Post time 24-3-2020 11:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 24-3-2020 11:02 PM
ha?
kalau bitau staf spital, musti depa tolong bg makan. bab penat tu mmg takleh nak tolong la.. ...
Klu pergi time pack, mmg mau 3-4jam baru settle smp amek sample..
Tp dia confident je yg mcm dia -ve sbb x amek darah..klu dh kena dok spital tu mmg blh kata 100% la sbb dia ada sejarah travel..klu x, mesti Dr suh kuarantin je kt umah..
Ini blh pulak g mkn, esoknye br dtg spital blk..ingat spital ni hotel ke ape..time ko merayau tu, dh brape ramai blh berjangkit klu confirm +ve..tdo lak kt umah family abg angkat..baik punya social network
Wanita hilangkan diri hadir semula ke hospital
2 minutes
IPOH - Wanita yang disyaki mengalami simptom wabak koronavirus (Covid-19) dan menghilangkan diri ketika menjalani saringan kesihatan di Hospital Parit Buntar (HPB) semalam telah hadir semula ke hospital untuk pemeriksaan.
Wanita berusia 21 tahun itu kembali ke hospital petang tadi bagi menjalani rawatan mengikut prosedur ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pesakit itu telah hadir semula ke hospital.
"Sudah," katanya ringkas.
Dalam pada itu menerusi satu hantaran Facebook yang dibuat menerusi akaun wanita berkenaan memaklumkan, dia telahpun dipindahkan ke Hospital Taiping.
Dia memohon semua pihak mendoakan agar dirinya sembuh dengan segera dan menghentikan kecaman.
"Saya perlukan semangat anda, bukan kecaman anda. Doakan saya cepat sembuh," tulisnya.
Status berkenaan dimuat naik kira-kira empat jam lalu.
Terdahulu, wanita yang bekerja sebagai pramugari itu dilaporkan baru pulang dari Singapura dan telah transit di Thailand mula mengalami demam sejak 12 hari lepas.
Mangsa telah diarahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut, namun menolak untuk dihantar ke hospital berkenaan.
Ketika kejadian, pesakit diletakkan di dalam bilik isolasi HPB sebelum dikesan menghilangkan diri.