CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
Post time 25-11-2005 08:08 AM | Show all posts
mamat cina yang racist tu lawak ah.. hahahaha.. kena buat kerja-kerja kemasyarakatan selama 180 jam dengan badan-badan kebajikan Melayu/Islam.. kena kaunseling..-kaunselor melayu.. apa agaknya dia cakap nanti..:cak:  

Gan sebelum ini mendakwa mencurahkan perasaannya kerana tiada tempat untuk mengadu dan menyalahkan dua penumpang Melayu yang enggan membenarkan ibunya, Cik Koh Ah Luan, menaiki teksi mereka ketika membawa adiknya yang sakit ke hospital.
Adiknya kemudian meninggal dunia.
dendam yang tiada penghujung. :bgrin: tapi dlm blog dia  takde apa apa pun dia tulis pasal ni.. yang dia tulis hanyalah kata kata kesat yang dilempar kat orang melayu/islam..

aku pernah baca blog dia.. pada aku dia patut disimpan lelama dlm penjara.. orang macam ni danger.. tapi dia budak pulak.. only 17, kasi chance lah.. semoga dia berubah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 07:49 AM

untung seh apek.. 5 hari hurray hurray.. aku tak tahu nak kesian kan si amoi tu ke tidak.. pada aku  she's to blame..  desperate sangat.. umur muda belia.. apek nak game over pun dia selera.. dir ...



aku kesiankan si ahmoi.

to some ,marrying a foreigner is a way to a better life....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 25-11-2005 08:26 AM



aku kesiankan si ahmoi.

to some ,marrying a foreigner is a way to a better life....

tak payah kesian lah.. bukan dia kena paksa.. dia yang choose sendiri.. mungkin dia pun dah ada plan.. kawin-kikis harta sampai habis-dumped si tua... balik vietnam jadi janda kaya...<-andaian aku lah :cak:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 08:08 AM
mamat cina yang racist tu lawak ah.. hahahaha.. kena buat kerja-kerja kemasyarakatan selama 180 jam dengan badan-badan kebajikan Melayu/Islam.. kena kaunseling..-kaunselor melayu.. apa agaknya dia  ...



if i'm he malay couple....

I WOULD LET THEM HAVE THE TAXI...

ni kira emergency,nak bawak baby to the doctor.....
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 08:39 AM

tak payah kesian lah.. bukan dia kena paksa.. dia yang choose sendiri.. mungkin dia pun dah ada plan.. kawin-kikis harta sampai habis-dumped si tua... balik vietnam jadi janda kaya...<-andaian ...



...there are some WIVES too....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 25-11-2005 08:40 AM



if i'm he malay couple....

I WOULD LET THEM HAVE THE TAXI...

ni kira emergency,nak bawak baby to the doctor.....

betul.. tapi kau kena ingat jugak.. kalau dia dapat taxi tu.. adik dia tetap mati sebab dah tertulis ajal dia.. or mungkin nanti mamat ni anti driver taxi pulak.. cakap driver bawak slow sampai adik dia mati.. sampai hospital salah kan doctor.. tak selamatkan adik dia.. salahkan singapore casket coffin adik dia tak cantik.. salah kan florist itu bukan bunga favourite adik dia... blah blah blah
Reply

Use magic Report

Follow Us
matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 08:56 AM

betul.. tapi kau kena ingat jugak.. kalau dia dapat taxi tu.. adik dia tetap mati sebab dah tertulis ajal dia.. or mungkin nanti mamat ni anti driver taxi pulak.. cakap driver bawak slow sampai a ...



at least we try our best....kalo dah ajal we cannot say much...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 08:56 AM

betul.. tapi kau kena ingat jugak.. kalau dia dapat taxi tu.. adik dia tetap mati sebab dah tertulis ajal dia.. or mungkin nanti mamat ni anti driver taxi pulak.. cakap driver bawak slow sampai adik dia mati.. sampai hospital salah kan doctor.. tak selamatkan adik dia.. salahkan singapore casket coffin adik dia tak cantik.. salah kan florist itu bukan bunga favourite adik dia... blah blah blah



:setuju::setuju: dgn kak B....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2005 09:19 AM | Show all posts
SUAMI KESAL TIDAK DENGAR KATA ISTERI MINTA TUKAR AMAH
Kes dera amah yang dipercayai terburuk pernah berlaku di sini berakhir dengan Sazarina Madzin dipenjara 10 bulan kerana mendera dan mengugut amahnya, Cik Wiwik Setyowati. Khalid Khamis dan Hasleen Bachik menemu bual suami tertuduh dan mangsa selepas hukuman dijatuhkan kelmarin.

'SAYA juga bersalah atas apa yang berlaku hingga isteri saya kini dipenjara kerana mendera amah.'

Itulah kata-kata kesal yang diluahkan Encik Nor Azlan Sulaiman, ketika ditanya tentang kes isterinya, Sazarina Madzin, yang dipenjara 10 bulan kerana mendera amahnya.

Walaupun sukar menerima hakikat, Encik Nor Azlan, 34 tahun, sedikit demi sedikit cuba bangkit daripada kemurungan dan cuba meneruskan kehidupan keluarga.

Ketika wartawan mengunjungi flatnya di Yishun Ring Road kelmarin selepas hukuman dijatuhkan terhadap Sazarina, 28 tahun, suasana sayu dan hiba dapat dirasakan.

Mengenai pendapatnya terhadap kes isterinya mendera dan mengugut amahnya, Cik Wiwik Setyowati, beliau berkata:

'Sazarina ada mengadu Wiwik lembap, malas, biadab dan keras kepala beberapa bulan selepas bekerja di sini dan suruh saya menukarnya.

'Tetapi saya tak mahu sebab kesempitan wang. Kalau saya dengar cakap dia dulu, mungkin perkara ini tak berlaku,' katanya. Dalam sekitar setahun Cik Wiwik bersama mereka, Encik Nor Azlan tidak pernah melihat isterinya memukul tetapi hanya meninggikan suara ketika mengajarnya membuat kerja rumah dengan betul.

Tetapi Cik Wiwik pernah mengadu di hadapan Sazarina kepadanya selepas disepak sekitar Ogos tahun lalu.

'Apabila dengar dia mengadu, saya rasa marah dan menegur isteri saya dan nasihatkan jangan pukul Wiwik sebarangan sebab salah,' katanya.

Pada mulanya apabila mendapat tahu isterinya menghadapi 80 tuduhan mendera dan mengugut, Encik Nor Azlan, juga seorang sukarelawan yang pernah membantu mangsa tsunami, amat terkejut dan sukar mempercayai nya.

Beliau juga terkejut dengan hukuman penjara 10 bulan kerana menjangka isterinya dikenakan empat hingga enam bulan sahaja.

Kesnya dianggap kes dera amah paling buruk pernah berlaku di sini dari segi jumlah tuduhan.

Sebelum Sazarina dibawa keluar dari kandang tertuduh di Mahkamah Rendah kelmarin, Encik Nor Azlan diberi peluang untuk bertemu isterinya buat seketika.

'Saya nasihatkan dia (Sazarina) supaya bersabar dan anggap ini satu dugaan daripada Allah. Dia juga sempat pesan kepada saya supaya jaga anak-anak,' katanya dengan nada sedih.

Memegang pada janjinya, Encik Nor Azlan meletakkan jawatannya sebagai pengurus operasi di Masjid Kampong Siglap dengan pendapatan sekitar $2,000 sebulan Isnin lalu untuk menjaga anak-anaknya berusia antara tujuh dan 12 tahun.

'Buat sementara waktu untuk tampung perbelanjaan keluarga, saya rancang nak kerja syif malam supaya dapat jaga anak-anak,' tambah beliau. Selain anak sulungnya, Encik Nor Azlan masih belum memberitahu dua lagi anaknya.

Suasana Hari Raya tahun ini juga tidak dirasakan disebabkan peristiwa itu.

Sejak kesnya mendapat perhatian media, ada segelintir saudara mara yang menjauhkan diri.

Encik Nor Azlan berkata: 'Apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Sekarang barulah saya tahu siapa yang sebenarnya anggota keluarga yang ikhlas.'
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 25-11-2005 09:16 AM



:setuju::setuju: dgn kak B....



i agree with kak b too.....

my point is.... they need the taxi more than the malay couple......
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 09:21 AM | Show all posts
APABILA TIDAK LAGI SANGGUP DIKASARI SABAN HARI
MELIHAT gambar disusun senget, muka pembantu disepak.

Masak telur tunggang-terbalik, kepala pembantu diketuk botol.

Rambut anaknya kurang minyak, muka pembantu dilempang.

Malah muka dan mata pembantu pernah 'dicuci' dengan kuah kari pedas!

Pendek kata, disepak, dipukul, ditolak, dilempang, dicubit, ditendang dan ditendang hanya ekoran perkara kecil menjadi lumrah sepanjang 10 bulan Cik Wiwik Setyowati menjadi pembantu rumah.

Di rumah majikannya di Yishun Ring Road, Cik Wiwik, 22 tahun, yang berasal dari Ponorogo, Indonesia, hanya mampu berdiam diri dan menerima sahaja segala perbuatan kasar bekas majikannya.

Pada satu pihak beliau ingin benar membebaskan diri daripada cengkaman itu. Namun ekoran kerap dipukul bantai, beliau sampai ke tahap menyifatkan ia perkara lumrah yang harus ditempuhi pembantu.

'Majikan kata saya kerjanya lambat jadi wajar saya dipukul.

'Saya sudah cakap sama mereka (majikan wanita) yang saya mahu diganti majikan tapi tak dikasi. Mahu cakap sama suaminya, dia tak kasi sebab dia pernah kata dia cemburu.

'Mahu lapor sama agensi, dia kata hubungannya dengan agensi baik dan saya akan dikembalikan semula ke rumahnya. Mahu lapor sama polisi saya takut.

'Tapi hari-hari saya dikasari terus,' luah Cik Wiwik yang meluahkan dilemanya dengan tenang semasa bercerita walaupun tampak beliau masih ragu-ragu untuk berkongsi pengalamannya.

Anak bongsu dua beradik itu menyifatkan bekas majikannya, Sazarina Madzin, 28 tahun, yang dipenjara selama 10 bulan ekoran kesalahannya mendera sebagai seorang yang amat ringan tangan.

'Yang paling teruk, tepi mata saya keluar darah sebab saya balik lambat dari rumah nenek. Dari rumah nenek, saya disuruh tolong goreng jemput-jemput ke apa... saya pulang lewat setengah jam.

'Saya buka pintu langsung ditarik. Dia tanya, 'Kenapa kamu lewat pulang ke rumah?' Saya kata, nenek suruh tolong goreng jemput-jemput pasal abangnya datang.

'Tapi ibu tak percaya. Ibu cakap saya mengadu sama nenek yang dia begini... begini...

'Pertama kali tangan saya ditarik, kemudian dilempang dulu, terus ditarik-tarik rambut saya, disimbah air paip, terus ibu tumbuk mata saya.

'Tapi kukunya panjang jadi mata saya kena kuku dan berdarah, terus ibu yang panik sendiri. Ibu yang ubatkan saya. Dia takut. Dia minta maaf tapi besok-besok diulang lagi,' tambah Cik Wiwik.

Segala pengalaman pahit itu Cik Wiwik catatkan dalam dua buah diari yang sekali gus menjadi bahan bukti semasa kesnya dibawa ke mahkamah.

Berdasarkan tulisannya, dapat diteka perasaan yang dilaluinya ketika itu. Ada kalanya tulisannya itu begitu bersih dan jelas. Tapi kebanyakannya agak sukar difahami kerana ia begitu comot.

Antara yang dirakam dalam diari itu ialah 'Kena tendang ke pintu kerana ... (nama anak majikan) belum bawa wang jajan, gerobok ada bekas jari, lantai ada rambut. Muka kena sepak, rambut ditarik, badan ditolak gara-gara masak asam pedas taruh kunyit'.

Bagaimanapun beliau akur dari segi gaji, beliau tidak punya sebarang masalah kerana ia diuruskan majikan lelaki. Cuma beliau tidak tahan didera.

'Waktu itu saya rasa nak lari saja sebab saya sudah tidak tahan lagi dipukul terus-terusan begitu. Tapi saya takut kerana ibu mengancam mahu santet seluruh keluarga saya,' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 25-11-2005 09:20 AM



i agree with kak b too.....

my point is.... they need the taxi more than the malay couple......

mana kau tahu?...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 09:35 AM | Show all posts
dulu i kerja labourer angkat barang berat.ada one incident yang i will always remember.
i was lifting this very heavy box,my friend  terlepas grip...and the big box was going to fall on me.luckily a chinese guy came to my help.....to you i say... THANK YOU BRUDDA.



ni as you said.....ajal belum datang.....one of these days, it  will be our turn.

we try our best to help other people .....
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 09:33 AM

mana kau tahu?...



tahu apa please ???
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-11-2005 02:33 PM | Show all posts
front page afternoon edition of TODAY paper

Eton John to marry longtime partner....his partner is a guy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2005 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 08:08 AM
mamat cina yang racist tu lawak ah.. hahahaha.. kena buat kerja-kerja kemasyarakatan selama 180 jam dengan badan-badan kebajikan Melayu/Islam.. kena kaunseling..-kaunselor melayu.. apa agaknya dia  ...




Aku bleh jadi dia nye kaunselor tak??  Biar aku ajar dia sikit apa makna kehidupan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2005 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 25-11-2005 10:56 PM




Aku bleh jadi dia nye kaunselor tak??  Biar aku ajar dia sikit apa makna kehidupan..

try apply lah.. aku sokong kau dari belakang cos kalau aku diri depan takut tak nampak pulak kau..:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2005 10:59 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-11-2005 08:56 AM

betul.. tapi kau kena ingat jugak.. kalau dia dapat taxi tu.. adik dia tetap mati sebab dah tertulis ajal dia.. or mungkin nanti mamat ni anti driver taxi pulak.. cakap driver bawak slow sampai a ...




Carik scapegoat
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 11:00 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 25-11-2005 02:33 PM
front page afternoon edition of TODAY paper

Eton John to marry longtime partner....his partner is a guy...

whats new?.. dulu dia kawin dgn pompuan pun just to cover yg dia gay.. tapi hati tak tenang.. lepas dia reveal dia gay baru jiwa tenang... mamat siot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2005 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 25-11-2005 09:19 AM
SUAMI KESAL TIDAK DENGAR KATA ISTERI MINTA TUKAR AMAH
Kes dera amah yang dipercayai terburuk pernah berlaku di sini berakhir dengan Sazarina Madzin dipenjara 10 bulan kerana mendera dan me ...



aku tak paham laki dia ni...


OPERATIONS MANAGER masjid Siglap...
buat charity work hu ha hu ha, ribu2 orang Indon dia tolong....


tapi... dia pegi kutuk sedara mara dia sendiri kat suratkabar mass media..

apa sey, biar la sedara mara buat, diam dah, ni ko pegi bilang kat newspaper apsal? In the first place, is he a real good sedara to his relatives? kalo he is a real good Sedara, korang ingat sedara mara dia nak buat dia ni macam?
mesti semua come forward and support him..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047820 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list