CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Istana Kampong Gelam

[Copy link]
Post time 14-10-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 13-10-2006 08:53 AM



ni yg aku tak paham nih.. apa yg ko kagum sangat kat petaling street?? best sangat ke??



maaf eh ff: :tq:

aku suka Petaling Street pasal aura dia, suasana dia kecoh,
memang kat sana , peluang nak kena copet beg duit, nak kena tipu ngan pekedai2, cerah, dan bleh nak tengok cammana dorang kemas barang ciplak dorang ngan cepat bila walkie talkie dorang signal ada polis nak datang buat serbuan :pmuka:
tapi...
pada aku Petaling Street tu punye identiti sendiri, pasal aku pegi sana sebagai orang luar, jadi tu sesuatu yang kat tempat aku dah takde.

Tapi untuk rakyat tempatan cam ko, mesti ada pendapat sendiri pasal tempat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 13-10-2006 10:01 AM
kalau kata kagum ngan KLCC, KL tower, air keroh etc ok la gak. tapi bila si deaf kata kagum ngan petaling street nii... hehehe...

hehehehee.. lagi hehehe.. dan lagi.. heheheh... muahahaahaahaaa ...



betul aku cakap serious...

Lain tempat lain suasana dia, mungkin pasal aku memang suka tempat kecoh2 macam gitu yang dah takde dah kat tempat aku.

Sama jugak macam untuk ko sampai skarang, setakat ayam masuk keluar reban, adalah takde benda untuk ko.
Tapi untuk aku, kalo sekarang, aku kata la pegi Malaysia mana2 dan nengok Ayam masuk keluar reban, tu semua adalah cam satu yang marvellous pasal skarang tempat aku dah takde tu semua,
tu semua cuma ingatan aku kecik2 yang takkan aku dapat peluang rasa lagi... Pasal lain tempat cara hidup lain2.
So gitu la, aku skarang kalo nengok ayam dalam reban, aku cam orang jakun :
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 14-10-2006 02:55 AM
Nak tempek gambor...
Tapi bukan original shoot sendiri...
Ambik dari Mastika...
nanti ada org gelak...

Tapi tak apalah...
Nak tempek jugak...
At least ada variasi...  mengwarnai suasana git ...



thank you pasal share...

ada lagi tampal please. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 9-10-2006 04:17 PM



ko kalo tanya orang2 Spore lama, memang la semua tinggal kampung dulu2

Melayu Spore pun bersepah satu pulau Spore dan pulau2 kecik sekeliling Spore waktu zaman dulu, tapi semua dah habis d ...


:setuju:

Bonda sya dulu duduk kat Lorong Renjong, Seranggoon.
Penuh kiri-kanan ada pokok getah.

Al marhum datuk ada kebun besar nama kebun dia "Korea" tak jauh dari situ.
Tahun 1986, kena tolak rumah pusaka tu....

La ni, tapak tu dah jadi Hospital Mental aper ntah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 14-10-2006 01:02 PM



betul aku cakap serious...

Lain tempat lain suasana dia, mungkin pasal aku memang suka tempat kecoh2 macam gitu yang dah takde dah kat tempat aku.

Sama jugak macam untuk ko sampai skara ...


jgn kata ayam masuk reban, biawak masuk reban ayam pun boleh tengok kat sini.
betul lah tu sebab aku dari lahir membesar kat kampung, for me reban ayam is nothing heheh. dah bosan ngan reban ayam, ngan itik, main layang2 etc
just rasa curious sebab petaling street yg aku anggap antara tempat paling tak best kat muka bumi ni tapi pada orang lain kata best.

aiseyy ff: lagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 14-10-2006 06:11 PM


:setuju:

Bonda sya dulu duduk kat Lorong Renjong, Seranggoon.
Penuh kiri-kanan ada pokok getah.

Al marhum datuk ada kebun besar nama kebun dia "Korea" tak jauh dari situ.
Tahu ...



Agak2 kalo ahli keluarga ko atau sedara mara yang lagi tua datang lagi kawasan tu skarang
Aku rasa konpem, dorang dah tak kenal lagi tempat tu...
Aku pun tak tahu exact spot , kalo exact spot bleh carik photo zaman skarang then ko bleh simpan buat kenangan tempat orang2 tua ko dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2006 06:36 PM | Show all posts

utusan malaysia - 9 mei 1999

Lenyapnya benteng melayu Singapura

Istana yang dibina pada 1821 oleh Sir Stamford Raffles merupakan benteng terakhir kesultanan Melayu di Singapura yang akan runtuh serta melenyapkan kekuasaan dan ketuanan Melayu di republik itu yang sebelum ini dikenali sebagai Temasik.

Kawasan seluas kira-kira 23 hektar yang terletak di Sultan Gate, Kampung Glam yang dikhaskan untuk Sultan Hussain Shah merupakan sultan terakhir Singapura sebagai tempat penginapannya oleh Inggeris.

Perjanjian pemberian tapak kawasan itu telah dibuat pada 1824 di mana Singapura diserahkan kepada British kecuali kawasan Kampung Glam diserahkan kepada Sultan Hussain dan ia telah terkandung dalan Ordinan Sultan Hussain.

Kemangkatan Sultan Hussain di Melaka pada 1835 telah menyebabkan istana itu ditadbir oleh Tengku Mahmud dan setelah Tengku Mahmud diracun, Tengku Ali yang berumur 12 tahun dilantik sebagai pengganti Sultan Hussain dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah atas persetujuan Kompeni Inggeris.

Sultan Ali dengan rasminya telah menyerahkan kuasa pentadbiran Negeri Johor kepada Temenggung Daing Ibrahim pada 1855 dengan beberapa syarat dalam perjanjian 1855 dengan disaksikan oleh Gabenor Blundell dan perjanjian itu telah menyebabkan perpecahan kerajaan Johor-Riau.

Pada 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka dan Tengku Alam sebagai anak lelaki sulung mengambil alih tugas sebagai wakil dan ketua pentadbir istana selama 14 tahun sehingga 1891.

Bertitik-tolak pada tahun itu, telah mewujudkan sengketa dalam keluarga di mana tiga isteri Sultan Ali, Tengku Ngah yang mempunyai dua orang anak perempuan, Daing Siti (mempunyai seorang anak lelaki) dan Che' Sembuh Mokmin (tiga anak lelaki dan empat perempuan) berebut harta tinggalan Sultan Hussain.

Perebutan kuasa itu telah menyebabkan Istana Kampung Glam dibawa ke Mahkamah Straits Settlement pada 1897, walapun surat kuasa telah diberikan kepada waris Sultan Hussain, pertelingkahan keluarga terus berlaku hingga menyebabkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan membuat satu keputusan.

Berdasarkan perjanjian 1819 dan 1824 di mana pihak Inggeris berjanji untuk melindungi Sultan Hussain, Hakim Leach dan Chief Justice Collyer menetapkan tanah istana itu sebagai 'Crown Land' pada 23 Disember 1897.

Satu rang undang-undang dikenali sebagai Rang Undang-Undang Sultan Hussain 1905 telah digubal bagi menjaga kepentingan waris Sultan Hussain.

Tanah tersebut yang ditadbir oleh pejabat tanah sehingga sekarang dan bayaran sebanyak S$750 setiap tahun kepada keluarga sultan ketika itu (Tengku Mohd. Hitam Besar, Tengku Andak, Tengku Ali, Tengku Abdul Jalil dan Tengku Jaafar) perlu diberikan.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat lebihan hasil dari estet Kampung Glam itu, kerajaan perlu membayar sembilan per sepuluh hasil keuntungan itu kepada keluarga.

Keadaan tersebut berterusan dan pada awal tahun 1900-an, Tengku Kadir Tengku Mohamed kemudian dilantik oleh pihak istana untuk mentadbir istana itu sehingga Perang Dunia Kedua dengan kemasukan tentera Jepun pada 1941-1945.

Istana tersebut kemudian ditadbir oleh Tengku Hussain, Tengku Muda Mohd. dan akhirnya Tengku Aziz Tengku Hussain sebelum meninggal dunia pada 1996.

Istana yang kini terlalu usang, bagaimanapun didiami oleh kira-kira 300 orang yang terdiri dari kira-kira 20 keluarga waris Sultah Hussain dan baki kira-kira 5 keluarga dari kakitangan istana.

Kini, pemerintah bercadang untuk mengambil istana tersebut untuk dijadikan sebagai Pusat Warisan Melayu dan kesemua waris dan mereka yang menghuni istana itu perlu mengosongkan premis tersebut.

Bagaimanapun waris-waris Sultan Hussain tidak bersetuju dengan cadangan Lembaga Perumahan dan Pembangunan republik itu untuk membangunkan kawasan Istana Kampung Glam sebagai Pusat Warisan Melayu Singapura.

Salah seorang waris Sultan Hussain Shah, Tengku Mohamed Tengku Jamil berkata, beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum projek itu boleh diteruskan.

Katanya, satu surat yang ditandatangani oleh waris Sultan Hussain Shah juga telah diserahkan ke Perdana Menteri, Goh Chock Tong tidak lama lagi bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung dengan projek itu.

Projek pemulihan Istana Kampung Glam oleh kerajaan Singapura itu dijangka dapat dimulakan pada tahun hadapan dan dijangka siap pada tahun 2002.

Istana akan ditukarkan kepada Pusat Warisan Melayu dimajukan bukan hanya sebagai tempat tumpuan acara-acara kebudayaan dan penampilan budaya Melayu tetapi juga sebagai pusat kegiatan komersial.

Kementerian Undang-Undang Singapura baru-baru ini menyatakan, terdapat dua kegiatan yang akan dijalankan iaitu kegiatan budaya dan komersial sebagai pendapatan untuk pusat itu.

Bagaimanapun, tumpuan utama ialah mempamerkan warisan, sejarah dan budaya orang Melayu di Singapura dan hubungannya dengan saudara-mara mereka di Asia Tenggara dan bahagian lain dunia sebelah sini.

Tengku Mohamed berkata, pihaknya beberapa cadangan projek itu cuba menidakkan waris Sultan Hussain dan dengan adanya projek itu akan menamatkan serta melenyapkan warisan sejarah kesultanan Melayu di Singapura.

Katanya, pihaknya bersedia menerima rancangan kerajaan dengan syarat mereka dibenarkan terus menetap di kawasan tersebut dan hak kawasan itu masih kekal seperti yang terdapat dalam 'Sultan Hussain Ordinance 1905'.

Beliau memberitahu, dalam ordinan itu menyebut tanah seluas 23 hektar dilindungi daripada hilang atau dijual oleh mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, setelah pembangunan termasuk membaik pulih bangunan itu, selesai dilakukan, pihaknya mahukan keluarga mereka dibiarkan mendiami kawasan itu dan pada masa yang sama membenarkan para pelancong melawatnya.

Keadaan itu adalah sama seperti yang berlaku di sebuah kawasan istana di Indonesia iaitu di Kraton, katanya, konsep itu boleh dijadikan contoh.

Pihaknya juga mahukan supaya nama Istana Kampung Glam itu dikekalkan dan bukan sebagai Pusat Warisan Melayu, kerana ia amat jauh berbeza, katanya.

Menteri Undang-Undang Singapura, Prof. S Jayakumar dalam sidang Parlimen baru-baru ini menyatakan, pemerintahan British ketika itu menggubal Ordinan Sultan Hussain bertujuan menjaga keperluan kewangan keluarga Sultan Hussain yang disifatkan oleh Gabenor British sebagai 'golongan melarat'.

Ordinan itu memperuntukkan bayaran tahunan kepada keluarga Sultan Hussain yang ditetapkan berdasar hasil pendapatan estet pusaka Kampung Glam.

Katanya, bayaran itu tidak bertujuan diberikan untuk selama-lamanya tetapi bertujuan untuk keluarga Sultan Hussain semasa ordinan itu digubal.

Bagaimanapun, atas sebab-sebab sejarah, bayaran tahunan ini diteruskan oleh pemerintah selanjutnya untuk selama lebih 100 tahun, ini telah menyebabkan keadaan yang tidak memuaskan.

Kata Jayakumar, keadaan itu amat tidak memuaskan atas beberapa sebab, pertama, bilangan waris bertambah, jumlah bayaran menjadi semakin kecil ekoran sumber pendapatan semakin susut.

Kedua, bayaran akan menjadi semakin kecil kerana bilangan waris bertambah banyak.

Memandangkan faktor-faktor itu dan pengumuman mengenai pemulihan projek bagi Istana Kampung Glam untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu, pemerintah telah memutuskan bahawa tepat masanya untuk menyemak semula skim bayaran di bawah ordinan itu.

Di bawah satu skim baru yang dibuat, pemerintah mengumumkan satu skim baru bayaran kepada waris Sultan Hussain yang berjumlah 79 orang.

Sebanyak S$350,000 akan dibayar kepada 79 orang waris berkenaan setiap tahun bagi tempoh 30 tahun mulai tahun ini. Ini merupakan tambahan sebanyak 10 kali ganda daripada elaun yang diberikan sekarang iaitu kira-kira S$29,200 setahun.



kesimpulan: bole tahan temahak jugak keturunan sultan hussain nih...a typical malay, kalo nak typical, ceruk dunia mane pun tetap typical jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 06:40 PM | Show all posts

utusan malaysia - 13 mei 1999


RAJA Abdul Rahman Raja Saad berdiri di hadapan Istana Kampung Glam, Singapura



'Benteng' terakhir Melayu Singapura akan dirobohkan

Pihak berkuasa Singapura akan merobohkan Istana Kampung Glam - ''benteng terakhir Melayu Singapura'' di sini jika penghuninya yang merupakan para pewaris keturunan Sultan Hussein Shah, tidak mengosongkannya esok.

Para penghuni istana tersebut pula bertegas tidak akan berganjak dari tanah itu dan akan mempertahankannya kerana menurut mereka: ''Jika Istana ini hilang, Melayu di Singapura akan lenyap.''

Notis yang menuntut mereka berpindah berakhir hari ini.

Waris generasi keenam sultan terakhir Singapura itu, Raja Abdul Rahman Raja Saad berkata, esok penghuni akan mempertahankan istana itu walaupun mereka menerima kata dua daripada pihak pejabat tanah republik ini.

''Kami akan menghalau sesiapa sahaja yang cuba mengarahkan kami keluar dari kawasan ini. Ini bukan tanah kerajaan tetapi tanah milik moyang kami. Kami mesti pertahankan,'' tegasnya ketika ditemui Utusan di istana itu hari ini.

Beliau yang sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini, bagaimanapun tidak berbuat demikian selepas pihak berkenaan gagal menyatakan kesanggupan membantu.

Tinjauan Utusan hari ini mendapati, beberapa orang pegawai pejabat tanah telah bertemu penghuni di kawasan itu dan meminta mereka menandatangani notis persetujuan berpindah.

Bagaimanapun, kebanyakan penghuni enggan berbuat demikian.

Seorang pegawai pejabat tanah yang berada di situ tetapi enggan namanya disiarkan berkata: ''Jika tidak pindah, kami robohkan.''

Keadaan sekitar istana itu juga seperti biasa, kanak-kanak ceria bermain dan tidak kelihatan tanda-tanda penghuninya mengangkut barang untuk berpindah.

Seorang lagi waris, Tengku Hendon Tengku Mohamad, 86, berkata: ''Kalau pindah, di mana kami ditempatkan, kami tak mahu duduk di kaki lima. Saya tidak mahu menyewa.

''Dulu Jepun pun hormat kami, tetapi sekarang, seperti bola, bila suka dihormati, bila sudah miskin, tidak dipedulikan,'' katanya.

Mengikut rancangan, kerajaan Singapura mahu tanah Istana Kampung Glam, yang kini hanya tinggal kira-kira satu hektar daripada asalnya 22.5 hektar, dimajukan sebagai Pusat Warisan Melayu menjelang 2002.

''Kami tidak membantah pembangunan, tetapi biarlah khazanah sejarah peninggalan nenek moyang ini tidak diroboh.

''Kami lebih suka jika didirikan sahaja rumah di keliling bangunan ini dan istana ini pula dijadikan muzium,'' kata seorang lagi waris, Raja Khatijah Raja Saad.

Kata beliau, pada 5 Mei lalu pihak Konsultan Sejarah Singapura telah datang dan mencadangkan agar rumah ganti diberikan kepada 26 waris Sultan Hussain.

''Bagaimanapun kami tidak bersetuju. Kami mahu kekal di istana ini,'' jelas beliau.

Seorang lagi waris, Raja Abu Bakar Raja Abdul Rahman mempersoalkan apakah hasil daripada lebih 20 hektar tanah Sultan Hussain yang telah dibangunkan.

''Tanah Sultan Hussain telah dibangunkan dengan hotel, pejabat, rumah kedai dan jalan raya tetapi di mana wang hasil itu.

''Ia sepatutnya dimasukkan ke dalam satu dana yang kemudian dapat digunakan oleh para waris,'' ujar beliau.



memang tak sedar diri sungguh keturunan sultan hussain nih, ada yg berangan duduk zaman jepun lagi...ada yg perasan tanah yg dia duduk bukan tanah kerajaan...sungguh2 tak berpihak kat bumi nyata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2006 06:48 PM | Show all posts

ni yg latest - utusan malaysia 21 april & 25 mei 2006

Waris Sultan Hussein ingin kembali ke Singapura

JOHOR BAHRU 20 April - Waris keenam Sultan Hussein, Singapura, Tengku Mohamed Tengku Jamil, 56, yang kini menjadi pelarian di Johor berhasrat kembali ke tanah airnya dan hidup bebas seperti warganegara lain di republik tersebut.

Sambil melahirkan perasaan rindu terhadap semua kerabat dan Istana Kampung Glam, beliau merayu Majlis Raja-Raja campur tangan dan membantunya untuk kembali ke negaranya itu.

Selain itu, beliau turut meminta Majlis Peguam Ratu England dapat mewakili dan seterusnya membebaskannya daripada sebarang dakwaan perundangan yang mungkin dikenakan oleh kerajaan Singapura terhadapnya apabila kembali ke republik itu.

"Saya mungkin akan ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang ekoran menentang kerajaan sewaktu mempertahankan kedudukan Istana Kampung Glam pada tahun 1999,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tengku Mohamed tinggal di Johor Bahru bersama isteri dan lima orang anak sejak enam tahun lalu menerusi visa terhad yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diperbaharui setiap tahun.

Bagaimanapun, isteri dan kesemua anaknya tidak terbabit dalam pertikaian dengan kerajaan Singapura kerana status mereka sebagai warganegara Malaysia.

Ekoran hasratnya itu, beliau berharap kerajaan Singapura dapat memerdekakannya bagi membolehkan beliau meneruskan kehidupannya di tanah air sendiri seperti warganegara lain.

"Saya tidak pernah memusuhi kerajaan (Singapura) dan seperti warganegara lain saya juga menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara saya," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, pertikaiannya dengan kerajaan hanyalah disebabkan usahanya mempertahankan haknya sebagai waris kesultanan Singapura terutama Istana Kampung Glam sehingga menyebabkannya melarikan diri ke Johor.

Tunku Mohamed berkata, sejak melarikan diri, beliau tidak pernah menemui kerabat-kerabatnya dan kini amat merindui mereka.

"Terdapat lebih 100 anggota kerabat yang kini tinggal di merata tempat di Singapura selepas Istana Kampung Glam diambil alih oleh kerajaan dan dijadikan Bangunan Warisan Melayu," katanya.

Selain itu, menurutnya, ekoran statusnya sebagai 'pelarian' beliau juga gagal mengeluarkan wang carumannya dalam Central Provident Fund (CPF) yang dibuat lebih 20 tahun lalu.

"Saya amat memerlukan pertolongan mereka untuk kembali ke tanah air sebagai warganegara dan waris Sultan Hussein yang 'merdeka','' katanya




Tengku Mohamed kecewa Singapura diam diri

JOHOR BAHRU 24 Mei - Waris keenam Sultan Hussein, Singapura, yang masih menjadi 'pelarian' di Johor kecewa kerana masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan republik itu berhubung hasratnya untuk pulang dan hidup bebas seperti warganegara lain di negara itu.

Tengku Mohamed Tengku Jamil, 56, berkata, sikap sepi kerajaan Singapura menyebabkan dirinya kini berada dalam keadaan serba salah dan tertekan kerana terlalu merindui kerabat-kerabat dan Istana Kampung Glam.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada Majlis Raja-Raja Malaysia pada masa terdekat untuk meminta campur tangan membantunya kembali ke negara asalnya itu.

"Walaupun telah sebulan berlalu, namun sehingga sekarang tiada sebarang maklum balas diterima daripada mana-mana pihak," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tengku Mohamed yang telah menjadi 'pelarian' di negara ini sejak enam tahun lalu pernah melahirkan hasrat untuk pulang ke Singapura menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 19 April lalu.

Beliau melarikan diri ke Johor selepas berlaku pertikaian dengan kerajaannya pada 1999 ekoran mempertahankan Istana Kampung Glam yang kini dijadikan Bangunan Warisan Melayu.

Menurutnya, selain Majlis Raja-Raja Malaysia, surat juga akan dihantar kepada Ratu England, Pertubuhan Komanwel dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membolehkannya kembali ke tanah airnya.

"Surat turut dihantar kepada Majlis Peguam Ratu England untuk mewakili dan seterusnya membebaskan saya daripada sebarang dakwaan perundangan yang mungkin dikenakan oleh kerajaan Singapura apabila pulang," katanya.

Pada masa ini, Tengku Mohamed tinggal di Taman Suria Johor Bahru bersama isteri dan lima orang anak menerusi visa terhad yang dikeluarkan kerajaan negara ini dan diperbaharui setiap tahun.

Bagaimanapun, isteri dan kesemua anaknya tidak terbabit dalam pertikaian dengan kerajaan Singapura kerana mereka adalah warganegara Malaysia.

Sementara itu, Tengku Mohamed merayu Malaysia mengeluarkan semula peruntukan RM350 sebulan untuk Istana Glam yang telah 'digantung' pada 1999.

Menurutnya, peruntukan itu diperoleh daripada Kerajaan British sejak 1824 bagi membiayai prasarana Istana Glam yang disalurkan menerusi kerajaan Johor selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Saya memerlukan wang itu untuk membiayai kos peguam yang akan menguruskan kepulangan saya ke Singapura,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 15-10-2006 06:40 PM

RAJA Abdul Rahman Raja Saad berdiri di hadapan Istana Kampung Glam, Singapura



'Benteng' terakhir Melayu Singa ...



''Jika Istana ini hilang, Melayu di Singapura akan lenyap.''

BULL!!!!

Cakap kat kedai kopi zaman 70an dulu orang bleh percaya lak cik, zaman skarang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 15-10-2006 06:48 PM
Waris Sultan Hussein ingin kembali ke Singapura

JOHOR BAHRU 20 April - Waris keenam Sultan Hussein, Singapura, Tengku Mohamed Tengku Jamil, 56, yang kini menjadi pelarian di Johor berhasrat kemb ...



Ntah hapa hapa ntah mintak tolong raja raja Malaysia, nak mintak elaun..

Buat malu je, dia mengaku rakyat Spore, tapi dia mintak kerajaan Malaysia duit elaun, yang tentu duit elaun tu akan datang dari poket rakyat Malaysia...

Kelakar beb Kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 07:15 PM | Show all posts
thanks Iscol Klang pasal keluarkan balik laporan akhbar..

ada lagi please share...


:tq:


nasik tambah sikit la,  Singapore ngan Malaysia ni kan ada extradiction treaty ke apa ntah..
Sapa buat salah jenayah polis dua2 negara akan carik orang tu dan kasi kat satu sama lain untuk hukuman..

Apa la pakcik ni dichop pelarian?? dia buat salah apa sebenarnye dia takut? Aku rasa dia sengaja buat gitu untuk mintak simpati Kerajaan Msia dan rakyat Msia, lepas tu dia dapati Kerajaan Msia dan Diraja Msia tak layan dia,
dia panic -
duit CPF dia belum keluar
dia lagi nak dapatkan Spore Shares dan apa2 lagi kawan2 dia kat Spore smua dapat..

Kalo gitu, balik je la Spore, aku tak rasa dia buat salah undang2 apa2...   Come home la pakcik!! Dont busybody at Msia la!!

[ Last edited by  deaf4ever at 15-10-2006 07:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 07:49 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 15-10-2006 06:40 PM

RAJA Abdul Rahman Raja Saad berdiri di hadapan Istana Kampung Glam, Singapura



'Benteng' terakhir Melayu Singa ...


aku ingat lagi berita ni.. topik utama paper utusan malaysia. ada tunjuk gambar budak2 main guli depan istana. betul2 suasana kampung.. very classic..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 09:24 AM | Show all posts
berapa jauh dari kampong gelam ke rumah uncle nathan???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by CRK at 16-10-2006 09:24 AM
berapa jauh dari kampong gelam ke rumah uncle nathan???



nak berkunjung untuk deepavali ke? :cak:

dekat jugak, ni kira North Bridge Road,  Istana tu permulaan Orchard Road.

Kalo naik bas, naik no 7 15 minit la paling lama
kalo mrt, naik kat bugis, stesen city hall tukar, then dhoby ghaut turun dah...tiga stesen je. 6 -7 minit je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2006 11:20 AM | Show all posts
tq iscol

ni lah artikel2 yang penah aku baca dulu

dapat baca balik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 10:33 AM | Show all posts
ntahapahapantah ek orang2 ni...

masuk sokkabar melayu smalam....


So nak complain lagi ke tak nak?? jangan orang lain terpekik2 kat kedai kopi perjuang hak dorang, tapi dorang sendiri dah ok. Kelakar beb.


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:24 AM | Show all posts
agak ada tak skarang kat kedai kopi orang ngah berdebat keluarga kerabat sultan hussien ditindas, dirampas istana dorang la apa la..
padahal alrite je aku nengok ni gambo... kesian la mana2 pencacai2 yang tak tahu cerita pasal gathering smalam ni.

enjoy gambo gathering raya kerabat " diraja ". Yang pakcik2 kat tengah tu agaknye dorang yang hu ha dulu2 tu ke???:hmm::hmm:




news dia lak.


Singapura : 13 November 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
300 KERABAT SULTAN HUSSEIN BERAYA DI TWM
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Begitulah perasaan sekitar 300 anggota keluarga dan kerabat Sultan Hussein Shah, apabila mereka berhimpun di Taman Warisan Melayu (TWM) semalam bagi mengadakan perjumpaan kekeluargaan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagi salah seorang daripada mereka, Tengku Shawal Tengku Abdul Aziz, 38 tahun, pertemuan itu memang dinantikan.

Apatah lagi, ada di kalangan sanak saudaranya datang dari sejauh Malaysia dan Indonesia demi meraikan pertemuan itu.

'Ini merupakan kali pertama kerabat Sultan Hussein dapat berkumpul sejak penubuhan TWM yang suatu ketika dahulu menjadi tempat kediaman mereka.

'Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ini, cukup mengharukan. Saya mula mengimpikan pertemuan ini sejak berusia 11 tahun,' ujarnya.

Tengku Shawal merupakan keturunan ketujuh Sultan Hussein.

Sultan Hussein ialah sultan Melayu terakhir negara ini dan Istana Kampong Gelam menjadi tempat kediamannya dan keluarganya.

Namun, waris sultan berpindah dari Istana Kampong Gelam akhir 1999 bagi memberi laluan kepada usaha pemerintah menjadikan istana yang berusia lebih 160 tahun itu sebagai pusat warisan dan budaya Melayu negara.

TWM mula dibuka kepada orang ramai pada 2004.

Mengenai perasaannya tentang istana yang telah dijadikan pusat warisan, Tengku Shawal berkata:

'Saya harap ia bukan saja menjadi tempat pertemuan untuk kami tetapi juga menjadi warisan untuk seluruh nusantara.'

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Warisan Melayu, Encik Zainul Abidin Rasheed, yang turut menghadiri pertemuan itu melahirkan rasa gembira kerana dapat menemui para kerabat Sultan Hussein.

Beliau juga mendedahkan kepada Berita Harian bahawa kerabat Sultan Hussein telah melahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak TWM dalam mengadakan acara bertemakan kesultanan dan meminjamkan artifak.

'Benih telah ditanam dan kinilah masa untuk membajai hubungan baik yang disemai antara kami dengan kerabat Sultan Hussein,' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 03:01 PM | Show all posts
heee...
I tgk tv melayu s'pore 2 mingu lps, they all ade celebrate raya besar2 n kt area2 kg gelam ni..nmpk grand sgt, siap ade bunga2 api lg, kire mcm tv3 punye jom heboh la...
ha, ms they all interview2 sana sni, nmpk ar persekitaran area kg gelam ni, mmg clean la..jauh beza dgn kt m'sia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 13-11-2006 03:01 PM
heee...
I tgk tv melayu s'pore 2 mingu lps, they all ade celebrate raya besar2 n kt area2 kg gelam ni..nmpk grand sgt, siap ade bunga2 api lg, kire mcm tv3 punye jom heboh la...
ha, ms they all i ...



untuk aku la, rancangan hari raya tu tak sesuai langsung..
1) buat kat kampung gelam ni lebih untuk menunjuk kat orang luar, orang melayu spore semua still tumpu perhatian kat geylang serai
2) malam raya, patut hormat la sikit kan, ni malam raya buat konsert sambut raya kat situ...siaran langsung masuk tv suria...

aku tak suka ah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.297896 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list