|
[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...
[Copy link]
|
|
jenglut dan ibm.nak tanye sikit aaa,,kalau atshma ,,prudential cover tak,,,cth mcm sakit atshma,,kene gi nebulizer kat hospital swasta,,yang sedut tu,,kire one off session cmtu..pastu bayar,,tu boleh claim kat prudential ek,,,dan lagi satu,,anything penyakit yg terjadi disebbkan oleh pregnancy,,memang takkan cover kan..betul ker |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ana yang lum kawin dan umo xsapa 30 ni layak ke amik medical card ni
chit_ana Post at 24-11-2010 23:14
Rancang kewangan anda se awal yg mungkin...
Anak saya yg belum lahir pun saya dah ambik medikal kad utk dia |
|
|
|
|
|
|
|
okay..ada banyak jenis pakej ni.yang mana sesuai ye..duit xkisah leh cari lagi.kesihatan ni amat penting kena jaga |
|
|
|
|
|
|
|
okay..ada banyak jenis pakej ni.yang mana sesuai ye..duit xkisah leh cari lagi.kesihatan ni amat pen ...
chit_ana Post at 25-11-2010 12:07
saya ada hantar msg pd puan ana |
|
|
|
|
|
|
|
jenglut dan ibm.nak tanye sikit aaa,,kalau atshma ,,prudential cover tak,,,cth mcm sakit atshma,,ken ...
dunham_bush Post at 25-11-2010 11:19
kene admit..baru medical card cover..one off session tu outpatient bkn mahal sgt boss..yg mahal bila admit
preganacy, takde insuran yg cover bil nya..tp kalau kasi duit saguhati/elaun tu ada,, |
|
|
|
|
|
|
|
utk outpatient ambik nebulizer tu boleh claim dlm tempoh 30 hari sebelum admit dan 90 hari selepas kuar ward..... then outpatient utk kemalangan boleh claim bila2 masa .. tak perlu admit pun tak per
pregnecy ... tak leh pakai medikal kad. |
|
|
|
|
|
|
|
ok2...tq jenglut dan ibm,,client aku tanye,,maklumlah aku org baru,, |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan daripada Bank Negara Malaysia mengatakan tuntutan insuran perubatan meningkat dari tahun ke tahun..
Saya pun pelik sumber mana yg mengatakan kalau kita amik insuran..susah nak claim..syarikat insuran akan cuba mengelak drp membayar..mungkin bole sediakan statistik spt di atas..
Utk pengetahuan umum, syarikat insuran di pantau oleh pihak Bank Negara Malaysia..segala jenis tuntutan atau wang tidak tertuntut, pihak insuran di kehendaki melaporkan report tahunan kpd pihak Bank Negara setiap thn..
Kpd yg tidak memiliki kad perubatan, bertindak lah segera..kerana kos perubatan yg meningkat hampir 15% setiap thn
akibat kenaikan kos ubat & bantuan alatan diagnostic yg semakin canggih
Jika kenaikan kos perubatan 15% per year..tp kenaikan gaji kita pun tak lebih 15% setahun..ada baik nya mengambil insuran perubatan aka medical kad |
|
|
|
|
|
|
|
TERKEJUT BIL RM309,608
Oleh Rasmi Abdullah
[email protected]
--------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM 28 Nov. - Seorang pekerja swasta terkejut selepas mendapati kos pembedahan dan rawatan untuk membuang fibroidnya di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 6 Julai lalu mencecah RM309,608.
Siti Manzairina Osman, 46, mendakwa, caj tersebut terlalu tinggi berbanding kira-kira RM18,000 yang pernah dikenakan oleh hospital itu semasa dia menjalani pembedahan dengan doktor yang sama pada 2005.
Wanita tersebut yang tidak berpuas hati dengan caj tersebut mendakwa, dia telah membuat perbincangan dengan pihak hospital pada 30 Oktober lalu untuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengetahui secara terperinci rawatan yang diterimanya sehingga dikenakan caj terlalu tinggi.
Menurutnya, dia juga tertanya-tanya mengapa sehingga lapan doktor telah ditugaskan untuk merawatnya selepas pembedahan fibroid itu dan terpaksa ditahan di hospital selama tiga bulan.
''Bayangkan bil ubat sahaja lebih kurang RM81,000 sepanjang tiga bulan saya berada di hospital.
''Itu tidak termasuk caj barangan pakai buang seperti lampin, tisu dan sarung tangan sebanyak RM60,181.31, dialisis RM29,250 dan banyak lagi caj yang tidak berpatutan," katanya ketika ditemui di Subang Jaya dekat sini hari ini.
Siti Manzairina mendakwa, dia juga telah meminta laporan perubatan daripada lapan doktor yang merawatnya tetapi setakat ini belum memperolehi kesemuanya.
Dakwanya, ekoran bil yang semakin tinggi di hospital berkenaan, dia juga telah meminta untuk pulang ke rumah walaupun kesihatannya belum pulih sepenuhnya dan sudah menjelaskan bil hospital sebanyak RM223,280.
''Saya tidak kisah caj perubatan mahal jika saya sembuh. Tetapi sakit saya belum pulih dan sekarang terpaksa pula menanggung hutang untuk melangsaikan bil perubatan yang masih berbaki RM86,328.
''Akibat pembedahan itu juga, saya tidak boleh berjalan dengan betul, selain terpaksa menggunakan alat bantuan seperti tiub plastik pakai buang untuk membuang air besar.
''Sehingga kini saya juga terpaksa memperuntukkan kira-kira RM300 sehari untuk kos perubatan seperti membeli tiub plastik, mengupah jururawat dan melakukan fisioterapi," dakwanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri |
|
|
|
|
|
|
|
SO ... harap kita orang yg belum alami seperti di atas tu boleh decide either nak pakai duit simpanan sendiri atau nak insuran kompeni yg bayar kan .... |
|
|
|
|
|
|
|
Hai...sy nak mintak nasihat korang berkenaan insuran kesihatan ni.
saya plan nak amik insuran kesihatan dari prudential sebab saya hanya tau syarikat ni je.yang lain saya tak tau.kalau ada pun saya tak penah tau tu syarikat insuran.kalau ada yang bagus dan terkenal boleh cadangkan.saya ada banyak sangat persoalan pasal prudential ni.harap2 boleh tolong jawablah ye.
1. ni saya quote dari website prudential sendiri dari Crisis Cover Plus insurance
If you are a 20 year old male non-smoker, purchasing a Crisis Cover Plus with a term of 40 years (up till age 60) and for a sum assured of RM100,000, your premium will be RM584 per year.
kalau saya seperti lelaki ni,maknanya tiap tahun saya bayar RM584 lah ye?ade hidden fees tak?i hate hidden fees.tiap bulan ada bayar ape2 ke?
2.ade thread sebelum ni sy baca dia cari agen utk predential.persoalan saya,kenapa cari agen?ape kelebihan agen ni?kenapa tak pegi terus apply di prudential?
3.adakah insuran prudential ni bagus?
10 markah diberikan kepada yang sudi menjawab |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibm632 at 8-12-2010 18:13
1. ni saya quote dari website prudential sendiri dari Crisis Cover Plus insurance
If you are a 20 year old male non-smoker, purchasing a Crisis Cover Plus with a term of 40 years (up till age 60) and for a sum assured of RM100,000, your premium will be RM584 per year.
kalau saya seperti lelaki ni,maknanya tiap tahun saya bayar RM584 lah ye?ade hidden fees tak?i hate hidden fees.tiap bulan ada bayar ape2 ke?
2.ade thread sebelum ni sy baca dia cari agen utk predential.persoalan saya,kenapa cari agen?ape kelebihan agen ni?kenapa tak pegi terus apply di prudential?
3.adakah insuran prudential ni bagus?
tabasco Post at 8-12-2010 17:13
1.Yang tu mmg ada produk macam tu ... Term Life Produk .. Takaful pun ada produk macam tu di panggil PruBSN Crisiscover cuma mahal sikit ... Tapi yg Takaful ada return sedikit dlm bentuk Mudharabah.
2. Ejen ni dia macam consultant... tugas dia consult dan provide kat kita apa plan yg sesuai utk kita .... then ejen ni lah menyenangkan tugas client nak claim.
3. Nak tahu bagus ke tidak kena tunggu claim dulu baru terbukti.
Prudential No.1 di Malaysia... walaupun ejen dia tak ramai tapi sebab client percaya dengan produk dia maka itulah sebab nyer dia No. 1 ni M'sia |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih sebab sudi jawab persoalan saya.ada lagi soalan tambahan di bawah
1.Yang tu mmg ada produk macam tu ... Term Life Produk .. Takaful pun ada produk macam tu di panggil PruBSN Crisiscover cuma mahal sikit ... Tapi yg Takaful ada return sedikit dlm bentuk Mudharabah.
jadi tiap tahun saya akan bayar rm500 lah ye?jumlah itu sahaja ke?kalau bayar ni kena bayar melalui agen atau ke prudential terus?
2. Ejen ni dia macam consultant... tugas dia consult dan provide kat kita apa plan yg sesuai utk kita .... then ejen ni lah menyenangkan tugas client nak claim.
nak claim tanpa agen nanti susah ke?
ibm632 Post at 8-12-2010 18:12 |
|
|
|
|
|
|
|
sy share ya...
1. kaedah pembayaran boleh byr melalui autodebit, kad kredit, cheque atau tunai terus ke prudential...online banking pon boley...
utk tahu ape & berapa nak byr sila dptkan quotation rasmi & anda boley tgok segala nilai caruman & charges yg ada...jgn sign-up selagi xpuas hati..tnya ejen anda segenap inci yg anda nk taw
2. menyentuh soal claim ni boley dibuat sendiri oleh client dgn dptkan borang2 claim di prudential branch & kembalikan setelah segala dokumentaasi lgkp...
kenapa perlu ejen buat claim? secara mudahnya, bila client claim bermakna client xsihat/sakit.warded atau ditimpa musibah. Jadi logik akalnye takkan le org tgh sakit nk amik form & fill up segala form or even worse kena plak claim requirement...client tentu nak bila sakit ejen buatkan semua utk dia.....itu la tugas & kepuasan sbg ejen..bila dpt selesaiakn claim client.....
" kalau produk kami boleh diuruskan dgn mudah di kaunter cawangan sudah tentu ejen2 spt kami tak perlu diwujudkan"
my 2 cents worth |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1135# tabasco
Takde hidden fee..sume transparent.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada terlebih plak Prudential kalendar/planner 2011..kalau sesapa nak, pls pm me |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak tanya semua agen2 insurans. Ada tak pakej Insurans Klinik pesakit luar? leceh beratur menunggu di hospital kerajaan. If sesapa tau bagitau ye..terima kasih banyak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: http://www.bharian.com.my/articl ... ;utm_medium=twitter
[B]
Hospital swasta perlu maklumkan kos sebelum pesakit terima rawatan
2010/12/28
PUTRAJAYA: Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana perkara itu sudah dipersetujui pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya Jumaat lalu.
"Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.
"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.
Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.
"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.
Mesyuarat berkenaan yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan berkenaan memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|