korang.....mlm ni norman chat kt @15 kan......
mintak tlg pesan kt norman ......Shahir nyanyi x yah nangis2
aku setuju pendapat sarajevo takut ke laut n x mampu kawal emosi......
Jangan lupa temujanji anda berchatting bersama Pengetua AF8, Norman Abd Halim, malam ini jam 7pm eksklusif di @15 saluran 109.
Sediakan soalan2 yang menarik untuk di ajukan kepada pengetua ini nanti
Mana Magik Minggu Lepas?
Jauh berbeza dengan minggu lalu, hampir kesemua pelajar tidak melakukan persembahan yang memuaskan di depan Pengetua dan tenaga pengajar. Ini membangkitkan rasa kecewa dan marah Pengetua kepada pelajarnya. Dalam masa yang singkat menjelang Konsert Kelapa, mampukah pelajar ini meningkatkan persembahan mereka? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)
Shahir pula seakan masih begitu sukar untuk menghayati lagu tugasan minggu ini, Kau Yang Satu nyanyian asal Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip. Dek kerana masih bermasalah pada sesi di depan Pengetua, dia telah dihalau ke bilik vokal untuk teruskan latihan. Ini menyebabkan pelajar yang dikenali dengan nama Ustaz di kalangan rakan-rakan ini mengeluarkan air mata. Semakin mengharukan apabila muncul seseorang menenangkannya di bilik vokal. Dia terus memeluk dan menangis semahunya
Paling menarik untuk kita lihat apa pula makanan kegemaran pelajar AF8 yang akan dibawa ke Akademi. Setelah sekian lama dihidangkan dengan makanan ‘katering’, kini mereka dapat merasa air tangan ibu dan kaum keluarga. Paling kelakar, tenga pengajar nampak lebih teruja untuk merasa makanan yang dibekalkan keluarga kepada pelajar. Semua dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)