CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-HBZ

“Kami Kahwin Ketika PKP. Sekarang Ini, Semua Orang Sudah Tahu Saya Isteri Tuju&q

[Copy link]
Post time 17-1-2021 10:37 PM | Show all posts
beta_carotene replied at 16-1-2021 03:26 PM
penabur benih jugak datuk tu ye... ada bbrp anak edisi kalkulator

tok gelang pun sama.. anak ka ...

aku lebih tertarik dgn cerita tok gelang ni.. boleh spoon feed mak tak nak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-1-2021 10:44 PM
mamastoney replied at 16-1-2021 03:14 PM
Ada ke prematured baby lahir 2kg +? Tk pernah jumpa pulak, even dr pembacaan dan info yg doc dan nur ...


Ada je. Bff aiol camtu la berat babynya. Terus doktor kasik kuar wad after 5 hari beranak walaupun lahir pra matang juga. Keadaan mak lagik membimbangkan dari baby tu yang lama sikit stay sepital. Bff aiol takda GDM tapi teruk komplikasi sheol tiap kali preggy.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 9-1-2021 08:16 PM
Yg dok siapa ni siapa ni sila berambus sebab korang dah tua and pengetahuan am korang tersekat sampa ...

Terima kasih sebab melahar acik2 peminat novel Alaf 21.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Afie13 replied at 12-1-2021 07:30 PM
Biasa jumpa mmg perempuan lagi ramai. Kalau 10 org maybe 2 org je lelaki. Ada family yg i kenal de ...

Masuk sekolah baru nampak lebih kurang ja bilangan anak luo nikah jate tino sis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ikangpiana replied at 16-1-2021 02:07 PM
Ni haa..
*boleh ke ambik pic di ig gitu je

Dia bersalin operate ke? Sbb nampak mcm Pakai bengkung czer yg jenis leh lipat2 tu.

Kat Ig dia selamba je post gambo perut masa sarat ngandung ala2 omputeh tu.
Besar gak perut dia iols plak seram huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
iols no komen pasal depa kawin or not ke apa..tapi iols sian nya baby Bintang iols tgk kt ig dia yg usus dia keluar tu kan masa lahir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 18-1-2021 12:00 AM
Dia bersalin operate ke? Sbb nampak mcm Pakai bengkung czer yg jenis leh lipat2 tu.

Kat Ig dia  ...

Xsilap katanya czer tp elok dia berurut tiarap bagai.. serenm
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2021 10:47 PM
Masuk sekolah baru nampak lebih kurang ja bilangan anak luo nikah jate tino sis.

Cane chuols mendetect anak2 murid tu anak luar nikah ke x.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
fuyupoktek replied at 22-1-2021 09:29 PM
Cane chuols mendetect anak2 murid tu anak luar nikah ke x.

Deols bin/binti Abdulloh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ank luar nikah yg berbin/binti abdullah, ada juga tiada bin/binti, just nama dia je dlm sberanak....bahagian maklumat ayah ditulis 'tidak berkenaan@tidak diketahui'. Kalo anak angkat pulak, ada org taruk nama bapa angkat  sekali nama anak to takde perkataan 'bin/binti'
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
follesegal replied at 8-1-2021 01:18 PM
bkn uols.. anak loca ngn matsalleh russia dulu.. tgok la acuan dia.. kwen ngn matrussia masa dia s ...

Beza betholl yer.. Dr one end ke one end.. Dr mat salleh ke mat utan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MakcikLaksa replied at 8-1-2021 11:04 PM
Lantak ko lah.. Mane dpt ilham nama ank bintang aiko tu. Acik teringat cter ultraman ada bdk nama ai ...

Hahaha.. Vongok komen ni. Kaka tergelak smpi nk tkincit tahan okkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sachacha replied at 9-1-2021 09:34 AM
Kepam sgt rupa laki bini ni

Setuju.. Maafla utk level cute, si loca ni lebih sesuai dkenal as jonggang.. Cute is overrated
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
miracle_forever replied at 9-1-2021 01:11 PM
errrr awal2 pkp dibenarkan nikah ke?

Kehkehkehh.. Sah2 la edisi kalkulator.. Tu yang dia sendiri ckp dia xterfikir pon nk lahirkan ank lepas ada yusof.. Tup2 lekat masa main.. So kawen la.. Maybe pukul lebam2 tu ade la kaitan dgn preggy ni.. Gittuh speku kaka norm
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Trumpettt replied at 16-1-2021 01:11 PM
Who r yusss...dia gigih bgtau nikah sah..netizen gigih nk tahu anak sah ke tak...hhmm..

Sebab tu org ckp retis byk bodoh.. Dr statement tu pon tau ko sebut gitu sbb 'sendiri sedar'taraf anak saf ke x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus sarawak..

Buat fatwa utk mudahkan org faham

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15994

Tajuk:
Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan:
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:



GARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF,

ANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA



1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita.

                                                                                                      

2. Tafsiran



Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:



“tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1].



“persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2].



“nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3].



“kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4].



“anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5]



Ertinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6].



“maula” ertinya pemilik budak[7].

Ertinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8].



“saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9].



3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf



3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.



3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)



3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:



Bil

CONTOH PENAMAAN

Lelaki

Perempuan

1

Ahmad Bin Abdullah

Azizah Binti Abdullah



2

Ahmad Bin Abdul Rahman

(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)



Azizah Binti Abdul Rahman

(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)





4. Penamaan Anak Angkat



4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam



4.1.1   Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.

4.1.2   Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf.



4.1.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah:



Perkara

Nama Lelaki

Nama Perempuan

Nama kanak-kanak

:

Faiz

Tasnim

Nama bapa kandung

:

Arif

Arif

Nama bapa angkat

:

Amir

Amir



Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:



Bil

CONTOH PENAMAAN

Lelaki

Perempuan

1

Faiz Bin Arif

Tasnim Binti Arif





4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam



4.2.1   Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.

4.2.2   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah;



Perkara                                             Nama

Nama kanak-kanak                        : Tan San Tai

Nama bapa kandung                     : Tan Lee Sin

Nama keluarga/ keturunan           : Tan

Nama Islam (kanak-kanak)           : Ahmad





Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:

CONTOH PENAMAAN

Nama Asal

Nama Islam





Tan San Tai

Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin

Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin

Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin

Ahmad Bin Tan Lee Sin

Ahmad Bin Lee Sin

Ravi a/l Maniam

Ravi Bin Maniam

Ahmad Ravi Bin Maniam





4.2.3   Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.



Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:



CONTOH PENAMAAN

Nama Asal

Nama Islam

* Siva a/l Maniam

Ahmad Bin Maniam



*Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).



4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf



4.3.1   Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.



4.3.2   Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)



4.3.3   Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah:



Perkara

Nama Lelaki

Nama Perempuan

Nama kanak-kanak

:

Ahmad

Azizah

Nama bapa angkat

:

Ali

Ali



Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:



BIL

CONTOH PENAMAAN

Lelaki

Perempuan

1

Ahmad Bin Abdullah

Azizah Binti Abdullah





4.4 Anak Pungut



4.4.1   Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.



4.4.2   Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim.



4.4.3   Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas.



5. Penggunaan “Maula”



Penggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah.



6. Penamaan Saudara Kita



      i.      Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian.





CONTOH PENAMAAN

Nama Asal

Nama Islam

Judi Anak Man

Ahmad Bin Man

Joyah Anak Man

Mariam Binti Man





Tan San Tai

Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin

Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin

Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin

Ahmad Bin Tan Lee Sin

Ahmad Bin Lee Sin

Ravi a/l Maniam

Ravi Bin Maniam

Ahmad Ravi Bin Maniam



     ii.     Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.





CONTOH PENAMAAN

Nama Asal

Nama Islam

* Rajesh a/l Maniam

Ahmad Bin Maniam



* Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).



    iii.      Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru.



CONTOH PENAMAAN

Nama Asal

Nama Islam

Tan San Tai

Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin





   iv.      Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru.



CONTOH PENAMAAN

Nama Saudara Kita

Nama Ank Saudara Kita

Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin

Muhammad Tan Bin Ahmad Tan



7.  Penutup



Adalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam.



[1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1).

[2] Ibid

[3] Ibid

[4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002.

[5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur.

[6] Kamus dewan, edisi ke-4

[7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204.

[8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor.

[9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mamastoney replied at 23-1-2021 11:01 PM
Ada ank luar nikah yg berbin/binti abdullah, ada juga tiada bin/binti, just nama dia je dlm sberanak ...

Mak ayah ok je teruskan hidup..impak nye pd anak2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 3-3-2021 08:34 AM
Mak ayah ok je teruskan hidup..impak nye pd anak2 ..

Aku pernah deal dgn  kes ank tk sah taraf ni....pendaftaran perlukan butiran si bapa, tp dlm surat beranak si anak tertulis 'tidak berkenaan' di bahagian butiran bapa. Si mak kalut2 bgtau aku, (sambil jari tunjuk di bahagian maklumat bapa) konon ms bersalin, suami dia ada urusan di luar negara, sbb tu tiada maklumat.....aku senyum2 je lah. Sian tgk muka anak dia (pompuan), tunduk je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052149 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list