|
Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50
[Copy link]
|
|
maxim posted on 6-8-2014 06:01 PM 
smartnya abang awang
wah wah wah
kacaknya he ols
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 6-8-2014 09:09 PM 
setau aku proses suluh ni sah kalau isteri dlm keadaan suci. kalau piyed kene tunggu habis mandi waj ...
oh ye ke cam tu? bru aku tau
ingt awie jawab cam tu memain je ke or buat joke bodo haha
kat meletop aritu ada awie n erra
erra sendiri ckp awie ni walopun nampak cam gangster kaki pukul tp hati ada taman, jenis hati lembut
ni kata2 dr orang yg pernah dikatakan kne pukul ngan awie
|
|
|
|
|
|
|
|
setankuning posted on 7-8-2014 09:18 AM 
oh ye ke cam tu? bru aku tau
ingt awie jawab cam tu memain je ke or buat joke bodo haha
Masa muda-muda dulu, mungkin memang dia ada lepuk Erra,
tu sebab mak Erra sampai berbomoh, nak pisahkan dia dengan
si Sawie ni. Tapi sekarang umo dia dah 46. Manusia berubah.
Tengok jelah mak bapak kita, kemain strict lagi dengan kita.
Tapi dengan cucu-cucu...............?????? |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 6-8-2014 09:09 PM
setau aku proses suluh ni sah kalau isteri dlm keadaan suci. kalau piyed kene tunggu habis mandi waj ...
Bilamana pulak sulh kena suci period? Sulh tak masuk court pun. Duduk dalam bilik rundingan. Yg kena suci tu kalau masa nak jatuhkan talak kat mahkamah. Kalau period baru tunda. Sulh nih discussion. After discussion kalau ada kata sepakat, mahkamah endorsed. Kalau tak sepakat, turun naik mahkamah laa bicara and fight. Gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
kayrizal posted on 7-8-2014 08:13 AM 
betul tu..aku pun dh side awie. aku benci sangat2 lelaki yg suka pukul pempuan. tapi kira kes awie ...
mungkin dia bukan suka2 je nak pukul..just put its this way..pernah kah sebelum ni dia pukul bini? termasuk bekas bini dia.andai kata kalau salah sikit2 kena bedal boleh lah dikatakan kaki pukul bini...dlm kes ni mungkin rozana tak bagi tau awie yg duit tu dah habis di guna .last2 dia nak ambi dah licin dlm account.. |
|
|
|
|
|
|
|
voiletiris posted on 7-8-2014 10:45 AM 
mungkin dia bukan suka2 je nak pukul..just put its this way..pernah kah sebelum ni dia pukul bini? ...
Katanya ayahanda dok tanya bonda baki akaun, tapi bonda dok bg mcm2 alasan. Tu yang sampai ayahanda bawa bonda ke bank check baki akaun. Dah tak boleh nak elak, jadi kantoi ler bonda dok perabih duit. Sapa yang tak geram.
|
|
|
|
|
|
|
|
casper_cute1 posted on 7-8-2014 10:55 AM 
Katanya ayahanda dok tanya bonda baki akaun, tapi bonda dok bg mcm2 alasan. Tu yang sampai ayahand ...
tu lah ,napa tak cakap elok2..duit tu dah habis ..marah memang lah awie tu marah tapi tak sampai dia nak pukul2 ..aku walaupun suami aku tak baran .kalau aku nak ambil duit dari account aku sekali pun .aku akan bagi tau dia.sebab duit tu dia yg bagi . |
|
|
|
|
|
|
|
casper_cute1 posted on 7-8-2014 10:55 AM 
Katanya ayahanda dok tanya bonda baki akaun, tapi bonda dok bg mcm2 alasan. Tu yang sampai ayahand ...
kalau refer to gotsol nya status + WA screenshot, mmg boleh relate Rozana behavior yang lead Sawi untuk pukul dia.
she memang trying her level best to cover up the money spent on branded items.tapi last2 kantoi gak bila kat bank.
like others, i pon tak suka jenis lelaki yang pukul 'asbol' je. btw, no wonder si gotsol ni keep on saying she is once an abuse victim gak but her story much more reliable to blame the husband. 3 tahun kot bertahan kena pukul.
|
|
|
|
|
|
|
|
suka tgk gelagat awie,erra,ziana kt meletop baru2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
kayrizal posted on 7-8-2014 08:13 AM 
betul tu..aku pun dh side awie. aku benci sangat2 lelaki yg suka pukul pempuan. tapi kira kes awie ...
hahaha. mcm ni pun ada ka? kelakar lah stetment uols
|
|
|
|
|
|
|
|
voiletiris posted on 7-8-2014 10:45 AM 
mungkin dia bukan suka2 je nak pukul..just put its this way..pernah kah sebelum ni dia pukul bini? ...
yes i agree with you. ade kemungkinan jugak die tak pukul rozana.
and memang tak pernah plak dengar dulu die pernah pukul arni.
|
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran ..iktibar..what goes around will comes around............ |
|
|
|
|
|
|
|
character assassination??I loike
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Tolak Permohonan Lisan Rozana Terhadap Awie & Media
Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 2:46 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]

Rozana hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis menolak permohonan isteri penyanyi, Awie iaitu Rozana Misbun, 36, yang dibuat secara lisan bagi menukar hak lawatan terhadap anak-anak yang ditetapkan iaitu di kediaman artis itu di Ukay Bistari, Ampang ke kediaman bapa Rozana di Pantai Hill Park, Bangsar di sini.
Mahkamah juga menolak permohonan Rozana agar mahkamah mengeluarkan perintah tegahan terhadap media daripada mengeluarkan sebarang berita yang boleh menimbulkan prejudis terhadapnya dan menganggu perjalanan kes.
Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zin membuat keputusan menolak permohonan itu yang dikemukan peguam Rozana iaitu Majdah Muda dengan alasan pihak plaintif gagal mengemukakan permohonan secara teratur mengikut prosedur.
"Segala permohonan hendaklah dibuat secara teratur dan bukannya secara lisan.
"Mahkamah tidak mempunyai halangan untuk media membuat laporan selagi ia tidak memprejudiskan kes dan subjudis terhadap perjalanan kes," hujahnya.
Terdahulu, Rozana telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara (hadanah) tiga anak mereka yang diperoleh Awie di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 21 Julai lalu.
Rozana yang memfailkan permohonan itu pada 8 Ogos lalu turut memohon untuk membatalkan perintah injunksi (tegahan) secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibenarkan mahkamah terhadap Awie.
Perintah injunksi itu diperoleh Awie bagi menghalang isterinya daripada mendekati awie dan juga anak-anak dalam apa jua cara sekalipun, termasuk melalui media cetak dan elektronik yang diperoleh Awie.
Rozana hadir ditemani kakaknya, pelakon Haliza Misbun, manakala Awie hanya diwakili peguam iaitu Mohd Hafizal Pacho.
Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.|
Awie tuurt mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 17 September depan bagi Awie mengemukakan hujahan, manakala 18 September untuk keputusan bantahan awal.
Credits: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah jadik macam nie...kesian kat anak2 jer |
|
|
|
|
|
|
|
pasai tu lah kakak nyer si Haliza xkawen2
adik kena pat pat siku lipat ngan awie
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 21-8-2014 03:41 PM 
Mahkamah Tolak Permohonan Lisan Rozana Terhadap Awie & Media
Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 2 ...
awal2 lgk rozana ni mcm dah kalah..
tabahlah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rozana Dedah Awie (Wings) Tidak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin
Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 2:46 PM
Mohd Al Qayum Azizi
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu.
Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu.
"Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod.
"Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin," katanya kepada mStar Online.
Rozana ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Jumaat. Dia turut ditemani oleh dua peguamnya iaitu Majdah Muda dan Rubiah Jaffar.
Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Rozana (tengah) bersama peguamnya iaitu Rubiah Jaffar (kiri) dan Majdah Muda.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu Rozana berkata, sejak kejadian tersebut Awie tidak pernah menghubunginya untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau perceraian sebaliknya terus membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka.
Jelas Rozana, dia keliru dengan tindakan suaminya itu sedangkan status perkahwinan mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan.
"Kami belum pun bercerai dan dia sudah sibuk dengan soal hak penjagaan anak-anak kami sedangkan status perkahwinan pun belum disahkan dan didaftarkan di Malaysia.
"Saya sendiri tidak merebut anak-anak dengan dia tetapi dia yang membuat permohonan malah aduan yang saya lakukan sebelum ini langsung tidak melibatkan mahkamah syariah," jelasnya.
Sementara itu, Rozana berkata, dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu terhadap tiga anak-anaknya yang kini di bawah jagaan sementara suaminya.
Jelas Rozana, demi kembali bersatu dengan anak-anaknya dia tidak akan berdiam diri dan akan memastikan haknya sebagai seorang isteri dan ibu terbela di mahkamah.

Rozana tenang menjawab soalan daripada wartawan.
Saya akui sebelum ini saya takut dan trauma dengan dia tetapi kini tidak lagi kerana saya akan melawan kembali untuk mendapatkan hak saya selepas dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak.
Mengulas mengenai pelbagai cerita kurang enak yang disebarkan tentang dirinya, Rozana berkata, dia tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa sahaja yang ingin bercakap mengenainya kerana hanya dia dan keluarga sahaja yang tahu keadaan sebenar.
"Tidak mengapa jika ada pihak yang ingin memburuk-burukkan saya dan kalau hendak balas setiap tuduhan itu memang susah dan Awie sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan anak-anak dan saya sememangnya tidak pernah meninggalkan mereka.
"Apa yang boleh saya katakan sekiranya seseorang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar lebih baik jangan beri pendapat atau komen kerana hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu cerita sebenar," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, peguam syarie Rozana, Majdah Muda, berkata, pihaknya akan menfailkan jawapan permohonan bantahan awal bagi mengetepikan perintah hak penjagaan (hadanah) sementara yang difailkan oleh Awie 21 Julai lalu.
Jelas Majdah, pada 17 September baharulah mahkamah akan meminta kedua-dua belah pihak memberi hujahan dan kemudiannya membuat keputusan terhadap perkara itu.
Awie turut mengemukakan bantahan terhadap permohonan Rozana untuk membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) olehnya pada 16 Julai lalu untuk menghalang wanita itu daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.
Pada 22 Julai lalu Awie berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
http://www.mstar.com.my/video/
Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 22-8-2014 04:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
masa wangi cayang bucuk
ko percaya jah ckp laki ko
dah register kawen kt mesia
pastu ko hencap duit laki ko sampai kering
kena plk penumbuk sambal
baru ko taw rupanya blm penah register kawen
nasib la nok |
|
|
|
|
|
|
|
kalau marriage still tak daftar kat Malaysia..camne sawie leh dapat hak jagaan anak sementara? memang tak kan ada masalah ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|