CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V143'

 Close [Copy link]
Post time 5-5-2022 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:25 AM | Show all posts

masa mlm tu gi beraya kt rumah abg sulung biras kt area jb jgk.
biras ada 10 beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:26 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 2-5-2022 11:25 PM
ok dah settle reply noti rmh pasemboq

kaka baru nk reply. tp tak sempat nk reply abis. kul 11 ni nk gerak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:27 AM | Show all posts
nk singgah rumah BIL dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:27 AM | Show all posts
tak pegi lg rumah dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 10:27 AM | Show all posts
dah plan nk bukak puasa rumah dia hari isnin
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:28 AM | Show all posts
tp dah jd raya tergempar semua plan pun jd huru hara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 10:29 AM | Show all posts
siputpepel replied at 2-5-2022 11:36 PM
Yeke
Ingatkan oden tu macam signature food dia
Mesti kena da

mgkn signature FM tp mgkn jgk masa kaka pegi kt kuala selangor tu derang tak buat oden.

selamat hari raya pepel.
byk dpt duit raya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:33 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 3-5-2022 01:05 PM
kaka kalau macam maksudnya masa kaka higlight benang tu kaka ada letak time limit ... bila ada let ...

mcm takde set limit semua tu. kaka highlight mcm biasa je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:37 AM | Show all posts
Trafik menghala ke ibu kota sesak teruk

Mei 4, 2022 @ 11:17pm



Keadaan aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 279 Arah Selatan sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan Bernama berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri di Ipoh hari ini. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota mengalami kesesakan teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 10 malam tadi, di bahagian utara, trafik menghala ke Kuala Lumpur di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan sesak di Alor Setar sehingga Sungai Petani Selatan, Kedah.

Di Perak, kesesakan berlaku di Bukit Merah menuju ke Changkat Jering, Bukit Berapit menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai.

"Di selatan pula trafik di lebuh raya PLUS dilaporkan sesak di Johor dari Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Seremban, Negeri Sembilan.

"Bagi trafik dari arah pantai timur menghala ke ibu kota, trafik sesak di laluan Karak menuju ke Bentong sehingga ke Lentang. Trafik juga sesak di Plaza Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagi arah ke utara, trafik di lebuh raya PLUS dari Tapah ke Ipoh, Terowong Menora ke Bukit Berapit dan Bandar Baharu ke Jawi mengalami kesesakan sementara arah ke selatan kesesakan berlaku dari Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai. - BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:42 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 3-5-2022 08:30 PM
InsyaAllah aamiin
Rmh ni pun mbr tlg dptkan sbb klu ikutkan nov x layak

dah rezeki nov...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:42 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 3-5-2022 08:31 PM
Ha btl la td pun dia tulis SAT

boleh belajar sikit2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:43 AM | Show all posts
stop kt page 51...nti reply lg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah gerak balik
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:55 PM | Show all posts
Aliran trafik lebuh raya dijangka sesak hingga awal pagi

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 5, 2022 @ 8:40pm [email protected]




Aliran trafik menghala ke selatan bergerak perlahan di Plaza Tol Ipoh Selatan ketika tinjauan jam 1.25 tengah hari tadi berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri. - Foto NSTP/L Manimaran




KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan tinggi serta keadaan aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka berterusan hingga awal pagi ini.

Keadaan itu berikutan berlaku pertambahan jumlah kenderaan di jaringan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dari arah utara serta selatan tanah air menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata keadaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan amat lancar pada awal pagi dari semua arah.

"Bagaimanapun, aliran trafik mula meningkat bermula jam 10.30 pagi tadi dari arah utara dan selatan menghala ke Kuala Lumpur.

"Trafik mula bergerak perlahan di kawasan Juru dan Seberang Perai di kedua-dua arah serta menghala ke Bukit Merah, selain kawasan Bukit Berapit dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora," katanya.

Selain itu, beliau berkata, trafik juga perlahan di beberapa kawasan lain seperti Simpang Pulai dan kawasan mendaki di Gua Tempurung dan Tapah serta kawasan Bidor, Sungkai dan Slim River.

"Trafik dari Johor juga meningkat di Yong Peng ke Air Hitam, Pedas- Linggi Layby ke Port Dickson, dan berlaku kesesakan di Bukit Gambir ke Ayer Keroh disebabkan kemalangan di Kilometer 193.3 arah Jasin ke Ayer Keroh.

"Kita jangka aliran trafik tinggi akan berterusan sehingga ke awal pagi nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi Jadual Perancangan Perjalanan (TTA) serta menggunakan aplikasi Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan.

Pihak PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya memastikan kenderaan diselenggara sebelum pulang serta memastikan baki kad Touch 'n Go atau e-Wallet mencukupi dan berhenti di kawasan rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengantuk atau keletihan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 10:58 PM | Show all posts
Penerbangan sulung haji 31 Mei

Mei 5, 2022 @ 6:41pm



- Foto hiasan



BUKIT GANTANG: Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata segala persiapan bagi urusan itu berjalan lancar dan pihaknya sedang menunggu jemaah menjawab surat tawaran yang dihantar Lembaga Tabung Haji (TH) pada 24 April lalu.

"Jemaah yang menerima tawaran itu hendaklah membuat persiapan seperti menyediakan pasport antarabangsa, lengkap vaksin dan mempunyai kesihatan yang baik," katanya dalam sidang media pada Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 2022 di Kampung Sungai Petai, hari ini.

Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini adalah 14,306 orang.

Idris berkata, jumlah jemaah yang akan menyertai penerbangan pertama dan terakhir sedang dibuat penjadualan semula oleh TH.

Katanya, perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan TH untuk diuruskan.

"Pihak TH sedang menunggu mungkin ada jemaah yang menolak tawaran dan TH akan memberikan keutamaan kepada jemaah lain," katanya.

Beliau mengakui pengurusan haji tahun ini agak mencabar namun yakin TH mempunyai pengalaman dan keupayaan mengendalikannya.

Mengenai rayuan kuota haji, Idris berkata, surat rayuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk diserahkan kepada Raja Salman Abdulaziz dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa agama untuk membuat siasatan mengenai kes tokoh agama didakwa berjoget di kelab malam.

"Saya tidak berani komen kerana benda itu tak pasti. Biar pihak berkuasa siasat," katanya ketika diminta mengulas klip video yang kononnya memaparkan seorang tokoh agama dan penasihat sultan sedang berhibur di sebuah kelab malam. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:01 PM | Show all posts
Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal

Mei 5, 2022 @ 6:01pm



Gambar fail - FOTO AFP



KUALA LUMPUR: Arab Saudi mengumumkan musim umrah 1443H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan, Selasa lalu, berkata jemaah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui platform yang disediakan Arab Saudi.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi, tidak lama lagi.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781 permit solat di Raudhah al-Sharifah sepanjang tempoh Ramadan yang lalu. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:27 PM | Show all posts
4.5 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya hingga Ahad| | 05 Mei 2022



Trend pergerakan pulang dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai Jumaat. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Polis menjangkakan sebanyak 4.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara selama empat hari bermula Khamis susulan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas sambutan Aidilfitri.


Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, bagaimanapun trend pergerakan pulang itu dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai Jumaat.


"Sebanyak 1.2 juta daripada jumlah kenderaan tersebut dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Pada 6 April lepas, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dilapor berkata, sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri dan pihaknya mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.


Sementara itu, Bakri berkata, susulan jangkaan itu, JSPT telah membuat persiapan menerusi Op Lancar atau penyuraian aliran trafik bagi tujuan melancarkan pergerakan kenderaan. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-raya-hingga-Ahad
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:28 PM | Show all posts
nk buat cemana...sabtu ahad ni terpaksalah tempuh jam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.719630 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list