|
'Rooney belum memuncak'
Rooney
Ia proses semula jadi: Fergie
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson dan Wayne Rooney melaungkan amaran kepada pencabar Manchester United bahawa penyerang England itu masih belum mencapai puncak prestasinya selepas dia meneruskan rentetan jaringannya dalam kemenangan 4-0 ke atas West Brom di Old Trafford.
Rooney menjaringkan satu gol dan mengumpan yang lain buat Cristiano Ronaldo dan Nani, dengan Dimitar Berbatov juga meraih gol Liga Perdana Inggeris buat kelab itu ketika United terus mengejar pendahulu awal musim.
Tetapi dengan Rooney – yang mencecah usia 23 tahun Jumaat ini – menjanjikan sentuhan yang lebih berbisa, faktor yang menjadikan Ferguson teruja ketika United mula menunjukkan prestasi yang menjadikan mereka juara England dan Eropah musim lalu.
"Dia berusia 23 tahun dan anda menjangkakan pemain akan menjadi lebih bagus," kata Ferguson.
"Ia adalah proses semula jadi, sama seperti ketika Ronaldo pada usia muda. Dia mempunyai bakat individu hebat dan semakin berusia pemain itu, mereka mempelajari untuk membuat keputusan lebih baik, melakukan perkara tepat pada masa ketika mereka menjadi semakin berpengalaman."
Alex Ferguson
Rooney menjadikan pungutan jaringannya kepada lapan buat kelab dan negara dalam enam perlawanan terakhir, sungguh pun Ferguson percaya beliau akan melihat permainan lebih konsisten daripada penyerang itu apabila dia melalui proses matang.
"Wayne memuncak tidak mengikut masa dan ia berkemungkinan tanda dia masih belum matang," tambah Ferguson.
"Apabila dia meningkat usia, ledakannya akan lebih konsisten dan ia adalah perkara semula jadi yang akan berlaku.
"Tetapi pada ketika ini, apabila dia berada dalam tempoh kemuncaknya, dia adalah hebat. Dia masih muda, jadi dia akan melalui tempoh kemarau tetapi dia akan bangkit semula."
Rooney tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila dia dan United, mempersiapkan diri bagi 'Battle of Britain' yang ditunggu-tunggu apabila juara England itu melayan kunjungan juara Scotland, Glasgow Celtic, di Old Trafford, esok.
"Barangkali, saya sedang bermain bola sepak yang terbaik dalam kerjaya saya," kata Rooney.
"Saya betul-betul menikmatinya pada ketika ini dan saya berasa cergas. Pasukan ini membantu saya dengan segala-gala yang saya lakukan. Diharapkan ia akan berterusan untuk saya membantu pasukan ini menjuarai lebih banyak trofi.
"Semua orang akan memberitahu saya bekerja keras dalam latihan dan perlawanan. Saya mahu belajar dan mendengar kepada orang berbeza di kelab ini dan menjadi lebih baik. Jika saya berterusan seperti ini, saya akan menjadi gembira." – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1101 cak!'s post
Patut tajuknya jd camni......."Rooney Belum Klimaks"....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1102 pisang69's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1104 koben19's post
bukan mcm tim boboi..slalu terinzal awal.. |
|
|
|
|
|
|
|
cenggitu tukar la tajuk benang ---> runi blom inzal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1109 jpl_fan's post
kehebatan sapa kau ni betol ke ecah, kan ke dia doubt casillas kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1110 ShadowChaser's post
malas aku nak argue pasal casillas ngan vds lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1111 jpl_fan's post
vds tak masuk buku bab ni cik errr....kak......ke abg hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
rooney patner ngan tevez mlm neh..
berbazir tuh toksah main..
pasal dah langgar pantang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1114 gicks79's post
kalu tok alex pikir gitu takpe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1114 gicks79's post
langgar pantang sbb score ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
nak teves partner dgn rooney
berbatov masuk second half pun ok.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|