Bukan Kerana Aku Tidak Cinta Ganding Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose
Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba!
Hari ini episod pertama drama rantaian 60 episod yang diadaptasi daripada sebuah novel popular karya E-Man Sufi arahan Jamal Khan akan mula ditayangkan di Astro Mustika HD saluran 134, jam 10 malam.
‘Bukan Kerana Aku Tidak Cinta’ akan menemui para penonton Astro pada setiap Isnin hingga Rabu dan yang pastinya pembaca-pembaca novel akan ‘jatuh cinta’ dengan drama rantaian ini kerana jalan ceritanya tidak diubah dan 100% di ambil daripada novel.
Menurut pengarahnya, jalan cerita diambil 100% daripada novel kerana memenuhi permintaan pembaca dan peminat novel itu sendiri.
“Ya, jalan cerita di ambil terus dari novel…kita tak ubah, sebab ramai pembaca yang mahukan ia begitu…Jadi, kita penuhi permintaan mereka.
"Saya harap drama adaptasi ini akan mendapat sambutan ramai kerana jalan ceritanya yang menarik dan konflik-konflik yang ada drama ini pasti buat penonton semua tidak mahu terlepas satu episod pun,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta baru-baru ini.
Bukan Kerana Aku Tidak cinta mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris iaitu Jebat, lakonan Sharnaaz Ahmad, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang makin baik.
Jebat jatuh cinta dengan wanita bernama Mastura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami Islam.
Pelbagai konflik berlaku yang menjadi halangan percintaan mereka.
Untuk menyaksikan gandingan mantap Sharnaaz dan Nelydia dalam Bukan Kerana Aku Tidak Cinta, anda perlu melanggan Astro.
Caranya mudah sahaja, layari laman web www.astro.com.my/shop atau hubungi 1300 82 3838 untuk melanggan.
Kepada yang masih belum melanggan Pakej Mustika, anda hanya perlu layari www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300-82-3838 untuk melanggan dan dapatkan pakej mustika dengan harga serendah RM12.95 sebulan.Atau mahu dapatkan menonton rancangan-rancangan menarik dalam bentuk definisi tinggi? Mudah sahaja, anda boleh melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran RM20.00 sebulan.
|