Kredit foto: mStar
Siapa yang tak kenal pelakon kacak, Aeril Zafrel dan isterinya yang juga pelakon Wawa Zainal. Mereka dikenali sebagai pasangan yang romantik dan sering memuat naik video masing-masing dan keluarga di media sosial. Hampir setiap tahun, Aeril dan Wawa akan bercuti ke luar negara bersama anak-anak mereka.
Tahun ini, disebabkan wabak Covid 19 yang tengah melanda di seluruh dunia, ramai yang telah membatalkan percutian mereka dan memilih untuk berada di dalam negara sahaja.
Baru-baru ni, Aeril Zafrel telah memuat naik status di Instagram mengenai dilemma sama ada untuk meneruskan percutian di Eropah yang telah diatur oleh agensi pelancongan atau dibatalkan.
"Saya, isteri dan kumpulan sepatutnya pergi ke Eropah Ahad ni tapi pihak agensi kata tak boleh tunda atau dapat pulangan wang balik sebab kami pergi dalam kumpulan. Jadi kena pergi jugak, airline tak bagi tukar tarikh katanya. Menang tak boleh tukar tarikh ke kalau syarikat penerbangan ni? Macam mana ya? Kalau tak pergi pulak, mau kena hilang dalam RM150,000", tulis Aeril.
Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel
Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel
Di ruangan komen, ramai pengikut Aeril Zafrel menasihatinya supaya membatalkan sahaja rancangan untuk bercuti kerana kesihatan dan nyawa adalah jauh lebih penting daripada duit. Seorang pengikut menulis "sesetengah tempat di Eropah berada di dalam keadaan lockdown (berkurung) dan di Itali, beratus kematian dilaporkan dalam masa 24 jam. Tolonglah jangan pergi".
Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel
Aeril memberitahu pengikut Instagramnya yang dia telah meminta syarikat pelancongan itu menangguhkan percutian sejak minggu lepas tetapi mereka berkeras mengatakan tidak boleh dibatalkan terutama tiket penerbangan.
Pelik juga kalau syarikat pelancongan kata tiket penerbangan tidak boleh dibatal atau ditangguhkan. Pengalaman penulis sendiri yang sepatutnya pergi ke Singapura pada Februari lepas tetapi dibenarkan oleh syarikat penerbangan untuk menunda tarikh ke hujung tahun. Penginapan hotel juga telah dibatalkan tanpa dikenakan apa-apa denda.
Jumlah RM150,000 adalah besar. Syarikat pelancongan itu mungkin mengambil kesempatan dan sepatutnya tidak bertindak melepas tangan. Aeril Zafrel harus cuba menghubungi sendiri pihak penerbangan dan hotel untuk membuat pembatalan atau menunda tarikh percutian mereka. Kalau tak semua,mungkin sebahagian daripada jumlah RM150,000 itu boleh diperoleh balik. Apa pendapat orang lain? - CARI |