|
**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<
[Copy link]
|
|
Reply 1140# ciksurie
macit nasi lemak lena diulit mimpi, sampai lupa nak berniaga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1141# tudung_bawal
tb... riri nak kuar p byr bill dulu..out dulu  |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi semua... Ada apa2 soalan ke utk hari ni? Kalau ada, count me in... hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari isnin semua..... |
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
MARKAH DAN PENJURIAN BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
Semasa saya kanak-kanak dahulu, saya adalah seorang yang periang. Setiap hari saya akan keluar bermain-main dengan rakan-rakan saya. Antara permainan paling popular ketika itu ialah permainan getah dan congkak. Congkak yang selalu saya main ialah congkak yang di gali di atas tanah dan buahnya adalah biji guli. Dan terdapat banyak lubang congkak di bawah rumah saya. antara permainan lain ialah permainan polis sentri. saya selalu ditangkap awal kerana saya tidak laju berlari. Kadang-kadang saya menangis ketika ditangkap sebab tidak sampai 5 minit kena kejar, saya telah di tangkap dan apabila tiba giliran saya menjadi polis, saya sukar untuk menangkap pencuri. saya sangat sedih. Tapi kawan-kawan saya selalu menenangkan saya dengan membelanja saya gula-gula dan kadang-kadang kami bersama-sama makan chikedees. Chikedees sangat sedap. saya selalu beli chikedees dengan wang saku saya. Pada sebelah malam pula, saya akan pergi ke rumah jiran saya bersama rakan-rakan saya untuk mengaji Al-quran. saya khatam al-quran ketika umur saya 11 tahun. Ayah saya sangat bangga dengan saya. Dia belanja saya chikedees lagi. Tapi bila emak saya dapat tahu, emak memarahi saya kerana saya makan chikedees banyak sangat. Tapi saya gembira kerana emak saya sayang saya. Saya masih ingat ketika umur saya 8 tahun, buat pertama kalinya, kakak saya belanja saya makan KFC, sedapnya. Saya makan KFC seperti di iklan TV, makan peha ayam sambil menjilat jari. Terima kasih kakak!. Itulah kenangan saya semasa saya kecil, sekarang saya sudah dewasa, sudah tidak bermain congkak lagi. Saya berharap suatu hari nanti, anak saya tahu bermain congkak seperti saya. Sekian. Terima kasih cikgu!
MARKAH DAN PENJURIAN BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam....wah!! carly slalu aje jd murid pertama jwb soklan yek..... yg len ni masih monteng......bsok jek jwb.... |
|
|
|
|
|
|
|
karangan!  |
|
|
|
|
|
|
|
karangan!
satusembilan Post at 26-3-2012 21:19 
sabar2... |
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
MARKAH DAN PENJURIAN BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS.
Bagi saya zaman kanak-kanak memang terlalu indah, kalau diberi peluang untuk berpatah balik, mahu saya terus menjadi kanak-kanak. Menjadi kanak-kanak tidak perlu berfikir masalah peribadi, kewangan atau pun perkerjaaan. Saya hanya fikir makan, bermain, tidur itu aja.
Cerita pasal zaman kanak-kanak, memang banyak yang saya lupa. maklum aja la.. masa umur empat atau lima tahun mana la bole recall tue semua kan? Tapi yang paling saya tak dapat lupa bila time hari raya. Berpeluang pula berkumpul bersama-sama sepupu sepapat yang lain. bergegar rumah nenek dan datuk dibuatnya.
Kebiasaanyanya pada malam raya, pasti kami sudah berkumpul dirumah datuk dan nenek. Sementara mak-mak sebuk didapur kami pula sebuk bermain mercun, zaman tu larangan bermain mercun tidak dikuat kuasakan maka, kami main la sepuas-puas hati. Jika mercun atau bunga api sudah abis stock. kertas dan sabut pun bole jer kami bakar sebagai ganti mercun. Kalo korang nak taw... berus periuk nenek pun kita org pernah ikat dengan tali, bakar dan swing2 kan dia.. memang cantik yuh.... sila tengok contoh dibawah

Pagi raya pula lain ceritanya, sedang yang lelaki sebuk ke masjid kami lak yang pompuan per lagik... sebuk lak menyanggam baju raya dan padan2kan dengan kasut. Maklum ja la lepas da lawa2 kan, nk salam mintak hampun dan collect duet raya. huhuhu
Zaman kanak2 dulu kami lebay bebas jln beraya. tidak seperti zaman sekarang, semua kena ikut mak dan bapa. Kami segerombolan beraya dari satu rumah kerumah lain. Bukan nk raya sangat pun, nak kutip duit raya jer yg lebay. Adakalanya kita org siap kata dengan tuan rumah. "Makcik tak payah ler sesusah buat air, bg duit da cukup" kuang asyam kan..?. hahahahaha budak skrg ada brant?
Kami beraya seharian. Kami akan balik kerumah sama time dengan sederet itik2 pulang petang... adehhh kusutt jer muka masing2. Yg penting kepuasan... beraya beramai2 dan bawa hasil duit raya yang sen2 tue
Bila malam pula kita org bermain tikam2. maklum ja la...hasil tangkapan duit raya kan banyak. ada la 1 org sepupu tu..pandai betul jual menda alah ni... memang taw main ni duit akan habis... tp syok punya pasal...main sampai habis duit tue... last2 bila kantung da kosong melalak. hua hua hua
.jpg)
Udah...da lebay 150 perkataan ni... kalo nk cerita bab zaman kanak2 yg lain mmg x leh muat column ni.. sambung ja next karangan, kowt ada la...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
MARKAH DAN PENJURIAN BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS.
Bercerita tentang zamankanak-kanak adalah putaran waktu yang sangat indah tanpa dibelenggu masalahyang berkisar dalam kehidupan orang dewasa. Oh indahnya, yang hanya terbit difikiran setelah celik mata adalah masa senggang dengan kawan-kawan, permainan baru,bila lapar cari makanan kat dapur, bila sakit mengadu dengan mak.Bergaduh-gaduh manja dengan adik beradik , rakan sepermainan dan bila mengantukdan letih cuma masuk tidur. Secara jujurnya pada zaman era 80an persekolahan dizaman kanak-kanak bukanlah sepening hari ini yang mana pada ketika itu, tidakada penekanan yang terlampau dahsyat pada kanak-kanak. Kami melalui sesipersekolahan dan pembelajaran mengikut aliran dan cara kanak-kanak. Terlalubanyak perbezaaan hinggakan tidak langsung terbeban dengan peperiksaan.
Oh alangkah bahagia jikawaktu dapat diputarkan kembali ke zaman itu. Leteran mak dan ayah sampai dahsebati..hehehehe. Teringat cikgu-cikgu yang sangat garang terutama cikgumatematik. Sifir memang menjadi keutamaan pada ketika itu. Tidak hafal sifir maknanyaberparut la perut dengan cubitan dari cikgu. Rotan, ketuk ketampi, picittelinga adalah resam denda pada zaman persekolahan dahulu. Tapi murid danibu-bapa menerima denda itu seadanya kerana tidaklah sampai menderamurid-murid. Cuba bayangkan denda itu di buat pada masa ini, silap haribulankena saman lah cikgu cikgi semua. Kasihan cikgu-cikgu sekarang ini. Tamatpersekolahan pukul 12.30 tengahari, seolah agama rakyat bermula pukul 2.30petang sampai pukul 5.00 petang. Tapi kalau yang seangkatan tahun 80an, padamasa memang sangat popular cerita jepun. Antara yang popular adalah OSHIN, RINHANIKOMA dan Cerita yang sangat meninggalkan kesan adalah MAERO ATTACK. Mestikorang ingatkan...hehehehehe...bestnye , sanggup tidak makan masa rehat pukul4.00 petang sebab lari balik rumah semata-semata untuk tengok cerita ni.
Itu tentang rancangantelevisyen, cerita tentang permainan pulak tak kenal pun pasal PSP danpermainan video ni. Pemainan yang sangat sihat kerana berpeluh-peluh. Antaranyamain nyorok-nyorok, permainan lompat getah, polis dan pencuri, baling tin atauselipar. Sangat menyeronokkan tapi bila perempuan tentulah pondok-pondok, mainmasak. Ada satu yang tak dapat dilupakan satu permainan anak patung danpersalinan pakain kertas. Boleh salin baju ikut suka kita, tapi tak ingat apanama nya.
Lagi satu bila sambutpuasa dan raya, sangat mengujakan sebab bulan puasa boleh main waktu malam, makayah tak marah pun. Lepas tu macam biasalah bila tiba nak sambut puasa laguilahseronok sebab dapat baju baru, kasut baru pendek kata semua serba baru. Berayasatu kampong berhari-hari pulak tuh kutip duit raya…hahahahaha. Tulah kot serbasikit kalau cerita panjang-panjang satu jilid pun tak habis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
malasnyer nak mengarang  |
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
Setiap dari kita pasti akan melalui zaman kanak-kanak dan pabila di zaman tersebut, kita akan rasa gembira sentiasa kerana kita tidak pernah memikirkan apa jua masaalah yang dihadapi oleh orang dewasa. Ana juga melalui zaman kanak-kanak tersebut dengan perasaan yang gembira dan akan berasa sedih pabila permintaan yang ana inginkan tidak dipenuhi oleh ayah, ibu, atok, nenek, pakcik, makcik mahupun abang-abang semua.

Masa ana di zaman kanak-kanak, setiap petang ana pasti akan merengek nak ke taman permainan dan biasanya abang atau atok yang akan menemani ana bermain di sana. Sampai di sana pula ana akan mula merengek nakkan aiskrim kon atau aiskrim roti, kalau atok atau abang tak nak beli ana mula mengamuk dan berguling-guling atas tanah jadi biasanya ana akan memperolehi apa yang ana inginkan

Pabila ke pasaraya pula ana pasti akan mendapatkan jajan-jajan yang dijual di situ walaupun ibu ana selalu menegah namun biasanya ayah yang akan membelikannya. Selepas mendapatkan makanan ringan tersebut ana akan rasa cukup bahagia dan akan mengajak ayah dan ibu untuk pulang ke rumah supaya ana dapat menikmati makanan ringan tersebut
Sepanjang menjalani kehidupan sebagai kana-kanak riang ribena, jujurnya ana tak pernah ambil tahu akan permasaalahan yang dihadapi oleh orang tua ana dan ianya amat berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang di mana anak-anak ana walaupun masih kecil tapi mereka sudah mula menghidu sekiranya kami ibu bapanya mempunyai masaalah di tempat kerja atau dengan persekitaran. Dan pada zaman ana dahulu ibu dan ayah tidak pernah risau kalau ana bermain diluar rumah bersendirian tapi pada zaman sekarang andainya anak-anak yang kecil nak bermain di luar samada ana, suami atau anak yang besar akan pantau keselamatan mereka.
Akhir sekali ana ingin katakan bahawa ana merindui zaman kanak0kanak di zaman dahulu kerana kami kurang terdedah pada bahaya yang tidak menentu dan disebabkan zaman dahulu teknologi tidak canggih jadi fikiran kami lebih terpelihara dan suci berbanding dengan kanak-kanak sekarang sudah terlebih dari segala segi dan tindak tanduknya
MARKAH DAN PENJURIAN BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum wr wb dan selamat pagi semua
sudah siapkan kerja rumah  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
SELAMAT PAGI.......... |
|
|
|
|
|
|
|
tq cegu nini kasi pinat  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1156# cmf_anisss84
waalaikumsalam cegu............ |
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
MARKAH DAN PENJURIAN BERGANTUNG KEPADA CIKGU YANG BERTUGAS.
Zaman kanak2 adalah zaman yg masih segar lg dlm ingatan raff. Andai masa boleh diputar, teringin rasanya raff melaluinya lagi. Masa kecil raff memang lasak berkawan pun dgn bdk2 lelaki. Main pistol air, tembak2, polis2 sampai mak abah raff pn pelik nape raff x suka main permainan bdk2 perempuan. Dulu kami tinggal dkt kuarters JKR Kluang. Tepi rumah raff ada pokok jambu batu ngan pelam epal. Bwh pokok jambu batu plak ada buaian besi bulat tmpt kami sumer duduk2 ambil angin.
...haaaa.....camni ler....
Nak dijadikan cerita suatu hari raff kena cabar ngan bdk2 lelaki utk panjat pokok jambu. Dorg pakat kalau raff berjaya panjat dorg nk belikan raff aiskrim bugs bunny (dulu aiskrim ni popular belang2 kuning coklat). Macam biasa lps blk skolah agama raff biasanya akn tonton cerita smurf ngan mat yoyo...tp oleh krna aritu nk panjat pokok jambu, raff xkisah pn...mula la dorg berkumpul kt bwh pokok yg mane ada sorak sokong, ada juga yg sorak mengejek, tp raff panjat jgak dgn bangganya....smpai kt satu dahan tu raff x perasan ada satu umah semut kerengga lalu raff terlanggar...
apelg, mengamuk sang kerengga tu sumer, siap masuk dlm seluar kecik raff lg, raff siap da nangis atas pokok tu, last2 ada sorg bdk tu panggil pakcik jiran sebelah umah raff suh turunkn raff. Satu bdn raff da kena gigit...akhirnya raff berjaya diturunkan jgak. Pakcik tu bukak baju ngan skirt raff sume coz nk buang kerengga2 yg sdg mengganas. Last2 satu bdn merah2 gatal.....pakcik tu kol mak raff. Mak raff blk trus kena cubit. Dah la sakit kena gigit kerengga, kena cubit lg......trus mak marah bdk2 lelaki tu suh blk umah dorg.....dan raff akhirnya xgi skolah ptg, duk dlm bilik sambil tersedu sedan menahan sakit......smpai skrang kalau raff ada nmpk bdk2 panjat pokok jek trus teringat time tu.....
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum....
nak tacang..tapi malas nak mengarang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|