CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RomizalRosle

Slot Lestary TV3 - ASMARA 2 - Selasa 9 malam ~~ rumah 3 ~~

   Close [Copy link]
Post time 29-4-2011 04:56 PM | Show all posts
Reply  anzreen


Setuju, setuju... aku cdg wat drama diorg berganding lg tp bukan genre sedih ta ...
sellie003 Post at 29-4-2011 13:29



sellie ada botton like x ..aku dah tekan botton like kt komen ko..hehe..apakata ko dengan bean bergabung idea buat skrip ikut jalan cite yang ko komen tue..lepas tue ko tempel kt sini..ala2  novel ke cerpen pun ok gak..tak pun lagi best korang buat skrip lepas tue hantar kt suhan atau skop ke..yang penting FE-SJ yang teraju utama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2011 05:04 PM | Show all posts
san..pm ..ok dah ;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 05:19 PM | Show all posts
k r guyzzz..aku nk blik kg dlu wei....maybe dgn blik kg... aku dpt berkat & kembali bersemangat utk trus menonton asmara2 ( dh cm asmara plak..berkat blik kg la asmara & zaliya dpt berbaik2)...so aku nasihatkn korg smua...jom blik kg berjemaah...sapa yg asal KL..p blik kg bharu jer...k byeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 05:40 PM | Show all posts
aku tak ingat nie speku sapa..tapi best gak...


Pagi Ahaditu,Zarina (Zaliya) dan teman-temannya menghabiskan masa mereka di TasikAmpang.Tujuan mereka adalah untuk menghabiskan lukisan mural di dindingberhampiran tasik yang telah dilakukan mereka sejak beberapa hari yang lalu.Sengajamereka ke sana awal pagi.Tidak mahu kepanasan barangkali dek kehangatan sangmentari.
“Zarina (Zaliya),kau ni sengal la.”ujarNajiha.Mereka tertawa mendengar lawak Zarina (Zaliya) yang tak kering gusi tu.
“Ada-ada je la kau ni Zarina (Zaliya).Mengongoh.”ujar Aina pula.
“Lawak ke apa yang Zarina (Zaliya) cakaptadi?”soal Zarina (Zaliya) masih tidak henti ketawa.
“Lawak la ngok.Habis tu,kenapa kau ketawa?”soalAisyah pula.
“Dah korang ketawa,Zarina (Zaliya) pun ketawala.Takkan Zarina (Zaliya) nak diam je.”balas Zarina (Zaliya) kesengalan.
Sekali lagi ketawa mereka terburai.Dalam padaitu,gelagat mereka diperhatikan seseorang.
“Hai korang.”sapa Asmara.
Mereka semua berpaling,kecuali AZarina(Zaliya).Tekun sungguh dia dengan kerja melukisnya.Ada bakat la katakan.Merekatersenyum.
“Awak,nak kenal boleh?”ujar Asmara kepada AZarina(Zaliya).
‘Hurh,dasar lelaki.Pantang nampak perempuan dahilicin.Mulalah naik miang.Entah sape la yang jadi mangsa dia.’desis hati kecilAZarina (Zaliya).
“Zarina (Zaliya),mamat ni nak kenal dengankau.”Asyifa memberitahu AZarina (Zaliya).Kasihan melihat permintaan lelaki itutidak dilayan.
‘Aku pulak dah yang jadi mangsa dia.Pilih la oranglain.’gerutu Zarina (Zaliya).
“Awak,saya nak kenal dengan awak.”Asmaramenghampiri AZarina (Zaliya) lalu duduk di sebelahnya.
“Kak Jiha,dah siap.Turn akak pulak sambung.”jawabAZarina (Zaliya) selamba.
“Mana lagi part kita yang nak kenalukis?”sambungnya lagi.
AZarina (Zaliya) meneruskan kerjanya.Asmara masihberada di situ.Tidak berganjak dari kedudukan asalnya.Matanya tidak berganjakdari menatap seraut wajah yang putih mulus di hadapannya.Dia tertarik dengansenyuman dan gelak tawa gadis itu bersama teman-temannya tadi.Entah apa yangdiketawakan pun,Asmara tidak tahu.
AZarina (Zaliya) menyambung kerjanya.Buat tidaktahu akan kewujudan Asmara.Aizril hanya mampu tersengih melihat permintaansepupunya itu tidak dilayan.
‘Stylo la minah ni.Mamat hensem macam Asmara nipun dia buat tak tau.Siap tak pandang langsung muka Asmara.Respect dowh.’bisikhati kecil Aizril
“Ya Encik,boleh saya tolong?”soal Zarina (Zaliya)lembut kepada Asmara,rimas dengan kehadiran lelaki itu.
Asmara tersenyum.”Saya nak kenal denganawak.”balas Asmara.
“Buat apa awak nak kenal dengan saya?”soal Zarina(Zaliya) lagi.
“Sebab nak kenal dengan awak la.”jawab Asmarapula.
“Kenapa mesti saya?Kan ramai lagi kawan-kawan sayakat sini.”balas Zarina (Zaliya) pula.
“Entah.Nak kenal dengan awak jugak.”tegas Asmara.
‘Eeeee.Mengada-ngadanya mamat ni.MenyampahI.’getus hati kecilnya.
“Apa yang awak nak tau pasal saya?Nama ke.Tarikhlahir ke.Tempat lahir ke.I/C number ke.Makanan kegemaran ke.Hobi.Cita-cita.Namamak.Nama ayah.Mana satu?”soal Zarina (Zaliya) selamba.
Najiha,Aisyah,Aina dan Asyifa tersengih.Fahamdengan perangai AZarina (Zaliya) yang suka mengenakan orang itu.Merekameneruskan kerja mereka.Malas nak layan.
“Semua la kalau boleh.”balas Asmara.
“My name is AZarina (Zaliya) Azureen bintiAzahari.I was born on 1st January 1992 at Hospital Besar Melaka.Study atSekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.Proud to be SMAPK.I wanna be asuccessful lecturer.Last but not least,I do love my family.”jelas Zarina(Zaliya) lancar.
“Great.Can I have your phone number please?”soalAsmara lagi.
“03-41026754…Nanti,kalau umi saya angkat,awak cakapla dengan dia yang awak nak kenal dengan saya.”balas Zarina (Zaliya)tersenyum.Puas dapat mengenakan lelaki yang tak faham bahasa itu.
Ketawa mereka terburai apabila mendengar celotehAZarina (Zaliya) mengenakan Asmara.Aizril turut sama ketawa.
Asmara malu apabila dikenakan begitu.”Ermm..naknombor handphone boleh?”soal Asmara mengharap.
“Saya tak ada handphone.Umi sayacakap..Ehem..ehem..”Zarina (Zaliya) membetulkan suaranya.
“Kau tu duduk asrama.Tak payah la ngengada sangatnak guna handphone buat habis duit aje.”
“Abi saya pulak cakap…Ehem..ehem..”Zarina (Zaliya)membetulkan suaranya lagi.
“Kita ni Zarina (Zaliya),sebagai manusia yangbertanggungjawab,kena la sentiasa menggunakan perkhidmatan awam.Tak kira la,baske,teksi ke,telefon ke,tandas pun sama jugak.”
“Along saya pulak cakap.Ehem..ehem..”sekali lagiZarina (Zaliya) membetulkan suaranya.
“Guna handphone ni buat habis duit aje.Tiap-tiapbulan nak kena top up.Kan dah membazir.Membazir tu kan amalan syaitan.”
“Angah saya pulak cakap..Ehem..ehem…”
“Takpe-takpe.Dah cukup dah.Saya faham.”ujar Asmarasopan.
Mereka semua yang ada di situ tersenyum.Aizrilmasih tidak henti gelak.

Empat tahundia menunggu Zarina (Zaliya) menamatkan pelajarannya di Ireland.Empat tahunjuga dia berusaha bersungguh-sungguh bekerja sebagai seorang jurutera kapalterbang untuk menanggung hidup mereka kelak.Akhirnya,selepas empat tahunmenanti,AZarina (Zaliya) Azureen kini sah bergelar isteri kepada Asmara Haziq.
“Abang..”sergah Zarina (Zaliya) dari belakang.
Asmara menarik Zarina (Zaliya) ke dalampelukan.Dicium dahi si isteri penuh kasih.
“Kenapa abang senyum sorang-sorang?Ada nenekkebayan eyk kat luar tu.”gurau Zarina (Zaliya).
“Hisy,bini abang ni.Cakap bukan-bukan pulak.Tak dela sayang.Abang teringat macam mana kita kenal dulu.”balas Asmara lembut.
Kini,Zarina (Zaliya) bahagia bersama suamitercinta.Harapan mereka agar rumah tangga yang dibina kekal selama-lamanya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 05:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by masdiana-ana at 29-4-2011 17:53

bean aku suka speku ko yang nie...





Zaliyaberasa sangat geram dengan tindakan Asmara...Asmara pun meletakkan kereta ditempat yang disediakan...dan kemudian...Asmara pun keluar dari kereta...sebaiksahaja Zaliya membuka pintu kereta Asmara memaut lengan Zaliya...

Zaliya: hish Asmara..!!!knape lak nie...??sakitle...kata nak jumpa kawan....!!(cuba menepis tangan Asmara)

Asmara: Zaliya....kali nie awak kena ikut cakapsaya....saya nak bercakap bersendirian dengan awak...selepas tangandipaut...tangan Asmara melingkari pinggang Zaliya...

Zaliya: Asmara!!! Awak x faham lagi ke....janganla buat mcm nie...(cuba melepaskan lingkaran tangan Asmara)....

Asmara: Emm...lama saya x dengar awak jerit2 mcmnie kat saya....(senyum memandang Zaliya)...ok sekarang baik awaksenyumm....kita dah masuk hotel nie...nnti semua org tgk awak kalau awakperangai mcm nie...

Mereka berdua masuk ke dalam hotel dan menuju kereceptionist....

Zaliya: biar!! saya nak semua org tahuawaksekarang nie nak apa-apakan saya....

Asmara: eh??...saya x cakap pun nak apa-apakanawak..saya cuma nak berbincang dimana kite berdua je...lgpun jangan lupa sayanie siapa..

Zaliya: Err.... maksud awak??

Asmara: emm awak kena ingat....... selagi saya xlafazkan cerai...maka selagi itulah awak nie isteri saya...jadi kalau awak nakjerit ke ape ke...mcm mcm alasan yang boleh saya bagi sebagai suami awak...apakata awakk cuba ...

Zaliya pula mengetap bibir menahan geram....dalamhati...mentang-mentanglah dia ada kuasa tu...boleh pulak nak ugut...hish...

Sampai sahaja di kaunter...

Receptionist: ya..tuan puan... ada yang boleh sayabantu?...(menyambut Asmara dan Zaliya mesra..)

Asmara: emm saya nak satu bilik...

Receptionist :  Baiklah...tuan...puan...sempena hari ulangtahun Hotel kami yang ke7 kami ada membuat pakej honeymoon...sesuaiuntuk pasangan  sweet  macam tuan dan puan ni...sambilmenunjukkan brochure dan tersenyum mesra...

Zaliya memintas...

Zaliya: tapi cik kami dtg bkn nakhone........Asmara mengetatkan pautan lengan Zaliya dan memintas

Asmara: emm...mmg sesuai sangat....isteri saya nipun mmg  ada cakap nak honeymoon kat sini....kansayang........(memandang Zaliya ditepi...Zaliya pula hanya senyumterpaksa....)ok la saya amik promotion tu.....

Receptionist itu hanya tersenyum simpul keranamelihat kemesraan pasangan yang dirasakan sweet itu....kemudian kunci bilikdiberi..

Asmara: Ok...jom sayang....(nada sepertidibuat-dibuat).......

p/s: wokey...jgn fikir lebih-lebihokey....seterusnya akan dtg...............................hehehe

wokey korang ini lah klimaksnya....emm anggaplah episod 10...sori yerkalau x cukup romantik...emm pandai2 la korang mnambah romantikkanya...huhu akusuggest pasang lagu la kot...

Setibanya Asmara di dalam bilik...pautandilepaskan dan pintu dikunci...Zaliya berundur ke belakang...sedikit demisedikit...

Zaliya: Asmara....apa yang awak cuba nak buatnieh??...awak x habis2 nak buat saya mcm nie ...(dilihat sekeliling...)

Asmara yang dingin padanya sebentar tadi kinisudah kembali lembut......

Background=opick- rapuh.....meskipun rapuh dalamlangkah....

Asmara : Awakk...awak terus terang dengan sayaboleh x...apa yang terjadi sebenarnya?? knape tiba-tiba awak ckap yg awak dah xcintakan saya lagi...tolonglah...jangan buat saya macam nie wakk....(nada yanglembut)

Zaliya memandang Asmara sayu...kadang2 dia dapatmerasakan yang Asmara btul2 cintakan dia tapi apabila dikenang kembaliperbualan Melati dengannya setahun dahulu..dia memadam angan2 nya itu...

Zaliya: nak terus terang ape???...x de apa yangnak dickapkan lagi... semua saya dah bgtahu awak masa kite kat kg...(air mataberlinang)....

Asmara:  x cukup Zaliya...xcukup....awakk x tahu apa yang terjadi pada saya selepas awak pergi...betapamerananya hidup saya....(menahan air mata dari jatuh)

Asmara semakin menghmpiri Zaliya....wajah merekasemakin dekat...

Zaliya:  sudah la Asmara...awak x perlunak berbuat mcm nie dengan saya lagi...cukuplah dgn apa yang awakk dahkorbankan...x payah lah awakk nak korbankan juga cinta awak pada melati ...

Asmara: Melati??...cinta??...Awakk apa yang awakcakap nie.... kan saya pernah cakap kat awak...yang cinta saya pada awakmelebihi cinta saya pada melati...dan saya x kn tinggalkn awak...(meyakinkanZaliya)

Zaliya: Asmara...saya tahu semuanya....awak xpayah berselindung lagi...Zaliya cuba menahan sebak akhirnya air matanya tumpahjuga...

Asmara: Awakk.......jgn la mcm nie...saya x bolehtgk awak menangis....(nada memujuk)

Zaliya: lgpun... awak x kn tinggalkn saya pun sbbadam kn....(teresak-esak)...

Asmara: Adam??...knape sebab Adam pulak...mmg lasaya sayangkan Adam...tapi saya sayangkan Awak jugak...(masihlagi  dengan nada percakpan yang perlahan dan cuba memegang tanganZaliya diusap nya lembut)

Zaliya: awakk x nak adam x de keluarga mcm awakkn...sbb tu awakk berkorban dan tinggal dengan saya...cinta awkk pada melatikan??...sudah la Asmara.....


Zaliya yang masih basah dengan air mata bergerakke balkoni ...pegangan Asmara terlerai....angin Cameron yang dingin membuatnyabertambah hiba... Zaliya memandang Asmara yang sudah mula mengalirkan airmata......

Asmara: Zaliya....apa yang awak ckap nieh...manaawakk dgr semua nieh??...x pernah terlintas pun dalam fikiran saya wakk...bagisaya awaklah satu-satunya yang berada dalam hati saya...sengsaranya saya bila awakkdah x de...bayangan awak sentiasa dalam hidup saya....Adam itulah yang menjadipenawar rindu saya.. Zaliya......

Zaliya masih lagi diam...masih tidak pasti...diasedang bertarung dengan emosi...Asmara pula yang menanti jawapan dari Zaliyaberasa hampa dan mengalah....

Asmara: x pe la Zaliya...mgkin apa yang awakcakapkan kat kg tu mmg btul...Asmara menarik nafas lama ... air matanya masihlagi mengalir...hati Asmara berasa sakit untuk menyebutnya namundigagahnya  juga.....yg awak sudah x cintakan saya lagi.......

Background:Surga cinta:Terdiam...hanya bisadiam...dingin....menyerang...

Terkedu Zaliya....kemudian Zaliya mengangkat mukamemandang Asmara yang memandangnya seribu makna....masing2 sedang bertarungdengan perasaan masing2......

Asmara: baiklah Zaliya...kalau ini yang awakhendak Zaliya...saya akan ikut...saya x kan ganggu hidup awak  lagiselamanya.....dan apa yang awakk mintak dalam surat hari tu pun akan sayatunaikan....Asmara mula berpaling menuju ke pintu dan tombol pintu dipulas...

Tiba-tiba Zaliya berasa cemas...nafas tersekatkerana mendengar Asmara berkata begitu dalam hatinyaberkata...pergi???...cerai???  adakah dia sanggup menerimanya...hiduptanpa Asmara lagi??....Asmara tidak akan muncul lagi...suara dan belaian Asmarajuga akan hilang.... tidak!!!


Tanpa disedari...Zaliya berckap dengan nada yangkuat....
Zaliya: Asmara!!!!...


Kemudian Asmara pun berpaling ...Zaliya merenungwajah Asmara...perlahan lahan dia menuju ke Asmara ...Zaliya yakin yang Asmarabtul2 cintakan nya...apa yang Melati ckp padanya diketepikan dahulu kerana padawaktu sekarang  dia btul2 dapat merasakn  yang Asmarasangat menyayanginya...

Sekarang mereka sudah pun berdiri dihadapanmasing-masing......Asmara yang masih basah dengan air mata juga membalasrenungan Zaliya...kemudian  tangan Asmara memegang pipi Zaliyamengesat air mata Zaliya...Zaliya pula menggeleng-gelengkan kepala sepertimemberi isyarat supaya jgn pergi.......

Zaliya: Awakk...jangan pergi......(perlahan)...

Lantas Asmara memeluk Zaliya...dan Zaliya membalaspelukan Asmara...kuat...masing melepaskan rindu yang selama ini mencengkamjiwa...Asmara pula berasakan sukar untuk menggambarkan perasaanya pada waktuitu...suka...gembira...syukur...risau Zaliya akan meninggalkannya..tapi dia tabahdan bertekad untuk memulakan hidup baru...Asmara meleraikan pelukansedikit...Wajahnya dan Zaliya mmg begitu dekat




p/s..bean speku ko nie walaupun hanya ayat2 dan kata2 tapi aku dapat rasa kerinduan asmara dan zaliya dari yang dipaparkan dilayar kaca..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 06:45 PM | Show all posts
bean aku suka speku ko yang nie...





Zaliyaberasa sangat  ...
masdiana-ana Post at 29-4-2011 17:46



   mas oi....hahahaha adoy siap tepek kat sini lagi...knape aku baca rasa klakor lak.....hadoy....hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2011 07:00 PM | Show all posts
Boleh kata setiap hari setiap masa aku baca komen2 dlm thread ni...tapi hanya SR je..dah jadi malas nak komen..takde mood...hilang semangat...rasa mcm kecewa sangat dgn Asmara2 ni..mujur la bila buka thread ni ada juga gambar2 SJ sebagai penyejuk...pastu gambar2 sweet FE & SJ dalam Pondok Ingatan Cinta buat sajian kita dikala ini yg terlalu kecewa...jadi ler utk kala ini.. . sedih sangat dgn kita-kita ni kan... tak tau nak kata apa dah..melaikan follow je lah episod2 yg akan datang kut2 ada sikit sinar harapan....semangat ni pun datang dgn adanya kita2 ni yg masih lagi masuk thread ni...sudah tentunya en romi yg banyak 'boost' semangat kita ni...

untuk nak kembalikan balik semangat Asmaraliya...ada yg sanggup godam balik lappy nak review balik speku2 thn lepas dan paste balik kat sini..teruskan kawan2....best bila dpt baca balik speku2 kalian...esp. speku Bean..Sellie..Oddoxx, Zammy..Wuda..Marchie..asmaramv.. (hanya sebut yg familier je...)ok ler baca speku2 pun...walaupun skrip Asmara2 ni jauh jauh menyimpang dari speku2 kita..takpe lah review balik speku2 yg lepas2 pun OK juga demi merawat hati yg duka ni..(cewahh!!..)....tapi aku pun sedih mcm korng juga tau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 07:05 PM | Show all posts
Thanks dgn kak Mutiara....ada juga buat blog utk fan Asmaraliya...dapat juga review balik Asmara musim 1 dulu....best sangat bila dibelek2 balik gambar SJ masa session 1 dulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2011 07:10 PM | Show all posts
Boleh kata setiap hari setiap masa aku baca komen2 dlm thread ni...tapi hanya SR je..dah jadi malas  ...
Sue_honey Post at 29-4-2011 19:00



   hehehe...sabo yer sue...xpe2 msti ada sinar harapan nye la episod mendatang....cuma jgn expect terlalu tinggi je k...(eh??dah mcm en.romy lak tolong promote..hehehehe) kite terima je la asmara2 nie mcm nie....nsib bek la ada korang rasa terhibur skit....agak2 nye la kan sesape yg tgk sorang2 asmara2 kali nie dn x tau forum nie ada msti sakit jiwa gler coz terpaksa sakit hati sengsorang...ksian....at least kite kat sini reramai...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 08:32 PM | Show all posts
Reply 1046# mrs.bean

saje je bean tempek kt sini..nak kembalikan mood2 korang kat sini.klau nak tempek speku ko semua harus kena buka 4dan 5 page ..panjang gak speku ko..bean hehehehe aku tengok umah nie selepas  tayangan episode 8 mcm muram dan suram..korang masih bersedih lagi ke..sentap lagi ke..aku dah ok dah..sentap tue adalah skit ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 08:40 PM | Show all posts
bila ingat speku2 korang kt sini, boleh senyum sendiri...lebih panas dari asmara2....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 09:18 PM | Show all posts
aku setuju dengan penyataan2 di atas. setiap watak yang dicipta perlu kukuh dan ada pendirian ma ...
nuwuwuda Post at 29-4-2011 11:24



Sorry keluar topik ckit...

    sutera bidadari belum lagi....x sempat nak cari lagi....tp novel2 yang lain semua dah baca.
novel RAM yg paling saya suka,"bagaikan puteri" dan ADAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 09:23 PM | Show all posts
suka speku2 korang..

tp paling tragis speku oddxx..coz last asmara matii..tp sha suke speku ni...

but paling x puas ati..speku dr asmaramv...

SAMPAI LA NI TERTANYA2..ASMARA LANGGAR APA ASMARAMV OIIIIII???????????

x puas ati rasa..speku tergantung..huhuuu..
speku best dah..tp x dihabiskan..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 06:19 AM | Show all posts
ceriakan pagi anda dengannnn.......





Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 06:19 AM | Show all posts
ceriakan pagi anda dengannnn.......





Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 06:43 AM | Show all posts




gatai tgn..hehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 10:13 AM | Show all posts
Reply 1053# shalady


    ok sha..nanti akan ku sambung..kena taip balik dah sebab laptop da terkena virus huhuhu2...

   tapi memang marimar bestlaa..dah lama tak layan cite philippine...marian rivera memang meletop..kenapa kat malaysia takde eh pasagan yang hot meletop mcm dierang neh....off topic la pulak sebab nak mengubat kekecewaan.haah bean aku ikut je forum nie da lama senyap je tapi lepas tgk episod 8 haritu da tertahan da nak meluah rasa ,
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 10:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by shalady at 30-4-2011 11:10
Reply  shalady


    ok sha..nanti akan ku sambung..kena taip balik dah sebab laptop da terkena  ...
asmaramv Post at 30-4-2011 10:13



    ooo..ada je kat cni rupanya..ingat p mana..

   jgn lupa sambung balik tau...nak tau sgt asmara langgar ape..hehee..

  akan ku tunggu speku mu ituuuuuuuuuuuuuuuuu ;) ;) ;)

   takut ko lupa..ni antara ayat2 speku terakhir ko n membuat ku ternanti2 till skarang


"Asmara masih dalam perjalanan pulang dari rumah Sahlan  menuju ke rumah sewanya. Sampai di sebuah persimpangan jalan…BANGGGGG!! Dentuman kuat kedengaran dan Asmara telah terbaring di atas jalanraya…..

BERSAMBUNG……….."
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 06:09 PM | Show all posts
Reply 1017# eclipse209


    Setuju, setuju. Saya pun expect Zaliya tu akan sambung belajar, coz kalau tak silap masa Asmara 1, dia dah nak abis, lagi satu semester. Dan dok wonder, betul ke dia keje kat Mall tu (coz cam dia ada pakai tag).Tapi dalam Asmara 2 cam hidup dia tak ada arah, asyik ngintai Asmara and M....M pulak tgh sambung belajar lagi...tu yg saya suka speku Bean, yang terus fast fwd and Zaliya dah sambung belajar and bekerja....

   Starting Asmara 2, si Asmara tu depress habis, so tu yg dijadikan justification dia kahwin ngan M kut....dan la ni Zaliya pulak yg asyik meratapi nasib diri...melancholy nya.....hilang kekuatan watak Zaliya dalam Asmara 2 dulu, cuma kdg2 je nampak dia geram kat Sahlan...tapi tak de apa-apa tindakan selanjutnya ie untuk membebaskan diri dia dari 'sangkar' Sahlan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 11:20 PM | Show all posts
masa tengok fb...so jumpa la peminat m....so terpikir nk bg komen ni....

Pada pendapat saya la.....drama asmara1 tak kan meletup jika FI jadi zaliya....sebab dia memang xde aura yg mampu memikat kita semua.....
Jika FE jadi M, sah2 aku minat watak M kot....
walau watak FE amat menyakitkan ati dlm asmara1....tah tak tahu kenapa hati terus terpaut....sampai sanggup cari balik cerita2 lama lakonan FE. sedangkan sebelum ni, tak kenal pun sape FE....
FE memang pandai bawa watak....hingga kita boleh menjiwai wataknya....
FI walaupun bawa watak sedih dlm asmara1....tp saya x rasa sedihpun....menyampah ada le....

hanya pendapat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.123399 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list