miawpink posted on 13-11-2013 09:37 AM
bg resepi yang senang.. udang ke, sotong ke..
nk buat hujung minggu
nah resepi sotong celup tepung
Waktu memasak: 10 minit Saiz hidangan: 2 orang
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong besar |dihiris setebal 1/2 inci
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk kari
1 biji telur
60gm tepung gandum
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul sotong bersama tepung jagung, telur, serbuk kari dan serbuk perasa sehingga sebati.
2. Ambil sotong satu persatu dan lumurkan bersama tepung gandum.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong dengan api sederhana sehingga garing.
4. Apabila masak angkat dan sedia dihidangkan