CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 30-8-2012 01:25 PM | Show all posts
apa niii .. tergantung weii ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2012 01:39 PM | Show all posts
hotmum posted on 30-8-2012 01:25 PM
apa niii .. tergantung weii ..

Boss jeling...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 01:41 PM | Show all posts
“Bi, kita nak pergi mana ni?” Fifi bersuara, gelisah. Matanya melilau memandang keliling. Ini bukan jalan menuju ke rumahnya. Sudah beberapa kali dia berpsesan kepada Shah yang dia mahu pulang lebih awal. Mama dan papa sudah mula bising dengan sikapnya yang sering pulang lewat malam.

“Kita pergi rumah kawan I kejap. I tertinggal barang” Shah menjawab, sambil tersenyum memandang Fifi.

“Ala Bi, dah lewatlah. Kan I dah cakap, hari ni I nak balik awal. Mama dengan papa dah bising sebab I selalu balik lewat” Fifi membalas.

“Sekejap je sayang. Lepas ambil barang tu I hantar you balik”

“You hantarlah I balik dulu. Lepas tu you pergilah rumah kawan you” Fifi berkata lagi. Kali ni nada suaranya meninggi. Kurang senang dengan Shah yang seolah-olah tidak memperdulikan permintaannya. Shah masih tersenyum memandang Fifi.

“Sayang, I janji. Lepas je I ambil barang kat rumah kawan I, terus I hantar you balik. Lagipun kita dah half way through. Takkan I nak patah balik” Shah memujuk lagi. Tangan Fifi di genggam.

“Janji?”

“Iya. I janji. Lepas je I ambil barang, kita terus balik” Shah mengulangi janjinya.  

“Senyumlah sikit sayang” Shah berkata lagi. Akhirnya Fifi mengalah.

Perjalanan ke Sri Hartamas itu mengambil masa lebih kurang setengah jam dari Zouk. Fifi hanya memerhatikan jalanraya. Moodnya hendak berbual telah tiada. Apatah lagi, otaknya berfikir macam-macam alasan yang akan diberikan kepada mama dan papa nanti.

“You buat apa?” Tanya Shah apabila melihat Fifi mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya.

“I nak beritahu mama yang I balik lewat, singgah rumah Nina” Fifi berkata sambil tangannya sibuk menaip sesuatu. Senyuman Shah semakin lebar apabila mendengar Fifi menuturkan ayat itu.

Mereka akhirnya sampai ke destinasi. Fifi hanya memerhatikan Shah yang mengeluarkan ‘access card’ lalu masuk ke melalui pagar berpalang. Kening Fifi berkerut. Sekali lagi Fifi memerhatikan kawasan sekeliling. Kelihatan mereka seperti berada di kawasan kondominium mewah.

“You cakap kita pergi rumah kawan you. Kenapa you ada access card pulak?” Fifi bertanya, keningnya masih berkerut, kehairanan.

“Memang I ada. Kawan I bagi” Fifi hanya mendiamkan diri mendengar alasan yang diberikan oleh Shah.

“Let’s go” Shah mengajak apabila keretanya sudah di parkirkan.

“Taknaklah. I tunggu dalam kereta je” Fifi menolak.

“Takkanlah you nak tunggu dalam kereta. Bahaya tau duduk sini sorang-sorang”

“Ala bi, taknaklah. You pergi sekejap je kan?”

“Jomlah. Boleh I introduce you pada kawan I”

“I seganlah” Shah menghembuskan nafas kasar lalu keluar dari tempat duduk pemandu. Pintu kereta di sebelah penumpang di buka.

“Come sayang” Shah masih mendesak. Fifi merengus.

“Please sayang. Sekejap je” Tangannya di hulurkan kepada Fifi.

“Okaylah” Fifi menjawab malas. Tangan Shah tidak disambut tetapi dia keluar juga dari kereta. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Apabila masuk ke dalam lif, Shah menekan butang 17 lalu tersenyum lagi memandang Fifi yang masih cemberut mukanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:44 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 01:39 PM
Boss jeling...



kantooiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:45 PM | Show all posts
wah.. kira rogol rela kah fifi ni??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:46 PM | Show all posts
ye ... dan lagi lagi lagi ... tak cukuuupp laaa .. hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2012 01:48 PM | Show all posts
“Dah sampai” Shah berkata. Dia mengeluarkan kunci dan access card lalu membuka pintu. Sekali lagi kening Fifi berkerut.

“You kata, ni rumah kawan you, macam mana you boleh ada kunci pulak?”

“Dia bagi I kunci, suruh I masuk sendiri” Sekali lagi Shah memberikan alasan yang Fifi rasakan semakin tidak logik namun didiamkan sahaja.

“I taknak masuklah” Fifi berkata, menjarakkan diri tetapi dengan pantas Shah memegang lengannya. Mahu tak mahu, Fifi mengikuti langkah Shah ke dalam.

“Cantiknya rumah kawan you ni” Fifi berkata apabila telah berada di dalam. Dia agak kagum dengan hiasan dalaman ruangan penthouse mewah ini. Shah hanya tersenyum.

“You nak minum?” Shah bertanya.

“Minum? Tapi kawan you…”

“Tak apa. Dia tak kisah” Shah menjawab.

“You duduk dulu. I ambilkan you orange juice” Shah berkata lagi lalu berlalu ke dapur. Fifi diam. Dia kemudian duduk di sofa.

“Sayang..nah” Segelas jus oren dihulurkan. Fifi menyambut.

“Minumlah” Fifi mengangukkan kepala lalu jus oren di minum beberapa teguk. Shah duduk di sebelahnya, juga dengan segelas minuman di tangan. Mereka berbual-bual seketika sambil minum sebelum Fifi merasakan telinganya berdesing.

“Bi, I rasa macam nak pitam” Fifi berkata lagi. Pandangannya terasa berbalam.

“Bi…” Fifi memanggil lagi. Dia memandang Shah tetapi agak sukar untuk memfokuskan penglihatannya.

“Bi, apa you nak buat ni?” Dia tidak pengsan sepenuhnya, hanya terasa seperti berada di awang-awangan. Dalam keadaan separuh sedar, dia terasa badannya di cempung lalu dia di bawa masuk ke dalam bilik dan direbahkan di atas katil.

“Lepaslah. Bi!” Fifi menolak Shah sekuat hatinya apabila Shah sudah mula memeluknya.

“Bi!”

“Sayang…don’t fight. Just enjoy this moment”

“Bi…please. Stop it!” Fifi cuba melawan namun kudrat Shah pastinya lebih kuat. Ketika ini dia masih sedar apa yang Shah cuba lakukan tetapi dia langsung tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Pandanganya semakin kelam.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:53 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 01:48 PM
“Dah sampai” Shah berkata. Dia mengeluarkan kunci dan access card lalu membuka pintu. Sekali lagi  ...



sian fifi ... dia dianiaya!!!!

setan ko shaarrrrkkkk!!!!!!! ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2012 01:58 PM | Show all posts
hotmum posted on 30-8-2012 01:53 PM
sian fifi ... dia dianiaya!!!!

setan ko shaarrrrkkkk!!!!!!! ..

Moral of the story...

Ingat ye adik-adik, jangan ikut boipren masuk rumah. jangan percaya boipren sangat!

You will never know what you going to get....

Always trust your inner sense. Kalau ada yang tak kena tu, cepat-cepat lari...
Last edited by Nicki_Meow on 30-8-2012 02:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 02:02 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-8-2012 01:45 PM
wah.. kira rogol rela kah fifi ni??

Mula-mula paksa... lepas tu rela...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 02:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 02:02 PM
Mula-mula paksa... lepas tu rela...

dah sedap!! .... rela je laa ..

ya ammpuuunnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 02:11 PM | Show all posts
Fifi tidak tahu pukul berapa dia terjaga. Sedar-sedar saja hari sudah terang. Matanya terbuka perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa pening. Beberapa minit kemudian, akal warasnya sudah kembali lalu dia cuba mengingati kejadian malam tadi. Fifi tergamam. Dia memandang keliling.

Ini bukan mimpi!

Fifi tahu itu kerana ini bukan biliknya. Suasana hiasan dalaman di dalam bilik tidur ini walaupun indah dan santai, itu tidak mampu menenteramkan jiwanya yang mula bergolak. Fifi bangkit perlahan-lahan. Semakin kacau-bilau perasaannya apabila menyedari keadaan dirinya pada waktu ini. Hanya sehelai selimut tebal menjadi pakaiannya. Pernafasannya mula menjadi tidak lancar dek kerana terlalu terkejut.  

“You dah bangun?” Suara di pintu mengejutkkannya. Fifi menoleh ke arah Shah, yang sedang memandangnya sambil tersenyum.

“Shah! Damn you!! Apa you buat pada I?” Fifi menjerit sekuat hati. Tangisannya tidak dapat di bendung.

“Sayang…stop crying” Shah meluru ke arahnya. Bahunya di peluk. Namun Fifi menolak sekuat hati.

“Sampai hati you! Kenapa you buat I macam ni?” Fifi menangis teresak-esak. Sungguh dia tak sangka, Shah sanggup melakukan perbuatan keji ini kepadanya.

“Sayang…jangan nangis. Please. I buat ni sebab I sayangkan you. I really really love you” Shah memujuk. Rambut Fifi yang terurai di usap perlahan.

“Sayang you cakap? Tapi kenapa? Kalau you betul-betul sayangkan I, kenapa you tak ajak I kahwin je?”

“Belum masanya lagi. I buat semua ni sebab I tak nak you tinggalkan I. I tak nak you jatuh pada tangan orang lain. I betul-betul sayangkan you. I love you. I cintakan you” Shah memujuk lagi. Fifi masih menangis.

“Sayang, I janji I akan bertanggungjawab. Bagi I masa, lepas dah settle semua problem I, kita kahwin”

“You tipu…” Bahu Fifi terhinggut-hinggut.

“Sayang. I janji pada you, I takkan tinggalkan you. I love you so much”

*******************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 02:18 PM | Show all posts
Fuhhh...maraton!


Bdw, sian ajak, sungoh la pndai zidan tu blakon ya


Next!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 02:22 PM | Show all posts
Perghhhhhhhhhh durjana kamu sharkkkkkkkk:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 02:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 01:58 PM
Moral of the story...

Ingat ye adik-adik, jangan ikut boipren masuk rumah. jangan percaya boipr ...

yupp setuju..

lelaki yg jahat ada 1001 cara nk perangkap mgsa...


..zidan tu polis kan..zidan ..zidan..teringat plak kat zinedine zidane..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 02:44 PM | Show all posts
cheh..Shark.. tektik kotoqq naa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 03:03 PM | Show all posts
Oh.... gitu kesahnya! kata Fandi sambil terangguk-angguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 03:21 PM | Show all posts
awanjingga posted on 30-8-2012 02:40 PM
yupp setuju..

lelaki yg jahat ada 1001 cara nk perangkap mgsa...

Yes, nama Zidan di ambil sempena nama player favourite ku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 03:24 PM | Show all posts
Fifi mengesat air mata yang membasahi pipinya. Kenangan itu terlalu pahit untuk diingati tetapi pada hari ini, hatinya terbuka untuk menceritakan segalanya kepada Fandi. Cerita yang tersimpan di lubuk hatinya yang paling dalam, tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Termasuk Nina. Termasuk mama. Ianya dipendam seorang diri kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya.

Fandi mengerutkan kening, cuba mencari kebenaran di sebalik cerita Fifi dan mengaitkannya pula dengan gambar-gambar yang di terima. Jadi, sebab itu gambar-gambar Fifi semua dalam keadaan tidak sedarkan diri? Mungkinkah Fifi sendiri tidak mengetahui kewujudan gambar-gambar itu?

Memang kurang ajar! Fandi mengetap bibir.

Fifi menoleh pandang ke arah Fandi yang tetap merenung ke depan, seperti tidak terkesan dengan ceritanya. Fifi mengeluh. Hatinya makin terasa hiba. Sudah pasti Fandi juga akan menganggap dia perempuan murahan, tidak berharga. Sudah tidak terkira berapa banyak air matanya yang tumpah. Walaupun sudah berkali-kali dia cuba untuk menguatkan semangat, setiap kali itulah seperti ada puting beliung melanda, membawa pergi semangatnya yang goyah.  

“Mama tak tanya kenapa awak tak balik malam tu?” Fandi bertanya.

“Tak. Saya tipu mama. Saya cakap saya tidur rumah Nina” Fifi menjawab.

“Lepas tu awak mengandung?” Fandi bertanya lagi. Fifi menggelengkan kepala.

“Kami terus bersama. Shah janji yang dia akan bertanggungjawab We did it over and over again sampailah akhirnya, saya mengandung. Lepas tu, Shah tinggalkan saya” Fandi meraup wajah, pandangannya kembali beralih ke depan. Dalam diam dia melepaskan keluhan.

“Awak tak pernah cerita pasal ni pada sesiapa?” Sekali lagi Fifi menggelengkan kepala.

“Saya tak rasa ada orang nak percaya” Fifi menjawab. Fandi diam.

“Saya percaya” Fandi pula berkata. Fifi menarik nafas.

“Cuma saya rasa terkilan, kenapa awak sanggup buat perkara tu berkali-kali walaupun awak tahu tu benda tu salah. Ada awak fikir kesan perbuatan awak pada diri awak sendiri? Pada mama? Pada papa? Awak tak ada fikir dosa? Tak ingat TUHAN?” Fifi menghela nafas mendengar kata-kata Fandi. Nafasnya tersekat menahan sebak.

“Awak percaya semua cakap Shah?” Fandi bertanya lagi sambil menoleh ke arah Fifi. Fifi mengangguk perlahan. Fandi mengeluh lagi.

“Saya…” Fifi tidak meneruskan kata-kata. Hanya airmatanya mengalir tidak mahu berhenti. Mereka terdiam agak lama.

“Saya tahu, mesti awak anggap saya ni perempuan murahan. Tak ada maruah. Bodoh. Percaya semua cakap Shah. Percaya semua janji Shah. Saya mengaku, masa tu saya betul-betul sayangkan Shah. Saya sayangkan dia sepenuh hati saya. Saya tak sangka yang dia cuma nak permainkan saya” Fifi menyambung kata apabila tangisannya berkurangan. Dia sudah bersedia untuk menerima segala kata cacian daripada lelaki di sebelahnya.  

Fandi mendiamkan diri. Pelbagai perkara bermain di fikirannya. Rasa marah, sebal, sedih, simpati dan sayang bercampur menjadi satu hingga sukar untuknya menelah apa yang di rasa saat ini.

‘Saya tahu saya dah kecewakan mama, papa. Saya dah buat dosa”

“Saya pernah terfikir nak bunuh diri. Tapi bila saya nak buat, saya…saya tak boleh teruskan…”  

Suasana menjadi senyap sekali lagi. Hanya sesekali terdengar esakan Fifi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 03:26 PM | Show all posts
isk..isk... sreeet.... esak fifi makin kuat.. lagi cik Nicki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.110092 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list