|
Adam Dan Hawa [Part 5] Hanya di Astro Mustika 134 Setiap Isnin - Khamis (10 mlm)
[Copy link]
|
|
diana007 posted on 17-10-2012 09:59 AM
Ain tolong pakai tudung betul2 ye.. Lemasnya mata I dengan berselendang separuh jalan ni blouse ny ...
kan.. nape tak maintain pakai baju kurung je.. cun ape kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
ainiz81 posted on 17-10-2012 10:01 AM
jgn story..iols takmo tau
hahaha slamat melayan.. tp once uols dah masuk sini kena bersedia dgn spoiler |
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 17-10-2012 10:01 AM
kan.. nape tak maintain pakai baju kurung je.. cun ape kannn
Tu le..everything about her head to toe bukan eye pleasing.... Kalau dia berkurung, she looks sweet...pakai tudung bawal macam Nora Danish in Tentang Dhia pun cantik, I lemas betul selendang2 yang halfway ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 17-10-2012 10:02 AM
hahaha slamat melayan.. tp once uols dah masuk sini kena bersedia dgn spoiler
itu takde hal.. mlm ni iols nak rempit lg
|
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 17-10-2012 10:03 AM
Tu le..everything about her head to toe bukan eye pleasing.... Kalau dia berkurung, she looks swee ...
ni semua kerja production..kata cikted..
|
|
|
|
|
|
|
|
MayBe Selendang HalfWay ni senang utk Am tanggalkan..scene ringan2 Maggie Mee tu |
|
|
|
|
|
|
|
kn64 posted on 17-10-2012 10:05 AM
ni semua kerja production..kata cikted..
Dah tau dah.. Kesian warddrobe Ain Hawani... Lecturer2 Uitm Shah Alam semuanya up to date & trendy especially the Single One's, mostly wangian mereka...boleh dikesan bau nya dalam elevator
|
|
|
|
|
|
|
|
morning dan w'salam pada semua yg bg salam..
hari ni mcm tak berapa nak sihat sbb baru dpt berita sedih..
ada kawan kena breastcancer..dah stage 4..so baru lepas nangis kepala pun dah pening..
|
|
|
|
|
|
|
|
eleeee sebenarnye Ain pun tersenahan macam kita jugak. suke je kat am tu... tapi ego.
|
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHA.. terjumpa blog entry ni.. lawak giler.. mesti geng senah suka ni
Tanda-Tanda Anda Ketagihan Adam dan Hawa
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Astro, drama bersiri terbaru Adam dan Hawa merupakan drama yang paling popular di saat ini, dengan lebih 6 juta orang menontonnya setiap kali episod baru ditayangkan. Nampak macam ezajerit bilangannnya di situ tetapi memang saya suka ezajerit berdasarkan reaksi luar biasa yang diberi oleh para peminat siri drama tersebut. Sana sini tak kiralah di alam fana, alam maya mahupun para pekerja di Alam Flora semua sibuk bercerita dengan kehebatan siri ini. Anda boleh nampak passion serta keobsesan mereka tentang siri setiap kali topik Adam dan Hawa dibincangkan. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui adakah anda juga fanatik Adam dan Hawa.
1) Anda yang selama ini tengok TV3, tiba-tiba melanggan Astro Beyond HD semata-mata untuk menonton Adam dan Hawa. Tidak cukup dengan Astro, TV lcd 42" dengan definisi tinggi juga turut dibeli untuk memastikan kepuasan menonton drama kegemaran mereka ini.
2) Jika anda wanita sudah berkahwin, anda menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan anak-anak dan suami sebelum pukul 10 malam, dari hari Isnin hingga Khamis. Makan minum berak semua kena setelkan sebelum pukul 10. Ini kerana tepat pada pukul 10, anda wajib berada di hadapan televisyen berserta dengan tisu dan kudapan bagi menghayati siri Adam dan Hawa tanpa gangguan di saluran Mustika HD 134. Bunyi air masak di dapur, bunyi orang beri salam di luar semua tidak akan dilayan. Even if anda dah nak terberanak, boleh tahan lagi tu lepas habis cerita barulah beranak.
3) Kebanyakan mereka yang menonton siri ini menonton sirinya terlebih dahulu, barulah perasan yang siri ini diadaptasikan daripada novel popular Aisya Sofea dengan tajuk yang sama. Oleh kerana tidak mampu menahan keghairahan terhadap siri tersebut, sudah pastilah anda akan membeli novel tersebut dan dihabiskan dalam masa sehari untuk mengetahui bagaimanakan ending siri tersebut kerana siri Adam dan Hawa ni 80 episod. Walaupun dah habis baca novel, itu tidak menghalang anda untuk terus menonton siri tersebut di Astro sambil membuat perbandingan antara kisah di novel dan adaptasinya di TV sambil memberi komen-komen seperti "Eh yang ni tak ada pun kat novel" ataupun "Eh kat Astro ni tak tunjuk pun scene Adam garu ketiak".
4) Anda memastikan telefon pintar dan laptop anda dicas dengan penuh. Ini kerana sambil menonton Adam dan Hawa, anda akan membuat ulasan secara langsung melalui Twitter menggunakan hashtag #adamdanhawa untuk berkongsi pendapat, teori, emosi, mahupun momen inzal bersama peminat yang lain. Di Fesbuk pun tak kurang hangatnya. Kalau anda nampak rakan-rakan Fesbuk anda mengepost status-status aneh selepas pukul 10 malam seperti "OHHH KACAKNYAAA", "MMMM SEJUK MATA MEMANDANG" mahupun "#%$&*#$^#&$^&^&#$^!!!", itu bermakna mereka sudah dirasuk oleh Adam dan Hawa.
5) Sebagai peminat setia, anda pastilah sudah 'Like' laman Fesbuk rasmi Adam dan Hawa (https://www.facebook.com/DramaAdamHawa.Fanpage.Official). Di sini tahap kefanatikan mereka adalah over 9000. Masing-masing sudah menukar gambar profail kepada Aaron Aziz mahupun Nadiya Nisaa. Adalah juga sorang dua pakai gambar Rozie Rashid. Kalau anda jantan sekalipun anda peduli apa orang lain soksek soksek cakap anda jantan dayus bila anda pakai gambar Aaron Aziz berketayap. Mereka semua tak faham perasaan cinta anda yang suci.
6) Walaupun anda sudah menonton episod terbaru Adam dan Hawa, itu tidak menghalang anda untuk menonton siaran ulangannya tak kiralah pukul 1 pagi ke, pukul 5.30 petang ke mahupun di hujung minggu. Orang lain cuba nak tukar channel anda akan bagi jelingan padu maut. Orang ajak pergi kenduri, anda jadi anti sosial kerana anda nak teman Adam pergi Masjidil Haram. Lepastu hausmet anda semua kompelin Internet jadi slow sebab anda muat turun episod terbaru sambil stream di Youtube.
7) Keperibadian anda secara tidak langsung dipengaruhi oleh Adam dan Hawa. Yang lelaki, tiba-tiba bercita-cita nak jadi Pilot MAS. Mereka percaya walaupun mereka ni seorang playboy, satu hari nanti mereka akan berubah dah akan pakai ketayap dan berjumpa cinta agung di Mekah. Yang lebih ekstrim tu, ada juga yang sanggup berkhalwat dan mengharapkan agar mereka ditangkap basah. Lepastu kalau yang sedang bercinta mulalah plagiat quote Adam dan Hawa seperti "Fandi rasa kosong.. kosong.. kosong.." , "Am dah penat ma.. Hampir putus asa.." mahupun "TAK USAH DIUCAP, TAK USAH DILAFAZ, AKU DAH MENGERTI BAHASA CINTAMU.....". Perghhhh.
8)Bagi anda, di saat ini lagu yang paling best di cakerawala adalah lagu tema Adam dan Hawa, Muara Hati dendangan Hafiz AF dan Dato Siti Nurhaliza. Sebagai seorang fanatik anda sudah pastilah menjadikan lagu tersebut sebagai nada dering, nada SMS, mahupun bunyi alarm bangun pagi. Lagu tersebut memang infectious kalau anda tak minat siri Adam dan Hawa sekalipun anda pasti pernah dengar bait "DEMIII CINTAAAA DALAM HATIKUUUU". Yang peminat fanatik pula setiap kali ada situasi yang menjengkelkan tetapi mereka terpaksa juga buat, mereka pasti akan nyanyi, DEMIII CINTAAAAAAA. Kalau nak berak tapi tak lawas pun diusahakan juga sambil menyanyi DEMII CINTAAAA tah apa kaitannya tah. Lepastu yang super duper fanatik siap buat rambut afro macam Hafiz dan pakai produk pencuci muka SimplySiti.
9) Memang sudah menjadi trend masyarakat Melayu masakini untuk menamakan anda mereka berdasarkan watak-watak popular dalam drama televisyen. Antara nama yang pernah popular dahulu adalah Nora Elena, Ahmad Durrah, dan juga Syahdan (Hati Waja). Maka nama yang popular untuk tahun 2012 ini sudah pastilah Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Mak bapak pula kalau nak cari jodoh untuk anda kena ada iras-iras Adam Mukhriz nama Adam je tak bermakna hensem ye tak.
10) Sebagai peminat fanatik, anda akan berasa marah jika orang mempermainkan siri Adam dan Hawa serta membuat entri parodi tentang drama kegemaran mereka. Siapa yang berani kutuk Adam dan Hawa tu, tak pasal-pasal ada hate page "KAMI BENCI FAIZAL YANG MENGHINA AARON AZIZ KAMI" (sekadar contoh).
Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada peminat fanatik Adam dan Hawa? Harus dinyatakan di sini yang saya tak pernah menonton satu episod pun siri tersebut, apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling dan......mama sendiri. DEMIII CINTAAAAAAAA dammit tengok aku pun dah ternyanyi sebab mama aku siang malam pasang siri tersebut.
http://ijaicool.blogspot.com/2012/10/tanda-tanda-anda-ketagihan-adam-dan-hawa.html
memula tak paham apa dia maksudkan "ezajerit" lepas tu baru paham "exaggerate" |
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 17-10-2012 10:03 AM
Tu le..everything about her head to toe bukan eye pleasing.... Kalau dia berkurung, she looks swee ...
kannn.. rase mcm nak tarik betol kan selendang halfway dia, kasi pin ke brooch ke... rimas la |
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 17-10-2012 12:23 AM
Sangat2 betul wahai mama D. Kesian Am kena bersabar lg melayan kerenah si Ain yg ntah apa2 tu. E ...
Selama nih am pun selalu mainkan perasaan dee... so sekarang dengan ain merasalah bertemu buku dengan ruas khennn...
|
|
|
|
|
|
|
|
avrilizana posted on 17-10-2012 10:09 AM
HAHAHA.. terjumpa blog entry ni.. lawak giler.. mesti geng sen ...
Hahahahaha I tidak..hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 17-10-2012 12:26 AM
siann Am dan Mama..lama tunggu Ain...
sib baik makan pujuk Eja..kalau tak naik teksi je la 2 ber ...
Bukan am dah call erin jugak ker? erin pun sampai lambatkannn...
|
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 17-10-2012 10:18 AM
Hahahahaha I tidak..hehehehe
hahahaha lawak kan mama? nasib baik dia tak listkan geng senahan
|
|
|
|
|
|
|
|
wohoooooooooooooooooooooooooo haku berjaya beli novel AH ni kat MPH One utama semalam... hmm belum habis baca lagi..
tapi memang bagus la cara drama ni diadaptasikan.. tak lari banyak dan lebih dramatik. So far, IMO, novel ni lagi mantap dari Sehangat Asmara...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|