lil_bratz posted on 14-9-2013 12:59 PM
mana link blog nurulwahab tu nak baca kegedikkan wanita ittew
Meh aku tepek, kredit: Blog Nurul Depp
New Life, New Style, New Rules!- Nurul Wahab Depp -
FLIRT.. FLIRT… TAK TUMBUH, TAK MELATA…
Aaaahhhhhh… what a bliss to wake up in the morning with a nice weather, hot chocolate (semenjak dua menjak ni asyik kempunan hot chocolate) face a nice view from my table in the office… dan… terasa nak update dan menulis. Dah berhari rasa nak bercerita macam-macam after my last entry di page ‘My Pregnancy’, tapi ada saja kerja dan perkara yang memerlukan otak ini berfikir, langsung tak dapat nak menulis dek penuh dengan perkara lain. Badan pulak cepat letih dengan kandungan yang makin membesar. Kalau dah letih, apalagi… katil lah teman aku.. but, no complain. Masa untuk berehat adalah sekarang. Lepas ni dah ada baby, my time will be occupied with the baby. Tapi aku pastikan akan selalu ada entry di sini. This is my diary to throw all the thoughts yang boleh dikongsikan. Yang agak sensitive, di dalam diari lain. Namanya diary hati. Bukannya diary public ini.. Terfikir sejenak tentang rahsia hati Aida Adi Putra. Agaknya apakah perasaan dia sekarang ini? Ye lah, di semua corong media – internet dan media cetak menyebut akan skandal yang hangat sekarang ini diperkatakan umum tentang suaminya. Aku terpanggil nak menulis apabila terdengar cerita hangat ni dari kak Tati & Shakilla yang berada di meja Harian Metro. Aku ternganga mendengar cerita itu awal minggu ini. Laaa…. Ada lagi cerita Adi Putra ni! Happening betul ek mamat ni… Sighhhhh….. peribahasa ada mengatakan… ‘tak tumbuh, tak melata… ‘ Adi… Adi… Awat chek…?! Awat yang pi buat hai lagi ni… Tapi aku faham lah.. perempuan dan lelaki memang suka flirt. Especially to those yang lonely. Ramai sebenarnya perempuan yang macam tu. Semuanya kerana nak dapatkan keseronokkan untuk melupakan loneliness mereka. Lagi-lagi pulak yang title nya isteri ketiga atau keempat. Aku ada beberapa kawan perempuan yang punyai status sedemikian. Mengikut lojiknya, seseorang lelaki yang berkahwin dua, biasanya masih ada masa untuk diluangkan bersama isteri-isterinya. Tetapi tidak tiga. (aku tahu sebab arwah mak isteri kedua). Ada beberapa teman yang mengadu selepas beberapa tahun berkahwin – selalunya tahun ketiga ke atas. Kata mereka masa memang takde untuk suami mereka pulang bersama meluangkan masa. Lebih parah apabila telah beranak satu atau dua. Ramai yang mohon cerai kerana tak tahan keseorangan. Maklum saja bila dah bersuami tetapi asyik sorang je, lebih baik hidup seorang diri! Sedih memikirkan keadaan ini hingga dapat menyumbang kepada sesuatu yang tak senonoh seperti apa yang berlaku antara Adi Putra dan isteri ketiga kepada seorang lelaki. (aku tak ingat namanya). Kata suami aku, memanglah perempuan tu buat macam tu. Tengok saja statusnya. Mungkin dia lonely. Lagipun perempuan memang suka flirt. Bila tidak dipuji suami selalu dengan apa yang dipakainya, apa yang dibuatnya; memanglah dicari di luar. Kena pula yang sering memuji adalah seorang yang ada nama seperti Adi Putra. Itu bukan alasan yang kukuh jika difikirkan kenapa si wanita itu berperlakuan sedemikian. Sebagai wanita, apabila kita diakadkan menjadi isteri seseorang, tak kiralah nombor berapa pun, kita semua ada tanggungjawab kepada suami. Bukan saja tanggungjawab dari segi zahir, tetapi juga yang lain-lainnya. Perlu menjaga kehormatan diri dan suami. Berat tanggungjawab isteri. Jika makan hati macam mana pu, suami juga tempat kita. Jika tak happy dnegan suami, berterus terang saja. Cari jalan penyelesaian. Jika cerai yang terbaik, cerai saja. Daripada nak flirt atau nak cari lelaki lain hingga menyebabkan betrayal. Perempuan yang berstatus isteri kalau ad affair di luar, buruk rupanya. aku dah melihat beberapa teman berbuat sedemikian. Akhirnya tak mendatangkan apa-apa. Hanya mala petaka. Perempuan sekarang tak kira berapa umurnya, memang berbeza dengan perempuan zaman dulu. Ye lah, nama pun zaman dah berubah, memanglah segalanya berubah. Tetapi tak bolehlah nak lebih-lebih mengorat atau nak flirt dengan lelaki yang berstatus suami. Memanglah boleh kawin dua, tiga, empat.. tapi kena fikir keadaan dan bagaimana perasaan isterinya. Cuba letakkan diri kita sebagai isteri. Apakah agaknya rasa bila tahu suami sering flirt dengan perempuan lain? Atau apakah rasanya apabila suami sering diganggu perempuan lain? Kena fikir semua tu. Bila muda, kita tak fikir semua tu dan memang kita suka akan keseronokkan. Rasa best bila dipuji lelaki sampai tak fikir lelaki tu suami orang. Ingat, what goes around, always comes around. Lelaki pun satu hal juga kan. Bukannya kita tak tahu. Nak je perhatian. Lagi pulak perempuan respon. Seronok la dia. Kali pertama mungkin nak syok-syok. Lepas tu dah syok ada yang dok call, dok message; mulalah ketagih. Bila ketagih, datang pula perasaan lain. Perasaan rindu kalau tak di message atau call. Tak kisahlah kalau masing-masing rela. Apa yang aku nak cakapkan di sini, kenalah respect sikit suami orang. Macam mana cerita sedih dia pun nak simpati, janganlah terjerat dengan kata-kata manis nya. Nak syok-syok, memang boleh, tapi harus kawal juga perasaan. Tapi sebelum nak syok-syok tu, toksah lah cari bencana. Apa-apa pun perlakuan kita, pada aku, harus fikir panjang apakah kesan yang akan berlaku kemudiannya. Kepada yang bernama suami juga, apabila menerima tanggungjawab sebagai suami, kenalah juga tahu bagaimana menjaga hati dan perasaan sendiri serta kepada isteri. Flirt ni tak bawa ke mana. Memang seronok sekejap je sebab dapat dihiburkan dengan perempuan lain kerana tak dapat dari isteri. Setakat mana sangat seronoknya tu? Apalah yang boring sangat (kalau dalam konteks kehidupan Adi Putra) dengan kehidupan seharian yang dilalui? Boleh cari macam-macam jenis hiburan lain sebenarnya. Suruh je isteri hantar message flirt dan berbaur lucah atau sebagainya untuk hiburkan. Ajar isteri macam mana nak buat. Kan ke lebih bagus?! Isteri Adi yang aku kenali (taklah rapat sangat. Hanya bertembung sekali dua) – cuba membahagiakan perkahwinannya sebaik mungkin. Itu aku dengar dan nampak. Lagi pulak kes pertama dulu yang hebat diperkatakan juga (aku kurang jelas dengan isu itu, jadi aku tak mahu sebut) membuatkan Adi & Aida disebut-sebut umum – hingga di Singapura. Nak jadi cerita, aku bertembung pula dengan Aida di satu klinik doctor pakar wanita di Lembah Kelang beberapa bulan yang lalu. Ketika itu dia membawa bayi kecil. Baru diambil sebagai anak angkat. Aku dah lupa baby bor or girl. Yang nyata Aida nampak gembira dengan bayi itu. Begitu juga dengan Adi kata Aida kepada aku. Alhamdulillah… Dia sangat mahukan anak tetapi apakan daya nasib tidak menyebelahinya. Berkali-kali dicubanya. Hingga menyebabkan kesakitan padanya. Itu yang aku dengar. Bukankah itu namanya pengorbanan yang dilakukan si isteri untuk membahagiakan suami dan perkahwinannya – walaupun terpaksa melalui sesuatu yang menyakitkan. Lebih sakit bila berlaku perkara yang sedang diperkatakan. Namun hanya mereka berdua …errr.. bertiga atau berempat mengetahui kebenaran akan situasi yang berlaku sekarang ini. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Doakan Adi berubah selepas insiden ini dan menjadi suami yang lebih bertanggungjawab dan dapat membahagiakan isterinya. Aida juga harus melihat dan harus perbaiki apa yang kurang diberikan kepada suaminya. Bila berlakunya cerita Adi Putra ni, aku teringat akan kisah seorang pelakon lelaki yang sangat famous sekarang ini. Semua wanita sukakannya. Lakonannya memang sangat hebat. Aku pernah bekerja dengannya dan mengenalinya sebelum dia menjadi terkenal seperti sekarang. Dia dah berkahwin dan punyai beberapa anak. Ceritanya, bekerja dengannya untuk drama 40 episod itu, membuatkan aku respect gila dengan dia. Status suami bukan halangan padanya untuk memberi komitmen yang sangat tinggi kepada kerjayanya. Lakonannya juga hebat. Dia juga tidak kedekut ilmu dan sering kongsi tips lakonannya pada aku terutamanya bagaimana nak menangis. Aku yang bahasakan diri aku adik dan dia sebagai abang – sering bersembang dan bertukar pendapat tentang lakonan, nyanyian dan perkara berkaitan karier.. Itupun bila dia rasa nak sembang. Kalau tak, aku diam saja because he can be very serious bila bekerja. Dalam 6 bulan berlakon bersama, macam-macam lah insiden yang berlakon di dalam produksi itu. Ada sekali tu tanya abang pelakon yang kacak ni, ‘adik, you never flirt?!’ dia bertanya soalan tu pada aku bila dia sedar yang aku ni single lama selepas bercerai. Masa tu ada la kot dah 2 tahun. Aku yang sering blur ni, terpinga sekejap. Aku tanya diri aku sendiri, “ flirt?! Apa pulak abang aku ni and apa maksud flirt ni?!” punya la cik ngang aku ni pun. Bukannya tak reti cakap omputeh, tapi maksud flirt tu buat aku blur bila ditanya si abang kacak tu. Dia bertanya pun selepas ada artis wanita yang turut sama berlakon dengan kami, sering mengusik dan flirt dengannya. Masa tu lah aku tahu apa itu maksud flirt. Blur tak aku?! Katanya patutlah aku single sebab aku tak reti flirt dengan lelaki. Laaa…. Kena flirt ke?! Hahahaha.. mana aku tahu. Tapi cerita flirt ni bukan berkenaan aku. Itu hanya sebagai nak bagitahu selepas insiden pertanyaan tu dan menyaksikan artis wanita ni gila semacam mengusik abang handsome tu; baru aku kenal apa maksud flirt. Apa yang aku nak beritahu di sini, adalah sikap abang pelakon handsome ini. Dia langsung tak makan dengan apa yang diusik artis wanita jelita itu. Langsung tak dilayan. Hanya layan bila bercerita tentang kerja dan dalam lakonan mereka! Melihatkan keadaan itu, aku salut akan lelaki sepertinya! Dia sedar dirinya telah berkahwin dan punyai anak. Dia tahu akan tanggungjawabnya. Aku memang hormat gila dengan dia. Terdetik di hati, aku mahukan suami sepertinya ketika itu. Sepertinya ya, bukannya dia! Kena faham maksud tu. Itulah dia AARON AZIZ. Seorang yang sangat bertanggungjawab. Aku percaya, kerana dia menjaga dirinya sebagai suami, sebab itulah dia berjaya seperti sekarang. Dia bagi aku adalah contoh suami yang baik dan tahu menjaga perasaan isterinya. Ada sekali dia naik rimas dengan artis wanita yang kaki flirt tu hingga dia tegur dan dah tak dapat nak kawal kemarahannya. Aku nampak mukanya yang naik berang. Dia jerit kepada artis wanita yang sekarang ini berstatus single itu. Insiden itu berlaku depan aku. Terdiam sekejap artis wanita tu kerana menahan malu. Aku tak campur dan hanya melihat. Aku faham kenapa Abang Aaron buat macam tu. Bila dia serious bekerja, jangan nak gatal-gatal kacau dia. Aku kenal isterinya juga. Bukannya dalam jangkamasa yang pendek. Semenjak di Singapura lagi. Ketika itu Diana hanya tunangan abang Aaron. Memang sedari awal aku boleh nampak yang mereka pasangan yang bahagia. Diana amat faham juga akan tanggungjawabnya. Aku tumpang gembira dengan pencapaian dan rezeki yang diterima mereka. Semuanya hasil kerjasama dan bersatu antara suami dan isteri. Aku bangga dan aku berkesempatan mengucapkan tahniah ketika abang berkunjung ke Astro untuk pertandingan akhir Ceria Popstar. Yang ralatnya, aku lupa nak jemput mereka berdua datang ke majlis perkahwinan aku last year. Itu hanya sebahagian cerita flirt yang aku tahu dan sebagai contoh suami yang baik kepada isterinya. Kebetulan pula aku pernah menyaksikan flirting antara perempuan dan lelaki. Barulah aku faham ketika itu juga yang aku kena flirt untuk dapatkan boyfriend. Tapi kena tengok juga dengan siapa nak flirt. Tahu je suami orang, cepat-cepat le lari. Suami orang memang pandai ayat! Kita perempuan kena bijak. Yang perempuan juga, nak flirt pun carilah yang boleh di flirt. Life ni macam-macam ada. Manusia juga macam-macam. Especially lelaki. Perempuan pun sama je sebenarnya. Yang membezakan kita adalah bagaimana kita dibesarkan dan cara pemikiran kita. Perempuan, jagalah maruah diri. Terutamanya yang berstatus isteri. Ada masalah dengan suami, berkomunikasi. Bukannya dengan mencari jalan keluar seperti yang telah berlaku kepada Adi. Suami pula, nak flirt pun carilah yang single. Toksahlah bini orang. Nanti tak pasal-pasal je jumpa tepi longkang dan tak bernyawa.
Share this:
Like this:
September 14, 2013Leave a reply« PreviousLeave a ReplyYour email address will not be published. Required fields are marked * Name* Email* Website Comment Notify me of follow-up comments via email.
|