|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V173'- Happy New Year 2023 -
[Copy link]
|
|
tak penah tengok brand nov tepek.
adik kaka aritu plan nk bg kicap jalen.
tp tak jd.
twiggies tu tahan lama sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak penah nov. area nov duduk skrg kaka tak penah sampai rasanya.
kaka dulu takat pekan BM ada juga pegi.
area2 alma, sg bakap juru semua tu tak pegi.
|
|
|
|
|
|
|
|
adik ipar kaka kata aiskrim sebelah cendol.
ada khemah biru kt rumah jiran depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
aah kerepek2 kaka yg sponsor.
tak pasan pulak kaka portion ns lemak kt SA besar2.
mbr nov beli kt mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti dtg dgn apa.
kaka tak tanya.
tak sangka pulak anak dia ada bwk kawan sekali.
ada kawan anak pak sedara tu yg derang tak ikut
dtg ke majlis sb tak muat keta.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perasan pulak icon ni.
kaka pun jarang2 guna hp.
|
|
|
|
|
|
|
|
nti kaka guna hp kaka tengok.
harap2 memudahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mattzzx at 2-1-2023 02:52 PM
'Perketat SOP, jangan sekat kemasukan pelancong China' - MITA
- Januari 2, 2023 @ 1:41pm
Presiden MITA, Uzaidi Udanis. - Foto NSTP
PETALING JAYA: Kerajaan disaran supaya memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi kemasukan pelancong dari China.
Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis, berkata langkah itu adalah lebih bersesuaian, berbanding mengenakan sekatan kemasukan terhadap pelancong dari negara itu.
Beliau berkata, China adalah pasaran pelancongan penting dan sebarang sekatan akan memberi impak kepada negara.
"Thailand menjangkakan 'jutaan pelancong pada suku pertama tahun ini', manakala Singapura sudah memulakan semula penerbangan terus ke China," katanya memetik laporan FMT, di sini, hari ini.
Uzaidi berkata, Malaysia sudah menerima lebih 100,000 pelancong dari China antara April tahun lalu apabila sempadan dibuka dan September.
Katanya, kemasukan terdiri daripada ahli perniagaan dan pelajar serta pelancong daripada negara berkenaan.
"China adalah pasaran penting bagi kami kerana mereka mempunyai kuasa berbelanja," katanya.
Katanya, langkah terbaik untuk mengekang penularan COVID-19 adalah dengan mengetatkan SOP.
"Perkara paling penting ialah memastikan semua orang jelas mengenai keperluan ini (SOP).
"Dulu ramai yang tidak jelas mengenai SOP, contohnya apabila pelancong tiba di lapangan terbang mereka keliru.
"Oleh itu, petugas barisan hadapan kita perlu jelas mengenai SOP. Kementerian kesihatan (KKM) juga mengumumkan bahawa semua pelancong yang tiba di Malaysia perlu menjalani pemeriksaan suhu untuk demam," katanya.
Varian terbaru COVID-19 iaitu sub-varian Omicron BF.7 dipercayai memacu lonjakan jangkitan di China.
https://www.bharian.com.my/berit ... elancong-china-mita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aah. tp kaka ok je.
mana boleh jawab kaka jwb.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga covid tidak lagi semakin serius |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca tidak menentu sepanjang dua hari seluruh negara
Oleh KOSMO!
2 Januari 2023, 1:55 pm
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak selama dua hari bermula esok.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di timur dan utara Sabah pada 3 hingga 4 Januari 2023.
“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.
“Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung serta tengah dan barat Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya.
Tambah kenyataan itu, amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ari-seluruh-negara/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
benda yg sama berlaku kt negeri PT.
|
|
|
|
|
|
|
|
nov berani amik risiko.kaka tak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan
Kenaikan tambang bas mungkin untuk sekolah swasta
SHAH ALAM – Kenaikan tambang bas yang diuar-uarkan persatuan bas sekolah peringkat nasional yang menjadi isu hangat kebelakangan ini berkemungkinan melibatkan sekolah swasta dan jarak perjalanan yang jauh.
Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Mohd. Haron Mohd.Sidik berkata, tambang mahal bagi murid atau pelajar sekolah swasta ekoran sikap ibu bapa yang mahu kerusi dan pendingin hawa tetap selain jumlah penumpang dalam 10 orang sahaja untuk satu van sekolah.
Katanya, pengusaha juga diminta memastikan mengambil dan menghantar anak-anak mereka mengikut masa yang ditetapkan.
“Tidak boleh beri alasan apa pun untuk perkhidmatan bas sekolah anak mereka. Jaraknya pula lebih dari 100 kilometer.
“Contohnya, anak mereka bersekolah di Meru Klang tetapi tinggal di Puchong. Tambangnya dikira termasuk minyak, tol dan jumlah penumpang yang terhad. Dari Puchong ke Meru dan Meru ke Puchong ialah RM750 sehingga RM1,000 seorang penumpang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Dalam pada itu, Mohd. Harun memberitahu, tambang bas sekolah dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) kebiasaannya antara RM85 hingga RM130 sahaja.
“Tambang ini masih boleh dibincangkan jika melibatkan melibatkan dua atau lebih anak. Kita semua perlu tahu, tambang bas sekolah tidak lagi dikawal oleh kerajaan. Tiada harga silling dan tambang mestilah ikut persetujuan ibubapa dan pengusaha sahaja,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan golongan ibu bapa tidak berpuas hati apabila terdapat pengusaha perkhidmatan bas sekolah menaikkan lagi kadar tambang sehingga mencecah RM300 sebulan pada tahun depan bermula 3 Januari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... tuk-sekolah-swasta/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
diharap kenaikan tambang tidak membebankan ibu bapa |
|
|
|
|
|
|
|
bekpes kt kepci pagi2 menu apa je yg ada.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|