|
Ditegur Tunku Idris Kerana Cincin Lambang Diraja Johor, Wak Doyok Mengaku Cuai
[Copy link]
|
|
PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat sini, hari ini.
Ia susulan selebriti berkenaan membeli dan menggunakan cincin berukiran mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke IPD Iskandar Puteri dari Klang sejak jam 11 pagi tadi.
"Wak Doyok disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
"Kes ini sebenarnya sudah lama, dia membeli cincin pada 2018 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.
"Namun satu laporan polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
"Kertas siasatan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Semalam, Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Wak Doyok membuat permohonan maaf di akaun Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di akaun Instagram baginda.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
"Memang menjadi kesalahan di Johor mengikut enakmen ini kerana tidak ada mana-mana individu boleh menggunakan, menempah, menghasilkan, menyalahgunakan lambang dan anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Johor kecuali selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.
"Saya bagi amaran jangan sewenang-senangnya menggunakan memakai membuat menyalahgunakan lambang ini kerana ia adalah satu kesalahan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 4:16 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 tak minat sebab poyo |
|
|
|
|
|
|
|
Perak tu..
pernah baca di ig RNS
sorang ni address dia as che puan
terus RNS reply, siapa che puan? hadaplah tu dgn gelaran..
aku terus ???
RPA aman2 je di panggil kakak
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde function dlm industri. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Paiya at 30-4-2020 09:10 PM
ahahaa..deep
tapi aku suka che puan kida tu
humble..
dia pernah reply dia tu tak cantik
bila orang tanya macamana nak jd gojes mcm dia
setakat ni ig dia memang tak de tunjuk yg nyakitkan mata
|
|
|
|
|
|
|
|
Paiya replied at 30-4-2020 08:59 PM
Perak tu..
pernah baca di ig RNS
sorang ni address dia as che puan
Siapa RNS ??? |
|
|
|
|
|
|
|
suri kepada Raja Muda Perak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dedua ni hmmmmmm. Wak doyok ni keje apa asyik tayang lavish lifestyle. Yg kerabat kayangan ni pun status conscious sgt. Even RPA pun humble gila. But iols bbrp kali attend event yg ada permaisuri kerajaan selatan. RZS mmg humble. Sbb kerabat perak kan..humble & educated. Sygnya anak2 tak brp ikut.. |
|
|
|
|
|
|
|
lol... meols pernah ckp dulu
heols ni mcm watak mandarin dalam iron man 3.
heols mcm " maskot" jer to potray high class life gitu. I do think there's someone behind him...tak taulah org tu masih lg behind him ker tak
|
|
|
|
|
|
|
|
bolayan je heshe tu sis..dah x betul dah iols tgk heshe tu dok melahar sana sni..attention seeker pon ye jgk..hahaha
kat forum ni, dengar boleh tapi percaya jangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut proceed for saman jah since mmg termaktub dlm undang2. Heols kan acah kaya, if he can byr the saman, mmg kaya lah.
I wonder berapa sen je cash dlm akaun wak ni. Org mcm ni biasanya luaran je nampak kaya, dlm bank habuk pon tarak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suspek wakdoyok ni dress up pakai acah2 mewah camtu sebab nak convince funder mungkin! So bila dia pakai cincin lambang di raja, lagi lah dia boleh geybang bakal funder! |
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 29-4-2020 03:24 PM
Haha! Iye..iols sampai argue dengan husband iols sebab husband iols kata wak ni Tengku, kerabat di ...
Ada member aku kata dia sedara mara wak ni kt klang tu. Katanya wak mmg kaya. Ia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 29-4-2020 06:02 PM
Sebab awak kemunculan dia, kt MySpace dia guna Tengku. So masa mula femes, repotz pon guna Tengku. ...
Siyes? Smpi skg aku ingt mmg nama dia ada Tengku |
|
|
|
|
|
|
|
Xde maknenye tengku taik kucin si wak ni.. ni pernah cita time dia susah dlu...belajar pun takat kolej vokay je .tu pun time dia skolah dlu pun bukn pnggil kolej g...sek vokay je...iye sgt smpai ke jerman....nampak beno menipunye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ehehnurza018 at 1-5-2020 06:37 AM
cikdilla replied at 30-4-2020 09:42 PM
Dedua ni hmmmmmm. Wak doyok ni keje apa asyik tayang lavish lifestyle. Yg kerabat kayangan ni pun st ...
Kerabat kayangan ni pun i takla minat jugak. Dedua ini pun hm.... Minat lagi tengok belah2 RZS belah Perak and Raja Nazrin |
|
|
|
|
|
|
|
Paiya replied at 30-4-2020 08:59 PM
Perak tu..
pernah baca di ig RNS
sorang ni address dia as che puan
Haha..itulah..iols memang ada baca gak sebab follow ig dia. Iols rasa dia moody kot masa tu n tiba tiba ada orang komen terpanggil dia che puan. Dulu kawan iols pernah jumpa dia face to face, elok je RNS bahasakan diri dia makcik. Ke sebab masa tu dia belum jadi wife Raja Dihilir? |
|
|
|
|
|
|
|
ehehnurza018 replied at 1-5-2020 06:35 AM
Kerabat kayangan ni pun i takla minat jugak. Dedua ini pun hm.... Minat lagi tengok belah2 RZS b ...
Kan..raja sarina pun chill2 je |
|
|
|
|
|
|
|
X malu ke dia dgn geng kerabat bauksit bila bt mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|