Foto: Ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama lebih tujuh jam apabila cincin tersangkut di kemaluannya.
Memetik laporan Sinar Harian, lelaki itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan PPUM, pada 8. 56 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Pantai tiba di PPUM empat minit kemudian.
Sebaik tiba di sana, pihaknya terpaksa menggunakan alat pemotong cincin dalam usaha untuk mengeluarkan cincin yang tersangkut itu.
"Bagaimanapun, kami mengalami kesukaran berikutan mata alat pemotong cincin semakin tumpul kerana gelang besi itu tebal. Kami terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh untuk peralatan memotong cincin pada 1. 50 pagi," katanya.
Operasi berkenaan tamat pada 4.18 pagi namun lelaki berkenaan tidak dibenar pulang untuk terus diberikan rawatan lanjut di PPUM. -CARI |