|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V173'- Happy New Year 2023 -
[Copy link]
|
|
Cuaca baik di seluruh Semenanjung pagi ini
2 Januari 2023, 8:29 am
PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dikebanyakan negeri di seluruh Semenanjung pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hanya beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sahaja dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk ini adalah Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru dan Miri) manakala di Sabah pula, hanya kawasan di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) sahaja.
“Walau bagaimanapun, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang tetap dikeluarkan di beberapa kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur sehingga pagi ini,” katanya.
Jelasnya lagi, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer per jam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga melibatkan perairan Sarawak, Selat Melaka Selatan, Tioman, Labuan, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-layang, Sulu, Palawan dan Reef South.
Ujarnya, amaran ini dijangkakan berterusan sehingga 29 Disember ini.
“Di sepanjang tempoh amaran, keadaan ini adalah amat berbahaya kepada kebanyakan aktiviti pantai dan juga perkapalan termasuklah aktiviti perkhidmatan feri dan juga aktiviti pelantar minyak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... menanjung-pagi-ini/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mattzzx at 2-1-2023 11:31 AM
Covid-19: 417 kes baharu, empat kematian
Januari 2023 08:11am
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/01/02/2042510.jpg)
Malaysia merekodkan 417 kes baharu Covid-19 pada Ahad. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Sebanyak 417 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan tiga daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID) sekali gus menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,857 kes.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,871 kes,dengan 11,232 atau 94.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Dalam pada itu, seramai 609 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 30 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, sembilan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 547 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,978,369 kes.
https://www.sinarharian.com.my/a ... haru-empat-kematian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mbr2 yg lain yg ada dtg kt seri kembangan aritu nov ada jumpa tak kali ni.
atau spend masa dgn mbr kt SA ni saja
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhberadik023_1672628486.jpg)
Dua beradik berusia enam dan sembilan tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Dewan, Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
matt pun gitu juga
suka duduk rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
nape nov tak suka makan yg bercenkerang?
susah nak buka?
itu yg leceh nak kena buka dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
itu namanya rezeki yg berkat
ada tu dapat duit banyak pun tapi tak cukup2 juga, itu rezeki yg tak berkat
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah
kalau nov masuk awal boleh lah kita moyan sama2
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo nov tak suka yg jenis siput tu
nanti nov tersipu sipu malu
heehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sama sama nov
nov bila selalu jangok?
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya matt tak pernah dapat lebih dari 100
|
|
|
|
|
|
|
|
mamak ni sekali sekala ok lah makan
kalau selalu sangat pun jemu juga
mco tu memang special case, kena lah masak sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
kg MIL kat mana?
biasa anak2 nov akan pergi celebrate umah MIL?
cuma MIL nov sorang yg masuk islam?
|
|
|
|
|
|
|
|
matt percaya kalau nov kata setiap hari nov jangok
pasal nov mengikut nenek nov yg suka jangok tu kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
cuti hari ni nov buat apa kat umah?
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu
kena recharged diri
pasal esok nak guna kan
hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Hormati mereka terkesan, henti spekulasi kebakaran Wisma Jakel
oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF 02 Januari 2023 11:29am
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/01/02/2042580.jpg)
Antara dakwaan yang dimuat naik pengguna media sosial berkaitan kejadian kebakaran Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin.
SHAH ALAM - Hormati individu kerugian jutaan ringgit dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan, itu ingatan polis berkaitan pelbagai spekulasi berlegar di media sosial berkaitan kebakaran di Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa kejadian kebakaran tersebut disengajakan.
"Biarpun laporan polis belum diterima berkaitan perkara tersebut, saya ingatkan kepada masyarakat jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati pihak terlibat.
"Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau sewenang-wenangnya membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Katanya, dakwaan sebegini boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.
"Memang boleh kena tindakan undang-undang, jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.
"Kes masih dalam siasatan pihak bomba, dan setakat ini punca kejadian masih belum diketahui, saya mohon kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini," katanya.
Pada Ahad, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.
Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai speku benda yg sama. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|