|
1039# logy
yeker, tak beli paper sudah. tiz memang murah dgn senyuman...
nazihamrun Post at 30-3-2010 17:59 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
meoww pun suker senyum..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ahh takde..takde..takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala...izan adekan lah....x puas ar tgk yg kat jb..jap bebenor
si along lah....kacau
bagi ar....org merayu ni tauu.....![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thanx shareena & nazi...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
nak gak vid.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
me noticed ade scene NK in Asmaradana....."jaga maruah"....hmmm.
....depa lack of idea maybe..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Begitu juga dalam kategori lakonan drama membabitkan pelakon lelaki. Nama seperti Fizz Fairuz, Remy Ishak, Fahrin Ahmad, Aaron dan Fizo Omar yang berada dalam senarai finalis membuktikan bakat lakonan mereka juga mendapat perhatian di kalangan masyarakat yang rajin mengikuti drama TV tempatan. Mereka bukan meraih kehidupan glamor dengan kisah peribadi atau gosip mahupun kontroversi sebaliknya berjaya memenangi hati peminat dengan kerja keras di set penggambaran, lalu terserlah hasil lakonan mereka yang boleh dianggap bermutu menerusi kebanyakan drama dibintanginya.
Lakonan Aaron, Remy dan Fizz sejak akhir-akhir nyata dalam mutu persembahan yang baik dan boleh dianggap cemerlang. Tiga pelakon ini juga meletakkan mutu lakonan itu seiring pencapaian populariti mereka kerana berjaya mencuri perhatian khalayak penonton TV. Media massa juga memberi perhatian terhadap mereka. Maka, mereka kini menjadi pelakon yang ada nilai komersial dan ia juga seiring mutu lakonan yang bagus.
Tiga dramatis yang bersaing dalam kategori Pelakon TV Wanita juga menarik. Noorkhiriah, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah adalah pelapis muda yang memberi impak besar terhadap penampilan mereka di kaca TV. Lakonan mereka mempunyai mutu yang sudah boleh diiktiraf terutama Tiz yang mendadak naik mendadak namanya dilihat berpotensi untuk pergi jauh sebagai dramatis. Ada yang mengandaikan Tiz ibarat jelmaan baru pengganti Aida Rahim, Umie Aida dan Nasha Aziz yang suatu ketika dulu mendapat perhatian besar peminat drama Melayu.
credit to: bharian online. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dekat Klang...kawan aku kata dailognya berbunyi begini..
Remy : hye, I love you...
Tiz: [terkedu kononnyer la....}"
...unfortunately dia pon tak ambek bideo.. gambo jerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang real @ lakonan?
wakakkakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang real @ lakonan?
wakakkakakaka.
hijau88 Post at 1-4-2010 23:57 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
hijau...kalo2 part2 diorang berdua ni, semuanya kita anggap real....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang real @ lakonan?
wakakkakakaka.
hijau88 Post at 1-4-2010 23:57 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
sesuatu ..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Remy pasrah
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/04/02
Calon Top 10 Bintang Paling Popular ABPBH 2009 akui tidak mahu biar kontroversi terus menghimpit diri
KALAU disebut nama Mohamad Zalimie Ishak pasti ada yang tertanya-tanya siapa gerangan yang dimaksudkan. Tapi kalau dipendekkan nama itu menjadi lebih komersial iaitu Remy Ishak, pasti ramai yang sudah tahu mengenai figura yang pernah mendapat jolokan sebagai Lelaki Melayu Terakhir oleh sutradara, Erma Fatima itu.
Jejaka itu pantas mencuri ruang yang ada di depan mata sekali gus mengukuhkan profil lakonan yang diterjah sejak hampir empat tahun ini. Malah seiring dengan populariti yang dikecapinya terutama pada tahun lalu menerusi drama Nur Kasih, lelaki berusia 27 tahun ini juga tak lekang dengan cerita kontroversi.
Dicop sebagai lelaki gay, playboy, dibela wanita kaya hinggalah ke kisah panas yang membabitkannya dirinya dengan Ummi Nazeera hujung tahun lalu antara deretan kontroversi yang sempat menjamah sisi hidupnya selepas bergelar anak seni.
Malah semua yang terjadi satu persatu tanpa diundang itu pernah mencetuskan rasa kecewa dan putus asa dalam dirinya. Hingga pernah terdetik dalam jiwa Remy yang memungkinkan dirinya untuk mengundur diri terus daripada terus berkecimpung sebagai pelakon.
“Tetapi apabila ada masa, saya mula merenung kembali apa yang terjadi dengan penuh muhasabah diri. Inilah kehidupan dan saya tidak boleh terus mengalah. Mungkin ini baru sikit saja dugaan yang saya lalui. Apa yang saya boleh katakan dunia seni ini penuh warna warni.
“Sesuatu yang akan membezakan kita dengan orang lain ialah pengalaman. Maka apa yang dihadapi ini, saya titipkan menjadi sebuah pengalaman berharga yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Ia mempengaruhi kehidupan kita supaya lebih berhati-hati dan tersusun.
“Kalau mahu dibandingkan kerjaya saya dulu sebagai pekerja hotel dengan berlakon, pastinya cabaran dulu hanya sekecil anak dan tidak terlalu ekstrim seperti sekarang. Saya hanyalah budak kampung yang mencuba nasib dan saya berlakon bukan untuk glamor, tapi banyak perkara yang dipelajari sebenarnya,” katanya saat ditemubual Hip pada 27 Januari lalu di Balai Berita.
Kehadiran Remy ke Balai Berita juga sebagai alasan untuk bertanyakan mengenai kelayakannya buat pertama kali bertanding di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009. Bukan saja Remy, malah dua lagi pelakon Nur Kasih, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz turut tercalon buat julung kalinya.
Tahun ini Remy bersaing dengan Fizz Fairuz dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Turut bersaing ialah Aaron Aziz, Fahrin Ahmad dan Fizo Omar. Bagi Remy, dia tidak mensasarkan apa-apa jangkaan untuk menang, namun tidak menidakkan kejayaan itu dibiaskan menerusi impak drama Nur Kasih memegang watak sebagai Adam.
“Saya dapat tahu pun dua hari selepas sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 2009 diadakan. Saya tidak dapat hadir ke sidang media terbabit kerana terikat dengan penggambaran filem Cun. Tiz Zaqyah yang memaklumkan saya mengenai perihal itu menerusi SMSnya sambil mengucapkan tahniah. (alahai siannn..keje kuat sgt )
“Pencalonan ini satu bonus buat saya. Tak sangka ada juga peminat yang sudi mengundi dan menyokong saya hingga ke tahap ini. Ia sebagai satu semangat untuk saya terus melonjakkan kerjaya ke peringkat seterusnya. Ibaratnya seperti syarikat yang mengiktiraf pekerjanya sebagai pekerja bulanan,” kata Remy penuh semangat.
Berita baiknya, setelah undian berjalan dua bulan, anak muda berasal dari Melaka ini ada potensi untuk menang. Malah dia juga termasuk dalam senarai Top 10 untuk kategori Bintang Paling Popular menyaingi Datuk Siti Nurhaliza, Aizat, Faizal Tahir, Aznil Nawawi, Fara Fauzana, Black, Mawi dan Nabil.
Rezeki semakin murah
SEJAK Disember tahun lalu hingga sekarang, rezeki berlakon begitu mencurah-curah. Bermula daripada kesibukan pementasan teater muzikal Natrah, Remy bertukar lokasi melunaskan penggambaran filem Cun dan kini pula memberi komitmen untuk drama epik bagi slot Aksi di TV3 berjudul Arjuna.
Bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang kepada Remy menunaikan permintaan Hip untuk mengadakan sesi fotografi. Biarpun ketika ini, Remy sedang rancak membuat persediaan dan latihan bagi peranan Arjuna yang dipegangnya. Drama arahan Helmi Khalim itu diterbitkan KRU Studios memulakan penggambaran sejak 2 Februari lalu.
“Drama epik fantasi ini memerlukan saya memerlukan saya menjadi pendekar yang menuntut saya untuk bersilat dan berlawan pedang. Ia menjalani penggambaran di Pulau Indah dan Hulu Langat. Drama ini boleh saya katakan seperti cerita Dragon Ball Z dan Storm Warriors.
“Watak Arjuna memerlukan saya memakai kostum yang bersesuaian dan rambut akan dipanjangkan. Saya difahamkan drama ini akan menjalani penggambaran untuk dua musim sebanyak 26 episod. Antara pelakon lain yang terbabit seperti Nora Danish, Ana Dahlia dan Riz Ainuddin,” katanya sambil memberitahu wajah berkumis dan berjambang yang dimilikinya kini sebagai konti untuk watak Arjuna.
Selepas selesai Arjuna, Insya-Allah Remy akan meneruskan kembara seninya di lokasi penggambaran filem Akuarium Cinta arahan Osman Ali yang sudah terbengkalai sekian lama dijangka Mei nanti. Malah pada masa yang sama Aizat turut akan berlakon dalam filem Nur Kasih.
Dalam pada itu Remy turut diajak berbicara mengenai filem Cun, filem kelimanya selepas Anak Halal, Evolusi KL Drift 2, Hopperz dan Duhai Si Pari-Pari. Filem yang menjalani penggambaran di Utara tanah air di Perlis dan Alor Setar itu menggandingkan Remy buat kali ketiga dengan aktres Maya Karin.
“Selama 29 saya berada di Utara untuk melunaskan penggambaran filem itu bagi merealisasikan watak Atan. Atan seorang lelaki Melayu tipikal yang karakternya selalu bertindak melulu dan lurus bendul. Pengalaman saya di sebagai budak kampung banyak memudahkan lagi saya memegang watak ini.
“Dipendekkan cerita muncul seorang gadis bernama Luna Latisya lakonan Maya. Kalau nak tahu selebihnya filem bergenre romantik komedi ini kenalah tunggu tayangannya. Atan juga menuntut saya untuk bercakap loghat Utara. Saya tidak mempunyai masalah kerana pernah lapan tahun tinggal di Sungai Petani.
“Oleh kerana bapa saya bekerja sebagai tentera, kami selalu berpindah randah. Sungai Petani salah satu lokasinya. Saya mula bersekolah darjah dua di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang hingga tingkatan dua di Sekolah Menengah Khir Johari,” katanya yang akan melaram rekaan busana Calvin Thoo pada malam kemuncak ABPBH 2009 4 April depan.
Leraikan kekusutan
REMY turut mengambil peluang untuk meleraikan sedikit permasalahan yang wujud antaranya dengan sekumpulan media. Umum tahu isu Remy sukar memberi kerjasama dengan media bukan perkara pelik yang pernah wujud sebelum ini. Namun seiring dengan kematangannya dalam dunia seni, aktor kegilaan ramai ini cuba untuk berlaku adil.
“Saya sendiri hairan kenapa isu ini masih timbul sedangkan saya cuba yang termampu untuk memuaskan hati pihak media apabila diundang mengadakan sesi fotografi. Remy cuba sempurnakannya mengikut kesesuaian masa dan jadual kerja.
“Tapi apabila ada pihak media yang cakap saya sudah berjanji tapi tidak mengotakannya, itu sememangnya tidak wujud. Kalau situasi ada media yang meminta tarikh tetapi saya tak dapat berikan kerana kesibukan itu adalah. Sejujurnya, saya tak mahu lagi membuat masalah dengan media dan harap isu ini akan berakhir.
“Saya tidak boleh menidakkan kepentingan media yang saling melengkapi dengan artis. Sama-sama cari makan. Saya masih memerlukan media untuk membantu menghebahkan produk yang saya ada tidak kira filem atau drama mahupun apa saja aktiviti serta perkembangan terbaru,” katanya yang kini berada di bawah pengurusan Satu Entertainment sejak dua bulan lalu bersama-sama artis naungan lain seperti Maya Karin dan Lan & The Typewriter.
INFO: Remy Ishak
Nama sebenar: Mohammad Zalimei Ishak
Tarikh lahir: 11 April 1982
Tempat lahir: Negeri Sembilan
Hobi: Mengembara dan seni fotografi
Mula berlakon: 2006
Filem: Anak Halal, Duhai Si Pari Pari, Cun
Drama: Sindarella, Obsesi, Awan Dania, Arjuna, Suraya
Tele filem: Iktikaf, Jalan Pintas Ke Neraka, Takbiratul Ihram, Sesuci
Kasih
Iklan: Kopi Radix, KL Tourism dan 5M
Penghargaan
Solekan dan dandanan rambut: Rose JR (012-7437620)
Busana: Anizam Yusof
(http://anizamyusoftherhucouture.blogspot.com) |
|
|
|
|
|
|
| |
|