|
RIANZ PARADISE VOL. 80 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
no7 the climb
no6 lagu happy |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi petang makan kat sini Sun Cafe
![](http://i999.photobucket.com/albums/af112/UntouchableLangkawi/suncafe.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
as usual kat situ mula2 dia bg yg ni bread roll
![](http://i999.photobucket.com/albums/af112/UntouchableLangkawi/dinner2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu ada side geratin
![](http://i999.photobucket.com/albums/af112/UntouchableLangkawi/dinner4.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Eddie makan yg ni supreme pizza with cilli padi
![](http://i999.photobucket.com/albums/af112/UntouchableLangkawi/dinner3.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
akk makan yg ni barracuda fillet
![](http://i999.photobucket.com/albums/af112/UntouchableLangkawi/dinner1.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Eddie minum ice blend coffee and akk minum cuppucino ....lps tu dua2 org order pineapple juice!! sehati sejiwa |
|
|
|
|
|
|
|
nak gak tempek sambungan cerita novel ni.... malam ni ada lah org yg ketuk kpl I>>>
Part 163
Bbrp minggu berlalu dan kini aku sudah boleh berbual dgn Suriani spt dulu. Tiada lagi pergaduhan mahupun pertengkaran. Sambil makan malam bersama malam itu kami berbual2.
“Bila wife you nak bersalin?” Tanyanya sambil memandang ke wajahku.
“Should be end of next month. Dia tu dulu pernah ada darah tinggi, tak boleh stress, tak boleh ada pressure nanti takut jd mcm dulu masa bersalinkan Amir” aku sudah boleh becerita ttg keluargaku kpdnya.
“Teruk ka bersalin kan Amir” Tanya Suriani.
“Teruk, kena paksa Amir tu lahir awal dekat dua puluh hari, kalau tdk lg bahaya. Wife I sakit berhari2 kat hospital. Nak ikut2kan I tak mahu tgk dia susah2 lagi tp dah lama2 tentu nak anak lagi. Dia tak boleh tertekan, sampai sekarang ni dia belum tahu apa2, kalau tak tahu terus pun tak apa” kataku merujuk kpd hal kami.
“I harap kali ni perempuan, biar sepasang” kataku sambil tersenyum sendiri.
“Amir tu betul-betul mcm you, seiras” kata Suriani. Aku hanya tersenyum lagi sambil mengiakan kata2nya.
“Wife you kerja lagi?” Tanya Suriani.
“Ya, kat USM” jwbku
“I respect wife you, gaji suami berpuluh ribu pun masih gigih berdikari” kata Suriani.
“Dulu dia dah berhenti, masa Amir lahir, nak uruskan Amir yg masih kecil. Sampai Amir umur lima tahun masuk tadika baru dia kerja balik. Wife I org Kepala Batas dekat Jitra, ayah dia banyak bendang dan kebun” aku makin girang berkongsi sedikit kebahagiaanku bersama Suriani.
“Pernah you terfikr nak ceritakan ttg I pd wife you?” Tanya Suriani tiba2. aku melihat ke wajahnya yg agak serius tp tenang ketika itu dan aku mengeluh panjang.
“Tak mengapalah, bukan salah you pun, you bukannya curang, you lelaki baik-baik. Kalau dgn berdiam begini boleh membuatkan hidup you dan keluarga lebih bahagia tak perlulah dia tahu. Tapi bila kes kita nak dibicarakan? Lagi cepat lg senang” soalan Suriani itu membuatkan aku tergamam seketika.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 164
“Nanti I akan bagitau you, you dah nak keluar dr rumah ni kah? Dah dapat kerja?” tanyaku.
“Belum, tapi I nak tahulah, kerja pun belum dapat lagi. Lepas ni you tentu sibuk nak uruskan keluarga you, dapat anak baru, Amir masuk darjah satu, wife you yg dlm pantang. Biar selesai sekarang, you tak payah fikirkan perkara ni lagi” aku memerhatikan dirinya yg sudah membasuh tgnnya.
“I nak you bahagia balik mcm dulu, mcm mula2 I kenal you. I nak anak-anak dan isteri you gembira. I takut lama2 I dgn you di sini wife you akan syak, mulut org bukan boleh ditutup. Lagi pun I takut end of the day I akan lebih susah nak lepaskan you. Biar secepat yg mungkin” kata Suriani sambil membawa pinggan2 di atas meja ke tempat membasuh.
Sesekali dia mengingatkan aku kpd isteriku Noraihan yg tak pernah gagal dalam menguruskan makan minum dan keperluanku setiap hari. Entah apalah pula perasaan yg tiba2 bersarang di dalam jiwa malam itu. Aku cepat2 bangun meninggalkan dirinya di dapur.
“Kenapa termenung? Nak coffee?” terkejut aku bila ditanya begitu sedangkan fikiranku sudah melayang2 entah ke mana.
“Boleh juga” kataku mencapai remote control TV tanpa berpaling melihatnya di depanku.
“You dgn Zakri dah tak contact lagi?” tanyaku bila Suriani meletakkan mug berisi coffee itu di depanku.
“Ada few months back, dia dtg sini, mcm biasalah nak ajak I balik dgn dia. Dulu I tunang dia, I terima saja apa yg dia nak buat. Tapi lepas kita kahwin, tak mungkin I nak balik pd dia, kecualilah mmg dah tertulis jodoh I dgn dia. Dia terus saja hilang sampai hari ini tak tahu kemana, I rasa dia dah transfer ke Pg branch, dulu dia kat B.M branch. Entah2 dia dah kahwin dak? Tak apalah ini semua salah I juga. Walaupun kita hidup mcm ni tp I rasa lebih gembira, rasa tenang. Dulu I rasa hidup I terlalu banyak dosa, nikah bukan penyelesaian” Dia tak pernah menceritakan hal itu kpdku selama kami hidup di bawah satu bumbung itu.
“Harap2 satu hari nanti I akan dapat org yg betul2 sayangkan I, mcm mana you sayangkan wife you. Lepas tu bila kahwin tentu I akan bahagia, dgn org betul2 cintakan kita”
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 165
Aku tergelak kecil melihat cara dia bercakap seolah2 sedang berangan-angan. Tdkkah dia sedar bahawa selama ini dia mmg sudah bersuami?
Aku suaminya, yg sah, aku mampu memberinya kebahagiaan itu spt mana yg dia impikan. Spt mana yg ku berikan kpd Noraihan selama lebih dari lapan tahun bersama. Cuma aku tiada perasaan cinta yg tulus itu untuknya. Perasaan itu ku serahkan kpd isteriku Noraihan sehingga tiada lagi yg berbaki utk sesiapapun.
“Selalunya kalau jd isteri kedua, perempuan itu mesti kuat bersabar, beralah, kena tahu diri, kena banyak berkorban hati dan perasaan, betul kan?” Tanya Suriani di dalam samar2 cahaya yg dtgnya dr TV 29 inci di depan kami. Mataku merenungnya cuba memahami perasaannya. Dia memandangku dgn senyuman yg tawar dan masih tenang sahaja.
“You tak boleh harapkan apa-apa dr I, kita tak ada apa2 hubungan perasaan. Kita mmg terikat dgn ikatan yg sah, tp setiap ikatan perlu ada rasa, kalau tdk ia tak ada ertinya. Dalam hati I dah ada org lain, hidup I bahagia sampai ke hari ini walaupun you mengisi tempat dia di sini. I tak perlu lagi org lain utk buatkan I bahagia, dia ada segalanya yg I mahu. I nikah dgn you sbb I nak menjaga maruah kedua2 keluarga kita. Ibu bapa you org susah, apa lagi yg mrk ada selain maruah” ucapku dgn suara yg agak pelahan.
“Itu I tahu, sbb itu I tak minta apa2 lagi dr you. Kalau dulu I selalu berangan2 tinggi, sekarang tdk lagi. You dah baik beginipun I dah bersyukur banyak2. Mmg susah bila kita pernah ada seorg lelaki dlm hidup, spt mana hubungan I dan Zakri. Tiba-tiba mimpi I jd kenyataan, I dapat hidup dgn lelaki yg benar2 I mahukan selama ini, di dalam satu rumah secara halal, tp rupa2nya I masih bermimpi, you terlalu jauh, lebih jauh dr yg I sangkakan. Tp untuk diri I, dah cukup, I berpeluang tinggal dgn you jd isteriku. Ini pengalaman yg I tak kan lupakan sampai bila2”
Aku benar-benar terharu mendengar kata2nya. Aku bangun dan beralih tempat ke sofa panjang di sebelahnya. Aku tersenyum padanya. Dia memandangku dgn hairan, tiada senyuman di wajahnya. Perlahan-lahan aku sentuh jari-jarinya yg agak kasar kerana kerja2 rumah setiap hari. Mungkin selama ini dia tdk pernah terfikir utk menjaga penampilan diri memandangkan aku yg tak pernah memberi perhatian padanya. Jari2nya ku kucup pelahan2 dan mataku merenung jauh ke dalam matanya yg terbeliak memandangku.
“Su lelaki sebaik manapun, kalaulah you rasa I ni yg paling baik, tidak akan dpt memberikan keadilan kpd isteri yg lebih dr satu. Perasaan itu tak sama, rasa sayang itu berlainan. Salah seorang akan pasti terluka. Yg pasti I tak akan melukakan hati isteri I Noraihan, I terlalu sayangkan dia. Dia dah berkorban segalanya utk I, utk membahagiakan I, dia ibu kpd anak2 I. I kahwini dia dgn rasa cinta yg terlalu mendalam, dia cinta pandang pertama. Dia anugerah Allah utk I yg tdk ternilai.
I lelaki bertuah yg mendapat peluang menyintainya, mendapat kasih sayang dan ketulusan hati wanita sesuci dia. Dia mengubah diri I menjadi seorang lelaki yg tahu menghargai nilai seorang wanita. You tak akan faham perasaan itu Su. Berada dgn you walaupun kita sah di sisi agama, di sisi Allah, utk bergaul seperti org lain, masih tak dpt menghilangkan rasa bersalah I. I rasa banyak sgt dosa I pada dia, pada Amir dan anak yg masih di dalam kandungan ibunya. I tak beri perhatian yg sewajarnya pd dia bila I di sini dgn you” aku menyatakan isi hatiku yg sebenar kpdnya agar dia faham kedudukannya di sisiku. Air matanya menitis satu persatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 166
“I minta maaf kerana selama ni banyak kata2 I yg telah menyakitkan hati you, menyinggung perasaan you, I bukan suami yg baik utk you. You dah jadi isteri yg baik sebenarnya, cuma mungkin I bukan orgnya. Kalaupun I tidur dgn you itu sbb nafsu semata-mata. You kn faham kasih sayang dan nafsu itu berbeza. Lelaki masih boleh bernafsu walaupun tanpa cinta. You hanya akan bahagia dgn lelaki yg dpt berikan you kedua-duanya. I cuma ada satu, you akan menderita bila lama-lama you sedar yg you cuma tempat I melepaskan nafsu. Itu tak adil utk you sbb you pun isteri I, you pun berhak mendapat yg sama dgn isteri I. Mmg susah bila kita dah rapat, you tentu mahukan I, itu naluri seorg perempuan yg dah bersuami. I tak salahkan you, tp I nak ingatkan kemungkinan itu. Sebagai isteri you mmg berhak menuntut dr I. I hanya lelaki biasa, I tak sekuat dan setegar itu. Kita tak punya banyak masa, esok atau lusa I pasti tinggalkan you. Hubungan itu akan menyukarkan kita membuat keputusan”
Suriani menangis semahu-mahunya di bahuku. Kemudiannya dia bangun dan melepaskan tgnku yg masih erat menggenggam jari2nya. Tanpa memandang wajahku dia melangkah cepat ke tangga, aku hanya memerhatikannya hingga dia hilang dr pandanganku.
Aku masih terduduk di situ keseorangan, fikiranku masih memikrkan Suriani. Salahkah aku menolaknya kerana cinta yg satu itu. Berdosakah aku menidakkan kedudukannya di sisiku? Kami bukan sehari dua hidup bersama, sudah hampir lapan bulan berkongsi hidup sebumbung saling menjaga kebajikan dan keperluan masing-masing.
Menerima dirinya sebagai isteri bermakna aku harus berani menerima hukuman yg bakal mendatang. Mana satu yg lebih berdosa, menyembunyikan hubungan itu dr isteriku atau menikahi seorg wanita lain tanpa bertanggung jawab ke atas haknya sbg isteri? Aku menimbang-nimbang, apakah keputusan itu dtg dr jiwa yg tenang dan fikiran yg waras atau aku sudah dibuai sebuah perasaan yg tak dapat aku nafikan kpdnya.
Mengambil nafas yg paling dalam dan mencari kekuatan diri aku bangun perlahan-lahan menaiki tangga itu. Biar diadili di mahkamah dunia mahupun di padang mahsyar sekalipun aku pasti yg aku berada dipihak yg benar. Pintu bilik yg sudah tertutup rapat di dalam serba kegelapan itu ku ketuk perlahan-lahan. Aku menyalakan lampu di ruang rehat tingkat atas sambil menunggu pintu dibuka. Lama sekali baharulah daun pintu itu terkuak, wajah Suriani yg masih sugul dgn matanya yg masih bengkak muncul perlahan-lahan. Tanpa sepatah kata yg terluah aku menariknya masuk ke dalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg adigan selepas tu akk serahkan pd org2 yg cerdik pandai lah ye!!! kita skip ajalah ke part lain |
|
|
|
|
|
|
|
no2 stacy gagap
cosign45 Post at 31-7-2009 23:26 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Stacy naik baliklah.... fuyo |
|
|
|
|
|
|
| |
|