CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RomizalRosle

Slot Lestary TV3 ~~ ASMARA MUSIM 2 ~~ Selasa 9 malam

   Close [Copy link]
Post time 13-3-2011 06:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by shalady at 13-3-2011 07:04

sedih lak baca ni.

"SEBUTANNYA Shahz Jay-zel," tegasnya untuk mungkin kali terakhir tentang namanya yang ditulis sebagai 'Shahz Jaszle'.

"Jazle itu gabungan nama ayah, Jasmin dan ibu saya, Zaleha. Ia digunakan sebagai nama keluarga," sambung anak kelima daripada tujuh beradik ini.

Pelakon baru ini datang ke sesi fotografi Sensasi Bintang sambil tersenyum. Dia tahu bukan sekadar hal kerjayanya bakal disoal. Lebih kencang, pohon dirinya yang sedang menunjang naik digegarkan angin cinta.

Privasi

"Saya bukanlah individu yang suka menjaja cerita dan memberitahu khalayak tentang kehidupan peribadi saya," ayat tersirat itu sudah menjawab persoalan daripada mana kisah cinta Shahz ditebarkan.

"Saya sudah letih berdepan pelbagai tuduhan kononnya saya berperangai kebudak-budakan dan tidak matang. Saya orang yang penyabar tetapi sabar juga ada hadnya," ujar Shahz tenang.

Umum sudah mengetahui kisah cinta Shahz dengan aktres cantik, Maria Farida, 41. Sayangnya hubungan itu tidak berpanjangan. Ia terhenti sebelum mencapai usia setahun.

"Tempoh lapan bulan membuatkan saya kenal erti sabar. Dia (Maria) mungkin berasa tidak selamat bersama saya. Ya, ada rasa terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

"Tetapi inilah akhirnya. Cuma saya tertanya, bagaimana umum boleh tahu kisah perpisahan saya dengan Maria kalau bukan saya yang membuka mulut?" kias Shahz yang mengaku sudah putus hubungan dengan aktres cantik itu sebelum dia terbang ke Perancis untuk penggambaran filem Azura 2011, bulan lalu.

Tidak pernah berasa menyesal mencurahkan perasaan kepada individu yang lebih dewasa daripadanya, buat Shahz umur hanyalah nombor. Malah, takdir menemukan mereka apabila sama-sama berlakon dalam drama bersiri Asmara sebelum ini.

"Sayangnya, dia sudah tidak mahu terlibat dalam Asmara 2. Mungkin itu yang dinamakan profesional," jelasnya.

Shahz turut menafikan hubungan cintanya dengan aktres selain Maria termasuk dengan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa.

"Jujurnya sewaktu pertama kali bertemu Maria, saya boleh katakan, dia diberi markah 'A'," katanya.

Tambahnya yang mengakui Maria adalah kekasih selebriti pertamanya: "Sekarang saya berstatus solo dan mahu menumpukan perhatian pada projek lakonan saya."

Dimanja

"Saya berbintang Leo. Leo ini orangnya manja. Garang. Tetapi Leo tidak boleh hidup tanpa pasangan. Dia perlukan teman.

"Saya akui kini saya berasa kesepian. Mungkin kerana sebelum ini saya sentiasa ditemani kekasih.

"Walaupun hanya sempat bertemu untuk makan malam, saya tetap ditemani. Itu dulu."

Kata Shahz, buat masa ini dia tidak berasa untuk berteman.

"Tidak terfikir untuk bertemu janji. Saya jenis orang yang susah untuk jatuh cinta pada teman-teman.

"Saya jenis yang akan jatuh cinta pandang pertama," gelaknya membuka rahsia di dada.

Apabila disuakan senario kisah cintanya akan menjadi bahan teropong khalayak selepas ini dan wanita yang didampinginya akan menjadi sensasi, Shahz ketawa.

"Saya sedar kelak orang akan lihat dengan siapa saya keluar.

"Tetapi apa yang boleh saya katakan, mereka boleh menghakiminya sendiri," tunduk Shahz yang tiba-tiba mengaku menyesal tidak mengikut nasihat keluarga yang meminta dia mengakhiri hubungannya bersama Maria sewaktu cintanya baru berputik dahulu.

"Saya tidak mahu hampakan keluarga terutama ayah. Mereka ingatkan saya, kalau mahu jadi pelakon, jadilah pelakon yang betul-betul berjaya. Perlu ada sasaran dalam karier.

"Untuk itu, saya sasarkan untuk menjadi seorang aktor dengan nama yang kuat dalam industri pada usia saya 30 tahun.

"Sebelum itu, pada usia 25 tahun saya mahu mencapai sasaran tertentu," usik pemuda berusia 23 tahun ini.

"Sasaran ada aset untuk diri sendiri seperti rumah dan kereta yang selesa, bukannya berkahwin," ketawanya yang menganggap hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan.

Asmara

TERDETIK rasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat famili dalam hubungan cintanya, kini Shahz tidak mahu menghampakan mereka.

Selepas disebut-sebut namanya lantaran drama Asmara, kini nama Shahz bersinar menerusi drama Gemilang.

Ia satu pencapaian buat dirinya ketika namanya diselimuti kisah asmara sebenar.

"Saya bangga dapat bekerja dengan Khabir Bhatia. Lebih bangga lagi apabila orang ramai mula memanggil saya dengan nama Cikgu Syai, karakter saya dalam Gemilang," tuturnya yang gemarkan imej retro lakonannya dan sanggup berhabisan wang ringgit untuk imej itu.

"Saya suka apabila khalayak melihat saya dengan nama karakter.

"Itu sudah jadi tanda dagang," katanya yang terdahulu dipanggil Asmara lantaran kemunculan drama Asmara yang kini memasuki musim kedua di saluran TV3 pada setiap hari Selasa pukul 9 malam.

Gembira dengan sambutan di kaca televisyen, debaran dibawakan pula ke layar perak apabila kelak dia bakal muncul dalam filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman.

"Saya cuba bawa stail Korea dalam Azura 2011. Imej juga dititikberatkan dan saya akan memakai kot labuh stail sendiri," akuinya yang mahu menampilkan kelainan dan tidak mahu disamakan dengan pemegang watak terdahulu, Jamal Abdillah.

"Saya mahu menjadi aktor metod dan bukan aktor wang. Saya memilih skrip dahulu kemudian baru melihat bayarannya.

"Lakonan merupakan keghairahan saya kini. Ini bukti bahawa saya memang mahu menjadi aktor yang berjaya," ujar si pemuja Anthony Hopkins dan Johnny Depp ini.

Pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini menutup cerita petang Sabtu lalu dengan berkongsi kegilaannya. Katanya, dia gemarkan fotografi kerana sukakan halusinasi.

Dia juga seakan-akan mahu menutup buku kisah cintanya yang tidak kesampaian.

Biarlah hiasan bambu disekelilingnya semasa sesi fotografi ini menyimpan kisah duka yang pernah hadir dalam dirinya. Dia kembali sendiri, itu realiti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2011 09:52 AM | Show all posts
sedih lak baca ni.

"SEBUTANNYA Shahz Jay-zel," tegasnya untuk mungkin kali terakhir tentang naman ...
shalady Post at 13-3-2011 06:56



    Sha, paper ape ni????  

Moral of the story ikutlah nasihat keluarga esp parents, sbb diorang ada naluri yg kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 10:11 AM | Show all posts
Reply 1082# liltash85

kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 10:20 AM | Show all posts
Terpekik sekejap bace berita minggu bi pop pagi ini

aduhai......jadi siapakah lelaki penang, tinggi lampai, 6 tawun lebih tua dari ko itu FE?

ape2 aje le. aku tetap penyokong tegar ko FE
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 11:27 AM | Show all posts
Reply 1079# masdiana-ana

ai pun tak gheti...k apa kat nazila bukakan...k tak zila?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 11:28 AM | Show all posts
Reply 1084# NazilaSK

hmmmm...sapa ek jejaka bertuah tu......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply 1081# shalady

"Saya berbintang Leo. Leo ini orangnya manja. Garang. Tetapi Leo tidak boleh hidup tanpa pasangan. Dia perlukan teman."



manja memang & suka yg manja tu btul...tapi...i pun leo gak tapi tak de la sampe takleh idup tanpa pasangan, hok ni kawe kureng stuju....tp Leo mudah dpt teman, kawan memang ramai, itu ye....tapi aku leo yg jenis tak tangkap muat...(motip? tetiba nak citer psl aku lak...apa hal?..heheh....)
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 1081# shalady


    gamba gamba dlm kosmo amatlaa hensem ..he he he ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2011 06:07 PM | Show all posts
kak tepek le gambo kat cni..sha x reti la
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 06:38 PM | Show all posts
todays kosmo









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 07:00 PM | Show all posts
Melati ni mmg ckp x serupe bikin, die ckp kat abg die "
Zaliya je dlm hati die" pastu die marah balik Asmara " buat ape awak pegang saya kalau dlm hati dan perasaan awak hanya ada Zaliya"
Kalau dh tau, kenape cemburu giler??? X phm aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 07:47 PM | Show all posts
[img]   

Uploaded with ImageShack.us                                                                                 [/img]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 07:53 PM | Show all posts
[img]

Uploaded with ImageShack.us                                                                           [/img]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 09:10 PM | Show all posts
Reply 1090# oddxx


    tq kak..sejuk hati tengok muka sj tuhh..manja + garang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 09:36 PM | Show all posts
Reply  oddxx


    tq kak..sejuk hati tengok muka sj tuhh..manja + garang
shalady Post at 13-3-2011 21:10



    Kan... . Baju tu mengimbau last epi season 1 part Asmara-Zaliya.
Tp saya lbh suke looks SJ ms season 1,  muke x bersih sgt. Pastu match pulak ngan rambut panjang+wavy+hilight siki2. Ter'enhance' jawline die.
Meroyan tetibe mlm2 ni lps marathon tgk Asmara 1.

Kelakar kan kite, perangai Zaliya dlm Asmara 1 masyaAllah teruk gile 8 epi setengah die menyakitkan hati. Tp kiter ttp nak happy ending utk die and Asmara.  In other hand kite x suke Melati yg wtak baik, pendengar setia Asmara tu.....

Mesti kak pah x expect pilihan kiter ni. Tu sbb die buat jln citer Asmara 2 sebegitu rupa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 09:41 PM | Show all posts
Reply  NazilaSK

jom buat fans club untuk shahz dan faezah..kalau asmara2 nie dah tamat tak ada d ...
masdiana-ana Post at 13-3-2011 02:48



club president should be someone yg boleh mengkomitedkan dirinye utk club. pastinye bukan aku yg beradresskan opis sebagai rumah pertama. hekkehkehkehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2011 09:43 PM | Show all posts
Reply  masdiana-ana

ai pun tak gheti...k apa kat nazila bukakan...k tak zila?
Zammy Post at 13-3-2011 11:27



    tak ok zammy. tak gheti dan takut tak boleh commit. jadi pengikut, bila2 masa boleh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 09:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by NazilaSK at 13-3-2011 22:06
Reply  NazilaSK

hmmmm...sapa ek jejaka bertuah tu......
Zammy Post at 13-3-2011 11:28



Zammy,

aku konpius


dalam URTV : jejaka itu org penang, jumpa tahun lepas, lebih tua dan tiada kaitan langsung dgn bidang seni.


dalam Harmoni : jejaka itu org penang, enam tahun lebih tua, jumpa akhir tahun lepas dan bukan artis tetapi ade kaitan sedikit dengan industri.


dalam metro (kemaren kot)  : "saya bukan punca heykal bercerai. heykal lelaki paling rapat dengan saya skrg ini. so on and so on.....


dalam bi pop (ari ni) : " jika jodoh, saya sedia jadi isteri heykal. mmg dia lelaki paling rapat dengan saya dan kami keluar bersama. kami rapat lepas dia bercerai." ade gak sebut sumthing pasal good listener ke sumthing like that lah.... (lebih kurang je aku tulis nih...)


heykal org kedah, bukan enam tawun lebih tua dari FE dan dia sgt2 ade kaitan dengan industri......... (paham dak nape aku konpius?? )


boleh je aku takyah konpius ngan mende nih.....tapi sebab aku follower tegar FE.....aku suke je nak amik tau dan konpiuskan diri...hehehehhe


apepun terjadi......akukan sentiasa menjadi follower tegar.

idup FE!!   (walopun lam hati riso gak...mmg kene 'masak' la makcik ni pas ni )
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 10:02 PM | Show all posts
sedih lak baca ni.

"SEBUTANNYA Shahz Jay-zel," tegasnya untuk mungkin kali terakhir tentang naman ...
shalady Post at 13-3-2011 06:56



    "Dia kembali sendiri, itu realiti."



nak tumpang sedih gak....

pandai penulis ni buai perasaan org
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 10:36 PM | Show all posts
Zammy,

aku konpius


dalam URTV : jejaka itu org penang, jumpa tahun lepas, lebih tua  ...
NazilaSK Post at 13-3-2011 21:56


bukan ko je konpius aku pun konpius gak..sapakah jejaka misteri yg dlm hati cik faezah kita..:re::re::re:nampaknya asmara dan zaliya sama2 a kena gossip..lepas nie memang teruk gak faezah nie kena sindir dan kutuk kt boand gosssip dan selepas nie ramai plk yg sokong si azad tue..si eira tuw pun dah sindir cik faezah kt twitter..apa2 pun aku tetap sokong faezah walau sapa pun pilihan hati dia..tapi harap2 bukan si haikal tuelah..biasalah org dah popular dlm pada kena gossip tue byk gak wartawan yg komen positif dan memuji lakonan faezah dlm filem cun TRANSKRIPSI ABIE..komen abie wartawan metro ''faezah elai yg selama ini lebih menampilkan sisi 'cantik''

(mungkin juga saya terlepas pandang drama-drama lakonannya ) tetapi sebagai tom ,dia byk menghidupkan cun!.. ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061632 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list