|
Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50
[Copy link]
|
|
Rozana Misbun Keliru Statusnya Bersama Awie

KUALA LUMPUR 22 OGOS 2014: Rozana Misbun secara sahnya masih isteri kepada penyanyi popular Awie walaupun ketika ini dia sendiri keliru dengan status perkahwinannya sama ada sudah didaftarkan di Jabatan Agama Islam atau pun tidak.
“Saya pergi ke Jabatan Agama untuk memohon sesi kaunseling rumah tangga, namun saya tidak membawa surat nikah disebabkan saya keluar rumah sehelai sepinggang. Setelah menyemak data menerusi kad pengenalan saya, pihak jabatan menjelaskan perkahwinan saya belum didaftarkan,” katanya ditemui Murai di lobi Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur.
Rozana juga sebenarnya telah mendapat surat perlindungan dari mahkamah untuk melindungi dirinya dari sebarang ancaman dan keselamatan diri.
Ketika ditanya adakah dia masih ingin meneruskan hubungan perkahwinan ini? Lantas Rozana menjawab kesnya masih berjalan di kedua-dua mahkamah iaitu Mahkamah Majisteret dan Mahkamah Syariah, jadi dia menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa Mahkamah.
Dalam masa yang sama, dia yakin Awie ada jawapan mengenai status perkahwinan mereka itu.
Sementara itu, peguam syariah Rozana Jaafar menjelaskan terdapat sedikit kemusykilan terhadap hak penjagaan anak sementara yang diserahkan kepada Awie dan Rozana hanya dapat bertemu anaknya hanya 2 jam mengikiut perintahnya dikeluarkan.
“Selalunya, keputusan hak penjagaan anak akan diputuskan setelah kes selesai di mahkamah dan pasangan itu mestilah sudah bercerai, tapi dalam kes ini amat berbeza, pasangan ini masih lagi suami isteri dan kenapa Awie boleh mendapat hak itu,” katanya.
Menurut peguam Rozana lagi, punca kenapa anak guamnya gagal hadir semasa proses Sulh pada 6 Ogos lalu adalah atas faktor keselamatan dan dikhuatiri proses sulh tidak akan berjalan lancar disebabkan Awie pernah mengasarinya sebelum ini dan anak guamnya berada dalam trauma.
“Saya tidak rasa proses sulh boleh dilakukan dalam waktu terdekat kerana anak guam saya masih lagi belum bersedia kerana proses Sulh hanya melibatkan Awie, Rozana dan pegawai bertugas, sementara saya peguamnya tidak boleh berada dalam proses itu,” katanya.
Rozana telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara (hadanah) tiga anak mereka yang diperoleh Awie di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 21 Julai lalu.
Namun Mahkamah Tinggi Syariah semalam memutuskan menolak permohanan Rozana bagi menukar hak lawatan terhadap anak-anak yang ditetapkan iaitu di kediaman Awie di Ukay Bistari Ampang ke kediaman bapa Rozana di Pantai Hill Park, Bangsar.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis menolak permohonan isteri penyanyi, Awie iaitu Rozana Misbun, 36, yang dibuat secara lisan bagi menukar hak lawatan terhadap anak-anak yang ditetapkan iaitu di kediaman artis itu di Ukay Bistari, Ampang ke kediaman bapa Rozana di Pantai Hill Park, Bangsar di sini.
Credits: murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
tula, masa kawen taknak dok diam2 harmoni.
sekarang, macam2 masalah timbul.
semoga punya jalan penyelesaian, kesian anak2, dah la comel2 belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sijil nikah Dari Malaysia camne register Surat beranak anak anak? |
|
|
|
|
|
|
|
kepada anak2, adik2, kakak2, mak2
belajarlah hak wanita
jgn lah disebabkan kentut tgh wangi, semuanya alpa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau perkahwinan x daftr, patutnya anak2 tak ada surat beranak la kan?
x ada surat beranak, cemna nk pi skolah? |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat posted on 22-8-2014 06:05 PM 
kalau perkahwinan x daftr, patutnya anak2 tak ada surat beranak la kan?
x ada surat beranak, cemn ...
betul, adakah semua sijil kelahiran anak-anak dia dibuat di Thailand oleh Awie.
Orang yang tahu undang-undang boleh je cabar dia ni.
Satu lagi, kenapa sejak dahulu sampai dah lahir 3 orang anak dia tak tahu perkahwinan dia belum di daftar di Malaysia?
###Bala ambil laki orang le ni. Hanes Suraya, sila noted kes ini. Kau kena hadam betul-betul. Tuhan bayar cash terus sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kan la diri sendiri tatau dah register kawin ke belom
ignorant nye kau ni pompuan
lapan tahun kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pelik mcm mne blh dpt hak penjagaan sedangkan diorg bkn bercerai...
Awie ambik je la anak2 ngn arni..bg la anak2 ngn rozana tu kt rozana..x pn bg sorg ke 2 ke...
Kes ni berlangsung as kes jenayah..tp awie drag to syariah plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tunggu pulak statement dari Awie. Makin complicated pulak, mangsanya budak2 tu. Bimbo nye lah hai si Rozana ni, dia patut ambik tahu status perkahwinan dia selama ni, jangan nak harapkan si awie tu je. Sekarang kan dah bertambah susah.. harap wanita2 lain ambik kisah ni sebagai pengajaran.. air yg tenang jgn disangka takde buaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
jatiarjuna posted on 22-8-2014 06:26 PM 
pulak dh..ada macam2 kemusykilan disini..
1.kalo laki bini x bercerai camne mahkamah leh putuskan ...
Hahaha!!aku suka kegigihan ko.teroskan!
|
|
|
|
|
|
|
|
setankuning posted on 22-8-2014 07:32 PM 
tak kan la diri sendiri tatau dah register kawin ke belom
ignorant nye kau ni pompuan
lapan tahun ...
Tu la pasal.ni kena lapan tahun kawin keluar gini.klo dh kawin berpuluh2 tahun br jadi masalah,takkan time tu baru nk check kata x daftar? Seriously??? Too busy with handbags??
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn kah masa dftar surat beranak nk kn sijil nikah? Can simply use the one yg issued dkt thailand mehhh??? Complicated pulak jd nya..m |
|
|
|
|
|
|
|
8tahun kawen, baru skrg tau pernikahan tak didaftar kan..anak dah masuk 3 org
Harap2 status anak2 halal di sisi agama dan undang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejati
Itu yang kau ucapkan
Bila janji kugenggam
Bawah pohon kemboja
Yang sekecil kita
Menanti
Di mahligai mainan
Kita bina bersama
Dari dahan yang rapuh
Usia perangkap kita
Remaja kita tinggalkan
Namun aku masih
Menggenggam janji
Tinggal kenangan
Gagal segala impian
Tinggal bertanya
Erti sejati
Kenangan itu
Hanya mainan bagimu
Tinggal bertanya
Erti sejati
Yang telah engkau janjikan dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
8 tahun berkahwin sebegitu nyanyuk |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah rozana yg dilihat di coffee bean few weeks ago. |
|
|
|
|
|
|
| |
|