadi Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu pada 1970, menggantikan Tan Sri Ahmad Perang. pada masa saya tinggal di rumahnya, iaitu dari 1962, saya berkenalan dengan keluarga Ahmad Perang dan keluarga Datuk Abdul Razak, iaitu ketua Akauntan Keretapi Tanah Melayu.

Abdul Razak, setelah bersara melibatkan diri dalam perniagaan. Beliau menduduki sebuah rumah besar berbentuk Minangkabau berdekatan Taman Merbuk dan Tugu Negara.

Saya mendapat tahu bahawa Abdul Razak telah meninggal dunia pada tahun 80-an. Isteri allahyarham, yang saya panggil Kak Ani (Datin Noraini), berasal daripada keluarga Dato' Jaaffar Mambak. Saya mengenalinya semasa tinggal di Jalan Syer. Rumahnya tidak jauh dari rumah Allahyarham Haji Waad Jamaludin.

Haji Waad berpindah ke Jalan Keramat Hujung selepas bersara sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu pada 1970-an. Tapak rumah di Keramat Hujung itu saya yang berusaha menyuruh Hj. Waad membelinya daripada Melan Abdullah yang waktu itu bertugas sebagai wartawan di Utusan Melayu. Beliau meninggal dunia pada 1986 ketika usianya mencecah 80 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Oleh : N.A. HALIM



- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 12:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 07:37 AM | Show all posts
i like sejarah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:04 PM | Show all posts
Lepas kita baca sejarah Selangor kita rasa keliru dengan kata2 Sultan boneka Sultan Abdul Samad neh...

Paduka Sri Sultan Abdul Samad pernah bertitah :-
Lebih kurang demikian maksudnya. ” Tidak berkenan selain daripada bangsa Bugis menetap di Kuala Langat, tetapi jikalau bangsa lain yang berada di Kuala Langat mereka hanya boleh bekerja dan harus mengikut arahan dari pembesar-pembesar Bugis yang dilantik “

The Flags of Malay Peninsula Journal Straits Branch R.A . Soc. No 75 1917
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:06 PM | Show all posts
Sampai skang ramai tak setuju...kalau betul2 berdaulat kenapa Sultan Selangor tak bersemayam di Bukit Malawati?

Tidak di nafikan ketika Sultan Abdul Samad diangkat sebagai Sultan Selangor ramai yang tidak bersetuju namun setelah melihat cara pemerintahan baginda maka tanggapan mereka berubah dan kaum keluarga kerabat diraja selangor sendiri mengetahui kekuatan dan peranan DATO’ AMPAT SUKU iaitu Dato’ Aru, Dato’ Pengawa, Dato’ Jeram dan Dato’ Kaya Kechil yang mempunyai KUASA DIDALAM MEMUTUS KATA ketika berlaku KONFLIK TAKHTA NEGERI SELANGOR.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:11 PM | Show all posts
Sultan Tamak mencuri  n menjajah 4 daerah merdeka lain kemudian mengaku dermawan (tapi dermawan kalangan ahli keluarga je la)

Sultan Abdul Samad tidak memihak kepada Tunku Kudin kerna Pegawai british sendiri menyatakan bahawa Sultan Abdul Samad lebih mementingkan anak beranak dan kaum kerabat diraja selangor.


http://wangsamahkota.wordpress.c ... abdullah-1857-1898/
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:13 PM | Show all posts
Sultan Tamak akhirnya bagi negeri kepada British...bak kata pepatah 'orang tamak selalu rugi'

- Sultan Abdul Samad menerima elaun $1000 daripada British dan tidak menentang, tetapi di Pahang, Sultan Ahmad menentang, kerna mendapat elaun sedikit.


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:15 PM | Show all posts
Orang2 bodoh dan gila sahaja yang nak masuk dalam negeri2 tanah jajahan British

Paduka Sri Sultan Abbdul Samad amat malu takkala daerah-daerah didalam negeri Selangor terdiri daripada Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Lukut, Sungai Linggi tidak bersatu di sebabkan pembesar masing-masing. Terutamanya Sungai Bernam dibawah Raja Hitam Bin Raja Unos Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa Sungai Bernam adalah milik nya dan merdeka dari Selangor dan jua Perak.


http://wangsamahkota.wordpress.c ... abdullah-1857-1898/
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:18 PM | Show all posts
Yang lebih pelik Sg Linggi dan Sg Lukut ditadbir oleh British di Negeri Sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 03:48 PM | Show all posts
Penemuan Terowong Rahsia di Bukit Nanas





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 03:17 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 11-12-2014 03:48 PM
Penemuan Terowong Rahsia di Bukit Nanas


pic pertama tu, ada terbaca di forum skyscraper, katanya kontraktor terpaksa tutup terus laluan/tembok rahsia tu dgan konkrit, pasal nak tak delay dah projek penahan tembok bukit nanas tu...dah banyak kali runtuhan kecil jadi tahun lepas...

silap hari bulan, boleh tumbang menara KL tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 03:26 PM | Show all posts
Salam, saya berminat dengan sejarah di Raja Selangor ini
Baru -baru ini saya perasaan ada satu makam che fatimah atau daeng nekmah yang berdekatan dengan makam Sultan Abdul Samad adakah benar beliau juga isteri Sultan Abdul Samad, pekara ini tidak pula saya ketahui dan jumpa dalam mana-mana pembacaan rasmi, sangat misteri tidak diceritakan dalam sejarah dan tak diketahui siapa waris mereka.

ini antara blog yang mengemukakan makam daeng nekmah
http://berpetualangkeaceh.blogsp ... wife-of-sultan.html

harap ada yang dapat berikan info, tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 29-10-2010 03:44 PM
Bugis bukan Jawa....dan Jawa bukan Bugis...depa banyak beza....

Bugis asal dr Sulawesi  ...

Terimakasih atas pencerahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.057847 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list