CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

(Update pg35)Qi Razali Belum Boleh Terima Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz

[Copy link]
Post time 4-3-2014 03:55 PM | Show all posts

PENGACARA QI RAZALI PERLI GURU DI LAMAN SOSIAL?

KL, 4 MAC 2014: Nampaknya drama Bukan Kerana Aku Tak Cerita sememangnya mempunyai impaknya tersendiri. Drama lakonan Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi akibat aksi mesra terlampau dua pelakon utamanya itu.

Terbaru, satu emel singgah di inbox Murai Batu dari individu yang mendakwa dirinya peminat drama Bukan Kerana Aku Tidak Cinta, drama adaptasi daripada novel E-man Sufi yang kini sedang hangat ditayangkan di siaran TV berbayar, Astro.

Menerusi emel ini, individu itu memberitahu dia mewakili peminat-peminat E-man Sufi, ingin berkongsi cerita mengenai tindakan kurang sesuai Qi Razali iaitu kekasih kepada Nelydia Senrose terhadap penulis novel berkenaan.

Kisahnya terjadi apabila peminat kepada E-man Sufi telah merasakan Qi Razali telah memerli penulis novel itu melalui laman twitternya dengan memalukan pekerjaan E-man sebagai seorang GURU yang mana Qi Razali tidak menghormati malah mencerca pekerjaan seorang cikgu hanya kerana sikap baran yang tidak bertempat.

Semuanya bermula dengan salah faham Nelydia Senrose terhadap komen-komen peminat E-man Sufi di dalam Instagram E-man yang mana komen tersebut adalah komen-komen biasa sebagai peminat terhadap drama tersebut.

Setelah seminggu status tersebut, Nelydia Senrose secara tiba-tiba memberi komen dan mempersoalkan tentang laharan serta memperli peminat-peminat drama tersebut dengan memberi komen dan mempersoalkan apa hak peminat tersebut untuk mengkritiknya dan dia katanya tidak sangka komen tersebut datangnya daripada golongan yang ‘berpendidikan tinggi’ seperti guru

.

Komen dari Nelydia itu katanya tidak wajar ditulis memandangkan status E-man Sufi di gambar tersebut nyata jelas tiada kaitan lansung dengan dia.

Keadaan bertambah buruk apabila kekasih Nelydia, Qi Razali menaikkan pula status yang memerli kerjaya seorang guru.

Tambahnya lagi, mereka peminat-peminat E-man merasakan bahawa status Qi Razali ini memang ditujukan kepada novelis tersebut kerana jelas status itu ditulis sebaik saja Nelydia memberi komennya di Instagram milik E-man Sufi.



Bagi mereka, kritikan dan komen terhadap drama Bukan Kerana Aku Tidak Cinta tidak menjadi masalah, namun dengan menghina E-man dan kerjaya sebagai seorang guru adalah sangat tidak wajar kerana dua kerjaya itu adalah tidak berkaitan antara satu sama lain.



Tindakan Qi Razali menulis status tersebut telah mengundang marah daripada peminat E-man Sufi dan juga guru-guru di Malaysia tambahan pula ianya datang daripada selebriti yang dikenali ramai walaupun namanya semakin tenggelam. Tidak tahulah kalau Qi Razali tidak pernah bersekolah dahulu.



Peminat-peminat E-man Sufi sedar akan hal ini bila mana dalam beberapa siri status di twitter yang Qi Razali tulis sepertinya ditujukan kepada E-man Sufi terutama dengan status ‘block peminat’ dimana terdapat beberapa orang peminat drama tersebut telah di block daripada laman Instagram dan Twitter milik Nelydia dan Qi Razali.



Tindakan kurang matang pasangan ini dianggap peminat E-Man Sufi dan guru-guru sangat kurang sesuai dan tidak profesional. Persoalannya, kenapa perlu sentap kerana hal ini tiada kaitan lansung dengan Qi Razali dan sekiranya ada mempunyai kaitan, Qi Razali tidak sepatutnya sentap sehingga menghina kerjaya seorang guru.

Sebagai seorang selebriti, dia dan pasanganya seharusnya lebih bersedia menghadapi segala kutukan dan tomahan kerana ini adalah rencah sebagai anak seni terutama kepada Qi Razali yang semakin berusia sepatutnya menasihat Nelydia supaya lebih bersabar dan lebih berhati-hati.

Jangan disebabkan perasaan insecurity terhadap hubungannya dengan Nelydia dan doa peminat agar Nelydia menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad maka Qi Razali merasakan dia ada hak untuk biadap terhadap golongan guru.

Sebelum ini keadaan telah reda kerana E-man Sufi telah menenangkan peminatnya, namun Qi Razali semakin melampau dengan memuat naik beberapa siri status di Twitter seperti mencabar dan keadaan semakin tegang.

Pekara ini benar-benar mengundang marah di kalangan peminat drama ini. Walaupun Qi Razali telah memadam status tersebut kerana terlalu banyak komen yang menghentam yang dia terima, namun peminat tetap tidak berpuas hati.

Dipenghujung emel itu, individu ini berharap Qi Razali dan Nelydia Senrose agar lebih bersikap terbuka kerana sebagai seorang selebriti, mereka seharusnya lebih berdiplomasi dalam melayan kerenah golongan peminat dan haters. Peminat-peminat beranggapan, kerenah sentap dan cemburu Qi Razali bakal menghancurkan kerjaya Nelydia Senrose dan sudah pastinya Industri seni tanah air akan ‘bakal’ kehilangan satu bakat hanya kerana teman lelaki lebih sudu dari kuah.

Diharapkan mereka berdua dapat meminta maaf secara terbuka kepada E-man Sufi dan para peminat drama ini sekiranya memang benar status tersebut ditujukan kepada E-man Sufi.

Haa... Begitulah panjang lebarnya isi kandungan emel yang dihantar oleh seorang peminat E-Man Sufi. Selebihnya Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 04:00 PM | Show all posts
Nelydia Senrose Bawa Diri Ke Bali Kerana Konflik Cinta?


Sejak dari awal minggu lepas kisah percintaan Qi Razali dan Nelydia Senrose sekali lagi dikatakan berantakan apabila pelakon cantik itu telah memadam sejumlah foto teman lelakinya itu di laman sosial.

Menerusi salah sebuah portal hiburan, Qi mengatakan hubungannya dengan Nelydia masih baik seperti sebelum ini biarpun tidak mengerti mengapa gambarnya dipadamkan.

Namun melalui salah satu foto Nelydia baru-baru ini, terdapat beberapa orang peminat bertanya tentang tindakan adik kepada Uqasha Senrose itu yang baru mengikuti semula akaun Qi di Instagram.


Selain daripada itu, Nelydia juga dipercayai telah memadam videonya bersama Sharnaaz di Instagram pada hari terakhir mereka menjalani penggambaran Bukan Kerana Aku Tak Cinta selain berhenti mengikuti akaun aktor kacak itu di laman sosial yang sama.

Tidak disangka dalam pada Nelydia sedang seronok menikmati percutian bersama sepupu mereka, pelakon yang baru berusia 20 tahun itu tetap mempunyai masa untuk menguruskan semua itu.


Barangkali Nelydia baru bertemu jalan penyelesaian mengenai gosip tiga penjuru yang mengaitkannya dengan Qi dan Sharnaaz sejak beberapa bulan lepas.

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom saksikan foto dan video yang dirakam oleh Nelydia bersama kaum keluarganya di Bali. Boleh tahan cantik kesemua sepupu Nelydia, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:05 PM | Show all posts
kucenbite posted on 4-3-2014 04:00 PM
Nelydia Senrose Bawa Diri Ke Bali Kerana Konflik Cinta?

Tindakan Nelly memadam gambar2 Qi dalam her IG sebab tidak mahu para haters mengutuk kekasih hatinyer.  Itu yang baca dalam Kosmo! hari nie.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:17 PM | Show all posts
harap2 sharnaaz tak couple dgn nely.
kesian...nanti ramai yg kata shanaz perampas..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:33 PM | Show all posts
Isu Tidak Hormat Golongan Pendidik, Qi Razali Tak Mahu Komen

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Pengacara Qi Razali tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan seorang peminat drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bahawa kononnya dia tidak menghormati golongan pendidik yang mana ia turut mengaitkan nama E-man Sufi sebagai novelis drama berkenaan serta kerjaya beliau sebagai seorang guru.
Malah, Qi Razali berkata, dia tidak berniat mahu memanjangkan isu tersebut.
"Saya sayang cikgu. Maaf, saya tak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak berniat untuk memanjangkan isu ini," jawabnya ringkas kepada murai.com.my menerusi aplikasi talian Whatssapp.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kucenbite posted on 4-3-2014 04:33 PM
Isu Tidak Hormat Golongan Pendidik, Qi Razali Tak Mahu Komen

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Pengacar ...

Terserlah ketidak ada an telor nye itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2014 04:56 PM | Show all posts
Alahhhh qi.. Nape takmo komen, berape banyak twit kau up berkait bende ni kemarin.
Common... Luah kan perasaan jgn simpan simpan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:03 PM | Show all posts
nelly pegi bali? bukan ke nanas g bali gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 05:15 PM | Show all posts
lil_honey posted on 4-3-2014 05:03 PM
nelly pegi bali? bukan ke nanas g bali gak....

statement tambah minyak ni beb....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:23 PM | Show all posts
Sayamama posted on 4-3-2014 05:15 PM
statement tambah minyak ni beb....

nely g bali ngn kawan2..tapi nanas ngn family n mak ayah dia... tapi tempat same la..bali..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:26 PM | Show all posts
Sayamama posted on 4-3-2014 05:15 PM
statement tambah minyak ni beb....

hahah..sorry beb...diorang g ole2 bali...bukan g bali jangan lahar iols
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:27 PM | Show all posts
qi dok meroyan apa lg sampai cikgu pun kena.
haduii. tak habis2 la dia ni. x padan dgn umo.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:29 PM | Show all posts
lil_honey posted on 4-3-2014 05:23 PM
nely g bali ngn kawan2..tapi nanas ngn family n mak ayah dia... tapi tempat same la..bali..

mana uols tau neh.. bila masanya dia gi...??  sabtu lps dia masih berada di msia... sertai karnival permotoran kat hicom shah alam kan... ??

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:31 PM | Show all posts
lil_honey posted on 4-3-2014 05:26 PM
hahah..sorry beb...diorang g ole2 bali...bukan g bali  jangan lahar iols

astaga main buah saga.... sabo jer .....

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Qi pun tak patut tweet camtu. Tak fikir langsung perasaan cikgu semua. Dia ingat kalau dia tweet gitu semua orang akan sokong dia? Lagi lah nampak kebodohan dia. Takut sangat gf tu beralih arah napa? :Q

Patut kat instagram novelist ni semacam je aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 06:09 PM | Show all posts
Kalo x tepek gambor,haku pon x kenal sape qi ni..sungguh tempurungnya diri ini huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata apa kat cikgu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 07:45 PM | Show all posts
lil_honey posted on 4-3-2014 05:26 PM
hahah..sorry beb...diorang g ole2 bali...bukan g bali  jangan lahar iols

Choyyy uolss ni,rupa2nya nanas n family gi ole2 bali jah..citer uols ni bikin panasss taunasib baik x tercabut jantung tokchi bila dgr citer upls tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 08:14 PM | Show all posts
Buku bertemu ruas la qi ngan nely ni. Dulu heols yang kasanova sgt. Now dapat gf ligat baru tau langit tinggi rendah. Org ketiga nanaz lak tuh. The story cannot get any better!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 08:28 PM | Show all posts
kucenbite posted on 20-2-2014 10:51 PM
shooting BKATC dah berakhir...so tokchi jgn jeles2 ek

gelinya muka n badan tak pakai baju tu...macam ni rupanya laki yg akak2 layan drama melayu rembeskan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.113109 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list