|
**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<
[Copy link]
|
|
Reply 1146# lavender_aqua
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
Saya pernah menjadi seorang kanak-kanak suatu masa dahulu. Sepanjang pengalaman saya menjadi seorang kanak-kanak, ada beberapa peristiwa yang memang tidak dapat saya lupakan sehinggalah ke hari ini. Antaranya ketika zaman sebelum saya memasuki sekolah rendah. Ketika itu saya duduk di kampung. Setiap petang saya akan masuk ke belukar dibelakang rumah saya bersama kawan untuk bermain perang-perang dengan menggunakan senapang kayu.
Pernah satu ketika saya 'menembak' seorang rakan ketika dia bersembunyi disebalik semak. Tetapi tiba-tiba bukan kawan saya yang muncul. Rupa-rupanya semak itu adalah tempat babi hutan lepak. Mungkin kerana saya telah mengganggu babi hutan itu bercengkerama bersama pasangannya, dia telah mengejar saya dengan keadaan yang sangat marah. Oleh kerana saya bijak, saya telah memanjat pokok.
Babi hutan tidak boleh memanjat pokok. Setelah bosan merempuh batang pokok itu, babi hutan tersebut pun beredar setelah berputus asa pokok itu tidak tumbang dan saya mengetawakan beliau daripada atas pokok. Mungkin babi hutan tersebut pergi ke klinik haiwan selepas itu kerana hidungnya sakit merempuh batang pokok tempat saya bersembunyi itu.
Demikianlah antara kisah zaman kanak-kanak saya yang tidak dapat saya lupakan. Sekiranya babi tersebut masih hidup, saya ingin meminta maaf kerana tak sengaja mengganggu beliau ketika itu. Ianya adalah salah faham semata-mata. Sekian.
(199 patah perkataan) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1160# tudung_bawal
samalah...malas nak mengarang  |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tengahari eberibodi..... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tgh hari sumer |
|
|
|
|
|
|
|
x larat nak wat karangan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1166# adalia
hi ada. pe yg x larat tue? |
|
|
|
|
|
|
|
HARI MENGARANG.
ARAHAN: JAWAB SEBAIK MUNGKIN
JAWAPAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM HARI SELASA 27.3.2012 PUKUL 2.30 PETANG.
BUAT SATU KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK MELEBIHI 150 PATAH PERKATAAN.
TAJUK: ZAMAN KANAK-KANAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.
Antara kenangan zaman kanak-kanak yang masih segar diingatan tb ialah saat mandi sungai bersama-sama dengan kawan sekampung . Balik dari sekolah, terus salin baju dan menuju ke sungai. Secara kebetulan sungai terletak betul-betul di hadapan rumah. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan berlatih berenang dalam sungai tapi sayangnya walaupun mahir berenang tapi tb tak pernah menyertai kelab renang serta mewakili sekolah dalam acara sukan renang.
Selain dari berenang, tb juga selalu menolong mak saudara tb mengambil upah mewarnakan kain batik. Suka tengok corak dan warna kain batik selepas diwarnakan dengan pelbagai warna. Tapi tb buat di belakang pengetahuan mak tb sebab mak tb akan marah jika dia tahu. Ini kerana pewarna kain batik tu susah untuk ditanggalkan dan mengambil masa berhari-hari untuk hilang. Biasanya bila balik rumah, tb akan segera masuk ke bilik dan cuba hilangkan kesan pewarna tu semua tapi tak pernah pon berjaya dan sebagai hadiah tb akan kena rotan.
Lagi satu, tb suka sangat panjat pokok jambu yang ada kat depan rumah mak saudara tb. Biasanya tb dan kawan-kawan akan panjat pokok tu, pastu petik buah dan terus makan kat atas dahan. Memandangkan masa tu masing-masing bersaiz XS jadi soal dahan patah tak pernah timbul dan kami akan makan dengan senang hati sehinggalah kedengaran teriakan dari bawah pokok yang menyuruh kami segera turun.
Kenangan semasa kecil memang banyak yang sukar dilupakan, kini walau masa sudah berlalu kenangan itu tetap subur dalam ingatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sib baik sempat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adalia
hi ada. pe yg x larat tue?
moyas Post at 27-3-2012 14:19 
nak wat karangan..br tgk soklan..dah x sempat dah |
|
|
|
|
|
|
|
along sempat jugakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1172# adalia
setakat merapu sat... |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni cuti dulu soklan karangan...x reti nak mengarang...
sila kasi soklan se ...
adalia Post at 27-3-2012 14:27 
mintak ngan TB. dia pandai wat soklan senang2. he3x |
|
|
|
|
|
|
|
along..nak soklan senangggg
tgk2 satg x sempat jawab jugakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
sat along gugel soklan2 senang |
|
|
|
|
|
|
|
x larat nak wat karangan
adalia Post at 27-3-2012 14:05 
dah tau apa yg ada tak suka...
ingat nak buat gak, tp tak sempat..
bz racing... |
|
|
|
|
|
|
|
MINGGU TERAKHIR BULAN MAC
SOALAN CACA MERBA
Baca semua arahan sebelum menjawab.
Anda dikehendaki menjawab soalan no SIRI 000 yang akan diberikan dibawah seperti ini.
000 a) Apakah nama gelaran anda di rumah?
b) Apakah subjek kesukaan anda semasa di sekolah menengah?
c) Pernahkah anda bercinta di zaman sekolah rendah?
d) Hensem/Cantikkah bos anda?
e) Adakah anda pelajar skema masa sekolah rendah?
f) Sudahkah anda membayar cukai pendapatan?
g) Sudikah anda meminjamkan wang kepada teman lelaki/wanita?
selepas menjawab soalan tersebut di atas, anda dikehendaki mencipta 7 soalan dan beri no SIRI 001.
Pelajar yang selepas anda perlu menjawab soalan no siri 001 dan kemudian mencipta 7 soalan dan diberikan no SIRI 002 ..
Proses ini berterusan sehingga masa tamat pada 3.00 petang besok - 28hb mac 2012.
SEORANG PELAJAR HANYA BOLEH MENJAWAB MAXIMUM 3 SIRI SOALAN. (TAK BOLEH JAWAB SOALAN SENDIRI)
Markah untuk setiap jawapan/soalan ini ialah 25 ( so max boleh dapat 75).
Jika ada lebih dari 2 pelajar menjawab soalan tersebut, POSTING YANG PERTAMA MENJAWAB SAHAJA AKAN DIKIRA.
Ringkasan:
siri 000 - Cegu Hang
|
| - poremur A jawab dan cipta soalan siri 001
siri 001
|
| - poremur B jawab dan cipta soalan siri 002
siri 002
|
|
dan seterusnya.... ( porumer A atau B boleh menjawab/cipta soalan untuk dua kali lagi jika mau kedit )
Selamat menjawab.......siapa cepat dia dapat............. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|