CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 23-6-2014 10:51 PM | Show all posts
Nham22 posted on 23-6-2014 10:45 PM
Perkahwinan ke 2 .. Baru je kawen..dalam 3 bulan camtu..mengikut yg diceritakanla..lepas kawen ter ...

Ntah, tak pasti. Ikut dari akhbar, lola ni bercerai ngan bapa anak oku ni semasa si anak berumur 1thn. Tapi dia ada seorang lagi anak barusia 7thn, maksudnya...itu perkahwinan ke dualah...dan kalau berita dia baru 3 bulan berkahwin...nampaknya macam perkahwinan ke 3.

Yang kesiannya, firdaus ni memang terabai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 10:52 PM | Show all posts
Suchi posted on 23-6-2014 09:42 AM
kisah mak uols sama mcm kisah sorang akak blogger tu
dia ade 3 org ank n  ketiga2nya autisme yg t ...

ape url blog akak ni??
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:52 PM | Show all posts
toxicated posted on 23-6-2014 10:51 PM
Ha ah dh kena hacked by rilekscrew ke ape td aku tgk.

Senang nye hack fb org..ape kaedah yg digunekan itu..canggih betul otak die..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 posted on 23-6-2014 10:52 PM
Senang nye hack fb org..ape kaedah yg digunekan itu..canggih betul otak die..

Dorang tu mmg hacker team la..penuh game je kt sidebar.mcm2 game lola ni main.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:55 PM | Show all posts
chazey posted on 23-6-2014 10:50 PM
Aku dah kata, ini bukti kekuasaan Tuhan. Proof God is watching all over us tak kira kita sedar ata ...

Yup..jgn sampai malu diri sendiri dah..gambar dah tersebar merata..org mesti regconize..sebelum buat hal..fikir dulu.. Dalam hati mak die nie dah kering sgt...tu die biarkan aje anak die survive..padahal kalau die sendiri tak makan tak minum mcmane,,? Die nak suruh org paham situasi die..die tak pulak letakkan situasi anak die jadi ld diri die sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:57 PM | Show all posts

Wanita Umno Tubuh 'Tabung Adik Firdaus'
Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 4:36 PM

  (Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Wanita Umno Malaysia pada Isnin menubuhkan 'Tabung Adik Firdaus' untuk membantu remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tabung itu merupakan langkah proaktif Wanita Umno bagi membantu remaja OKU itu yang dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai kelmarin.
"Bagi pihak Wanita Umno, kita menyumbangkan RM2,000 untuk memulakan tabung itu. Selain itu, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selaku Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) turut menyumbangkan jumlah yang sama," katanya kepada pemberita selepas melawat remaja OKU itu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, Isnin.
Selain Raja Salbiah, turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.



Katanya tabung itu akan diurus bersama oleh HTJS, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan Wanita Umno Negeri Sembilan dan sumbangan boleh disalurkan kepada ketiga-tiga badan ini.
"Bagi memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan dan sumbangan, pihak hospital juga bersetuju meletakkan tabung khas ini di hospital ini selain di pejabat JKM negeri dan pejabat Umno negeri," kata Shahrizat.

Keadaan Muhammad Firdaus yang dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai kelmarin beransur pulih selepas dia dimasukan ke Wad Kanak-kanak (Pediatrik) Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Isnin.



Beliau meminta orang ramai jika mengetahui perkara seperti itu berlaku di tempat mereka supaya melaporkan terus kepada Wanita Umno atau JKM berhampiran agar tindakan segera boleh dibuat.
"Perkara seperti yang menimpa adik Firdaus ini tidak sepatutnya berlaku...kes adik Firdaus ini adalah satu 'wake-up call' kepada semua masyarakat. Saya tidak boleh terima perkara ini berlaku di depan mata masyarakat tetapi tiada siapa yang melaporkan, mana dia nilai kemanusian kita? Saya cukup sedih perkara seperti ini boleh berlaku," katanya.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat Muhammad Firdaus Dullah, 15, di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Isnin. Turut sama ialah isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selaku Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Horhayati Omar (kanan).  -fotoBERNAMA




Sementara itu, Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berkata pemeriksaan mendapati adik Firdaus mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya.
Katanya pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya dibiarkan kebuluran.
Dr Jaafar berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.
"Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.
Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan kesihatan lain," katanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2014 10:57 PM | Show all posts
toxicated posted on 23-6-2014 10:54 PM
Dorang tu mmg hacker team la..penuh game je kt sidebar.mcm2 game lola ni main.

Ingatkan miskin tegar bawah paras kemiskinan paling bawah..rupenye ade fb bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 bulan puasa ni kalau lola puasa la..bolehla dia insafi diri merasa tak makan..tu pun x sampai sehari dh rasa lapar tak hingat.anak dia kebulur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 10:59 PM | Show all posts
toxicated posted on 23-6-2014 10:43 PM
Hrp ada lawyer hebat bleh buat pertuduhan tuh..mmg attempt murder ni.at least hukuman berat dan se ...

i agree!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:59 PM | Show all posts
Suchi posted on 23-6-2014 10:40 PM
aik cemana bleh bka inbox si lola nih? acc kena hack kah?

tadi baca kat page KHK
dah ada orang hack acc si lola nehh



Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:59 PM | Show all posts
kenapa dalam pic ni  tangan dia nampak bengkak ek? buah pinggang dia rosak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:00 PM | Show all posts
rasa kalau kakak pengasuh tak mengikuti berita ni, mesti tak tahu siapa adik ni...emak dia sibuk tudung feridah. geram pulak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 23-6-2014 10:59 PM
kenapa dalam pic ni  tangan dia nampak bengkak ek? buah pinggang dia rosak ke?

Sedih tgk.mata dia mcm lebam lg.ntah2 asyik nangis je kan kena tggl n lapar
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 23-6-2014 11:00 PM
rasa kalau kakak pengasuh tak mengikuti berita ni, mesti tak tahu siapa adik ni...emak dia sibuk tud ...

Aku rasa dia cam rumah adik tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:01 PM | Show all posts
pittjie posted on 23-6-2014 10:14 PM
kawan aku keja sama kampeni dgn loklak ni. aku tanya pasal kutipan tuk loklak .. dia tak tau plak. ...

mungkin juga udah dibuat bangkangann... ada usul tapi maybe ada sorang dua yg ada otakkk sikit mungkin tidak merealisasikan keadaan ini...
so setakat nih wanita UMNO yg buat tabung bagai kannnn.....dulu pon bila mak main FB anak kena kidnap pon wanita UMNO datang menghulurkan bantuan serta hamper...begitu perihatin rakyat malaysia...

kalau tiada wanita UMNO dan hakak ijat sapa lagi yg boleh kita harapkan...

ye ke dik??? dia tatau ke tragedi yg menimpa anak kawan dia tu....kaklola kat tempat keje mcm mana....normal2 sajakah ataupon berbulu mata pelesu jugekkkk ala2 cikta nak pegi main bedminton???? --- sesi gossip bermula..... mari kita selami hari2 kaklola...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:02 PM | Show all posts
toxicated posted on 23-6-2014 11:00 PM
Sedih tgk.mata dia mcm lebam lg.ntah2 asyik nangis je kan kena tggl n lapar

aku pelik tangan dia jadi besar bebanding masa jumpa aritu tinggal tulang je.. ai saspek diorang bagi dia minum bagai tapi buah pinggang dia takleh proses maka berlakunya bengkak air .. nauzubillah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 23-6-2014 10:59 PM
tadi baca kat page KHK
dah ada orang hack acc si lola nehh

mst ade byk lg gambar2 lain kan dlm fb dia.. kot inbox ngn tok laki dia ker
segala apa yg leh jdkn bukti
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:03 PM | Show all posts
Nham22 posted on 23-6-2014 10:55 PM
Yup..jgn sampai malu diri sendiri dah..gambar dah tersebar merata..org mesti regconize..sebelum bu ...

Silap2 kena ludah atau rumah kena baling tahi pun ada.

Sememangnya Tuhan sentiasa bagi peluang pada hambaNya bertobat jika ia hidup dalam dosa. Namun kalau dah banyak kali diberi peluang tapi tidak reti juga mahu sadar bersiap sedia sajalah bila dosa kau ditelanjangkan kemudian kau diaibkan ikut skala berapa tinggi tahap dosa yang kau buat di depan Tuhan itu.

Last edited by chazey on 23-6-2014 11:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:04 PM | Show all posts
toxicated posted on 23-6-2014 11:01 PM
Aku rasa dia cam rumah adik tu kot..

syukurlah. at least dia cam. kalau dia tak cam, mau mak dia terlepas!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 23-6-2014 11:02 PM
aku pelik tangan dia jadi besar bebanding masa jumpa aritu tinggal tulang je.. ai saspek diorang b ...

Tu la sbb sakit buah pinggang jd gitu kan.pasal pipi dia pun dah tak cengkung teruk mcm mula2 jumpe.baru 2 hari je pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.134550 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list